It's Not Her


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Olive's cast is Michael Clifford.


BAB 7 : SAMA TAPI BUKAN DIA


Noorizan dan Jyra berjalan beriringan bersama Qushairy yang kelihatan teruja seperti rusa masuk kampung. Lelaki itu benar-benar gembira apabila Hisham mengarahkan dia ikut keluar untuk mencari seolah-olah dia telah diberi tugas penting negara. Mereka tidak mahu orang-orang baru dalam Huruf itu terperangkap di dalam markas tanpa berbuat apa. Pada zaman mereka, mereka semua bersama-sama sehingga dapat terkumpul. Itupun pada situasi yang berbeza.

"Apa saya patut buat?" Tanya Qushairy yang muncul di tengah-tengah Noorizan dan Jyra.

"Tengok sekeliling." Jyra menjawab. "Kalau ada apa-apa yang luar biasa. Atau lebih spesifik... Pelik." Gadis itu merenung Qushairy yang masih teruja. "Beritahu kami jadi kita boleh siasat."

Qushairy kelihatan bingung.

"Awak fikir macam mana kami jumpa awak, Qushairy?" Noorizan mendengus perlahan.

"Pelik ke saya??" Qushairy bertanya dengan nada buat-buat terkejut.

"Awak rasa normal ke kalau sesuatu bergerak terlalu laju di tengah-tengah orang ramai ni tanpa dapat dilihat secara jelas??" Noorizan mengangkat keningnya sambil mengetap gigi kegeraman.

"Okey." Qushairy segera mengalah sambil mendengus kuat dan terus memandang sekeliling.

Keadaan sunyi sepi seketika. Jyra dan Noorizan meneruskan apa yang mereka lakukan dengan memandang sekeliling. Qushairy masih lagi kelihatan bingung di situ. Dia hanya memandang sekeliling tanpa tujuan.

"Oh, ya. Qushairy..."

Qushairy segera memandang Jyra yang kini sudah sedia memandangnya dengan dahi berkerut.

"Dah berapa lama awak dengan Yuna... Bersama?"

Qushairy kelihatan berfikir seketika. "Rasanya dah lapan tahun. Sejak kami di rumah anak yatim lagi."

"Kamu memang rancang nak lari sama-sama ke?" Tanya Jyra lagi masih dalam keadaan berkerut.

"Boleh dikatakan macam tu." Qushairy mengangkat bahunya. "Saya je pada mulanya. Tapi dia tak nak tinggal kat sana kalau saya tak ada."

"Wow..." Noorizan menggolekkan bebola matanya. "Saya tak sangka kisah cinta seperti itu wujud."

"Oh, tolonglah." Qushairy menggerutu. "Kalau awak tak pernah bercinta jadi jangan banyak cakap."

Riak wajah Noorizan berubah serta-merta. Kulitnya yang putih kelihatan merah padam dan matanya tidak berkelip seolah-olah dia baru sahaja ternampak hantu. Jyra pula sudah memandang lelaki itu risau. Qushairy hanya kebingungan tidak tahu apa yang berlaku pada situasi itu.

"Hei... Jom kita makan dulu kat restoran tu." Jyra segera mengubah topik secara rawak.

"Jom!!" Qushairy memekik kuat dengan teruja menyangka ianya adalah benar. Dia masih tidak perasan apa-apa.

"Jom." Jyra berpaling memandang Noorizan. "Jom, Noorizan."

Noorizan menarik nafas panjang kemudian segera menyusul mereka masuk ke dalam kafe kecil itu. Ia agak lengang dan tidak begitu ramai orang. Qushairy segera duduk di suatu sudut. Jyra dan Noorizan duduk di hadapannya tanpa membantah dengan tempat duduk yang dipilih.

"Kamu belanja kan??" Qushairy memandang Jyra dengan wajah bersinar-sinar penuh harapan.

Jyra mendengus sambil menggolekkan bebola matanya kembali memandang lelaki itu. "Saya akan belanja."

"Yeah!!"

Noorizan langsung tidak teruja. Dia hanya tunduk memandang ribanya tanpa tujuan. Berusaha sedaya-upaya untuk membuang semua yang mula meresap masuk ke dalam fikirannya kini.

"Noorizan..."

"Saya tak nak cakap apa-apa, Jyra." Noorizan memintas sebelum sempat gadis itu meneruskan apa yang ingin dikatakannya. Kepalanya dirasakan berasap tanpa sebab. Dia tidak mahu melepaskan perkara itu.

Qushairy langsung tidak perasan apa-apa dan hanya memandang menu yang ada penuh teruja.

"Awak perlu kawal diri." Jyra menggumam perlahan tanpa didengari oleh sesiapa selain mereka berdua.

"Saya harap saya mampu." Noorizan mengangkat bahunya sambil cuba memandang ke tempat lain.

"Noorizan..." Jyra mendengus perlahan. "Awak perlu belajar untuk cuba kawal. Dah empat tahun."

"Jyra... Saya ta..."

Noorizan berhenti bercakap secara tiba-tiba. Matanya terhenti ke arah sesuatu. Atau lebih tepat lagi seseorang. Mulutnya terbuka luas dengan mata yang terbeliak. Seorang gadis memakai apron berwarna putih kini sedang mengelap meja berdekatan dengan wajah yang serius. Rambutnya diikat kemas.

"Aieyn..."

Jyra membesarkan matanya kemudian memandang ke arah gadis yang direnung oleh lelaki itu. Dia juga amat terkejut dengan apa yang dilihatnya. Aieyn. Itu memang benar-benar Aieyn. Rambut perangnya diikat satu dengan kemas. Wajahnya tetap serius. Tinggi dan bentuk badan semuanya sama. Begitu juga dengan semua yang ada di wajahnya. Itu adalah Aieyn.

"Aieyn!!" Noorizan bingkas bangun sambil menjerit membuatkan orang-orang di dalam kafe itu segera menoleh memandangnya pelik termasuk gadis yang serupa dengan Aieyn itu.

Semua orang kelihatan bingung dan keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Jyra turut berdiri dengan mulut ternganga. Tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya kini. Qushairy hanya duduk kebingungan. Jelas tidak tahu dan tidak faham dengan apa yang sedang berlaku.

"Aieyn..." Noorizan segera berjalan mendekati gadis itu untuk melihat wajahnya dengan lebih jelas. Mata lelaki itu mula berkaca. Tidak tahu apa perasaan yang ada dalam dirinya kini.

"Aieyn..."

"Excuse me??" Gadis itu kelihatan bingung sambil mengelipkan matanya dengan dahi yang berkerut.

"Awak... Aieyn??" Noorizan hampir tidak mampu mengeluarkan suaranya. Matanya semakin berair.

"Maaf..." Gadis itu kini berkerut sambil memandang sekeliling agak bingung. "Saya rasa awak salah orang."

"Tak!!" Noorizan membentak seperti orang kurang siuman. "Awak adalah Aieyn! Aieyn saya!"

"Encik..." gadis itu menarik nafas panjang. Berusaha sedaya-upaya untuk menahan dirinya daripada melawan bentakan lelaki itu. "Awak betul-betul salah orang. Nama saya bukan Aieyn."

Noorizan menggelengkan kepalanya tidak percaya. "Awak adalah Aieyn. Saya tahu awak adalah Aieyn."

Gadis itu mengelipkan matanya sambil memandang sekeliling meminta pertolongan sesiapa pun yang berada di situ.

"Saya tahu..." Noorizan memegang tangan gadis itu bagaimanapun ditepis kasar olehnya.

"Encik..." Gadis itu menggumam benar-benar cuba mengawal diri. "Tolong beradab sikit."

"Aieyn..."

"Berapa kali saya nak cakap saya bukan Aieyn!" gadis itu kelihatan takut dan terdesak. "Awak salah orang."

"Tak!!"

"Noorizan..." Jyra tiba-tiba muncul sambil menahan lengan lelaki itu. Matanya masih tertumpu pada gadis itu kemudian pada tag nama yang tersangkut pada pakai seragamnya. Ia tertulis 'Anna'.

"Jyra!!" Noorizan memandang Jyra sambil menuding ke arah gadis itu. "Dia adalah Aieyn!"

Jyra menggigit bibirnya hampir menangis. Dia tahu gadis ini bukan Aieyn. Mustahil untuk Aieyn masih hidup setelah semuanya berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Ini mungkin seseorang yang sama muka dengannya. Gadis itu kelihatan sedikit lembut dan ayu berbanding Aieyn yang mereka kenali.

"Jyra..."

Jyra mendongak memandang Noorizan yang sememangnya lebih tinggi daripadanya. Pandangan lelaki itu benar-benar sayu. Meminta dan berharap bahawa Jyra akan bersetuju dan mengiyakan perkara itu.

"Dia Aieyn kan??"

Jyra memandang gadis itu sekali lagi yang masih dalam keadaan terkejut dan takut lalu tunduk. "Dia bukan Aieyn, Noorizan."

"Tak!!" Noorizan membentak benar-benar seperti orang hilang akal. "Dia adalah Aieyn!!"

"Noorizan..." Jyra kini sudah menangis cuba menenangkan lelaki itu. "Kita kena pulang."

"Tak!!" Noorizan kelihatan semakin hilang kawalan. "Dia adalah Aieyn. Saya tahu dia adalah Aieyn."

"Qushairy..." Jyra mengisyaratkan supaya lelaki itu membantunya untuk memegang Noorizan.

Qushairy tidak membantah. Mereka berdua segera menarik lelaki itu keluar dari tempat itu.

"Lepaskan saya!!" Noorizan memekik.

"Noorizan..." Jyra menggumam.

"Dia adalah Aieyn!!" pekik Noorizan berusaha meronta-ronta meminta untuk dilepaskan.

Jyra hanya mampu menariknya keluar sambil menangis. Mereka hampir tidak berjaya kerana lelaki itu lebih kuat daripada mereka.

***

"ITU ADALAH AIEYN!!!!!"

Jeritan Noorizan bergema di setiap ruang markas itu. Hisham dan Miezza berpandangan tidak mampu berkata apa-apa. Jyra hanya tunduk sambil mendengus perlahan. Airmatanya masih lagi mengalir tetapi tidak sederas sebelumnya. Yuna hanya kebingungan sambil cuba memancing Qushairy untuk menceritakan padanya walaupun lelaki itu juga sebenarnya tidak begitu faham situasi sebenarnya. Cska pula membesarkan matanya memandang lelaki itu agak ketakutan, manakala Olive hanya memandang situasi itu. Tidak mahu masuk campur kerana tahu di mana dia berdiri.

"Noorizan..."

"Itu dia, Hisham..." Noorizan mencengkam rambutnya tidak mahu mendengar apa-apa perkataan lagi yang menentang kenyataan itu. "Saya tahu itu dia. Tolong jangan cakap apa-apa yang membuatkan saya marah."

"Noorizan..." Miezza menarik nafas panjang. "Awak tahu kan... Yang... Aieyn dah... Aieyn dah..."

"Mati??" Pintas Noorizan. "Saya tahu. Tapi ini memang dia. Saya tak tahu macam mana... Tapi ini adalah Aieyn!"

Miezza mendengus perlahan. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Dia tidak menyalahkan Noorizan. Dia faham bagaimana perasaan lelaki itu. Hisham kini hanya bercekak pinggang memandang lelaki itu dengan wajah yang tenang.

"Saya tahu itu Aieyn." Noorizan kelihatan sudah kehilangan kata-kata. "Tolong lah... Tolong cakap itu adalah Aieyn."

"Noorizan..." panggil Hisham. Lelaki itu benar-benar hilang kawalan. Dia tidak dapat berfikir dengan betul.

"Itu adalah Aieyn..." Noorizan menggumam seperti orang gila sambil menangis. "Itu adalah Aieyn."

Hisham segera merentap kolar baju jaket lelaki itu sambil memandang matanya. Dia hampir mengeluarkan air mata apabila melihat bagaimana perasaan lelaki itu tergambar di wajahnya.

"Pergi, Noorizan..." Hisham melepaskan Noorizan sambil mengalihkan pandangannya.

Semua orang hanya mampu melihat tidak masuk campur.

"Pergi tenangkan diri awak."

Noorizan memandang hisham seketika kemudian segera berlalu pergi dari situ dengan pantas meninggalkan keadaan yang masih tegang itu.

"Apa..." Yuna menelan air liurnya. "Yang dah jadi??"

Cska masih lagi ternganga tidak tahu hendak berbuat apa. Terkejut melihat semua itu terjadi di hadapan matanya.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Jyra?" Tanya Miezza lembut sambil memandang ke arah gadis itu.

Jyra mengesat air matanya lalu cuba menenangkan diri. "Kami jumpa seseorang. Wajahnya benar-benar sama dengan Aieyn."

Hisham dan Miezza berpandangan seketika. Tidak tahu apa komen yang harus diberikan pada ketika itu.

"Saya mengaku..." Jyra menelan air liurnya. "Muka orang tu sama betul dengan Aieyn. Rambut dia..."

"Semuanya??" Miezza mengangkat keningnya agak terkejut. Terasa ingin melihat wajah gadis itu.

"Tapi wajah Aieyn sentiasa serius..." Jyra menggigit bibirnya cuba membayangkan wajah gadis yang dilihatnya itu lagi. "Beza dengan yang ini... Dia nampak ada kelembutan sikit."

Miezza dan Hisham masih tidak memberi sebarang komen.

"Noorizan benar-benar percaya bahawa dia adalah Aieyn." Jyra mengangkat bahunya. "Dia yakin."

"Tapi..." Hisham mengerutkan dahinya. "Kenapa wajah dia benar-benar sama dengan Aieyn?? Kembar ke apa??"

"Itu saya tak tahu." Jyra mendengus perlahan. "Mungkin pelanduk dua serupa. Saya pun tak pasti."

"Tapi..." Hisham berfikir seketika sambil merenung gadis itu. "Dia benar-benar bukan Aieyn ke??"

"Hisham..." Jyra memejamkan matanya seketika. "Kita dah nampak dia mati depan mata kita sendiri kan??"

Hisham mengangguk sambil mendengus perlahan.

"Mustahil untuk dia hidup lagi." Jyra menyambung. "Budak tu pun nampak bingung dan langsung tak faham apa yang kami cakap. Mestilah dia bukan Aieyn. Dia nampak... Sedikit lain."

"Tapi kenapa Noorizan benar-benar yakin.??" Hisham mengerutkan dahinya masih bercekak pinggang.

"Mungkin masih terkesan pada dia." Miezza mendengus perlahan. "Dia perlu bertenang dulu."

Serentak Hisham dan Jyra mengangguk.

"Er..." Olive tiba-tiba bersuara dari tempatnya. "Maaf sebab menyampuk, tapi... Aieyn ni siapa?"

Hisham, Jyra dan Miezza segera memandang lelaki itu.

"Dia adalah salah satu bekas penaung puak ni." Miezza menarik nafas panjang. "Mereka lah yang mengumpulkan kami."

"Tapi dia..."

"Dah mati." Miezza memintas ketika tunduk memandang ke lantai. "Ya. Dia dah mati."


A/n: Aha!! Cliche huh? Korang rasa siapa perempuan tu? Sebijik macam Aieyn rupa dia. Tapi lain sikit. I'm thinking on another fantasy story now. Mungkin saya akan post jugak nanti. Tapi saya settle kan ni dulu. Tajuknya HUMANOIDS. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top