It's Hard

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Geoffry's cast. (Liam Payne)


BAB 27 : SUKAR


"Kenapa kamu tak ambil dia terlebih dahulu dari saya kalau kamu rasa itu adalah Aieyn?!"

Sheronica hampir sahaja menjerit di kaki lima itu. Noorizan dan Jyra mendengus perlahan tidak tahu hendak membalas apa. Geoffry turut berada dalam misi itu untuk memberi perlindungan pada gadis yang dicintai.

"Kami tak dapat pastikan itu adalah dia!" Jyra membalas. "Tengok lah macam awak. Pun sukar untuk kami pastikan. Kami langsung tak sangka bahawa awak adalah Sheronica yang kami kenal."

Sheronica beralih memandang Noorizan. "Takkan awak pun tak kenal dia, Noorizan? Saya tak rasa sepatutnya macam tu."

"Saya jadi teruk masa pertama kali jumpa dia!" Noorizan menggerutu. "Tapi semua benda jadi mustahil, Sheron... Kami nampak dia mati depan mata kami sendiri. Apa yang awak harapkan untuk kami percaya?"

Sheronica mendengus kuat.

"Lagipun dia jadi lain..." Jyra menambah. "Lain dari Aieyn yang kami kenal. Ada sesuatu yang lain."

"Awak rasa saya sama ke dengan 'Sherene'??" Sheronica mengangkat keningnya memandang kedua-dua orang itu.

Serentak Noorizan dan Jyra terdiam. Ada benarnya apa yang gadis itu katakan. Mereka juga langsung tidak sama.

"Saya harap kita betul." Ucap Noorizan penuh harapan. "Saya harap itu adalah Aieyn."

Sheronica mengangguk bersetuju. Dia juga berharap perkara yang sama.

"Tu dia!"

Serentak mereka semua berhenti berjalan apabila Jyra menuding ke arah sesuatu. Seorang gadis berambut perang yang disanggul rapi sedang berbual dengan seorang lelaki berumur di hadapan sebuah kedai. Mereka semua cuba memerhatikan gerak-geri gadis itu. Mata Noorizan mula berkaca penuh harapan. Sheronica pula hanya menunggu gadis itu berpusing sepenuhnya untuk dilihat.

"Apa awak rasa?" Bisik Hisham.

Sheronica mengangkat bahunya sambil berkerut masih merenung gadis itu. "Saya tak nampak muka dia sepenuhnya."

"Tunggu je dulu." Arah Jyra.

Tiba-tiba sahaja gadis itu berjalan pergi entah ke mana setelah selesai bercakap dengan lelaki tua tadi.

"Dia nak ke mana tu?" Gumam Jyra.

"Jom ikut." Arah Noorizan.

Tiada siapa yang membantah. Mereka semua segera menyusul gadis itu seperti sekumpulan samseng yang ingin menculik seseorang. Mereka memandang sekeliling. Cuba memastikan ia kini selamat untuk menyapa gadis itu.

"Hei!"

Gadis berambut perang itu segera berhenti berjalan apabila lengannya dicengkam oleh seseorang. Dia berpaling menoleh memandang ke belakang dan terkejut melihat Noorizan berdiri di situ.

"Awak??" Gadis itu mengerutkan dahinya. Riak wajahnya tiba-tiba bertukar menyampah.

"Ya..." Noorizan mengelipkan matanya secara tiba-tiba lalu melepaskan genggaman itu.

"Apa lagi awak nak?!" Nada gadis itu bertukar serius. "Saya dah bagi amaran pada awak kan?!"

"Sa... Er... Saya..." Noorizan berasa gugup secara tiba-tiba. Dia merasa gementar tanpa sebab.

"Dengar ni..." gadis itu merenung Noorizan tajam. "Awak..."

"Aieyn..."

Panggilan itu membuatkan gadis itu dan Noorizan menoleh serentak. Sheronica kini memandang mereka dengan mata yang berair.

"Aieyn..."

Gadis itu semakin mengerutkan dahinya. Dia kini sudah tidak dapat memastikan apa yang berlaku.

"Seriously..." gadis itu menggerutu cuba menenangkan dirinya. "Apa yang berlaku sekarang ni?"

"Awak adalah Aieyn." Gumam Sheronica.

"Nama saya Anna!" gadis itu membentak. "Jangan suka-suka nak ubah nama saya. Kamu salah orang!"

"Awak adalah Aieyn." Sheronica kini sudah menangis teresak-esak. "Awak adalah Aieyn."

Gadis itu menggolekkan bebola matanya agak geram lalu segera berpaling untuk berlalu pergi dari situ.

"Nanti..."

BUKK!

"Argh!!" Noorizan segera mengerang kesakitan memegang hidungnya yang baru sahaja ditumbuk oleh gadis itu.

Gadis berambut perang itu kini sudah mengetap giginya kegeraman. Terlalu malas hendak melayan karenah orang-orang asing itu.

"Nanti dulu... Argh!!" Noorizan mengerang lagi apabila lutut gadis itu kena tepat di perutnya.

"Dengar ni..." gadis itu berundur ke belakang sedikit. "Saya tak nak cederakan kamu. Tapi kamu macam tak faham yang saya bukan orang yang kamu maksudkan."

Jyra tidak berani berbuat apa-apa. Takut jika dia pula menjadi mangsa. Sheronica pula hanya berdiri sambil menangis, manakala Geoffry kini ternganga memandang kejadian itu agak terkejut.

"Tolong jangan ikut saya lagi!!"

Gadis itu segera beredar dengan langkah yang cepat seolah-olah tidak mahu diikut lagi. Keempat-empat mereka tidak berganjak dan hanya mampu melihat gadis itu sehingga hilang dari pandangan.

"Noorizan..." Jyra segera membantu lelaki itu untuk bangun disusuli oleh Sheronica dan Geoffry.

Noorizan bangun sambil menahan hidungnya yang kini berdarah. Dia dapat merasakan ianya berdenyut sakit.

"Awak okey ke?" Tanya Geoffry risau.

Noorizan mengangguk sedikit sambil mengesat darah di hidungnya itu. Jika orang yang menumbuknya itu bukan berwajah sama seperti Aieyn, dia pasti tidak akan melepaskan orang itu.

"Sayangnya dia pakai baju lengan panjang." Jyra mengeluh panjang. "Kita tak dapat nak pastikan apa-apa."

"Itu adalah Aieyn."

Serentak semua orang memandang Sheronica yang masih dalam keadaan sedih dan matanya berair.

"Mungkin dia sedikit lain..." Sheronica menelan air liurnya cuba menahan perasaan. "Tapi saya masih boleh rasa dari pandangan matanya."

Semua orang hanya mampu mengeluh perlahan tidak bersuara.

"Dia memang Aieyn."

Serentak semua orang memandang Noorizan yang masih cuba mengesat darah merah di hidungnya itu.

"Saya masih dapat rasa tumbukannya." Noorizan memandang ke arah tempat gadis berambut perang itu menghilang sebentar tadi. "Sama dengan tumbukan yang saya terima waktu pertama kali saya berlawan dengan dia di gelanggang tinju dulu."

***

Geoffry duduk di kaunter dapur itu sambil mengelamun jauh. Pelbagai perkara mula menghantui dirinya kini. Ternyata Sherene yang dia kenal selama ini mempunyai identiti yang lain. Identiti asal sebagai Sheronica. Dia tahu mereka adalah orang yang sama. Tapi dia tetap merasakan perubahan yang ketara pada gadis itu.

"Gee..."

Geoffry tersentak apabila mendengar panggilan namanya itu. Sheronica kini memandangnya dari dapur. Dia sudah mula bekerja di situ sesuai dengan tugasnya sebelum ini di markas.

"Awak okey ke?"

"Ah..." Geoffry segera membetulkan kedudukannya. "Ya. Saya okey."

Sheronica mendengus perlahan kerana tahu itu bukan jawapan yang sebenar. "Awak boleh cakap apa yang awak fikirkan."

Geoffry mendengus perlahan lalu tunduk seketika. Dia memandang ribanya sambil bermain dengan jari-jemarinya.

"Awak risau pasal keadaan sekarang ke?" Teka Sheronica.

Geoffry tergelak menyindir secara tiba-tiba. "Awak bergurau ke?? Semuanya dah berubah sekarang ni, Sher. Saya sendiri pun dah tak pasti apa yang dah berlaku. Semua dah lain."

Sheronica menarik nafas panjang. Dia faham bagaimana perasaan lelaki itu. "Saya tahu, Gee... Semua ni baru untuk awak. Tapi saya nak awak tahu yang ini lah hidup saya. Saya membesar di sini."

Geoffry tidak bersuara. Dia hanya memandang gadis itu.

"Saya keturunan asal puak ni." Sheronica membalas pandangan lelaki itu dengan wajah yang sayu. "Saya berdarah asal."

Geoffry masih tidak membalas.

"Saya nak awak tahu satu benda je." Sheronica menggigit bibirnya seketika. "Apa yang saya alami dengan awak langsung tak berubah. Ia tetap sama."

Geoffry mengukir senyuman manis kemudian mengangguk perlahan. "Saya harap saya boleh biasakan diri."

Sheronica turut tersenyum lalu mengangguk bersemangat. "Kita semua akan lalui perkara ni bersama-sama."

Geoffry mengangguk lagi. Walaupun dia masih kurang yakin mengenai perkara itu, dia yakin pada Sheronica.

"Sheron..."

Serentak kedua-dua mereka menoleh walaupun hakikatnya hanya Sheronica seorang sahaja yang dipanggil. Hisham, Miezza, Jyra dan Noorizan muncul di ruang markas itu bersama yang lain-lain.

"Kita perlu berbincang." Noorizan menarik nafas panjang.

Sheronica hanya mengangguk tanda bersetuju mengenai perkara itu. Dia segera mengambil tempat duduk untuk memandang semua orang.

"Awak yakin itu Aieyn?" Miezza menelan air liurnya. "Orang yang awak jumpa hari tu."

Sheronica memandang Noorizan sekali imbas yang dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. "Ya. Kalau awak tanya saya... Saya yakin itu Aieyn. Saya masih boleh rasa pandangan mata dia."

"Macam mana awak boleh yakin dengan cara macam tu je?" Tanya Qushairy ingin tahu. Semua mereka sudah sedia maklum siapa Sheronica. Ingin sekali mereka mengadakan sesi temubual bersama gadis itu. Bagaimanapun, keadaan saat ini langsung tidak mengizinkan.

Sheronica tersengih mendengar soalan itu. "Terus terang saya cakap... Aieyn ada satu karisma yang kamu dapat rasa bila memandang dia. Kamu boleh tanya dengan penaung sekarang ni. Mereka tahu auranya macam mana."

Hisham, Noorizan, Miezza dan Jyra tidak menafikan perkara itu dan segera mengangguk apabila semua orang memandang mereka. Mereka dapat rasa bagaimana aura Aieyn. Farra sendiri mengakui perkara itu.

"Kalau macam tu kita kena dapatkan dia." Yuna bersuara.

"Tak semudah itu." Sheronica mengeluh perlahan.

"Kenapa pula?" Cska mengerutkan dahinya. Semua orang agak terkejut melihat dia mencelah tiba-tiba.

"Aieyn adalah orang yang paling sukar nak diajak berbincang antara kami." Sheronica menerangkan. "Tiada siapa yang boleh lemahkan dia."

"Susah lah kalau macam tu." Olive mendengus kuat. "Payah kita nak ajak dia berbincang."

"Ada seorang je yang boleh lawan dia."

Serentak semua orang terkejut memandang Sheronica.

"Siapa orangnya??" Khairul mengecilkan matanya sambil berpeluk tubuh. "Hisham ke??"

Kenyataan itu membuatkan semua mata beralih memandang Hisham. Lelaki itu pula tidak memberi sebarang reaksi. Sebaliknya hanya memandang Sheronica.

"Kenapa kamu rasa Hisham pula?" Sampuk Lana agak bingung.

"Kuasa mereka kan bergabung." Selamba Khairul mengangkat bahunya.

"Bukan dia."

Semua mata kembali memandang Sheronica.

"Ia adalah Farra. Ketua puak Huruf yang asal."

Sekali lagi semua orang tersentak. Hisham, Noorizan, Miezza dan Jyra membesarkan mata mereka. Baru mereka ingat bagaimana kedua-dua gadis itu suatu masa dahulu. Hanya Farra sahaja yang boleh hentikannya.

"Tapi kamu tahu apa yang jadi pada dia." Sheronica bersuara sayu.

"Mungkin dia masih hidup." Teka Zamir sambil mengangkat keningnya. "Maksud saya... Awak dan Aieyn... Masih hidup."

"Ada beza." Sheronica memandang lelaki itu. "Saya dan Aieyn dibunuh bukan oleh musuh."

Kenyataan itu membuatkan Xiao Wei tiba-tiba bangun. "Siapa bunuh kamu?"

Sheronica menelan air liurnya lalu menarik nafas panjang. "Salah seorang daripada Huruf."

"Orang yang berkuasa air." Xiao Wei bersuara kecewa lalu memejamkan matanya. Kenapa dia mewarisi kuasa itu?

"Tapi Farra mati dalam pertempuran." Sheronica kembali memandang semua yang ada di situ. "Semua Huruf yang lain... Yang dibunuh oleh musuh atau mati dengan cara yang lain tak ada yang hidup lagi. Buktinya ada dalam kalangan kamu yang dah dapat kuasa mereka. Jadi... Sedikit mustahil."

"Tapi Sheron..." Miezza tiba-tiba mencelah sambil berfikir seketika. "Rusdi pun dibunuh oleh Huruf. Maksud saya... Oleh Farra. Tapi dia dah mati. Xiao Wei dah warisi kuasa dia sekarang."

Sheronica terdiam mendengar soalan itu. Dia juga tidak mampu menjawab. Ada betulnya perkara itu. Kenapa Rusdi sudah mati dan kenapa mereka hidup? Apa sebenarnya rahsia disebalik semua itu?

"Mungkin sebab dia mengkhianat." Sheronica menarik nafas panjang. "Satu-satunya yang tahu pasal perkara ni Izzudin. Dia je yang tahu."

"Betul juga." Rizal menyokong. "Kita tak tahu kenapa kamu boleh hidup."

"Ya." Sheronica mengangguk. "Saya yakin Rusdi dah bunuh saya."

"Atau mungkin..." Vince berfikir seketika. "Rusdi tak bunuh kamu. Dia cuba hantar kamu ke tempat lain."

"Ya." Baekhair menyokong. "Mungkin kuasanya tak cukup kuat."

"Tapi kami nampak mereka berdua hilang." Jyra memberitahu. "Sama macam ahli-ahli yang lain mati dalam pertempuran."

"Habis tu macam mana mereka boleh hidup lagi?" Tanya Dayah. "Bukan saya tak nak... Cuma perkara ni pelik sangat."

"Saya pun tak dapat nak pastikan apa yang berlaku." Sheronica mengeluh.

"Tapi mungkin itu sebabnya." Pikah bersuara. "Mungkin sebab Huruf yang bunuh mereka dan mereka bukannya pengkhianat."

Tiada siapa yang memberi komen mengenai itu.

"Apa-apapun kita kena rancang macam mana nak berbincang dengan Aieyn." Webly segera menyampuk apabila cerita mereka terlalu jauh dari tajuk.

"Ya." Tasnim menyokong. "Kita perlu fikir benda tu."

"Tapi macam mana??" Emma mengerutkan dahinya.

"Kita kena fikirkannya."


A/n: Well, well... One more. Whether it's really Aieyn or not. :) I have a report that people trying to copy my works. Cerita Huruf ni. (Thank for the reporter). Actually... I don't really mind if you wants to steal a bit of my idea. Jangan lah 100%. But, you need to get permission too. Okay, leave me your feedback. :)

P.s::: Maybe I should make a contest for you guys to write a fanfic about this story. Hahaha XD

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top