I Can Feels You

BAB 29 : RASA


Noorizan berjalan beriringan bersama Hisham dan Jyra. Sudah beberapa hari mereka tidak bertemu dengan kelibat gadis yang berwajah sama dengan Aieyn itu. Entah di mana dia berada saat ini kerana dia juga tidak masuk kerja. Sepertinya dia mengelak untuk berjumpa dengan mereka.

"Tak guna!" Noorizan menggerutu hampir menghentakkan kakinya dengan kuat. "Dia benar-benar bersembunyi!!"

Jyra dan Hisham tidak berkata apa-apa. Mereka juga bersetuju mengenai hal itu. Gadis itu memang mengelak dari mereka.

"Macam mana kita nak cari dia??" Noorizan menderam lagi. Wajahnya merah padam menahan geram.

"Kita tak tahu dia tinggal di mana." Jyra memandang sekeliling tanpa sebab sambil mendengus perlahan.

"Kalau kita tahu..." Noorizan mengetap giginya. "Mesti dia akan pindah rumah. Dia benar-benar tak nak kita jumpa dia."

Jyra dan Hisham mengeluh serentak. Tidak tahu apa lagi yang hendak dibahaskan pada saat ini.

"Kita sepatutnya minta bantuan Tasnim tadi." Jyra menyatakan pendapatnya sambil mendengus perlahan.

"Kita tak tahu pula akan jadi macam ni." Hisham menarik nafas panjang lalu mengangkat bahunya.

"Habis tu apa kita nak buat sekarang??" Jyra memandang Noorizan dan Hisham silih-berganti.

Hisham hanya mengangkat bahunya sambil menuding ke arah Noorizan menggunakan mulutnya sebagai tanda lelaki itu yang harus membuat keputusan. Lelaki itu yang kelihatan bersemangat.

"Kita balik dulu." Noorizan mengeluh panjang. "Kita perlukan Tasnim untuk cari dia nanti."

Jyra dan Hisham hanya menurut. Mereka segera meneruskan perjalanan mereka untuk kembali ke markas. Keadaan kaki lima itu agak lengang kerana cuaca yang begitu. Awan gelap mula kelihatan. Ia mendung dan angin kuat turut bertiup membuatkan mereka merasa sejuk seketika.

"Nampaknya tak lama lagi hujan." Jyra memandang ke langit apabila mendengar bunyi guruh yang berdentum kuat.

Kedua-dua lelaki itu turut mendongak tidak berkata apa-apa. Mereka hanya meneruskan perjalanan sehingga Hisham merasakan ada sesuatu yang bergegar dalam dirinya. Dia segera berhenti berjalan.

"Hisham..." Noorizan memandang lelaki itu agak pelik. Jyra turut berhenti berjalan dan memandang ke arahnya.

Hisham tidak membalas sebaliknya berfikir sendirian. Dia cuba memastikan dari mana datangnya gegaran itu. Dia benar-benar merasainya. Sesuatu seperti kejutan elektrik kini bergetar dalam tubuhnya. Tidak semena-mena dia tersentak. Dia kenal benar perasaan ini. Dia masih lagi ingat.

"Farra??"

Jyra dan Noorizan tersentak apabila mendengar nama itu terpacul keluar dari mulut Hisham. Lelaki itu kini sudah membesarkan matanya sambil memandang sekeliling untuk mencari sesuatu.

"Hisham??" Jyra memanggil lelaki itu cuba untuk memastikan keadaannya. "Kenapa ni??"

"Kuasanya..." Hisham menjawab tanpa memandang wajah gadis itu. Matanya masih memandang sekeliling. "Saya dapat rasa kuasanya."

Noorizan memandang sekeliling tanpa tujuan agak kebingungan. Dia sudah mula berkerut. "Kuasa siapa?"

"Kuasa Farra!"

Kenyataan itu membuatkan Jyra dan Noorizan terkejut lalu berpandangan sesama sendiri. Mereka turut memandang sekeliling jika benar ada kelibat Farra di situ. Hisham kini sudah mula berjalan. Dia sendiri tidak sedar bahawa kakinya sudah mula bergerak membawa dia entah ke mana dia sendiri juga tidak pasti.

Noorizan dan Jyra tidak mampu menghalang dan hanya menyusul lelaki itu. Langkah mereka semakin dipercepatkan kerana Hisham seperti sudah mula berlari. Lelaki itu terus sahaja berjalan mengikut nalurinya sendiri sehingga dia terlanggar seseorang.

"Maaf!!"

Hisham segera memandang orang yang dilanggarnya itu. Seorang gadis berambut hitam yang diikat kemas memungut buku yang berhamburan di atas lantai kemudian segera berdiri. Pada ketika itu, barulah Hisham dapat melihat mukanya. Gadis itu mempunyai lesung pipit dan mata yang bersinar.

"Farra..."

"Hah??" Gadis itu mengangkat keningnya apabila Hisham menyebut nama itu. Noorizan dan Jyra kini sudah berhenti berjalan dengan mulut ternganga dan mata yang terbuka luas.

"Farra..."

Gadis itu memandang Hisham, Jyra dan Noorizan silih-berganti dengan wajah yang bingung sambil memeluk erat buku yang ada ditangannya.

"Awak..."

Belum sempat Hisham menghabiskan ayatnya, tiba-tiba sahaja rantai yang ada dilehernya bercahaya. Bukan rantai berhuruf 'H' miliknya sendiri. Tetapi rantai berbuah huruf 'F' yang selama ini dia pakai. Ia bercahaya tanpa sebab setelah pertama kali bercahaya empat tahun dulu. Jyra dan Noorizan semakin membesarkan mata mereka agak terkejut dengan keadaan itu.

"Ia jumpa tuannya." Hisham memandang gadis itu yang masih dengan wajah kebingungan.

"Apa... Awak cakapkan ni?" Gadis itu kini sudah mula ketakutan. Dia sudah rasa tidak sedap hati dengan keadaan itu.

Hisham tidak berkata apa sebaliknya merentap lengan kanan gadis itu dengan kuat membuatkan dia meronta-ronta.

"Hei!! Apa ni?? Lepas lah!!"

Hisham tidak mempedulikannya. Dia menggunakan kekuatannya sebagai seorang lelaki untuk memeriksa sesuatu. Parut berbentuk huruf 'F' terukir dilengan kanan gadis itu seperti yang dijangkanya.

"Oh my God!" Hisham menggumam sambil menggenggam erat rantai berbuah huruf 'F' yang masih bercahaya dilehernya itu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Airmatanya sudah jatuh bercucuran tidak dapat menahan perasaannya.

"Apa ni??" Gadis itu mula ketakutan sambil berjalan berundur. Dia menelan air liurnya agak takut.

"Farra..." Hisham memandang gadis itu sayu.

"Saya... Argh!!"

Belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, dia sudah rebah ke lantai tidak sedarkan diri. Jyra berdiri di sebelahnya dengan wajah penuh rasa bersalah kerana baru sahaja menggunakan ubat tidur yang disuntik di leher gadis itu.

"Ini satu-satunya jalan."

***

Keadaan di ruang markas itu agak riuh daripada biasa. Bukan kerana gelak ketawa atau apa. Tetapi kerana kepenatan dan perbincangan yang dilakukan. Mereka semua baru sahaja selesai berlatih dengan kawalan Miezza. Sheronica seperti biasanya akan bekerja di dapur. Dia benar-benar rindu dengan kerja itu.

Semua mereka kini sedang duduk secara rawak di tempat itu sambil meneguk air yang dihidangkan oleh Sheronica. Sepertinya mereka mula berpuas hati dengan pencapaian dan peningkatan mereka. Mereka semua segera menoleh apabila geseran pintu batu utama itu kedengaran. Keadaan menjadi sunyi sepi apabila Hisham muncul sambil memapah seorang gadis bersama Noorizan. Jyra menyusul di belakang mereka agak bingung.

"Apa... Siapa ni?" Tanya Miezza ketika mendekati mereka. Dia kelihatan teruja dari biasa.

Mereka tidak segera menjawab sebaliknya menurunkan jasad yang mereka papah itu di atas lantai. Mereka sudah tidak mampu mencari tempat yang lebih baik daripada itu untuk dijadikan katil.

"Siapa ni??" Tanya Zamir sambil mengerutkan dahinya. Tidak tahu siapa pula yang dibawa pulang kali ini.

Hisham tidak menjawab sebaliknya memandang jasad itu dengan wajah yang merah padam. Matanya masih kelihatan berkaca. Jyra hanya berdiri sambil menelan air liurnya. Masih tenggelam dengan situasi itu.

"Ini..." Noorizan menarik nafas panjang kemudian memandang Miezza dan Sheronica silih-berganti. "Adalah ketua sebenar puak kita. Farra."

Kenyataan itu menarik perhatian semua orang. Mereka semua bingkas bangun dari tempat duduk mereka. Kepenatan sebentar tadi segera dilupakan. Mereka ingin melihat kelibat itu.

"Farra??" Ulang Sheronica sambil melutut di sebelah Hisham untuk melihat wajah gadis itu. "Dia masih hidup??"

"Muka mereka sama." Jyra bersuara dengan pelbagai emosi yang tidak dapat dibaca. "Itu yang pasti."

"Dia ni..."

Semua orang segera memandang Rizal apabila lelaki itu bersuara seolah-olah dia mengenali gadis itu.

"Awak kenal dia??" Lana mengangkat keningnya.

"Orang yang awak suka tu kan?" Zamir mencelah membuatkan semua orang terkejut. Rizal tidak menjawab sebaliknya memandang Hisham yang kini sudah membalas pandangannya. Mereka bertentangan mata seketika sebelum Hisham kembali memandang Farra.

"Saya pengsankan dia..." terang Jyra apabila semua orang ingin bertanya kenapa gadis itu pengsan. "Supaya senang nak dibawa pulang."

"Farra..." Sheronica menggigit bibirnya sambil menangis memandang tubuh yang ada di hadapannya itu. Dia segera memandang Hisham dengan air matanya yang sudah mula berlinangan. "Pakaikan dia rantai tu."

Hisham tidak membantah sebaliknya membuka rantai berbuah huruf 'F'yang ada di lehernya. Miezza mengangkat sedikit badan gadis yang tidak sedarkan diri itu untuk memudahkan Hisham memakaikan rantai tersebut. Serta-merta cahaya yang terang keluar daripada rantai itu.

Berbeza dengan apa yang berlaku pada Sheronica, cahaya itu bukan hidup dari badan gadis itu. Sebaliknya ia menyelubungi tubuh gadis itu dan mengangkatnya sedikit ke udara menyebabkan semua orang terundur sambil membesarkan mata. Gadis itu kini terangkat secara menegak seolah-olah dia sedang berdiri. Pelahan-lahan cahaya yang menyelubunginya itu masuk ke dalam badannya.

"Apa yang jadi??" Noorizan mengerutkan dahinya. Semakin tidak faham dengan situasi itu.

"Dia ketua." Sheronica bersuara selamba sambil memandang proses itu. "Sebab itu dia sedikit lain."

Cahaya itu seolah-olah melakukan sesuatu dalam tubuh gadis itu. Walaupun mereka tidak tahu apa perbezaannya, tapi mereka pasti bahawa ada sesuatu yang berubah padanya. Ia hanya menjadi seperti itu tanpa henti sehingga cahaya itu hilang tanpa tertinggal sedikit pun. Tubuh itu menjejak ke darat perlahan-lahan. Ia mendongakkan kepalanya sebelum matanya terbuka serta-merta.

Semua orang ternganga agak terkejut. Riak wajah gadis itu berubah serta-merta. Tidak pasti ia seperti apa. Yang pasti ia membawa satu aura yang kuat. Gadis itu memandang semua orang di situ satu-persatu dengan renungan tajamnya membuatkan semua orang yang bertentang mata dengannya itu takut. Dia tidak membuka mulut dan meneruskan apa yang dia lakukan sehingga dia memandang orang yang terakhir. Yang kini sudah mengalirkan air mata memandangnya.

"Farra..." Sheronica menggumam dengan suara yang serak. Dia tidak tahu sejak bila ia jadi seperti itu.

Gadis itu merenung Sheronica seketika sebelum mengukir senyuman sinis. "Hai, Sheronica."

Sheronica tidak dapat mengawal perasaannya lagi. Dia terus sahaja berlari dan memeluk gadis itu.

"Farra..."

Farra juga tidak dapat mengawal perasaannya apabila air matanya bergenang. "Sheron..."

Semakin kuat tangisan gadis itu apabila Farra berbisik di telinganya. Ketika mereka meleraikan pelukan itu, Miezza dan Jyra segera memeluk Farra. Tidak dapat mengeluarkan apa-apa perkataan dari mulut mereka.

"Tak guna awak menghilang!" Jyra mengamuk di telinga gadis sambil menangis. Tidak dapat menggambarkan perasaannya lagi.

"Gembira awak kembali." Miezza menepuk bahu gadis berlesung pipit itu sambil menarik nafas panjang.

Farra mengangguk-angguk kemudian beralih memandang Noorizan yang berdiri di situ sambil tersenyum manis.

"Hai, Noorizan."

Noorizan tergelak sedikit kemudian berjalan perlahan-lahan mendekati gadis itu sebelum menariknya ke dalam pelukan. "Selamat kembali... Ketua."

Farra tersengih hampir membalas bagaimanapun terhenti apabila terpandang wajah yang Hisham yang berdiri penuh dengan emosi. Noorizan segera melepaskan pelukannya lalu menepuk bahu gadis itu dan memandang Hisham.

Farra menarik nafas panjang lalu berjalan perlahan-lahan dan berhenti di hadapan Hisham yang hanya memandangnya dengan riak wajah yang sukar dibaca. "Awak buat dengan baik, Hisham. Awak buat dengan baik."

Hisham tidak mampu menahan lagi. Air matanya mula mengalir perlahan-lahan membuatkan Farra segera memeluknya dan mengusap-usap belakang lelaki itu. Tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan lain lagi.

"Awak buat dengan baik."

Hisham tidak mampu membalas. Dia hanya mampu menangis. Mengeluarkan segala perasaaan yang dia simpan di dalam dirinya sendiri. Yang hanya dia menanggung segala-galanya. Sehingga dia mampu menenangkan dirinya sendiri barulah dia melepaskan gadis itu. Farra segera memandang sekeliling. Ke arah orang ramai yang masih tercengang memandang situasi itu.

"Saya benar-benar tak sangka kamu dapat kumpulkan hampir semua." Farra menyatakan rasa kagumnya. "Kamu memang terbaik."

Hisham, Miezza, Jyra dan Noorizan segera ketawa mendengar kenyataan itu. Sepertinya beban yang terlalu berat selama ini berada di bahu mereka sudah berkurangan. Ketua mereka yang sebenar sudah kembali.

"Tapi..." Farra berfikir seketika lalu memandang Sheronica. "Macam mana saya masih hidup? Sheron..."

Sheronica menarik nafas panjang lalu mengangkat bahunya. "Saya tak tahu. Saya buat andaian bahawa mungkin Rusdi yang bunuh saya betul-betul."

"Well..." Farra mengangkat keningnya sambil berkelip sedikit. "Saya bukan mati ditangannya."

"Kita masih perlu bercakap mengenai itu, Farra." Hisham merenungnya tajam yang mana dia hanya mampu membalas dengan pandangan sayu. Tidak tahu apa yang bakal dijawab nanti.

"Kalau macam tu..." Miezza mengerutkan dahinya. Persoalan mula datang satu-persatu lagi. Terlalu rumit untuk mereka membuat apa-apa kesimpulan. "Apa yang jadi? Macam mana kamu masih hidup?"

"Itu belakang cerita." Noorizan segera mencelah lalu memandang Farra dengan pandangan yang penuh makna dan harapan. "Yang penting sekarang... Kita perlu dapatkan Aieyn."


A/n: Kyaaa!!!!! The leader is back!! How do you feel guys?? Korang rasa betul tak Anna tu adalah Aieyn atau tak??

Oh, pasal fanfiction tu. Mungkin saya akan buat. Kepada sesiapa yang berminat lah. Nanti saya beritahu pasal syaratnya. Ini untuk suka-suka je. Kalau korang ada cadangan macam mana nak buat atau sebagainya, beritahu saya k. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top