Furious
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Rizal's cast. (Harry Styles)
BAB 18 : MARAH
Semua orang kini sedang melakukan hal masing-masing di ruang markas itu. Semua masih lagi terkesan dengan apa yang baru sahaja berlaku. Zamir mula kelihatan takut dengan apa yang bakal mereka hadapi nanti. Dia mula sedar kepentingan untuk berada dalam kumpulan yang ramai. Hisham dan Miezza masih lagi cuba untuk mencari sesuatu dengan bantuan Khairul.
Latihan sudah dimulakan. Miezza, Jyra, Noorizan dan Hisham akan melatih mereka silih-berganti. Kebanyakan daripada mereka masih tidak tahu bagaimana hendak menggunakan kuasa sendiri. Ada juga yang senang untuk dilatih. Misi mencari juga masih diteruskan. Mereka rasa gembira dan pelik dalam masa yang sama kerana masih tiada rantai yang berkurangan.
Sejak perlawanan dengan gergasi itu, Emma semakin mendekatkan diri dengan Hisham. Lelaki itu pula langsung tidak selesa dan sentiasa mengelak untuk apa juga hal yang boleh mengaitkan dia dengan gadis itu. Lana pula sering mengekori Noorizan jika lelaki itu ingin bersendirian. Dia tidak begitu kisah.
"Hari ni ada latihan tak?" Tanya Vince sambil menggigit biskut yang terletak di atas meja.
Jyra yang duduk di hadapannya mengangguk. "Latihan akan tetap berjalan sehingga kamu semua benar-benar mahir."
"Macam mana nak tahu kami benar-benar mahir atau tak?" Dayah mencelah sambil mengelipkan matanya.
Jyra memandang Noorizan yang duduk berdekatan. Noorizan hanya membalas pandangannya tidak menjawab. Itu termasuk dalam perkara yang mereka tidak dapat pastikan. Mereka tidak tahu bagaimana penaung terdahulu memastikan bahawa mereka benar-benar sudah mahir.
"Kami pun tak pasti."
Serentak semua orang berpandangan agak bingung kecuali empat penaung itu dan juga Khairul.
"Apa maksud awak?" Baekhair mengecilkan matanya.
Jyra mendengus perlahan. "Kami sebenarnya tak tahu sangat pasal semua kuasa puak Huruf ni."
Sekali lagi semua orang kebingungan.
"Pada peringkat kami..." Miezza mencelah. "Tak semua Huruf dapat kami jumpa. Hanya ada beberapa orang sahaja."
Semua orang membesarkan mata agak terkejut.
"Maknanya kamu tak pernah jumpa kuasa seperti kuasa kami??" Cska membesarkan matanya.
"Ada beberapa yang kami pernah jumpa." Miezza menarik nafas panjang. "Macam kuasa Rizal dan Xiao Wei. Yang lain semuanya kuasa yang baru bagi kami. Masih tak tahu macam mana ia berfungsi."
"Maknanya..." Cska masih lagi terkedu.
"Orang yang memegang kuasa kamu sebelum ni mati sebelum kami sempat jumpa mereka." Noorizan memintas.
Semua orang terdiam cuba untuk memproses perkara itu.
"Jadi, sepatutnya..."
"Yuna!!!"
Belum sempat Baekhair menghabiskan kata-katanya, pekikan Qushairy membuatkan semua orang berpaling. Yuna kini sedang memegang dadanya dengan wajah yang merah padam. Urat-uratnya kelihatan dan matanya berair. Dia melutut di lantai sebelum darah merah pekat tersembur keluar.
"Yuna!!" Qushairy menjerit cemas.
Hisham membesarkan matanya. "Ada serangan lagi."
Tiada siapa dapat memberi komen atau pertanyaan dalam keadaan itu. Mereka semua memandang Yuna risau. Miezza segera mendekati Yuna. Dia hanya memandang gadis itu cuba untuk memikirkan apa yang perlu dibuat.
"Yuna..." Qushairy bersuara hampir menangis. Melihat teman wanitanya sendiri seperti itu. Buat seketika, dia bersyukur Yuna tidak melihatnya dalam keadaan itu ketika dia menjadi mangsa.
"Apa kita perlu buat???" Lana memekik kuat agak cemas.
"Tak tahu." Miezza menggeleng lemah. "Tak tahu macam mana nak hentikan benda ni."
Yuna masih lagi dalam kesakitan. Dia kini hampir bersujud di lantai itu. Sakitnya sukar untuk ditahan. Seluruh badannya bergetar.
"Yuna!!" Qushairy masih berada di sisi gadis itu.
"Argh!!"
Serentak semua orang menoleh. Dayah terlempar secara tiba-tiba. Belum sempat sesiapa mencari puncanya, Baekhair pula terhumban jauh. Apabila mereka melihat air yang banyak melimpah, mereka segera memandang Xiao Wei. Lelaki itu kini sedang menghalakan tangannya kepada orang di situ satu-persatu.
Hisham dapat mengelak apabila Xiao Wei cuba untuk menembak dengan kuasanya. Keadaan kini menjadi semakin kalut.
"Halang dia!!" pekik Jyra. Dia tahu bagaimana kekuatan kuasa Xiao Wei jika diimbas kembali sejarah sebelum ini.
Dengan pantas Noorizan melilit lelaki itu dengan akar-akarnya menyebabkan segala-galanya terhenti. Xiao Wei masih dapat mengeluarkan kuasanya tetapi tidak dapat mensasarkan dengan betul. Dia hampir tercekik dengan lilitan akar yang semakin memenuhi tubuhnya.
"Dia pun ke??" Emma memandang Hisham.
Hisham hanya berdiri risau memandang Noorizan. "Tak... Noorizan dalam keadaan sedar."
"Noorizan!!" pekik Miezza.
Noorizan langsung tidak peduli. Dia memandang Xiao Wei dengan penuh rasa benci dan marah. Dahinya berkerut dan wajahnya merah padam.
"Noorizan..." Hisham cuba memanggil.
Lelaki itu tetap tidak membalas. Xiao Wei kini semakin tercekik. Hisham dapat melihat bahawa Noorizan langsung tiada niat untuk menghentikan apa yang dia lakukan menyebabkan dia terpaksa bertindak. Hisham meletupkan akar yang melilit Xiao Wei itu dengan penuh berhati-hati agar tiada sesiapa tercedera.
Xiao Wei segera jatuh ke lantai. Dia terus pengsan. Tidak pasti sama ada dia pengsan kerana tercekik atau apa.
"Kenapa awak hentikan saya?" Noorizan merenung Hisham marah.
"Awak perlu kawal kemarahan awak." Hisham membalas.
"Dia hampir bunuh kita semua!!" Noorizan membentak. "Awak tahu macam mana tahap kuasanya!!"
Hisham mendengus perlahan lalu tunduk seketika. "Noorizan... Saya tak nak bertengkar pasal ni lagi."
Noorizan mendengus kuat sambil memegang kepalanya. Jelas kemarahannya semakin bertambah. Tidak semena-mena dia berlalu pergi dari situ.
"Noori... Zan..." Lana hampir mengejar lelaki itu bagaimanapun dihalang oleh Miezza yang berdiri di sebelahnya.
"Dia perlu bertenang."
"Apa..." Rizal menelan air liurnya. "Yang berlaku sekarang ni?"
Tiada siapa yang mampu menjawab soalan itu. Kerana sememangnya belum ada jawapan.
***
Semua orang duduk dalam keadaan tegang. Yuna kini sudah sembuh dan masih dalam keadaan lemah di sisi Qushairy. Xiao Wei pula duduk penuh rasa bersalah atas apa yang dia lakukan. Dia sudah menyatakan bahawa dia tidak sedar apa yang dia lakukan dan mereka mempercayai perkara itu. Noorizan pula menghilang entah ke mana. Dia masih belum kembali sejak pagi tadi.
"Dia tu dah kenapa??" Zamir memecahkan kesunyian. "Dia memang nak membunuh orang ke?"
"Bukan lah." Jyra mendengus perlahan.
"Habis tu??" Zamir mengangkat keningnya. "Saya rasa saya boleh nampak dengan jelas dia nak bunuh Xiao Wei."
Semua orang memandang sekali imbas ke arah Xiao Wei yang duduk berdiam diri tidak mencelah.
"Dia yang menyerang kita dulu!" Khairul membentak.
"Tapi dia tahu Xiao Wei dalam keadaan tak sedar!!" Vince memintas.
Cska hanya memandang keadaan itu tidak mahu ikut campur. Dia masih teringat ketika dia berada dalam keadaan Xiao Wei.
"Dia cuma marah..." Hisham bersuara tenang berbanding yang lain. "Saya nak pergi cari dia dulu."
Semua orang hanya menyoroti langkah Hisham sehingga hilang daripada pandangan. Tiada siapa yang berani menyusulnya. Keadaan itu tidak dapat dijangka. Tiada siapa berani bertindak.
"Noorizan tu..." Emma memandang Miezza yang dari tadi hanya berdiam diri. "Memang pemarah macam tu ke?"
Miezza mendengus perlahan kemudian menggelengkan kepalanya. "Dia tak macam tu sebelum ni."
"Habis kenapa dia jadi macam tu?" Dayah mencelah sambil mengerutkan dahinya.
"Sebab perkara sebelum ni..." Miezza menjawab lemah. "Apa yang terjadi sebelum ni dah mengubah dia."
Semua orang kebingungan mendengar perkara itu.
"Apa yang berlaku?" Rizal bertanya.
Miezza tidak segera menjawab. Dia memandang Jyra yang turut mempunyai reaksi yang sama.
"Ceritakan pada kami." Zamir bersuara keras lebih kepada memberi arahan.
Miezza memejamkan matanya seketika kemudian tunduk sambil menarik nafas panjang. "Pada zaman kami..."
Serentak semua membetulkan kedudukan mereka. Yuna kini masih duduk lemah di sebelah Qushairy. Cska hanya duduk memeluk tubuh di meja bersama Olive, Khairul, Lana, Dayah dan Emma. Xiao Wei duduk di kerusi yang lain bersama Vince dan Baekhair. Zamir bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh dengan wajah serius. Rizal turut berdiri berdekatan.
"Misi mencari dilakukan oleh dua orang..." Miezza bersuara benar-benar perlahan. "Dua orang penaung. Boleh dikatakan mereka penaung yang hebat."
Semua orang kini sudah mula fokus.
"Mereka mengumpulkan kami satu-persatu sebelum musuh jumpa kami." Tambah Miezza.
"Musuh jumpa kamu??" Yuna mengerutkan dahinya.
Miezza mengangguk-angguk. "Berbeza dengan sekarang... Dulu kami hidup dikejar. Musuh sentiasa mencari dan menyerang kami di mana-mana."
Semua orang terlopong mendengar perkara itu sambil membesarkan mata mereka. Tidak menyangka ia sesulit itu.
"Kami hidup dalam ketakutan..." Miezza bersuara sambl mengangkat bahunya. "Sebab sentiasa di serang oleh sesuatu yang kami tak tahu. Jadi dua penaung tu kena cari kami semua secepat yang mungkin."
Keadaan sunyi sepi seketika. Masing-masing cuba untuk berfikir dan menunggu apa sambungannya.
"Sampai akhirnya..." Jyra bersuara menggantikan Miezza yang sepertinya tidak akan menyambung lagi. "Kami hanya berjaya berkumpul seramai dua belas orang."
"Ada berapa yang perlu dikumpul?" Tanya Qushairy.
"Dua puluh enam." Selamba Jyra membalas sambil mengangkat bahunya. "Selari dengan jumlah huruf."
Serentak semua orang mengangguk-angguk.
"Jadi mana empat belas orang lagi?" Tanya Cska pula.
"Mati."
Jawapan Miezza membuatkan semua orang membesarkan mata agak terkejut. Mereka sepertinya tidak menjangka perkara itu.
"Sebelum sempat kamu jumpa??" Olive mengangkat keningnya.
Serentak Miezza dan Jyra mengangguk-angguk.
"Kami kembali semula ke markas..." Miezza menyambung lagi. "Dan kami jumpa dua lagi penaung kat sini. Lepas tu kami mula tahu apa yang kami perlu lawan, macam mana kami dapat kuasa ni, sejarah puak ni dan semuanya."
"Kami mula dilatih..." Jyra mencelah. "Semua perkara kami diajar. Macam mana nak guna kuasa. Apa kegunaan dan kepentingannya."
"Sampai lah salah seorang dari kami mengkhianat."
Kenyataan itu benar-benar memeranjatkan. Semua orang terkedu sambil berpandangan sesama mereka.
"Ada pengkhianat??" Lana cuba untuk memastikan.
Miezza dan Jyra mengangguk serentak.
"Dan orang tu..." Miezza segera memandang Xiao Wei. "Adalah orang yang berkuasa air."
Sekali lagi mereka terkejut. Serentak semua mereka memandang ke arah lelaki itu tanpa sepatah kata.
"Tapi saya tak akan mengkhianat!" Xiao Wei membentak.
Miezza ketawa mendengar kenyataan itu. "Itu adalah perkara yang sama orang tu cakap berulang kali."
Xiao Wei terdiam.
"Tapi tak ada sebab untuk Xiao Wei mengkhianat kan??" Vince kini sudah mula risau dengan kenyataan itu.
"Begitu juga orang sebelum ni." Jyra mendengus kuat. "Sebenarnya ia ada dalam sejarah. Orang yang berkuasa air ada kebarangkalian untuk mengkhianat."
Semua orang sudah kehilangan kata-kata.
"Salah satu penaung puak ni dulu..." Miezza bersuara setelah agak lama sunyi. "Aieyn namanya..."
Qushairy tersentak mendengar nama itu. Dia segera teringat kejadian di kafe tempoh hari.
"Kalau awak nak tahu orangnya macam mana..." Miezza memandang semua orang yang ada di situ. "Perangai sama dengan Noorizan."
Sekali lagi semua orang tersentak.
"Malah lebih teruk." Miezza mengangkat bahunya. "Tiada siapa yang boleh tenangkan dia melainkan kawan baik dia masa tu. Farra... Ketua sebenar puak Huruf sebelum ni."
"Ketua sebenar??" Zamir mengulang. "Perempuan??"
Miezza mengangguk-angguk. "Macam yang kami pernah cakap. Ketua puak Huruf ditentukan melalui kuasanya."
Semua orang hanya fokus mendengar.
"Orang yang berkuasa petir adalah ketua." Miezza menyambung. "Yang mana sampai sekarang kita masih belum jumpa."
Keadaan sunyi sepi seketika. Masing-masing cuba untuk memproses semua yang dikatakan oleh kedua-dua penaung itu.
"Aieyn dulu benar-benar benci dengan orang yang berkuasa air..."
Semua orang kembali memandang Miezza.
"Satu sebab kuasa mereka berlawanan..." Miezza menarik nafas panjang. "Aieyn berkuasa api. Dan satu lagi sebab... Ayah kandungnya sendiri dibunuh oleh orang yang berkuasa air."
Kali ini semua orang benar-benar hilang kata-kata. Mereka memandang Xiao Wei sekali imbas yang sudah seperti mayat hidup.
"Dia benar-benar tak boleh duduk satu tempat dengan orang yang berkuasa air tu..." Miezza menambah. "Tapi dia cuba untuk terima sampai lah orang tu benar-benar dah mengkhianat."
"Orang berkuasa air tu bunuh salah seorang daripada penaung masa tu..." Jyra menggantikan Miezza apabila perasan emosi gadis itu mula terganggu. "Selepas tu dia bunuh Aieyn."
Xiao Wei seperti orang hilang kawalan. Dia tidak sedar bahawa dia sudah mengalirkan air mata. Jijik dengan orang itu dan juga kuasanya sendiri. Dia benar-benar berharap dirinya tidak akan berubah.
"Saya beritahu kamu ni..." Jyra memandang mereka satu-persatu. "Kuasa yang paling terkuat dalam puak Huruf adalah kuasa ketua. Petir. Atau lebih lengkap lagi panah petir. Selepas itu, kuasa air dan api adalah yang paling kuat."
Serentak semua orang membesarkan mata mereka. Xiao Wei menjadi tumpuan sekali lagi.
"Dan awak tahu kan siapa yang menang kalau api dan air berlawan??" Jyra mengangkat keningnya.
Semua orang mengangguk.
"Noorizan langsung tak macam ni dulu..." Miezza menelan air liurnya. "Dia seorang yang tenang dan berfikir secara baik. Tapi..." Miezza berdiam diri seketika. "Awak boleh cakap bahawa orang yang berkuasa api tu amat penting pada dia."
"Dia mencintai perempuan tu." Lana mengangguk faham.
"Ya." Miezza mengiyakan. "Sebab tu dia benar-benar terkesan dengan apa yang berlaku. Identitinya berubah sama seperti Aieyn."
Semua orang mengangguk. Memahami situasi Noorizan pada saat itu. Mereka tahu kenapa dia bertindak sedemikian.
"Tapi..." Baekhair tiba-tiba mengangkat tangannya. "Awak cakap kuasa panah petir tadi kan... Kenapa kuasa Hisham..."
Kenyataan itu membuatkan Miezza dan Jyra tergelak kecil sebelum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya.
"Kuasa Hisham adalah satu-satunya kuasa yang paling istimewa dalam puak ni..." Jyra masih lagi tersenyum. "Kuasanya adalah panah. Tapi ia satu-satunya kuasa yang boleh digabungkan dengan kuasa ketua puak ni. Ia jadi panah petir."
Serentak semua orang mengangguk dengan mulut terbuka.
"Dan saya beritahu kamu sesuatu..." Miezza tiba-tiba tersenyum sinis. "Sebagaimana pentingnya Aieyn kepada Noorizan dulu... Macam tu lah pentingnya ketua puak ni dulu pada Hisham."
Sekali lagi semua orang terkedu.
"Sebab tu Hisham ambil tanggungjawab untuk jadi ketua sementara." Jyra mencelah. "Kalau kamu perasan... Dia masih pakai rantai ketua puak Huruf yang dulu dilehernya."
Semua orang mengangguk-angguk tanda faham.
"Kami minta maaf sebab tak dapat nak beritahu secara terperinci mengenai kuasa kamu seperti penaung sebelum ni." Miezza bersuara penuh rasa bersalah. "Sebab kami memang tak tahu. Kami hanya fokus pada apa yang ada sebelum ni."
"Habis macam mana penaung sebelum ni dapat terangkan pada kamu?" Giliran Dayah pula yang bertanya.
"Keempat-empat penaung sebelum ni adalah puak yang asal."
Semua orang terkejut lagi.
"Mereka berasal dari puak Huruf dari dulu." Jyra menjawab. "Bukan macam kita yang terpilih secara tiba-tiba."
"Maksudnya..." Emma membesarkan matanya. "Mereka lahir dan membesar dari puak ni?"
Serentak Miezza dan Jyra mengangguk.
"Mereka adalah keturunan puak Huruf." Miezza menarik nafas panjang. "Dan awak memang boleh nampak kehebatan mereka. Izzudin... Salah seorang dari penaung tu... Dia mahir dalam membaca tulisan purba tu."
"Buku pelik tu?" Olive mengangkat keningnya.
"Ya." Miezza mengangguk. "Sebab tu kami ada semua jawapan yang kami nak. Dia tahu semuanya."
Semua orang mengeluh serentak.
"Bagaimana peringkat sebelum ni berakhir??" Rizal memandang Miezza dan jyra silih-berganti sambil mengangkat keningnya.
"Peperangan." Selamba Jyra menjawab. "Ia berakhir dengan peperangan."
Sekali lagi semua orang terkedu.
"Jadi kita akan berperang ke nanti??" Tanya Dayah pula.
"Tak tahu." Jyra mengangkat bahunya. "Kami masih tak tahu apa lawan kita kali ni. Kami tak boleh baca buku tu."
Keadaan sunyi sepi seketika.
"Apa jadi dengan ketua sebelum ni?" Zamir memecahkan kesunyian itu sekali lagi selepas beberapa minit.
"Mati dalam pertarungan." Miezza menarik nafas panjang. "Dia yang hentikan peperangan sebelum ni. Tapi nyawanya sendiri melayang."
"Macam mana dia hentikan??" Tanya Baekhair.
Miezza menarik nafas panjang. "Ketua puak Huruf istimewa. Dia ada semua kuasa kita."
Semua orang membesarkan mata agak teruja.
"Semua??" Vince cuba memastikan.
Miezza mengangguk-angguk. "Semua dua puluh enam Huruf. Dan untuk menamatkan peperangan tu... Dia perlu letupkan semua kuasa tu dalam dirinya."
Keadaan menjadi sunyi sepi lagi.
"Jadi... Apa-apa perkara yang Noorizan dan Hisham lakukan..." Miezza memandang mereka semua sayu. "Saya harap kamu faham."
A/n: Noorizan marah lagi. You know... Untuk mengingati penaung lepas saya buat penaung yang ada sekarang macam mereka. Noorizan dah jadi macam Aieyn, Hisham macam Farra and so on. Hahaha. Nampaknya rahsia dah diberitahu. What do you think about Xiao Wei?? Dia mengkhianat atau tak? Leave your comment. :)
P.s:::Thank you for your awesome comment. Love u guys~ *crying over pillow*
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top