Five Years Later

EPILOG : LIMA TAHUN KEMUDIAN


Baekhair menghirup airnya sehingga habis lalu menghentakkan gelas itu perlahan ke atas meja. Dia melihat jam ditangannya. Sudah hampir sejam mereka lewat. Tidak tahu apa masalah yang mereka hadapi. Padahal yang membuat janji untuk bertemu di situ bukannya dia.

"Maaf lambat!"

Baekhair mendengus kemudian segera memandang dua orang yang cukup dikenalinya itu. Jyra dan Khairul segera duduk dalam keadaan tercungap-cungap.

"Wah..." Baekhair mengetap giginya kegeraman. "Boleh tahan kamu. Rosak ke jam yang kamu pakai tu?"

"Hujan lebat lah!" Jyra membentak. "Nak tunggu budak-budak semua pulang dulu. Bahaya mereka nanti."

Baekhair mendengus kuat. Mengetahui pekerjaan Jyra dan Khairul memberikan alasan yang agak baik. Kedua-dua mereka merupakan guru di sebuah sekolah. Tidak hairan lah mereka mementingkan keselamatan.

"Tak buka ke bengkel awak hari ni?" Khairul bertanya masih cuba membetulkan pernafasannya.

"Tak." Baekhair menggelengkan kepalanya. "Saya bagi semua pekerja cuti hari ni. Lagipun tak banyak kereta yang dihantar."

"Baiknya awak." Jyra mengangkat keningnya.

"Sentiasa baik." Baekhair mengangkat bahunya. "Takkan itu pun tak perasan lagi. Memang dari dulu."

Khairul dan Jyra berpandangan seketika. Agak menyampah dengan perangai lelaki itu yang semakin menjadi-jadi.

"Hujung minggu ni nak balik ke markas ke?" Tanya Baekhair.

"Excuse me..." Jyra berdehem seketika. "Saya memang sentiasa balik ke sana. Hari-hari saya balik."

Khairul hanya menggolekkan bebola matanya. "Kami sibuk sangat lah. Lagipun dah dua minggu tak balik ni."

"Awak ada kerja dengan Rizal tu kan, Jyra..." Baekhair mengecilkan matanya memandang gadis itu. "Tak penat ke ulang-alik?"

Jyra hanya mengangkat bahunya. "Biasanya je. Rizal pun akan hantar saya balik kalau dah lewat."

Serentak kedua-dua lelaki itu mengangguk.

"Lain cerita..." Baekhair bersuara. "Air saya dah habis ni. Jom kita pesan sekali lagi. Sekali dengan makan."

***

"Jangan lari!"

Lana memekik ketika mengejar pencuri itu. Amaran itu seperti tiada apa-apa yang mengancam pada penjenayah itu. Gadis tinggi lampai itu mengetap giginya kegeraman. Dia segera menghalakan tangan kanannya lalu mengeluarkan satu jarum kecil yang kena tepat di leher pencuri itu.

"Argh!!" pencuri itu mengerang kesakitan sebelum rebah ke lantai.

"Oh, nak lari ya." Lana segera menarik baju pencuri itu.

"Tolong lah lepaskan saya." Lelaki tua itu merayu.

"Awak dah lakukan kesalahan. Saya tak boleh lepaskan awak." Ujar Lana dengan tegas sekali.

"Saya cuma... Saya... Cuma..."

"Dah lah. Lepaskan je dia."

Lana segera menoleh. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seseorang yang cukup dikenalinya. "Emma.??"

Emma hanya tersenyum berdiri sambil berpeluk tubuh. "Lepaskan dia. Dia hanya curi makanan. Saya pasti dia ada sebab. Lagipun saya dah bayarkan untuk pihak dia."

Lana memandang lelaki tua itu yang kini sedang memeluk buah-buahan. Cengkamannya segera dilepaskan menyebabkan lelaki tua itu segera lagi.

"Jangan biar saya tangkap awak mencuri lagi!!" pekik Lana.

"Bertenang lah, Cik polis." Emma tergelak kecil. "Mungkin dia perlukan makanan buat masa ni."

"Saya tak boleh buat apa-apa sebab memang kerja saya." Lana mengangkat bahunya. "Awak apa kes? Lama tak dengar khabar."

"Dah dua tahun." Emma mengangguk.

"Boleh tahan juga." Lana segera mengukir senyuman sinis. "Saya selalu tengok majalah hasil rekaan awak. Pereka fesyen lah katakan."

Emma tergelak lalu menggelengkan kepalanya. "Apa khabar markas?? Rasa macam dah bertahun-tahun tak jumpa mereka."

Lana mengangkat bahunya. "Saya pun dah lama tak balik. Yang saya tahu Qushairy dan Yuna dah kahwin."

"Ya." Emma mengangguk. "Uqasha ada hantar jemputan guna telepati."

"Awak macam mana? Saya baca kat majalah awak dah bertunang." Lana mengecilkan matanya merenung gadis itu.

Emma mendengus perlahan. "Gosip je tu."

"Pikah mana?" Tanya Lana sekali lagi. "Kamu kan sama-sama bekerja. Dia tak balik ke?"

Emma hanya mengangkat bahunya. "Sekurang-kurangnya dia selalu balik ke markas berbanding saya."

***

"Jangan mewarna lebih daripada garisan!" Cska membentak.

Olive mengetap giginya kegeraman lalu cuba mewarna dengan penuh berhati-hati. Mereka kini sedang duduk di kawasan berdekatan laut di markas itu. Memandangkan Cska tidak bekerja dan Olive hanya bekerja sambilan, mereka lebih banyak menghabiskan masa di situ.

"Jangan mewarna dengan arah yang banyak!" Cska membentak lagi.

Olive mendengus kuat. Sudah tidak tahan mendengar bebelan itu. Dia segera meletakkan pensel warna itu ke bawah. "Saya tak nak buat lagi!"

"Baru sikit dah merajuk." Cska menyindir.

Olive hanya menjeling ke arahnya. "Saya pun tak tahu mana perginya Cska yang pemalu dulu."

"Awak yang nak saya berubah." Cska mengangkat bahunya dengan wajah tidak bersalah.

Olive merenung gadis itu tajam. "Siapa suruh awak suka pada saya dulu?"

"Awak yang minta saya jadi teman wanita awak." Cska membalas tidak mahu mengalah.

"Awak yang ajak saya keluar dulu." Olive juga masih ingin melawan.

"Apa-apapun saya tetap teman wanita awak kan?" Cska segera tersenyum manis. "Jangan lah marah."

Olive mengeluh perlahan. "Awak bertuah yang awak comel."

***

"Hai, Zamir."

Zamir segera mendongak. Dayah segera melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu. Zamir segera menyimpan telefon bimbitnya yang dimain selama menanti ketibaan gadis itu di situ.

"Maaf lambat."

"Tak mengapa." Zamir hanya tersenyum. Memandang Dayah dalam keadaan kelam-kabut seperti itu membuatkan dia faham bahawa gadis itu tidak sengaja.

Setelah dua tahun berlalu selepas perang tamat, barulah Zamir dapat meneruskan kehidupannya. Dia mula mencari Dayah dan kerap keluar bersama gadis itu sampai akhirnya mereka kini bersama.

"Awak tak ada shift hari ni kat hospital ke?" Tanya Dayah.

Zamir menggelengkan kepalanya. "Webly dah ganti saya. Lagipun dia lebih pakar dalam bab pembedahan."

Dayah hanya mengangguk-angguk tanda faham. Webly dan Zamir mendapat pekerjaan itu bersama-sama tiga tahun yang lalu.

"Hujung minggu ni nak balik ke markas tak?" tanya Zamir. "Dengar cerita semua nak balik."

Dayah berfikir seketika. "Boleh juga. Lagipun saya tak lah sibuk sangat."

***

"Jadi saya patut beli buku ni ke?" Tanya Rizal dengan mata bersinar memandang pekerja itu.

Gadis comel itu yang sudah lali dengan perangai Rizal seperti itu setiap kali datang ke kedai buku itu sudah lali. "Ya."

"Pasti??"Rizal cuba memancing lagi.

"Ya." Gadis itu kini menjawab dalam keadaan yang geram.

"Okey."

Rizal segera berjalan menuju ke kaunter. Dia menunggu untuk membayar sambl memandang sekeliling. Itu adalah tempat dia berjumpa Farra buat pertama kali sampai akhirnya jatuh cinta dengan gadis itu.

Setelah beberapa tahun sudah meneruskan kehidupan, dia akhirnya kembali menjejakkan kaki ke tempat itu dengan niat hanya untuk melawat. Akan tetapi, gadis yang menggantikan tempat Farra untuk bekerja di situ menarik perhatiannya. Dan dia mula melakukan apa yang dia lakukan sebelum ini.

"Terima kasih." Ujar juruwang itu.

Rizal mengangguk perlahan kemudian segera berjalan keluar.

"Nanti!"

Langkah Rizal segera terhenti. Dia berpaling memandang ke belakang. Gadis itu kini berdiri di situ dengan wajah teragak-agak.

"Hadha."

Rizal mengelipkan matanya seketika agak bingung.

"Nama saya Hadha." Ujar gadis itu lalu segera masuk semula ke dalam kedai dengan pantas.

Rizal hanya tersenyum sambil mengulang nama itu di dalam hatinya. Dia segera meneruskan perjalanannya.

"Rizal..."

Sekali lagi langkahnya terhenti. Dia segera berpaling memandang ke belakang. Apa yang tidak diduga, Xiao Wei dan Uqasha berdiri memandangnya sambil tersenyum gembira bertemunya.

"Kamu berdua..."

"Hei!" Xiao Wei segera mendekati lelaki itu. "Dah lama tak jumpa awak. Awak pergi mana?"

"Ya. Dah lama awak tak balik ke markas." Sokong Uqasha.

Rizal hanya tersenyum. "Saya nak balik lah hujung minggu ni. Kamu buat apa ni? Tengah dating ke?"

"Tolong sikit." Uqasha menggolekkan bebola matanya. "Kami dalam perjalanan nak jumpa Tasnim dengan Vince."

"Double date??" Rizal membesarkan matanya.

"Kami semua rakan sekerja lah!" Xiao Wei segera membentak.

"Bertenang lah." Rizal segera tergelak. "Jangan marah. Okey. Jumpa hujung minggu ni nanti."

***

Noorizan melihat jam ditangannya. Berdiri dengan bersandar pada dinding itu sudah menjadi rutin harian baginya selama beberapa tahun. Dia tidak pernah mengeluh. Malah, itu adalah atas kehendak dirinya sendiri. Dia tidak mahu apa-apa berlaku pada orang yang dia sedang tunggu.

"Saya dah lambat ke?"

Noorizan segera mendongak. Melihat wajah gadis berambut perang itu membuatkan harinya yang meletihkan menjadi tenang.

"Tak lah. Saya pun baru sampai." Noorizan berbohong. Dia sudah menunggu hampir sejam lebih di situ. Tapi jika dia memberitahu perkara itu, Aieyn pasti tidak mahu lelaki itu menunggu lagi.

"Jangan nak tipu." Aieyn mengetap giginya bukan kerana marah. "Saya nampak awak kat sini masa saya buang sampah sejam yang lalu."

Noorizan hanya mengukir senyuman manis. "Dah. Jom balik."

Aieyn tidak membantah. Mereka mula berjalan beriringan. Cuaca malam itu tidak terlalu dingin menyebabkan mereka boleh berjalan dalam keadaan biasa.

"Macam mana kat pejabat hari ni?" Tanya Aieyn menjadi orang pertama yang memecahkan kesunyian.

"Tak lah sibuk sangat." Noorizan segera tersenyum sambil melirik ke arah gadis itu. "Lagipun saya dah lupa semua tu sebab saya tahu ada kek coklat yang awak akan berikan pada saya nanti."

Aieyn menjeling manja ke arah lelaki itu.

***

Miezza duduk di atas batang pokok besar yang tinggi itu sambil menikmati pemandangan paling cantik kawasan markas itu. Angin kini bertiup memukul badannya yang amat nyaman dirasakan. Sudah lima tahun ketenangan itu dirasakan. Dan dia berharap ia akan berterusan sampai bila-bila.

Gadis ayu itu segera membuka matanya apabila dia merasakan dahan pokok itu bergoyang. Matanya segera bertemu dengan sepasang mata biru bersinar yang kini sudah melabuhkan punggung betul-betul di sebelahnya.

"Awak balik kerja tak jumpa saya pun." Izzudin mengecilkan matanya memandang gadis itu.

Miezza hanya mengukir senyuman manis. "Saya ingatkan awak ada kat sini."

"Dan bila awak tahu saya tak ada kat sini..." Izzudin menarik nafas panjang. "Awak teruskan je duduk kat sini."

Miezza tergelak kecil. "Saya tahu awak akan cari saya kat sini."

Izzudin menjeling manja ke arah gadis itu kemudian memandang sekeliling sambil menghirup udara segar.

"Semuanya dah berakhir kan??"

Pertanyaan itu membuatkan dia menoleh kembali.

"Tak akan ada perang lagi kan??" Miezza memandang lelaki penuh harapan. Berharap jawapan yang baik akan diterima.

Izzudin mengangkat bahunya. "Saya tak boleh jamin apa-apa. Mungkin tak sekarang. Satu hari nanti... Mungkin untuk generasi akan datang."

"Generasi akan datang??" Ulang Miezza.

Izzudin segera tersenyum sinis. "Anak-anak kita."

Miezza segera memukul bahu lelaki itu. Oleh kerana sekarang ini semuanya sudah ingin berkahwin, berkemungkinan besar generasi akan datang adalah anak-anak dari kalangan mereka sendiri.

***

Hisham berdiri dalam keadaan tercungap-cungap kepenatan. Dia segera melepaskan pedang yang ada di tangannya sebelum jatuh terduduk. Bukan kerana cedera, tetapi kerana terlalu penat. Farra berjalan ke arahnya sambil tersenyum-senyum juga menjatuhkan pedang yang dipegangnya.

"Sejak bila saya mahir berlawan pedang dari awak ni?" Gadis itu bertanya dalam nada gurauan menyindir.

Hisham menderam. "Awak memang mahir pun. Dulu masa kita mula-mula berlawan pun awak dah hampir kalahkan saya."

Farra hanya tersenyum. Mengingati saat pertama kali dia berjumpa dengan lelaki itu. Di kampung yang amat unik itu. Kini, mereka bersama-sama cuba memimpin puak yang menjadi kehidupan mereka.

"Apa yang awak fikir?"

Farra segera memandang lelaki itu yang sudah memandangnya.

"Jangan cakap awak fikir pasal puak ni lagi." Hisham mendengus lembut sambil memandang sekeliling. Kawasan tempat latihan mereka yang kini sudah semakin lengang tanpa latihan.

"Saya kena fikirkan pasal puak ni kan?" Farra mengangkat keningnya.

"Awak pun perlukan rehat." Hisham menggerutu. "Sekarang ni dah tak ada apa-apa yang nak dirisaukan. Hanya untuk generasi akan datang."

Farra hanya mendengus perlahan. "Lama lagi kot."

"Memang lah. Kita semua belum kahwin. Kecuali Yuna dengan Qushairy je lah." Hisham mengangkat bahunya.

"Awak ni sama je macam Izz." Farra menderam. "Asyik cakap pasal tu je."

Hisham hanya ketawa mendengar rungutan gadis itu.

***

"Berapa lama nak tunggu sampai kek tu masak?"

Geoffry yang kini lengkap memakai apron dan memakai topi di kepalanya memandang gadis kecil molek yang turut sama berpakaian sepertinya.

"Untuk kali ni empat puluh lima minit." Sheronica memberitahu dengan wajah yang comel.

"Jadi apa yang saya perlu buat selama masa itu.?" Geoffry bertanya lagi.

"Tunggu je lah." Sheronica segera mengangkat bahunya sambil mengambil buah limau untuk dikupas.

"Itu je??" Geoffry membesarkan matanya. "Nak buat persiapan masukkan ke dalam ketuhar tu bukan main lagi."

Sheronica hanya tersenyum kambing. "Memang macam tu."

"Macam mana lah awak boleh tahan buat benda ni selama ni." Geoffry mengeluh panjang.

"Saya pun tak tahu." Sheronica mengangkat bahunya.

"Lagipun..."

Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, Qushairy berjalan keluar dari bilik batu itu seperti mayat hidup sebelum duduk di meja makan. Sheronica dan Geoffry hanya terkaku memandangnya.

"Kenapa ni, Que?" Tanya Sheronica penuh rasa mengambil berat.

"Yuna..."

"Dia okey ke??" Sheronica segera membesarkan matanya apabila mendengar nama gadis itu disebut.

"Bukan." Qushairy membalas lemah. "Selagi dia tak tidur... Macam-macam benda yang dia suruh saya buat."

"Biasalah. Orang mengandung memang macam tu." Geoffry cuba menenangkan lelaki itu.

"Dah nak dekat sembilan bulan dah." Qushairy merungut lagi. "Takkan masih lagi kot."

"Mungkin..."

"Hei, guys!!"

Jeritan itu mematikan apa yang Sheronica ingin katakan. Jyra melangkah masuk dengan tangannya diangkat tinggi di udara bersama Baekhair dan Khairul yang tersenyum manis di belakangnya.

"Datang pun kamu." Olive yang muncul bersama Cska entah dari mana sambil membawa buku warna segera menyapa.

"Rindu kat markas." Baekhair tersenyum sinis. "Mana boleh tinggalkan lama-lama. Sedangkan seminggu pun dah rindu sangat ni."

Jyra hanya menggerutu mendengar ayat lelaki itu.

"Lagipun saya rindu kat Cska ni." Baekhair mengangkat tangannya sambil memandang gadis comel itu.

"Saya dah ada teman lelaki." Cska menjelirkan lidahnya.

Baekhair segera mendengus perlahan. "Saya tak tahu apa yang awak ajar pada dia ni, Olive."

"Awak tu yang patut cari kekasih lain!"

Serentak semua orang menoleh lalu membesarkan mata melihat dua orang gadis yang cukup dikenali itu.

"EMMA!! LANA!!"

Serentak kedua-dua mereka mengukir senyuman apabila Jyra, Cska dan Sheronica berlari untuk memeluk mereka."

"Dah berapa tahun tak nampak kamu!" Sheronica memberitahu dengan nada yang amat teruja hampir menangis.

"Maaflah." Emma membuat muka serba salah. "Kami sibuk sangat kebelakangan ni."

"Saya ada nampak hasil rekaan awak dengan Pikah kat majalah." Ujar Cska. "Memang mantap."

"Nanti saya akan reka baju khas untuk kamu semua."

"Sampai hati kamu tinggalkan saya!"

Serentak semua orang menoleh. Pikah kini berdiri dalam keadaan bercekak pinggang sebelum melangkah masuk bersama Rizal yang hanya mengukir senyuman manis.

"Rizal!!" Baekhair menyapa lelaki itu. "Lama tak nampak. Awak macam dah makin... Tinggi."

Rizal menggerutu apabila mendengar komen itu.

"Lama awak tak balik, Zal." Geoffry menepuk bahu lelaki itu.

"Apa-apapun..." Rizal mengukir senyuman sinis memandang lelaki itu dari atas ke bawah. "Cantik apron yang awak pakai. Sesuai."

"Hoi!!" Geoffry membentak.

"Saya ingatkan awak tak balik, Pikah." Emma mengerutkan dahinya.

"Saya ambil penerbangan saat-saat akhir." Pikah mengangkat bahunya. "Nasib baik jumpa Rizal tengah jalan. Tumpang lah sekali."

"Wah... Semua dah berkumpul."

Tasnim berjalan masuk dalam keadaan teruja bersama Uqasha, Vince dan Xiao Wei di belakangnya.

"Kan dah agak kamu semua ni ada double date." Rizal segera berpeluk tubuh sambil memandang mereka penuh kecurigaan.

"Mana ada!!" Serentak Xiao Wei dan Uqasha membentak.

"Tasnim..."

Tasnim segera berpusing memandang Webly yang kini sudah muncul di muka pintu itu dengan wajah menyampah.

"Awak tak reti nak potong rambut ke?" Lelaki itu segera melangkah masuk. "Dah panjang macam nenek kebayan saya tengok."

"Kan saya dah cakap..." Vince turut menggerutu. "Dia cakap saya ni yang buta fesyen."

"Diamlah!!" Tasnim hanya membentak.

"Ramainya." Izzudin segera memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar sambil memerhati setiap orang yang ada di situ satu-persatu.

"Hai, Izz!!!" Tasnim menjerit nama lelaki itu teruja.

"Awak tak malu ke.?" Vince menjeling tajam ke arahnya. "Dia tu dah ada kekasih lah."

Miezza hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Awak bertuah dia tak penyemburu." Izzudin turut tergelak.

"Baguslah tu... Tak macam dia ni."

Serentak semua orang memandang ke pintu. Zamir berdiri dalam posisi yang sama seperti Izzudin bersama Dayah yang kelihatan muram.

"Apa dah jadi?" Tanya Sheronica.

"Dia cemburu dengan pesakit saya sendiri." Zamir mengangkat bahunya.

"Awak tu kacak sangat." Dayah menggolekkan bebola matanya. "Nanti orang rembat lagi."

Walaupun Zamir mempunyai perasaan pada Miezza sebelum ini yang sudah pun berakhir, dia tiada masalah dengan Izzudin atau kekok bersama mereka kerana dia juga sering pulang ke situ.

"Bertenang lah." Zamir hanya tersengih.

Geseran pintu batu itu membuatkan keadaan menjadi senyap. Semua orang menoleh memandang ke pintu. Noorizan berdiri dalam keadaan agak terkejut bersama Aieyn yang juga mempunyai reaksi yang sama.

"Apa hal ramai ni.?" Tanya Aieyn.

"Awak ni macam tak suka je kami balik??" Jyra menggerutu.

"Bukan lah tapi...." Aieyn memandang satu-persatu wajah orang yang sudah lama tidak dilihatnya. "Tak apalah."

"Hai, Noorizan."

Noorizan memandang pemilik suara itu. Lana hanya melambaikan tangan pada lelaki itu dengan kekok walaupun sudah tiada apa-apa lagi.

"Hai." Noorizan membalas tenang.

"Ada reunion ke apa ni.?" Aieyn masih kebingungan.

"Semua terdetik nak balik masa ni." Khairul mengangkat bahunya.

"Eh..." Rizal segera memandang sekeliling. "Mana ketua kita? Farra dengan Hisham??"

"Kami kat sini."

Serentak semua orang menoleh. Farra dan Hisham berdiri dengan senyuman gembira sambil memegang pedang masing-masing.

"Kamu baru lepas bunuh orang ke?" Webly mengecilkan matanya.

"Hanya bemain." Farra mengangkat bahunya masih memandang Rizal. "Hai, Rizal. Lama tak jumpa."

Lelaki itu hanya mengangguk tenang. Hisham pula hanya mampu berbalas senyuman dengan Emma tanpa menyapa antara satu sama lain. Petir yang tiba-tiba memancar diikuti dengan bunyi guruh yang kuat. Mata semua orang kini mula tertumpu kepada Farra dan Hisham yang hanya bediri selamba.

"Bukan kami lah!" Farra membentak. "Memang cuaca macam tu."

"Kami ingatkan..."

"AAAAA!!!!!!"

Jeritan itu benar-benar mengejutkan semua orang. Perasaan cemas mula menguasai mereka. Qushairy yang tidak diketahui sejak bila dia hilang dari situ muncul semula dengan wajah yang takut.

"Yuna dah nak bersalin."

"APA?!!!"

Beberapa orang mula berlari masuk ke dalam. Semua lelaki hanya tinggal di situ tidak mencelah.

"Nampaknya orang pertama untuk generasi akan datang bakal menjejak ke dunia tak lama lagi."


A/n: It's the end guys. Hanya sampai di sini sahaja cerita ni. Lepas ni tak ada lagi ceita ni akan di update. Thank you, guys. Because you all stay with me till the end. I really appreciate it.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top