Finally

BAB 48 : AKHIRNYA


Sudah agak lama Miezza berdiri di tengah-tengah padang berumput itu menghadap ke arah matahari yang hampir tertutup oleh awan. Matanya dipejam erat ingin melupakan segala masalah yang berada di sekelilingnya. Angin lembut kini bertiup memukul badannya. Keadaan itu amat menenangkan.

Dia sendiri tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini dia suka bersendiri. Jika dia tidak terlibat dalam latihan, dia pasti akan ke suatu tempat seorang diri dengan masa yang agak lama dari biasanya. Dia seharusnya gembira kerana semuanya hampir kembali kepada sediakala. Dengan kehadiran lelaki bermata biru yang sentiasa menjadi tumpuannya. Tapi entah kenapa ada sesuatu yang kosong dirasakannya.

"Kat sini rupanya awak."

Miezza segera membuka matanya kemudian menoleh memandang ke belakang. Zamir berdiri dengan wajah yang tersenyum sedikit sambil berpeluk tubuh memandang gadis itu dengan mata tajamnya.

"Oh, Zamir." Miezza mula mengukir senyuman tawar yang mana dia sendiri tidak tahu bagaimana senyumannya boleh jadi seperti itu.

Zamir menarik nafas panjang kemudian berjalan perlahan-lahan sebelum berhenti betul-betul di sebelah gadis itu. "Kebelakangan ni awak suka bersendiri."

Miezza memandang sekeliling turut menarik nafas panjang. "Saya tak tahu. Mungkin saya perlukannya."

Zamir hanya mendengar jawapan gadis itu tanpa memandang wajahnya. Tidak tahu kenapa dia tidak sanggup itu bertentang mata dengan gadis itu walaupun hanya untuk seketika sahaja.

"Awak masih tak luahkan pada dia lagi?"

Pertanyaan itu membuatkan Miezza tersentak seketika. Dia menelan air liur tanpa sebab.

"Awak belum luahkan." Zamir tersengih ketika menjawab soalannya sendiri.

"Benda tu tak penting sekarang." Miezza mendengus perlahan.

"Tapi awak jadi macam ni kalau awak tak luahkan." Zamir memberanikan dirinya memandang Miezza.

Miezza mendengus sekali lagi. Dia tidak tahu bagaimana hendak membalas kenyataan lelaki itu.

"Kenapa awak tak beritahu dia?" Zamir bertanya.

"Apa yang awak harapkan dengan saya berbuat demikian??" Miezza membalas pandangan lelaki itu.

Zamir tidak menjawab. Dia hanya terus-menerus merenung mata gadis yang berada di hadapannya itu.

"Awak nak saya tahu perasaan dia macam mana??" Miezza mengangkat keningnya dengan rasa bengang. "Sama ada Izzudin tu pun suka saya ataupun tak?? Macam tu ke yang awak nak??"

Zamir menarik nafas panjang tanpa memutuskan pandangan matanya. "Bukan itu yang saya nak."

"Habis tu??" Miezza langsung tidak sedar bahawa nada suaranya kini sudah mula meninggi.

Zamir merenung wajah gadis itu agak lama sebelum menggenggam buku limanya erat di sisi. "Saya cuma nak tahu yang saya ada peluang untuk berada dalam posisi Izzudin ataupun tidak."

Miezza terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Jantungnya seperti terhenti seketika. Segala benda yang bergerak di sekeliling mereka kini dirasakan sudah berhenti sama seperti nadinya.

"A... Apa?"

Zamir tergelak sedikit. "Awak tahu apa yang saya cakapkan, Miezza. Sebab awak belum luahkan pada Izzudin. Jadi... Saya nak luahkan pada awak."

Miezza menelan air liurnya.

"Saya suka dengan awak, Miezza."

Miezza menggigit bibirnya. Tidak bersedia langsung untuk mendengar semua itu. Dia tidak tahu hendak berkata apa.

"Saya tak berniat nak luahkan. Tapi..." Zamir tunduk seketika sambil memejamkan matanya. "Saya tak nak hilang peluang."

"Zamir..." Miezza menggenggam buku limanya erat di sisi. Dahinya hampir berkerut. "Saya.... Saya tak boleh."

"Kenapa??" Zamir segera memandang Miezza dengan wajah yang serius. "Kenapa awak tak boleh??"

"Zamir, awak tahu macam mana perasaan saya kan?" Miezza mendengus perlahan. "Perasaan saya pada..."

"Izzudin." Zamir memintas. "Saya tahu."

Miezza hanya mampu menarik nafas panjang tidak membalas.

"Awak belum tahu yang dia pun akan ada perasaan dengan awak kan??" Zamir mengangkat keningnya. "Macam mana kalau dia anggap awak kawan?? Dia tak ada tunjukkan apa-apa tanda sebelum ni pun kan?"

Miezza tergamam seketika. Apa yang Zamir katakan itu benar.

"Awak sedia terima kalau cinta awak tak berbalas??" Zamir bertanya lagi. "Awak tetap nak tunggu benda yang belum pasti? Benda yang berkemungkinan tak akan penah terjadi."

Miezza tidak menjawab. Kata-kata Zamir menusuk masuk terus ke jiwanya. Ia memang benar. Dia tidak pasti sama ada dia sudah bersedia untuk menerima kenyataan yang menyakitkan ataupun tidak.

"Saya hanya nak awak fikir baik-baik." Zamir menarik nafas panjang sambil memandang ke tempat lain. "Saya tak nak awak sedih, Miezza."

Miezza memejamkan matanya. Tidak tahu mana satu perasaan yang dia rasakan saat ini. Semuanya sudah bercampur-baur.

"Saya tak kata yang awak akan bahagia dengan saya." Nada suara lelaki itu semakin perlahan. "Tapi sekurang-kurangnya awak tahu apa yang saya rasa. Bagaimana perasaan saya pada awak."

Miezza mengelip-ngelipkan matanya seketika. Ia sudah mula berkaca dan pandangannya sudah mula kabur.

"Saya suka awak, Miezza." Zamir mengucap lembut. "Sejak kita berbual suatu masa dulu. Waktu awak beritahu saya yang awak mencintai Izzudin."

Gadis itu kini sudah memandang ke tempat lain. Mengelak untuk membolehkan Zamir melihat wajahnya yang sudah merah padam cuba menahan untuk mengeluarkan air matanya yang sudah meraung meminta dilepaskan.

"Saya nak cakap pada awak sebelum ni..." Zamir menarik nafas cuba menenangkan dirinya sendiri. "Tapi Izzudin kembali. Apa saya boleh buat."

Miezza hanya mendengar tidak berkata apa-apa.

"Jadi saya gunakan masa sekarang ni." Zamir memandang ke arah Miezza sekali lagi penuh harapan. "Awak nak jawab sekarang ke?"

Miezza memejamkan matanya. Tidak tahu apa yang harus dijawab. Dia masih belum tahu apa perasaan Izzudin padanya. Sekurang-kurangnya dia tahu apa perasaan Zamir. Dia tahu apa akan terjadi.

"Miezza..."

Gadis itu membuka matanya sambil menarik nafas panjang. Dia segera memandang Zamir. "Zamir, saya...."

Mereka bertentang mata seketika. Tiada apa yang keluar dari mulut masing-masing. Hanya berharap bahawa mata mereka dapat menceritakan segala-galanya yang mereka ingin cakapkan.

Tiba-tiba sahaja Zamir ketawa lalu tunduk sebelum kembali memandang gadis berwajah ayu itu. "Awak nak tolak saya kan?"

Miezza menggigit bibirnya dengan rasa bersalah. "Saya minta maaf, Zamir."

Zamir tergelak lagi. "Walaupun benda yang belum pasti... Awak tetap setia menunggu walaupun lima puluh peratus awak akan kecewa."

Miezza menarik nafas panjang. "Saya... Tak boleh."

"Boleh tahan Izzudin tu." Zamir bersuara dengan nada mendatar. "Kuat betul pengaruh dia pada awak."

"Maaf..."

"Saya pergi dulu. Saya tak boleh berdiri di sini dengan awak lama sangat. Harap semuanya berjalan lancar untuk awak." Zamir terus sahaja berlalu pergi dengan pantas dari situ tanpa memandang wajah gadis itu.

Miezza tidak membalas. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan dalam situasi itu. Dia tahu Zamir benar-benar marah dan kecewa saat ini. Dia tidak mahu Zamir menjadi pengisi ruang untuk mengalihkan perhatiannya daripada Izzudin. Perkara itu lebih menyakitkan buat lelaki itu. Bagaimanapun dia tiada kekuatan untuk menerangkannya pada Zamir saar ini. Ia hanya berharap lelaki itu akan faham suatu hari nanti.

Miezza memandang sekeliling. Berharap dia akan lupa semua itu. Berharap ia hanya satu mimpi buruk pasal dia, Izzudin dan Zamir. Tiada apa yang perlu diharapkan saat ini. Cintanya pada Izzudin masih berada di atas garisan. Belum tentu dia akan menerima sesuatu yang baik memandangkan fokus lelaki bermata biru itu pada yang lain.

Tanpa disedari, airmatanya sudah pun mengalir deras. Dadanya tiba-tiba sahaja dirasakan sakit. Bukan kerana dipukul atau apa pun. Sakit kerana satu kebenaran yang mungkin menyakitkan. Dia baru sahaja sedar yang dia tidak mampu menerima hakikat jika cintanya bertepuk sebelah tangan.

Miezza mula menangis kuat. Mukanya ditutup dengan kedua-dua belah tangan. Suaranya mula keluar sama dengan perasaannya saat ini. Dia tahu Zamir tidak mahu ada apa-apa dengan dia lagi. Hati lelaki itu sudah benar-benar sakit. Dia sudah menolak lelaki itu atas sebab yang belum pasti. Sudah tentu hatinya sakit dan belum tentu dapat sembuh dalam masa yang singkat.

Miezza tersentak apabila ada tangan yang memeluknya. Tangisannya masih belum berhenti. Dia tidak tahu jika ada sesiapa yang datang sebelum ini. Tangan itu mengusap lembut rambutnya. Keadaan yang menenangkan itu membuatkan dia mendongak untuk melihat siapa pemilik tangan itu.

Apa yang tidak disangka kini berlaku. Matanya bertemu dengan sepasang mata biru yang sangat dikenalinya. Mata yang membuatkan jantungnya sentiasa berdegup kencang. Yang membuatkan dia jatuh cinta. Izzudin hanya mengukir senyuman yang hampir tidak kelihatan.

"Tak mengapa."

Hanya satu ayat ringkas yang mengandungi dua perkataan. Hanya itu sudah cukup membuatkan Miezza menangis lagi. Dia menangis kuat sambil memukul-mukul dada lelaki itu.

"Kenapa?! Kenapa awak buat saya macam ni?!"

"Saya minta maaf." Mata biru Izzudin sudah mula berkaca.

"Kenapa...." Miezza masih lagi menangis sambil memukul dada lelaki itu. "Kenapa, Izzudin..."

Izzudin tidak membalas. Dia hanya menarik gadis itu ke dalam pelukannya sekali lagi. Berharap dia akan bertenang.

"Kenapa, Izz?"

"Saya minta maaf, Mie." Ucap Izzudin lembut.

Miezza tidak membalas. Esakannya masih lagi jelas kedengaran tapi dia sudah berhenti memukul.

"Saya minta maaf sebab saya tak nampak benda ni dari awal lagi." Izzudin memberitahu. "Saya minta maaf sebab saya tak cakap pada awak awal-awal lagi. Yang saya..." Izzudin menarik nafas panjang. "Yang saya... Yang saya pun ada suka pada awak, Miezza."

Miezza tergamam mendengar ayat itu.

"Saya tak tahu macam mana nak beritahu awak dalam keadaan kalut ni." Izzudin menyambung lagi. "Tapi saya tak nak kehilangan awak pada Zamir. Mendengar perbualan kamu tadi sudah cukup untuk menyedarkan saya tentang perkara ni."

Miezza masih lagi dalam keadaan terkejut. Ternyata Izzudin mendengar semua perbualannya bersama Zamir sebentar tadi. Itu tidak penting. Apa yang penting dia tahu kebenarannya saat ini. Kebenaran yang dia sendiri takut untuk mendengarnya. Kini terbukti dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Gadis itu mula menangis lagi. Tetapi kali ini sudah tidak sekuat tadi. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia menangis lagi. Dia sudah mula membalas pelukan Izzudin tanpa disedari menyebabkan lelaki itu tersenyum.

"Kita akan cakap pasal ni lepas semuanya tamat okey?" Izzudin bertanya dengan suara perlahan.

Miezza hanya mengangguk tidak menjawab. Dia tidak yakin dengan suaranya saat ini sama ada dapat dikeluarkan ataupun tidak.

"Nampaknya dah terbukti kan?"

Zamir yang kini sedang bersembunyi disebalik pokok berdekatan segera menoleh pantas. Dayah sedang berdiri dengan senyuman yang teragak-agak di belakangnya. Sejak dari tadi, dia tidak pernah meninggalkan tempat itu. Itu memang rancangannya sejak awal lagi sebelum semuanya berlaku.

Dia ternampak Izzudin berada di sebalik pokok dari arah bertentangan sedang memandang ke arah Miezza yang sebelum ini bersendirian di situ. Oleh kerana dia tidak tahan melihat keadaan itu, dia sengaja menyapa Miezza sampai tahap dia meluahkan perasaannya sendiri.

Zamir sengaja berbuat begitu. Dia ingin Izzudin sedar tentang perkara yang berkemungkinan boleh terjadi. Akan tetapi, dia tidak dapat menafikan rasa kecewa dan sakit bila Miezza tetap menolaknya. Dia tahu perkara itu akan berlaku walaupun dia sedikit berharap yang gadis itu akan menerimanya. Apa yang penting rancangannya kini berjaya. Dia tahu itu akan terjadi.

"Awak okey?"

Zamir memandang ke arah gadis berkening lebat itu. Dia hampir terlupa bahawa dia tidak bersendirian. "Saya rasa."

"Kalau awak..." Dayah menelan air liurnya. "Perlukan apa-apa... Saya tetap ada kat sini untuk awak."

Zamir segera merenung gadis itu. Rasa simpati dan bersalah padanya. Dia tahu bagaimana perasaan Dayah padanya sebelum mereka menyertai puak itu lagi. Sejak mereka berada dalam kumpulan yang diketuai olehnya sendiri. Perempuan paling susah untuk menyimpan perasaan sendiri. Akan tetapi, perasaannya pada Miezza kini masih lagi kuat sehingga kini. Dia tidak mahu gadis itu menjadi pengganti.

Lelaki itu segera tersentak. Apa yang berlaku sebentar tadi segera bermain dalam ingatanya. Bagaimana dia menggesa Miezza untuk menerimanya. Untuk memberi peluang padanya atas sebab berkemungkinan Izzudin tidak akan membalas cintanya. Untuk mengisi dan mengubatinya hati gadis itu.

Kini barulah dia faham. Dia faham kenapa Miezza menolaknya. Bukan kerana dia tidak mahu sesiapapun dalam hidupnya selain Izzudin. Tetapi kerana dia tidak mahu Zamir hanya sebagai 'pengganti' pada saat-saat seperti itu. Dia tidak mahu menggunakan lelaki itu untuk dirinya sendiri.

"Zamir..."

Zamir tersentak lagi. Dia mengelipkan matanya lalu kembali memandang Dayah yang kini sudah berkerut memandang lelaki itu dengan wajah yang risau bercampur rasa ingin tahu yang kuat.

"Awak okey ke?" Tanya gadis itu lembut.

Zamir tidak segera menjawab. Dia hanya merneung gadis itu terus-menerus sebelum mengangguk perlahan. "Saya okey."

Dayah segera mengukir senyuman manis. "Awak masih nak ke tempat lain atau awak nak balik ke ruang markas?"

Zamir menarik nafas panjang. "Nak balik ke ruang markas."

Senyuman Dayah bertambah lebar. "Jom lah. Sheronica masak kek kali ni. Sedap. Awak pasti suka."

"Dayah..."

Gadis itu segera terhenti lalu berpaling perlahan-lahan memandang ke arah lelaki itu. "Ada apa?"

"Awak boleh tunggu saya kan?"

Dayah sedikit terkejut mendengar soalan itu. Dia hampir berkerut tidak begitu pasti apa yang difahaminya.

"Saya tak nak awak jadi pengganti sekarang ni." Zamir bersuara serius. "Saya akan berusaha. Saya nak saya betul-betul suka pada awak suatu hari nanti."

Dayah merenung wajah lelaki itu. Memandang keikhlasan yang jelas dan nyata kemudian mengangguk perlahan sambil tersenyum. "Saya faham. Dan saya akan tunggu awak."

Zamir tersenyum mendengar balasan itu. "Terima kasih."


A/n: Tadaaaa!!! For Izzudin's fans. And for Miezza and Izzudin's shippers out there. Hehehe. I make this chapter only for them. Saya tak nak lah buat Zamir jadi jahat betul-betul since watak dia pun boleh tahan. Lagipun sebelum ni kan dia sendiri pernah marah Lana dan Emma pasal nak rampas orang. Tu yang saya kekalkan dia jadi macam tu.

Miezza and Izzudin finally admitted it. Harap korang gembira untuk ini. Dalam lima ke enam bab lagi cerita ni dah nak habis. Saya nak buat 'drama' dalam cerita ni. Macam mana ada org suggest yang mungkin mereka tersuka org lain or something. Tapi kalau saya buat macam tu, cerita ni akan berlanjutan lagi dan ia tak akan tamat pada masa yang terdekat. So, saya tak buat. Sorry~~

Sekarang saya dah mula rangka cerita untuk HUMANOIDS. Untuk Huruf saya akan stop sampai kedua je setakat ni. Bila saya dah tak ada cerita lain lagi suatu hari nanti... Saya akan buat yang ketiga. Hehehe. Lagipun sekarang ni saya dah mula busy sikit. Saya ada training beberapa hari ni dan kemungkinan saya akan kerja. Dah malas nak sambung study lagi. Nak ada duit sendiri then melancong!! Hehehe

Btw, harap korang enjoy chapter ni. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top