Duty
BAB 38 : TUGAS
Hisham, Noorizan, Miezza dan jyra kini sedang duduk di meja makan itu menikmati apa yang telah ditinggalkan. Semua yang lain sedang berlatih di bawah pengawasan Farra dan Aieyn. Mereka sendiri yang meminta untuk dilatih sebelum dilepaskan untuk bertugas mencari bebola kristal tersebut. Masing-masing ingin memastikan bahawa mereka sudah cukup bersedia untuk itu.
"Nampaknya semua berjalan lancar sebab mereka dah balik." Hisham menarik nafas lega tanpa dia sedari. Saat itu, hanya mereka berempat sahaja yang berada di ruang markas itu memandangkan semua pergi ke tapak latihan. Ia agak selamat untuk mereka berbual mengenai apa sahaja. Mereka juga diminta berehat kerana sudah agak lama mengumpulkan semua orang.
"Ya." Sokong Miezza. "Senang semuanya."
"Macam mana??" Jyra memandang Noorizan dan Hisham silih-berganti sambil mengangkat keningnya. Senyuman sinis mula terukir pada wajahnya. "Dah luah apa yang patut pada mereka?"
Hisham dan Noorizan berpandangan seketika. Mereka tahu siapa yang Jyra maksudkan dengan 'mereka' itu.
"Dah."
Miezza terus sahaja tersembur keluar minuman yang baru sahaja diteguknya. Jyra turut membesarkan matanya. Kunyahannya pada kerepek yang ada di dalam mulutnya turut dihentikan.
"Apa??!!"
"Perlu ke terkejut sampai macam tu sekali??" Noorizan merenung kedua-dua gadis itu tajam.
"Serius??!!" serentak kedua-dua gadis itu bersuara lagi.
Kedua-dua lelaki itu hanya mengangkat bahu tidak berkata apa-apa. Terlalu malas hendak menegur.
"Serius kamu dah luahkan?" Miezza memperlahankan suaranya tanpa disedari sambil mendekatkan mukanya.
"Ya." Hisham menjawab bagi pihak mereka berdua. Dia tahu mengenai hal Noorizan dan begitu juga sebaliknya. Mereka sudah lama berbincang mengenai hal itu pada masa yang sesuai.
"Habis tu macam mana??" Jyra bertanya dengan wajah yang teruja. Dia menelan air liurnya. Agak gementar menanti jawapan atau apa yang berlaku seterusnya. "Apa jadi?? Kamu dah jadi sepasang keka..."
"Wuoh, wuoh! Jyra..." Noorizan segera memintas sambil mengangkat tangannya. "Bawa bertenang. Kita ada banyak perkara nak difikirkan selain dari perkara tu. Jadi... Tak payah tanya."
"Tapi..." Jyra memuncungkan bibirnya. "Takkan tak ada apa-apa yang berlaku langung kot?"
"Kami akan bercakap balik, Jyra." Hisham memberitahu. "Tapi bukan sekarang. Kami akan bincang balik."
Jyra hanya mengangguk tidak bertanya lagi kemudian berpaling memandang Miezza. "Awak macam mana?"
Miezza mengangkat bahunya. "Dia tengah sibuk sangat sekarang. Saya tak nak mengganggu pula."
"Hmmm..." Jyra hanya menggolekkan bebola matanya. Mahu semuanya berjalan lancar.
"Apa yang penting sekarang kita dah tak risau lagi..." Miezza menarik nafas panjang. "Sebab mereka dah ada."
"Ya." Hisham menyokong sambil menarik nafas panjang. "Kalau tak... Berat je saya rasa."
Noorizan tersenyum sambil melirik ke arah lelaki itu. "Saya ingat lagi macam mana kusut kepala awak dulu."
Hisham menggerutu kemudian menggolekkan bebola matanya. "Awak tak payah ungkit."
"Macam mana dengan awak, Noorizan?"
Noorizan mengerutkan dahinya memandang Miezza agak bingung. "Apa kena dengan saya pula?"
Miezza menggolekkan bebola matanya. "Saya ingat macam mana awak menjadi seorang pemarah."
Noorizan tersenyum sambil menggelengkan kepalanya mengingati perkara itu. "Tak lagi kot. Saya tak pasti. Kadang-kadang saya rasa cepat marah juga. Saya pun dah tak tahu nak cakap apa."
Miezza hanya ketawa. Tidak pasti reaksi apa lagi yang harus diberikan pada jawapan lelaki itu.
"Yang penting mereka dah kembali." Noorizan mengangkat bahunya.
"Nampaknya kita semua dah bersara dari menjadi penaung kali ni." Jyra segera bersuara.
"Siapa kata??"
Serentak keempat-empat mereka menoleh apabila mendengar suara yang tiba-tiba muncul itu. Farra berjalan masuk ke ruang markas itu dengan wajah yang agak kepenatan bersama Aieyn. Semua yang lain muncul satu-persatu dengan wajah lesu seperti setahun tidak makan.
"Siapa kata kamu dah bersara jadi penaung?" Farra mengulang soalannya dengan lengkap sambil mengangkat keningnya. Hisham, Noorizan, Miezza dan Jyra berpandangan sesama sendiri tidak tahu hendak menjawab.
"Kamu tetap penaung sekarang." Aieyn mencelah ketika duduk di kaunter dapur itu bersama Sheronica.
"Tapi kamu dah ada kan?" Miezza berkerut sedikit. "Kamu yang jadi penaung. Kamu penaung asal."
Aieyn segera ketawa sambil menggelengkan kepalanya memandang gadis itu. "Tak ada siapa yang boleh ambil tempat penaung setiap generasi sama ada dia yang baru atau yang lama."
Keempat-empat mereka segera terdiam.
"Kami adalah penaung lama. Lama." Farra menekan perkataan itu. "Kami adalah penaung generasi yang lepas tapi bukan generasi ini. Dan generasi sekarang kami adalah penaungnya."
Mereka tidak bersuara. Banyak perkara yang mereka ingin bantah tetapi memutuskan untuk berdiam diri.
"Penaung diputuskan atas dasar siapa yang bertahan. Bertahan selepas bertempur" Sheronica mencelah dengan senyuman manisnya. "Kalau ketua lain cerita..." Dia memandang Farra sekali imbas. "Itu diputuskan melalui kuasa. Tapi penaung diputuskan melalui siapa yang dapat bertahan."
"Tapi kamu..."
"Kami dikira tak bertahan, Hisham." Aieyn segera memintas sebelum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya. Dia menarik nafas sebelum menyambung lagi. "Definisi bertahan dalam perkara ini adalah siapa yang tinggal dan akan meneruskan generasi akan datang."
Mereka mengangguk tanda faham.
"Kami sekarang hanya bertugas untuk melengkapkan apa yang kami tahu." Aieyn mengangkat bahunya. "Bukan menjadi penaung semula."
"Sekurang-kurangnya ketua masih kekal tu... Bagus lah."
Farra segera menjeling tajam ke arah Noorizan yang hanya membalas dengan senyuman sinis.
"Dah habis berlatih ke??"
Serentak semua orang menoleh. Izzudin muncul dengan mata biru bersinarnya sambil membawa sehelai kertas. Beberapa orang daripada mereka masih kelihatan terpegun dengan mata cantik lelaki itu.
"Dah." Aieyn menarik nafas panjang sambil mengangguk-angguk. Dia meregangkan otot lehernya sedikit.
"Bagus." Izzudin berjalan ke hadapan lagi lalu berdiri berdekatan meja makan. "Saya tak nak ada yang berlatih lagi. Saya nak semua berehat sebab kita akan mula keluar esok dari sini."
Serentak semua orang terkejut. Ada yang membesarkan mata dan ada yang membetulkan kedudukan mereka.
"Kita bertolak esok??" Qushairy mengangkat keningnya dan Izzudin hanya membalas dengan mengangguk.
"Tapi kami masih belum sedia." Yuna bersuara dengan riak wajah yang penuh kerisauan.
"Kamu dah sedia." Farra bersuara dengan senyuman manis cuba meyakinkan mereka. "Tahap kemahiran kamu sekarang adalah tahap kemahiran semua generasi dulu ketika kami lepaskan."
Semua orang segera berdiam diri tidak membantah lagi.
"Jangan risau." Izzudin segera mengukir senyuman manis. "Saya tak lah kejam sangat biarkan kamu pergi macam tu je."
Mereka hanya berkerut bagaimanapun tidak membuka mulut untuk bertanya mengenai itu.
"Awak dah bahagikan kumpulan ke?" Hisham bertanya.
Izzudin hanya mengangguk-angguk sambil bercekak pinggang dengan dengusan lembut. "Kita tak boleh tunggu lama lagi. Saya tak nak ambil risiko Huruf U dibunuh sebelum kita sempat selamatkan dia."
Semua orang mengangguk bersetuju mengenai itu.
"Jadi..." Zamir kini sudah berpeluk tubuh memandang Izzudin. "Macam mana pembahagian kumpulan?"
"Untuk kristal biru..." Izzudin terus sahaja dengan pembahagian itu. Dia tidak boleh membuang masa memandangkan dia tahu apa kesan kepada perkara itu. "Saya nak Miezza yang pergi."
Miezza agak terkejut mendengar namanya disebut. "Saya?"
Izzudin mengangguk-angguk. "Awak. Pikah dan Qushairy akan ikut awak untuk ke sana."
Pikah dan Qushairy berpandangan serentak kemudian mengangguk bersemangat kerana mendapat misi.
"Untuk kristal ungu..." Izzudin beralih memandang Jyra. "Awak yang akan pergi ke sana."
Jyra mendengus perlahan kemudian mengangguk. Tidak mahu mewujudkan pertelingkahan seperti sebelum ini.
"Awak akan pergi dengan Baekhair dan Geoffry." Tambah Izzudin.
"Saya??" Baekhair kelihatan terkejut sambil menuding ke arah dirinya sendiri. Dia tidak percaya namanya akan disebut.
Izzudin mengangguk-angguk. "Awak. Dan juga Geoffry."
Geoffry hanya mengangguk-angguk tidak bersuara. Dia hanya menerima semuanya dengan hati yang terbuka.
"Untuk kristal merah..." Izzudin berpaling memandang Farra yang sudah mengagak perkara itu akan berlaku. "Farra."
Farra hanya mendengus perlahan.
"Zamir dan Emma akan pergi bersama awak."
Farra hanya mengangguk kemudian memandang ke arah Zamir yang bersetuju dengan perkara itu. Emma pula tidak bersuara. Dia tidak membantah bagaimanapun merasa kurang selesa dengan perkara itu.
"Dan kristal hitam..."
"Saya lagi ke??" Aieyn segera bertanya sebelum Izzudin sempat menghabiskan ayatnya.
Lelaki bermata biru itu hanya tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya. "Awak lagi... Aieyn."
Aieyn segera menggerutu. "Saya masih belum habiskan urusan dengan awak sebab hantar kami berlawan dengan naga."
"Berlawan dengan naga??" Mulut Olive segera terlopong. Ingin bertanya lebih lanjut mengenai itu. Bagaimanapun sedar bahawa itu bukan masa yang sesuai. Dia hanya mampu kembali duduk.
Aieyn tidak membalas sebaliknya hanya merenung tajam ke arah Izzudin. Terlalu malas hendak membantah.
"Awak tetap akan pergi dengan Noorizan." Izzudin memberitahu membuatkan Noorizan hampir terbatuk. "Dengan Lana sekali."
Lana segera mengeras di tempat dia sedang duduk. Beberapa orang turut membesarkan mata memandangnya. Zamir dan Rizal berpandangan seketika kemudian memandang gadis tinggi lampai itu. Emma hanya mampu memberi pandangan simpati kepadanya.
"Saya??" Ulang Lana dengan mata yang dibesarkan sambil berharap jawapan itu akan bertukar.
"Ya." Izzudin mengangguk-angguk. "Awak."
Lana hanya mampu menelan air liurnya tidak bersuara lagi. Dia sudah mula tidak sedap hati mengenai itu.
"Satu lagi kumpulan..."
Serentak semua orang memandang Izzudin sekali lagi.
"Akan pergi selamatkan Huruf U."
Kenyataan itu membuatkan semua orang terkejut. Ada yang hanya memandang Izzudin tidak bersuara.
"Saya akan pergi." Izzudin menarik nafas panjang masih dengan wajahnya yang selamba. "Dan saya perlukan bantuan Hisham, Khairul, Tasnim, Dayah dan Yuna dalam misi ni."
Serentak Khairul, Dayah, Tasnim dan Yuna membesarkan mata mereka. Hisham hanya menarik nafas panjang sambil mengangguk. Dia mula faham kenapa dia tidak dimasukkan ke dalam kumpulan Farra lagi walaupun sebelum ini dia yang bersama gadis itu dalam misi.
"Ramainya." Cska mengerutkan dahinya. "Yang lain semua sikit je. Kenapa kamu ramai?"
Izzudin memandang orang-orang yang baru sahaja disebutnya itu satu-persatu sebelum menarik nafas panjang cuba menyusun ayat yang sesuai. "Sebab kami akan masuk ke perkampungan Witchdigo."
Tasnim, Khairul, Dayah dan Yuna segera ternganga. Hisham tidak mampu berkata apa-apa bagaimanapun turut terkejut. Yang lain hanya mampu memandang simpati ke arah mereka.
"Tak boleh tukar Yuna dengan orang lain ke?" Qushairy memandang Izzudin penuh harapan sambil menelan air liurnya. Kerisauan jelas terpampang di wajahnya. "Saya tak boleh biarkan dia pergi ke tempat bahaya."
"Kami perlukan kuasanya, Qushairy." Izzudin bersuara perlahan. "Saya bukan suka-suka pilih siapa di setiap kumpulan."
Qushairy membuka mulut untuk bersuara lagi bagaimanapun segera mengangguk tidak membantah.
"Dan yang lain..." Izzudin memandang setiap orang yang ada di situ yang masih belum diletakkan di dalam mana-mana kumpulan. "Saya nak kamu semua berjaga di markas. Lindungi apa yang patut."
"Bukan markas ni memang dilindungi ke?" Vince mengecilkan matanya agak bingung.
"Ya." Izzudin mengangguk-angguk. "Tapi kita tak tahu sampai mana tahap kemampuan musuh. Saya tetap nak kamu berjaga."
Semua orang mengangguk faham.
"Lagipun..." Izzudin berfikir seketika kemudian mendengus. "Kalau mereka tahu kami dah ceroboh tempat mereka... Mereka pasti akan lakukan sesuatu."
"Ya." Aieyn menyokong. "Berjaga apa yang patut kat sini."
Semua orang mengangguk-angguk sekali lagi.
"Esok semua akan berlepas serentak awal pagi." Izzudin bersuara lagi. "Setiap kumpulan yang mencari bebola kristal ada orang yang dah tahu di mana ia terletak. Kalau tak kamu boleh ambil peta lama yang saya buat."
Mereka hanya mengangguk. Ada yang sudah tidak mampu memberi apa-apa reaksi. Mula membayangkan apa yang bakal berlaku pada mereka. Ada yang sudah bertukar pandangan.
A/n: Finally, manage to update. Fuh~ To be honest cerita ni almost come to an end. Saya berusaha nak siapkan dulu then post. Sekarang lambat sikit lah kot. Btw, dah bahagikan kumpulan. Lepas ni akan teruskan misi. Huhu~ Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top