Dream
BAB 11 : MIMPI
"Awak okey ke?"
Farra tersengih mendengar kata-kata lelaki itu dengan mata yang berkaca. "Saya dah penat dengar soalan tu."
Hisham menarik nafas panjang kemudian segera duduk betul-betul di sebelah gadis itu. "Sebab awak tak pernah jawab. Awak tak pernah jawab dengan betul seiring dengan apa yang ada dalam hati awak."
Farra tidak membalas sebaliknya memandang pasir yang kini ditiup angin. Berharap dia juga akan diterbangkan jauh dari situ.
"Esok pelindung tempat ni akan hilang kan?" Tanya Hisham yang sebenarnya dia memang sudah sedia tahu jawapan kepada soalannya itu. Dia sudah tidak tahu hendak bertanya apa lagi.
"Saya dah terlupa pun pasal benda tu." gumam Farra kemudian tunduk seketika sambil memejamkan matanya.
Hisham segera memandang gadis itu. "Farra... Awak adalah ketua puak ni. Saya harap awak tak lupa benda tu."
Farra tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya tak pernah lupa. Tapi saya rasa saya dah hilang kekuatan."
"Farra, dengar ni..." Hisham cuba menyusun ayat. "Kami semua sentiasa ada dengan awak. Hanya awak dan Izzudin yang ada sekarang. Kami letakkan harapan sepenuhnya pada kamu."
Mendengar kenyataan lelaki itu, mata Farra mula berkaca. Dia tidak pernah merasa beban yang selama ini dipikulnya terlalu berat seolah-olah boleh mematahkan bahunya sendiri. Dia tidak pernah memikirkan bagaimana hidupnya tanpa Aieyn dan Sheronica menjadi pelengkap kepada perjalanan untuk mengakhiri peperangan itu. Dia langsung tidak memikirkannya.
"Apa yang dah lepas kita tak boleh nak buat apa-apa lagi." ujar Hisham lalu memandang ke hadapan semula. "Nak menyesal pun tak ada guna."
"Mungkin awak akan menyangkal semua benda tu kalau awak bersama mereka sejak kecil lagi."
Hisham terdiam mendengar kata-kata gadis itu.
"Bagi saya..." suara Farra mula kedengaran tersekat-sekat. "Saya hidup selama ni dengan mereka. Dengan tujuan yang sama. Tapi kali ni..."
Hisham memejamkan matanya seketika kemudian menelan air liur cuba menahan segala apa yang dirasainya ketika itu.
"Hisham... Saya nak minta tolong awak sesuatu."
Hisham segera memandang gadis itu. "Apa dia?"
"Kalau misalnya ada apa-apa akan berlaku..." Farra bersuara perlahan. "Saya nak awak ambil rantai saya ni."
Hisham segera mengerutkan dahinya memandang gadis itu agak bingung. "Apa maksud awak?"
"Rantai ni..." Farra mengeluarkan rantai yang ada di lehernya itu. "Kalau ada apa-apa yang akan berlaku nanti..."
"Awak nak cakap awak akan mat..."
"Saya hanya cakap kalau!" tegas Farra.
Hisham segera terdiam. Mengelipkan matanya beberapa kali memandang gadis itu agak takut.
Farra menarik nafas panjang. "Saya nak awak simpan rantai ni."
Hisham tidak membalas sebaliknya hanya merenung gadis itu. Dia tidak begitu merasa senang mengenai hal itu.
"Rantai seorang ketua tak akan pernah musnah walaupun dia dah mati." beritahu Farra ketika membetulkan tekaknya. "Sebab rantai ni akan menjadi kunci untuk kamu maju ke peringkat seterusnya."
"Maksudnya?" Hisham masih kelihatan bingung.
"Kamu perlukan benda ni untuk pergi ke peringkat seterusnya. Maksudnya ke peringkat seterusnya kuasa Huruf akan kembali lagi. Ingat tak kami terangkan mengenai peringkat penurunan kuasa ni sewaktu kamu mula-mula sampai di markas tempoh hari?? Ingat?"
Hisham berfikir seketika kemudian mengangguk-angguk.
"Rantai ni akan bercahaya jika kamu dah mula perlukan kuasa."
"Perlukan kuasa??" Ulang Hisham.
"Maksudnya musuh dah muncul." ujar Farra. "Rantai ni akan berkuasa dan kamu kena kembali ke markas ni."
"Jadi kami tak boleh tinggal di sini sebelum tu ke?" Tanya Hisham sambil mengangkat keningnya.
"Hanya jika kamu berada di dunia luar." jawab Farra. "Kamu kan ada kehidupan sendiri."
"Oh." Hisham mengangguk-angguk tanda faham. Dia sudah lupa mengenai kehidupannya sebelum ini.
"Balik ke sini dan letakkan rantai saya di atas ukiran batu tempat di mana kita letakkan bebola kristal tu."
Hisham hanya mendengar dengan tekun.
"Jika semua rantai puak Huruf dah lengkap..." Farra merenung Hisham sambil berharap setiap kata-katanya akan diingati oleh lelaki itu. "Maknanya kamu kena mulakan misi mencari."
"Misi... Mencari??"
Farra mengangguk-angguk sambil menarik nafas panjang. "Macam yang kami lakukan untuk cari kamu."
Hisham tidak membalas sebaliknya mula berfikir. Dia kini sedang membayangkan dirinya sudah berada dalam keadaan itu.
"Kumpulkan semua dan bawa balik ke sini." sambung Farra. "Kamu kena buat macam mana yang kami buat."
"Maksudnya semua akan jadi sama seperti sekarang??"
Farra menarik nafas panjang kemudian mengangguk perlahan sebelum membetulkan kedudukannya.
Hisham turut menarik nafas panjang kemudian merenung gadis itu. "Awak tak rancang buat sesuatu tanpa kami kan??"
Farra tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Tak. Saya akan berjuang dengan kamu. Saya masih seorang ketua."
Hisham membuka matanya perlahan-lahan. Jantungnya kini berdegup pantas seolah-olah dia baru selesai berlari maraton. Matanya marak walaupun dia tidak bangun dengan terkejut. Dia memandang sekeliling tempat itu apabila sedar dia masih berada di atas katil di dalam biliknya sendiri. Noorizan sudah tiada di katilnya. Matahari pula sudah memancar naik di luar sana.
Perlahan-lahan dia duduk sambil menggosok mukanya. Memikirkan apa yang baru sahaja dia mimpikan. Sesuatu yang sentiasa terngiang-ngiang di telinganya. Sentiasa menghantuinya selama ini. Sesuatu yang sepertinya dirasakan memberi beban yang berat padanya. Perbualannya kali terakhir bersama Farra. Pada saat gadis itu melepaskan tanggungjawab dan amanah yang besar padanya. Untuk meneruskan segala tradisi dan misi puak ini.
Hisham mendengus perlahan. Memikirkan kenapa dia yang diberi tanggungjawab berat itu. Sesuatu yang sukar untuk digalas. Sebenarnya, dia hampir berputus asa. Tapi mengenangkan siapa orang yang memimpin puak itu sebelum ini, dia membatalkan niatnya dan mula menggagahkan dirinya sendiri. Jika mereka boleh jadi sekuat itu, kenapa mereka tidak boleh?
Hisham menarik nafas panjang kemudian bingkas bangun dan memandang ke luar tingkap. Bercakap mengenai ketua, mereka masih belum menjumpainya. Rantai berhuruf 'F' itu masih tergantung dilehernya. Dia tidak berniat untuk menanggalkannya selagi tuannya belum muncul. Dia tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. Tapi dia rasa Farra ada di sisinya untuk memberi kekuatan padanya. Dia merasakan itu adalah penyebab dia masih kuat sampai saat ini.
Hisham segera mencapai tualanya dan menuju ke bilik air dalam keadaan yang sedikit lemah. Dia berendam agak lama untuk menghilangkan apa sahaja yang ada dimindanya walaupun itu adalah mustahil. Segala apa yang mereka lalui empat tahun yang dulu meresap masuk ke dalam ingatannya satu-persatu. Bermula perlawanan pedangnya dengan Farra. Itu lah kali pertama dia melihat mata gadis itu. Dan dia langsung tidak tahu dia akan ikut mereka dan hidupnya kini berada di sini. Menjadi seseorang yang hidup bukan dalam keadaan normal.
Hisham memandang dirinya di dalam cermin setelah selesai memakai baju. Dia tersenyum sendiri. Tidak banyak perubahan yang berlaku pada dirinya. Hanya wajahnya yang semakin matang kerana usianya yang kini sudah jauh ke alam dewasa. Dia menarik nafas panjang kemudian berjalan keluar dari bilik itu cuba membuat dirinya dalam keadaan seperti biasa. Kelihatan Noorizan, Jyra, Qushairy dan Yuna duduk di meja makan. Miezza dan Cska sedang bekerja di dapur. Olive dan Khairul atau dikenali sebagai Azim sebelum ini pula duduk di kaunter sambil menyakat kedua-dua gadis itu.
"Selamat pagi, Hisham." Ucap Yuna dengan senyuman yang manis. Dia nampak sedikit berseri-seri.
"Pagi." Hisham membalas dengan senyuman yang lemah ketika duduk betul-betul di hadapan Noorizan.
"Awak nampak..." Noorizan memandang lelaki itu dari atas ke bawah. "Macam ada mimpi ngeri."
Hisham mendengus perlahan sambil menggolekkan bebola matanya. "Mimpi biasa je."
"Biasa?" Noorizan mengangkat keningnya. "Pasal Farra??"
Hisham tidak menjawab membuatkan Noorizan tahu apa jawapannya. Dia kembali memandang buku yang dibacanya. Segala jawapan mereka sepertinya dapat diteka dengan baik.
"Siapa Farra?" Yuna bertanya secara tiba-tiba.
Keadaan menjadi sunyi seketika. Jyra dan Noorizan kini berpandangan tidak menjawab. Miezza yang berada di dapur hanya memandang Khairul yang duduk di kaunter. Hisham sepertinya buat-buat tidak tahu dengan pertanyaan itu. Cuba membuatkan yang lain tidak berasa kekok.
"Siapa yang keluar hari ni?" Tanya Khairul cuba menghilangkan ketegangan dan mengubah topik.
"Saya, Jyra dan Qushairy." Noorizan menjawab. Dia juga berharap bahawa topik sebentar tadi akan dilupakan.
"Saya??" Qushairy membesarkan matanya agak teruja. Seolah-olah jika dia diberi tugas, dia mendapat kedudukan yang lebih tinggi dalam puak itu.
"Ya, Qushairy... Awak." Noorizan mengangguk.
Qushairy kelihatan teruja dengan tugas itu. Dia sentiasa menawarkan diri untuk apa sahaja tugas.
"Setakat ni masih belum ada rantai yang kurang kan?" Tanya Khairul yang sememangnya sudah tahu mengenai rantai itu.
"Belum." Jyra menggelengkan kepalanya.
"Wow." Khairul kelihatan terkejut kemudian berkerut. "Boleh tahan. Sebelum ni selalu ada yang kurang."
"Ya." Jyra mengangkat bahunya. "Itu yang kami pelik juga."
"Nanti..." Yuna segera mencelah. "Apa maksud kamu dengan rantai ni?? Rantai yang kamu bagi ni ke?"
Jyra mengangguk-angguk.
"Rantai ni simbol yang menandakan kamu adalah dari puak ni." Noorizan segera mencelah.
"Habis tu parut ni??" Qushairy menuding ke arah parut di lengan kanannya itu sambil mengelipkan matanya.
"Pun sama." Noorizan membalas. "Tapi rantai ni fungsinya lagi besar. Kalau awak mati... Ia akan turut hilang. Dan masa tu lah kami tahu yang kamu dah mati. Melalui rantai tu."
Qushairy dan Yuna segera mengangguk-angguk. Begitu juga dengan Olive dan Cska yang turut mendengar.
"Jadi..." Yuna mengerutkan dahinya. "Kamu pernah nampak rantai ni hilang lah? Atau terhapus?"
Noorizan hanya mengangguk.
"Bila??" Yuna segera membesarkan matanya agak teruja mengenai itu. "Dah ada yang mati??"
"Kali ni tak ada lagi." Hisham menjawab. "Tapi waktu peringkat kami ramai yang dah terbunuh sebelum kami jumpa mereka."
Serentak semua orang-orang baru itu mengangguk.
"Kenapa mereka terbunuh?" Tanya Cska.
"Mereka diserang." Hisham mengangkat bahunya. "Kami. Kami diserang waktu tu. Saya masih ingat lagi."
"Sebab tu kami pelik kenapa sampai sekarang masih tak ada serangan." Miezza menarik nafas panjang.
"Pelik ke??" Olive mengerutkan dahinya.
"Kita tak akan dapat tahu siapa lawan kita kalau macam ni." Hisham bersuara. "Memandangkan mereka menyerang secara halus."
"Jadi..." Olive membesarkan matanya. "Kami muntah darah... Dan macam dikawal tu..."
"Ya." Hisham mendengus perlahan. "Kemungkinan itu kerja musuh."
"Ini menakutkan." Qushairy menelan air liurnya.
"Ya." Yuna turut membesarkan matanya ketakutan. "Mereka boleh membunuh kita serta-merta."
"Tapi yang peliknya..." Jyra kini berkerut memandang kawan-kawannya. "Kenapa dia tak terus bunuh kalau dia ada kebolehan macam tu??"
Keadaan sunyi sepi seketika. Jelas tiada siapa yang berada di situ mempunyai jawapan walaupun tidak tepat.
"Mungkin sebab mereka tak boleh bunuh?" Teka Cska dalam keadaan teragak-agak kemudian tunduk semula.
Hisham menggelengkan kepalanya. "Walaupun kita unik ada kebolehan macam ni... Kita tetap manusia. Cuma bukan yang biasa."
"Apa maksud awak?" Khairul mengerutkan dahinya.
"Maksudnya... Kalau ditikam guna pisau pun kita boleh mati." Hisham mendengus kuat. "Sebab tu ianya pelik."
"Tapi saya rasa..."
"Tolong saya..."
Keadaan menjadi sunyi serta-merta. Jyra tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila suara itu bergema secara tiba-tiba. Semua orang hanya mengeras di tempat masing-masing.
"Tolong saya..."
"Apa hal??" Khairul menggumam.
"Mereka akan bunuh kamu semua... Mereka akan bunuh..."
Kenyataan itu membuatkan semua orang yang berada di situ membesarkan mata mereka. Noorizan, Hisham, Miezza dan Jyra kini berpandangan sesama sendiri. Cuba untuk berkomunikasi melalui pandangan mata walaupun mustahil.
"Mereka akan datang... Mereka akan datang membunuh..."
Cska kini sudah memegang baju Miezza tanpa disedari. Dia masih lagi tidak suka dengan keadaan itu.
"Kamu mesti hapuskan mereka."
Keadaan kini benar-benar sunyi. Masing-masing cuba fokus untuk mendengar suara aneh itu. Akan tetapi, ia sudah tidak kedengaran lagi menyebabkan hampir semua mereka menarik nafas lega.
"Apa tu??" Khairul kini membesarkan matanya agak ketakutan.
"Suara tu lagi." Gumam Jyra.
"Sekarang ni sedikit jelas..." Hisham memandang semua orang yang berada di situ. "Dia memberi kita amaran."
"Ya." Noorizan mengangguk bersetuju. "Ada yang tengah memburu untuk membunuh kita sekarang ni."
A/n: Nampaknya Hisham mimpikan Farra lagi. Huhuhu~ Nampaknya susah nak keluar dari masa lalu. Suara tu ada lagi. Huhuhu! Kali ni sedikit jelas kan?? Nampak macam dia tengah bagi amaran. Ada sesuatu yang tengah memburu mereka. Hah... Apa pendapat korang pasal polis tu?? Ehehe. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top