Crush


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Pikah's cast. (Emma Stone)


BAB 24 : CRUSH


Khairul duduk sambil meletakkan pinggan yang berisi kerepek penuh baru sahaja selesai digorengnya. Lana kini sedang berbual dengan Emma mengenai sesuatu sambil ketawa. Entah sejak bila kedua-dua gadis itu boleh menjadi rapat seperti itu. Xiao Wei pula sedang duduk bersama Olive juga di meja makan yang sama. Mereka lebih berminat untuk menunggu kerepek itu digoreng. Manakala yang lain sedang berehat di bilik. Ada yang sedang berlatih dan ada yang sedang berjalan di sekitar markas. Keempat-empat penaung itu sedang pergi di suatu tempat entah apa tujuannya.

"Boleh tahan awak bekerja di dapur." Xiao Wei tersengih memandang lelaki berlesung pipit dalam itu.

Khairul hanya tersenyum sinis lalu mengangkat bahunya sambil menggigit kerepek itu. "Biasa hidup sendiri."

Xiao Wei hanya ketawa lalu menggelengkan kepalanya.

"Apa yang kamu berdua bualkan ni??"

Xiao Wei dan Khairul segera menoleh. Olive kini sedang memandang Emma dan Lana yang sudah membalas pandangannya.

"Tak ada apa-apa lah." Lana menjawab lalu mencapai kerepek itu.

"Tak ada apa-apa..." Olive mengajuk sambil menggolekkan bebola matanya. "Tapi dari tadi tergelak-gelak."

"Ada orang tu crush dengan... Ah!!!" Emma menjerit sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya.

"Diam!" Lana menggumam setelah mencubit lengan gadis itu.

"Ouch." Emma memuncungkan bibirnya.

"Kamu ada suka dengan sesiapa ke??" Mata Olive bersinar-sinar teruja secara tiba-tiba.

Xiao Wei turut mempunyai reaksi yang sama dengan Olive. Khairul hanya meneruskan kunyahan kerepeknya.

"Amboi, kamu ni..." Lana menjeling manja ke arah lelaki itu.

"Kami ni nama je lelaki..." Olive memandang Xiao Wei sekali imbas dengan senyuman yang sinis. "Tapi nak juga dengar gosip-gosip macam ni."

"Ya." Xiao Wei mengangguk setuju. "Cerita lah."

Lana dan Emma berpandangan seketika. Berdebat di dalam hati sama ada ingin membuka mulut ataupun tidak. Lana mengeluh panjang lalu tunduk seketika. Cuba menyusun ayat yang sesuai untuk menceritakannya. Xiao Wei dan Olive sudah menanti dengan wajah tidak sabar, manakala Khairul hanya meneruskan makan.

"Noorizan..."

"Dah agak!" Xiao Wei menepuk tangan sekali dengan kuat secara tiba-tiba.

"Saya belum habis cakap lagi pun." Lana mengerutkan dahinya.

"Lah..." Xiao Wei mengangkat bahunya sambil mendengus kuat. "Siapa pun boleha agak lah."

"Hah??" Lana membesarkan matanya.

"Cara awak pandang dia tu menceritakan segala-galanya." Olive menggumam sambil mengunyah kerepek. "Siapa pun boleh tahu."

Lana memandang Khairul yang hanya mengangguk bersetuju mengenai perkara itu. Dia segera membesarkan matanya. "Maknanya... Orang perasan...."

"Tapi saya tak rasa Noorizan perasan." Xiao Wei mencelah sambil mengangkat bahunya dengan selamba.

Lana menarik nafas lega.

"Sama juga macam cara Emma pandang Hisham..." Olive tersenyum sinis sambil melirik ke arah gadis itu.

Mulut Emma terlopong serta-merta. Matanya dibesarkan. "Ketara sangat ke??"

"Kamu berdua ni lucu betul lah." Khairul tergelak sambil menggelengkan kepalanya. "Sesiapapun boleh teka."

Emma dan Lana segera mendengus dengan wajah risau.

"Apa yang kamu suka sangat dengan mereka tu?" Olive bertanya dengan wajah yang ingin tahu.

"Saya suka orang yang berkarisma macam Noorizan tu..." Lana mengangkat bahunya lalu tunduk malu. Mukanya merah padam menahan malu. "Saya tahu... Rizal dan Zamir pun nampak berkarisma..."

Ketiga-tiga lelaki itu mula membayangkan orang yang disebut satu-persatu.

"Tapi ada sesuatu yang lain dengan Noorizan ni." Lana hanya mampu menarik nafas panjang.

"Hisham pula??" Olive mengangkat sebelah keningnya.

Emma segera tersenyum apabila mendengar nama itu membuatkan ketiga-tiga lelaki itu mengangkat kening mereka.

"Well..." Emma semakin tersenyum seperti orang kurang siuman. "Hisham adalah... Hisham."

"Wah... Unik jawapan tu." Xiao Wei menggolekkan bebola matanya.

"Maksud saya kamu boleh nilai dia sendiri." Emma menggerutu. "Tengok lah dia macam mana. Sesiapapun boleh suka."

Khairul, Xiao Wei dan Olive berfikir seketika lalu mengangguk-angguk tanda faham dengan kenyataan itu.

"Tapi nampak macam mustahil je mereka akan suka pada kami semula." Lana segera bersuara sayu.

"Memang mustahil." Olive membalas selamba membuatkan Emma dan Lana merenungnya tajam.

"Mereka terlalu fokus dengan puak ni." Xiao Wei bersuara perlahan. "Saya tak rasa mereka ada masa nak fikirkan benda-benda macam ni. Kalau semuanya dah selesai... Mungkin kamu boleh cuba nasib."

"Ya." Olive menyokong. "Lagipun... Saya rasa mereka masih terikat dengan penaung sebelum ni."

"Itu faktor yang paling kuat." Emma mengeluh perlahan. "Saya tak rasa mereka boleh move on."

"Nak betul saya tengok macam mana penaung lama." Lana berfikir seketika sambil memasukkan kerepek itu ke dalam mulutnya.

"Kalau kamu nampak saya tak rasa kamu akan membantah sangat."

Serentak mereka semua memandang Khairul. Buat seketika, mereka lupa yang Khairul kenal mereka terlebih dahulu.

"Oh, ya. Awak..."

"Saya kenal mereka dah lama. Mereka berdua. Aieyn dan Farra." Khairul menarik nafas panjang sambil mengimbau kembali saat itu. "Malah saya lebih dulu jumpa mereka berbanding Miezza."

"Miezza??" Ulang Xiao Wei.

Khairul mengangguk-angguk. "Miezza adalah Huruf pertama yang mereka jumpa. Selain empat penaung waktu tu lah."

Olive, Xiao Wei, Emma dan Lana mengangguk-angguk dengan wajah yang fokus mendengar.

"Waktu tu cuma mereka berdua yang bergerak..." Khairul masih lagi berfikir. "Penaung dua lagi saya tak pernah jumpa."

"Macam mana orangnya?" Tanya Xiao Wei teruja.

"Memang boleh tahan." Khairul tersenyum bila mengenangkan perkara itu. "Terus terang saya cakap... Orang yang Noorizan suka tu, Aieyn... Saya pun sebenarnya berminat dengan dia."

Serentak mereka semua membesarkan mata.

"Betul..." Khairul hanya mengangguk menandakan dia serius. "Tapi saya tahu mana tahapnya. Dia ada tanggungjawab besar. Masa tu saya cuma budak kampus biasa."

"Macam mana gadis t?" Lana mengecilkan matanya.

Khairul tersenyum lagi. "Lain daripada yang lain. Teruk-teruk panas baran Noorizan sekarang ni... Teruk lagi dia."

Mereka tidak mencelah dan hanya fokus mendengar.

"Saya hampir je dibakarnya." Khairul tergelak kecil bila mengenangkan saat itu. "Nasib Farra bantu saya."

"Entah kenapa..." Emma mengerutkan dahinya. "Bila saya dengar nama Aieyn ni... Mesti ada nama Farra."

"Sebab Farra seorang je yang boleh kawal Aieyn." Khairul memberitahu dengan wajah selamba. "Itu yang saya nampak."

Serentak mereka semua mengangguk tanda faham.

"Tapi memang boleh tahan lah." Khairul menarik nafas panjang. "Saya boleh faham kenapa penaung yang sekarang ni tekanannya amat tinggi."

Emma mendengus perlahan. "Nampak macam susah nak bersaing dengan mereka walaupun mereka dah tak ada."

"Ya." Sokong Lana dengan nada yang sama.

"Bertenang lah." Olive tersenyum sinis. "Masih ada peluang lagi tu.

"Tapi kan Olive..."

Olive segera beralih memandang Khairul. Lana, Emma dan Xiao Wei turut melakukan hal yang sama.

"Awak dengan Cska... Apa kes??"

Kenyataan itu membuatkan Olive terkejut bercampur bingung. Mereka yang lain juga kelihatan berkerut.

"Kenapa dengan kami pula?" Olive mengangkat keningnya.

"Saya rasa dia cuma bersikap terbuka dengan awak je." Khairul tersenyum sinis sambl mengangkat sebelah keningnya.

"Yalah." Lana seperti baru perasan. "Bila awak cakap ni... Baru saya sedar. Dia tu pemalu sangat. Tapi bila dengan Olive..."

"Kami biasa je pun." Olive mengangkat bahunya. "Tak ada pula saya rasa benda pelik."

"Itu cakap awak. Awak tak..."

"Saya tak rasa macam tu, Noorizan!"

Suara itu mematikan ayat Khairul. Mereka segera berpaling. Noorizan berjalan dengan wajah yang serius dan tegang. Miezza berjalan di belakangnya sambil memandang lelaki itu meminta jawapan. Hisham hanya berjalan tenang bersama Jyra.

"Cuba beritahu apa yang awak rasa?" Noorizan mengangkat sebelah keningnya memandang Miezza.

Jyra memandang Khairul, Olive, Xiao Wei, Lana dan Emma yang duduk di situ sekali imbas. Berharap tiada apa-apa yang terganggu.

"Zan..." Miezza mendengus perlahan. "Mungkin kita patut teruskan dengan rancangan gunakan kuasa Tasnim."

Noorizan mengeluh panjang. "Terpulang lah. Saya cuma risau apa yang jadi kat Hisham dengan yang lain tu berulang lagi."

Hisham, Jyra dan Miezza mengangguk faham.

"Mungkin kita perlu bagi perhatian lebih." Hisham mengangkat bahunya. "Jangan biar sesiapa yang keluar nanti tu cuai pula."

Noorizan kelihatan masih berfikir. Dia sepertinya ingin membantah lagi bagaimanapun segera membatalkan niatnya.

"Okey. Saya ikut je."

Jyra dan Miezza segera menarik nafas lega. Mereka sudah penat untuk bertengkar mengenai perkara itu lagi.

"Noorizan..."

Serentak semua orang memandang Hisham walaupun hakikatnya dia memanggil Noorizan sahaja.

"Ikut saya. Kita perlu berbincang."

Hisham terus sahaja berlalu pergi meninggalkan orang-orang yang kebingungan di situ. Noorizan hanya menarik nafas panjang lalu menyusul lelaki itu tanpa memberi sebarang bantahan.

"Awak masak ke, Khai?" Tanya Miezza apabila ternampak kerepek yang berada di atas meja itu.

"Ya." Khairul mengangguk. "Teringin pula nak makan."

Jyra tidak berkata apa-apa. Dia terus sahaja mencapai kerepek itu untuk dikunyah tanpa bersuara.

"Kenapa dengan mereka berdua tu?" Tanya Xiao Wei dengan rasa ingin tahu. "Mereka marah ke?"

"Jangan risau lah." Miezza tersengih serta-merta. "Mereka berdua memang macam tu. Ada lah hal yang nak dibincangkan tu."

"Mengenai puak ni ke?" Lana mengangkat keningnya.

"Saya rasa ia lebih kepada hal peribadi." Miezza mengangkat bahunya. "Kalau pasal puak ni... Mereka akan bincang dengan kami sekali."

Serentak mereka semua mengangguk-angguk.

"Tapi kan..." Emma mendekatkan mukanya sedikit. "Pasal apa yang mereka bincang?? Pasal penaung dulu ke?"

Miezza dan Jyra berpandangan seketika lalu kembali memandang gadis itu. Yang lain juga kelihatan ingin tahu.

"Tak tahu." Jyra menjawab serta-merta. "Boleh jadi juga. Benda lain pun mereka akan bincangkan."

Sekali lagi mereka semua mengangguk.

"Apa yang kamu debatkan tadi tu??" Khairul mengerutkan dahinya memandang Miezza dan Jyra silih-berganti.

"Pasal keselamatan je." Miezza mendengus perlahan menunjukkan bahawa dia letih apabila mengingatkan perkara itu.

"Kami cuma risau kejadian culik hari tu berulang lagi." Jyra menambah.

"Betul juga." Olive bersetuju mengenai itu. "Masalah kita kalau kena tangkap lagi. Mujur ada Pikah dengan Webly masa tu. Kalau tak... Boleh jadi mereka tak dapat keluar dari tempat tu."

"Ya." Miezza menarik nafas panjang. "Itu yang kami risau. Tambahan lagi, kami rasa kejadian tu ada kena-mengena dengan musuh kita."

"Tapi tak semua Huruf kan yang mereka tangkap..." Khairul berfikir seketika. "Ada orang biasa kan?"

"Itu yang buat masalah jadi tambah rumit." Jyra mengeluh. "Kita tak dapat nak simpulkan."


A/n: Well, well... Nampaknya ada yang mengaku dia crush dengan siapa. Hehehe. Oh, sebelum lupa. Saya nak ingatkan kepada siapa yang followers atau apa. This is my on account. Shim_Yoo. Ramai yang tanya kalau saya ada akaun lain. Ini satu-satu akaun wattpad saya dan tak ada yang lain. Huhu. Jangan silap. Leave me your feedback. :)

P.s::: Hati-hati dengan watak. Ia semakin banyak. Sebab bilangan huruf ada 26.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top