Come Back Home
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Tasnim's cast. (Amanda Seyfried)
BAB 26 : KEPULANGAN
Hisham, Noorizan dan Jyra menanti dengan tidak sabar di ruang markas itu. Pelbagai perkara bermain di minda mereka saat ini. Pesanan yang Miezza hantar sejam yang lalu membuatkan mereka benar-benar dalam keadaan terkejut tetapi tidak membincangkan perkara itu. Mereka hanya menunggu sehingga mereka melihat di hadapan mata mereka sendiri.
Kawan-kawan mereka yang lain turut berada di situ. Tidak berani bertanya atau membuka mulut walaupun banyak soalan yang ada di fikiran mereka. Keadaan itu terlalu tegang bagi mereka untuk bersuara walaupun mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku pada saat ini.
Geseran pintu batu utama kedengaran menyebabkan semua orang membetulkan kedudukan. Tasnim dan Yuna muncul dengan wajah yang letih. Ini adalah kali pertama mereka keluar sehingga malam. Yuna segera duduk di sebelah Qushairy sambil tersenyum manis. Tasnim pula terus meluru ke dapur untuk mencari air.
Miezza memandang Noorizan, Hisham dan Jyra silih-berganti sekali imbas lalu memandang pasangan kekasih yang masih berdiri agak kekok dan takut di belakangnya. Geoffry memegang erat tangan Sherene.
"Memang serupa." Hisham tersengih lalu menggelengkan kepalanya seketika sebelum tunduk sambil memejamkan matanya. Dia cuba mengingatkan dirinya sendiri bahawa itu adalah orang lain.
Noorizan langsung tidak mengalihkan pandangannya. Dia hanya merenung Sherene terus-menerus seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Jyra pula menggigit bibirnya cuba untuk menahan dirinya daripada menangis.
"Ini Geoffry." Miezza bersuara perlahan setelah keadaan menjadi sunyi beberapa minit. "Dia berkuasa pembeku. Yang itu..." Miezza berhenti seketika sebelum meneruskan. "Sherene."
"Apa kuasanya?" Tanya Baekhair.
Miezza mengangkat bahunya. "Saya tak pasti."
"Apa maksud awak??" Tanya Rizal pula.
"Dia cakap dia tak ada kuasa..." Miezza memandang Sherene yang masih lagi dalam ketakutan. "Tapi dia ada parut sama macam kita."
Kenyataan itu membuatkan semua orang berpandangan agak bingung. Hisham, Noorizan dan Jyra hanya berkerut.
"Saya rasa..." Miezza memandang penaung yang lain. "Saya rasa kuasanya sama macam Sheronica."
Sekali lagi semua orang tersentak termasuk ketiga-tiga penaung itu.
"Mungkin dia tak pernah terguna lagi kuasanya." Miezza cuba memberi penerangan. "Sebab tu dia tak tahu."
Noorizan menarik nafas panjang lalu berjalan menuju ke arah Cska yang kebingungan. Semua orang turut merasa hairan dengan tindakan lelaki itu. Noorizan segera menarik tangan Cska membuatkan Lana hampir terbatuk di tempat duduknya. Dia membawa gadis pendiam itu mendekati Sherene yang masih ketakutan.
"Sembuhkan dia." Noorizan mengangkat lengan Cska yang berbalut akibat tercedera semasa latihan petang tadi.
"A... Apa?" Sherene kebingungan.
"Cuba sembuhkan dia." Ujar Noorizan tenang.
"Tapi..." Sherene memandang Geoffry sekali imbas tanpa sebab. "Saya tak tahu. Kamu ada alat perubatan tak?"
Noorizan menggelengkan kepalanya. "Saya nak awak sembuhkan dengan kuasa yang awak ada."
"Saya tak ada kuasa." Sherene membidas.
"Awak masih belum pasti mengenai itu." Hisham mencelah lalu berjalan mendekati mereka. "Cuba halakan tangan awak pada luka dia... Dan fokus untuk sembuhkan dia dengan kuasa awak."
Sherene masih lagi kelihatan bingung dan tidak yakin bagaimanapun tidak membantah. Dia segera menghalakan tangan kanannya pda balutan Cska tanpa dia sendiri sedar dia berbuat demikian.
"Fokus." gumam Noorizan.
Sherene menarik nafas panjang lalu mengangguk perlahan. Semua orang cuba melihat apa yang mereka ingin lakukan. Gadis itu cuba melakukan apa yang diarahkan oleh Noorizan dan Hisham sebentar tadi. Apa yang mengejutkan mereka, cahaya putih menyala sedikit membuatkan mereka semua membesarkan mata.
Setelah hampir beberapa minit, Sherene segera menghentikan apa yang dia lakukan. Noorizan memandang Cska untuk melihat apa yang sudah terjadi pada lengannya itu. Gadis itu tidak menjawab sebaliknya menanggalkan balutan yang ada ditangannya. Sekali lagi semua orang terkejut apabila melihat ia bersih daripada sebarang luka. Hanya darah kering yang tersisa di situ.
Serentak mereka semua memandang Sherene yang masih lagi tergamam sendirian sambil memandang tapak tangannya yang kosong. Dia langsung tidak menyangka bahawa dia ada kebolehan untuk berbuat demikian.
"Dia memiliki kuasa tu." Gumam Hisham sayu. Entah kenapa, mengetahui bahawa kuasa salah seorang penaung kini sudah ada tuannya membuatkan harapan yang ada dalam dirinya jatuh.
"Ya." Jyra mengangguk-angguk.
"Jadi..." Sherene memandang semua orang yang ada di situ.
"Awak sama macam kami." Miezza bersuara tenang. "Sama juga dengan teman lelaki awak."
"Bagi mereka pakai rantai tu." Arah Noorizan lalu berjalan pergi ke atas meja untuk melakukan sesuatu. Dia sepertinya tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai itu. Emosinya tidak begitu stabil saat ini.
Emma bingkas bangun lalu mencapai kotak keperakan yang dihulurkan oleh Khairul yang sememangnya duduk berdekatan benda itu. Dia membuka dan mencapai rantai berbuah huruf 'G' dan 'S' lalu menghulurkannya kepada Geoffry dan Sheronica yang hanya menyambut kebingungan.
"Pakai." Ujar Miezza. "Kami semua pun pakai benda yang sama."
Sherene masih lagi kebingungan bagaimanapun Geoffry tidak membantah. Dia hanya mengangguk pada gadis itu tanda mereka patut melakukannya. Sherene segera membantu Geoffry memakai rantainya dan begitu juga sebaliknya.
"Latihan setakat ni boleh tahan." Hisham memberitahu Miezza walaupun tidak ditanya.
"Bagus lah." Gadis itu menarik nafas panjang. "Kita perlu kuatkan lagi."
"Ya." Jyra mengangguk bersetuju. "Lagipun kita perlu...."
"Sherene!!!!!"
Serentak semua orang menoleh apabila mendengar jeritan kuat yang datangnya daripada Geoffry. Lelaki itu kini sudah cemas sambil memegang bahu Sherene yang seperti dalam kesakitan. Mata gadis itu terbuka luas tidak berkelip. Mulutnya terlopong tidak mampu bersuara.
"Rasanya dia akan muntah darah!" pekik Lana.
Miezza dan Jyra segera berlari mendapatkan gadis itu. Dia sepertinya sudah mengeras dalam kesakitan. Noorizan dan Hisham hanya memandang dari tepi. Tidak tahu hendak berbuat apa dalam situasi seperti itu.
"Sesiapa tolong hentikan ni!!" pekik Geoffry hilang sabar.
Situasi itu adalah situasi yang tiada siapa dapat kawal atau uruskan. Mereka hanya mampu menanti sehingga gadis itu pengsan. Akan tetapi, apa yang berlaku membuatkan mereka semua terkedu. Selalunya darah merah pekat akan keluar dari mulut gadis itu. Kali ini adalah cahaya. Cahaya keputihan kini menyala pada mata Sherene yang terbeliak luas. Ia juga menyala pada mulut, telinga, hidung dan sepertinya setiap inci badan gadis itu.
"Apa yang jadi??!!" Zamir membesarkan matanya kerana kejadian kali ini benar-benar berbeza.
Keempat-empat penaung itu hanya berdiri tercengang. Langsung tiada idea mengenai apa yang sedang berlaku saat ini.
"Tolong!!!" Geoffry menjerit lagi.
"Apa yang jadi??" Gumam Miezza ketika memegang Sherene cuba untuk melihat seluruh tubuhnya.
Jyra, Noorizan dan Hisham berpandangan agak bingung.
"Apa berlaku pada dia??" Geoffry kini sudah menangis di sebelah Miezza sambil melutut.
"Kami tak tahu." Miezza menggelengkan kepalanya.
Tiada siapa yang nampak apa reaksi wajah Sherene pada saat ini. Sama ada sedang dalam kesakitan atau apa kerana ia ditutup oleh cahaya yang terang itu.
"Saya rasa kita... Ah!!!"
Belum sempat Hisham menghabiskan kata-katanya, dia segera menutup telinganya akibat bunyi bising yang membingitkan itu.
"Cska!!!!!" Xiao Wei memekik.
"Bukan saya!" balas Cska juga dalam keadaan menjerit sambil memandang sekeliling. Hanya dia seorang sahaja yang tidak menutup telinga. Dia tidak tahu dari mana datangnya bunyi yang semakin kuat itu.
Ketika semuanya sedang dalam kesakitan, tiba-tiba sahaja semuanya terhenti. Bunyi kuat yang membingitkan telinga itu sudah tidak kedengaran lagi. Mereka semua berpaling memandang Sherene.
"Sherene!!" Geoffry memanggil cemas.
Gadis itu sudah terbaring di lantai tidak sedarkan diri. Semua orang kelihatan masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
***
Sherene membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling cuba membetulkan penglihatannya. Dia bangun dalam keadaan sedikit payah untuk memastikan dia berada di mana. Sebuah bilik batu yang amat tenang. Dia cuba memerhatikan kawasan itu penuh berhati-hati.
"Awak dah bangun, Sher??"
Gadis itu menoleh pantas. Memandang mata bersinar teman lelakinya itu. Dia segera mengukir senyuman manis. "Geoffry..."
"Awak okey??" Geoffry memandang gadis itu cemas.
Gadis itu hanya tersenyum manis. "Saya tak pernah rasa lebih baik daripada ini, Geoffry."
Geoffry hampir mengerutkan dahinya agak bingung bagaimanapun segera menghapuskan perkara itu dari mindanya.
"Mana yang lain?" Gadis itu memandang sekeliling.
"Mereka ada di luar." Geoffry menjawab. "Tengah berbincang mengenai sesuatu. Saya ditugaskan untuk menjaga awak."
Gadis itu segera mengalihkan selimut yang menutupinya lalu bangun dari katil itu perlahan-lahan.
"Awak nak ke mana?" Tanya Geoffry agak risau.
"Saya perlu jumpa mereka."
Gadis itu segera berjalan keluar dari situ disusuli oleh Geoffry yang sebenarnya ingin menghalang dan mengarahkannya untuk berehat. Tapi ada sesuatu yang menghalangnya berbuat demikian. Ada sesuatu yang lain pada saat itu. Dia dapat merasakannya tetapi tidak bersuara.
Kelihatan Khairul kini duduk di kaunter dapur itu bersama Olive dan Cska. Lana, Emma, Xiao Wei, Vince, Baekhair, Pikah dan Webly duduk di meja makan. Yuna dan Qushairy duduk di sebuah kerusi bersama Rizal yang sedang berpeluk tubuh. Dayah, Tania dan Zamir duduk di kerusi yang lain. Hisham dan Noorizan sedang berdiri di suatu sudut. Jyra dan Miezza pula berdiri berdekatan meja makan. Wajah mereka semua kelihatan serius dan tegang membincangkan sesuatu.
"Mungkin mereka boleh serang dengan cara lain." Zamir memberi pendapat sambil mengangkat bahunya. "Kita tak tahu."
"Tapi saya rasa..."
"Sherene..."
Serentak mereka semua menoleh apabila Tania memanggil nama gadis itu dan menghentikan ayat Pikah. Gadis itu kini berdiri sambil tersenyum manis dengan wajah bersinar memandang mereka semua.
"Awak dah okey ke?" Tanya Jyra dari tempat dia berdiri.
Gadis itu memandang Jyra dengan mata yang berkaca. "Jyra..."
Jyra mengerutkan dahinya.
"Miezza..." Gadis itu menggumam apabila dia melihat ke arah Miezza yang hanya kebingungan. Dia beralih lagi memandang Hisham. "Hisham."
Hisham hanya memandang gadis itu tidak bersuara dalam keadaan berpeluk tubuh tidak berganjak.
Gadis itu memandang ke arah Noorizan yang kini sudah berdiri di tengah-tengah kawasan itu. Gadis itu sudah tidak dapat menahan perasaannya. "Noorizan..."
Noorizan memandang kawan-kawannya yang lain sekali imbas dengan wajah yang serius.
Gadis itu menggigit bibirnya sambil mengesat air matanya yang sudah mengalir lalu memandang Noorizan semula dengan senyuman manis. "Lama saya tak pergi mengutip sayur dan buah-buahan dengan awak."
Kenyataan itu membuatkan Noorizan tersentak lalu membesarkan matanya memandang gadis itu. Semua yang lain hanya memandang mereka kebingungan.
"Awak masih bertugas untuk itu ataupun dah ada orang lain yang ganti?" Gadis itu memandang Noorizan hampir menangis lagi.
Noorizan kini sudah tergamam. Matanya hampir tidak dapat dikelipkan lagi. Dia benar-benar terkedu. Semua yang lain masih sesat dalam situasi itu. Tidak tahu apa yang sedang berlaku.
"Awak selalu beritahu saya mana yang segar."
"Nanti!" Noorizan memandang gadis itu sambil menelan air liurnya. Dia kini berusaha mengawal segala emosi yang ada dalam dirinya. "Sheronica??"
Nama itu membuatkan semua orang tersentak. Hisham, Jyra dan Miezza membesarkan mata mereka lalu memandang ke arah gadis itu. Gadis kecil molek itu tersenyum dengan air matanya yang mengalir lagi lalu mengangguk perlahan.
"Oh my God!" Noorizan tidak bercakap banyak lalu terus merangkul gadis itu.
Gadis itu tidak berfikir panjang untuk memeluknya semula. Emosi yang Noorizan tahan kini meledak. Air matanya mengalir perlahan-lahan.
"Sheron..."
"Hai, Noorizan." Gumam Sheronica di telinga lelaki itu.
Mereka meleraikan pelukan itu sambil bertentangan mata penuh emosi. Pelbagai perkara dapat mereka rasakan tanpa disedari.
"Ini..." Noorizan memandang Hisham, Jyra dan Miezza yang kini tercengang. "Sheronica..."
Ketiga-tiga mereka tidak berkarta apa-apa, sebaliknya hanya merenung gadis itu tidak percaya.
"Hisham..." Sheronica memandang lelaki berkulit putih merah-merahan itu. "Awak nampak semakin kacak. Saya masih ingat lagi saya selalu cakap awak comel dulu."
Hisham menggigit bibirnya lalu segera memeluk gadis itu. "Awak masih hidup."
"Ya." Sheronica membalas pelukannya sebelum meleraikan dan memandang Miezza dan Jyra. Dia memeluk kedua-dua gadis itu yang kini sudah menangis.
"Guys..." Jyra memandang sekeliling ke arah semua orang yang sedang kebingungan itu. "Ini Sheronica. Dia salah seorang penaung sebelum ini."
Mulut mereka semua terlopong tidak percaya.
"Apa yang jadi, Sheron??" Noorizan merenung gadis itu. "Kami ingat awak dah mati."
"Saya pun fikir macam tu... Nanti!" Sheronica memandang keempat-empat penaung baru itu silih-berganti. "Mana Izzudin??"
Pertanyaan itu membuatkan riak muka mereka berubah.
"Aieyn?? Farra??" Tanya Sheronica lagi kemudian perasan sesuatu telah berlaku. "Mereka mati..."
Noorizan menelan air liurnya kemudian mengangguk-angguk.
"Oh..." air mata Sheronica bergenang lagi. Kali ini lebih deras dari biasanya kerana ia terus mengalir. "Macam mana?"
"Aieyn..." Noorizan menggigit bibir cuba menahan perasaannya. "Dibunuh oleh Rusdi."
"Lelaki tak guna!" gumam Sheronica sambil memejamkan matanya.
"Izzudin mati dalam pertempuran." Sambung Noorizan dengan mata berair. "Dan Farra pula..."
"Letupkan dirinya??" Sheronica memintas.
"Macam mana awak tahu?" Hisham mengerutkan dahinya.
"Kami berbincang mengenai benda tu."
Serentak Miezza, Hisham, Noorizan dan Jyra membesarkan mata mereka agak terkejut mengenai itu.
"Izzudin tahu pertempuran tu tak ada penghujungnya..." Sheronica bersuara serak. "Itu satu-satunya cara yang tertulis dalam buku."
Serentak mereka mengangguk faham.
"Apa berlaku pada awak, Sheron?" Tanya Miezza ingin tahu. "Macam mana awak boleh hidup lagi?"
Sheronica cuba mengingat apa yang berlaku. "Saya tak tahu... Saya pasti Rusdi bunuh saya masa tu. Tapi saya... Tak pasti kalau dia ada buat sesuatu yang lain."
"Buat sesuatu yang lain??" Ulang Jyra.
Sheronica mengangguk-angguk lalu memandang Geoffry yang kini sudah memandangnya risau. "Saya bangun di hadapan sebuah tempat. Pusat untuk orang-orang yang tiada rumah."
Semua orang hanya mendengar dengan tekun.
"Masa tu saya langsung tak ingat apa-apa." Sheronica menelan air liurnya. "Mereka beritahu nama saya Sherene. Itu je. Lepas tu saya bekerja secara sukarelawan untuk membantu orang."
"Jadi selama ni awak langsung tak ingat apa-apa?" Miezza cuba memastikan. "Selama empat tahun??"
Sheronica mengangguk-angguk. "Saya langsung tak ingat siapa saya. Saya hanya bergantung pada maklumat yang pusat tu bagi."
"Macam mana semua ni boleh berlaku??" Hisham mengerutkan dahinya sambil berfikir panjang.
"Awak ingat semula..."
"Rantai tu." Sheronica segera memintas kata-kata Jyra. "Kuasa rantai tu pada kita memang sangat kuat. Ia membawa semua ingatan saya selama saya pakai benda tu."
Serentak semua orang mengangguk-angguk.
"Nanti..." Noorizan sepertinya baru teringat mengenai sesuatu. "Saya nak tanya... Ada tak muka macam Aieyn kat pusat tempat awak tinggal tu?"
Sheronica mengerutkan dahinya lalu menggeleng perlahan. "Tak ada. Kami tak ramai. Saya ingat semua orang."
Noorizan mendengus lalu memandang yang lain.
"Kenapa?"
"Saya ada jumpa seorang perempuan muka dia sama macam Aieyn." Noorizan memberitahu gadis itu.
Sheronica segera membesarkan matanya.
"Tapi dia cakap dia bukan." Noorizan mendengus perlahan.
"Zan..." Hisham memandang lelaki itu. "Mungkin itu Aieyn."
Kenyataan itu membuatkan semua orang berkerut agak bingung.
"Ingat tak..." Hisham cuba menerangkan. "Sheron dibunuh oleh Rusdi dan dia masih hidup. Aieyn pun..."
Serentak mereka membesarkan mata mereka.
"Kita perlu jumpa dia." Ujar Sheronica kemudian berpaling memandang Geoffry yang kini sudah tidak senang hati.
"Sherene... Maksud saya... Siapa nama awak??" Geoffry merenung gadis itu dengan perasaan gelisah.
Sheronica hanya melemparkan senyuman manis. "Sheronica. Dan, Gee.. Walaupun saya dah ingat. Perasaan saya pada awak tak akan berubah."
Geoffry tersenyum gembira. "Itu yang saya nak dengar."
A/n: Surprise, surprise!!! Hahaha. Are you guys happy?? Sheronica is coming back. What do you think that make her still alive? I let you guys think about this. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top