Back
BAB 44 : BALIK
Olive mengetap giginya kegeraman memandang papan catur di hadapannya itu. Kadangkala, kukunya akan digigit menandakan bahawa dia sedang buntu. Tidak tahu hendak memilih jalan yang mana. Sheronica hanya tersengih memandang gelagatnya. Dia duduk tenang menanti lelaki itu bertindak. Cska pula hanya mengelip-ngelipkan matanya memandang Olive. Vince, Webly dan Xiao Wei pula tidak sabar untuk mengetahui apa keputusan perlawanan itu, manakala Rizal hanya membaca buku di tempat berdekatan dan akan memandang mereka sekali sekala.
"Okey! Saya mengaku kalah!" Olive mendengus kuat ketika memegang kepalanya berputus asa.
"Permainan belum tamat pun kan?" Webly mengangkat keningnya sambil cuba menahan ketawa.
"Kalau saya gerakkan permaisuri..." Olive memandang papan catur itu semula kemudian menghantar renungan tajam pada lelaki itu. "Dia akan perangkap raja. Tak ada beza pun."
Serta-merta tawa ketiga-tiga lelaki yang menjadi penonton sebelum ini itu meletus. Cska hanya mampu memandang Olive simpati.
"Macam mana awak boleh bermain dengan baik??" Olive merenung Sheronica dengan wajah yang penuh rasa ingin tahu.
Gadis comel itu hanya mengangkat bahunya dengan wajah yang suci. "Saya pun tak tahu."
"Saya perlu belajar dengan awak nanti." Olive bersuara serius dengan riak wajah yang sama menyebabkan Sheronica ketawa.
"Sheron..."
"Hmm??" Gadis itu mengangkat keningnya memandang Xiao Wei. Senyuman terukir di wajahnya tanpa disedari.
"Awak rasa..." Xiao Wei berfikir seketika dengan wajah yang sayu. "Awak rasa Aieyn benci saya tak?"
Sheronica mengukir senyuman manis mendengar soalan itu. "Secara jujurnya saya rasa tak."
"Betul ke??" Xiao Wei cuba memastikan. Dia masih tidak yakin dengan perkara itu walaupun semua orang mengatakannya.
Sheronica mengangguk yakin sambil membetulkan kedudukannya. "Sebelum ni... Dia asyik mengamuk tak tentu pasal bila orang yang berkuasa air tu ada berdekatan. Tapi sekarang ni tak. Saya tengok dia okey je dengan awak."
"Nasib baik." Xiao Wei menarik nafas lega.
"Awak kena faham je..." Sheronica bersuara lagi. "Boleh dikatakan dia pernah mati sebelum ni oleh kuasa air. Kalau ada apa-apa... Mungkin sebab dia kena berhati-hati untuk dirinya."
"Tapi dia kan kuat?" Cska mengerutkan dahinya. "Mustahil Xiao Wei boleh mengancam dia."
"Macam tu lah sebelum ni." Sheronica membalas tenang sambil berusaha mengekalkan senyuman manisnya. "Sebab kami langsung tak sangka kuasa air boleh kalahkan dia."
"Kuasa air dan api kan adalah kuasa yang paling kuat selepas petir." Rizal mencelah secara tiba-tiba. Dia sepertinya dapat faham situasi itu berbanding yang lain. "Tapi api tetap akan kalah pada api."
"Ah..."
Sheronica mengangguk ketika mereka semua memandang gadis itu. "Sebelum ni orang yang berkuasa air terlibat dalam misi untuk mengambil bebola kristal sebab kuasanya adalah antara kuasa yang kuat. Tapi..." Sheronica segera menyambung apabila melihat mereka ingin bertanya. "Pada misi itu juga orang yang berkuasa air ditangkap dan mengkhianat."
Semua orang terdiam tidak berkata apa-apa.
"Izzudin benar-benar tertekan dengan keputusan yang dia buat masa tu." Sheronica menyambung. "Sebab tu dia tak masukkan Xiao Wei dalam mana-mana kumpulan pula. Dia gantikan Geoffry."
Semua orang mengangguk-angguk tanda faham.
"Tapi kan..."
Belum sempat Vince menghabiskan ayatnya untuk bertanya, kedengaran bunyi seperti sesuatu telah jatuh dengan kuat membuatkan mereka berpaling secara serentak dengan mata yang dibesarkan. Izzudin kini terbaring di tanah sambil tangannya masih memegang gadis yang sepertinya sudah tidak bernyawa itu. Yuna dan Dayah kelihatan terhuyung-hayang agak pening entah kenapa. Hisham, Tasnim dan Khairul hanya menarik nafas lega sambil memandang sekeliling.
"Saya perlukan bantuan." Izzudin segera bersuara dalam keadaan cemas. "Dia perlu dirawat dengan segera!"
Sheronica tidak membuang masa apabila mendengar kenyataan itu. Dia berlari ke arah mereka dan membantu Izzudin untuk memapah gadis itu masuk ke dalam bilik untuk memudahkan dia dirawat.
***
"Macam mana keadaan dia?"
Izzudin terus sahaja bertanya apabila Sheronica keluar dari bilik bersama dengan Cska. Kedua-dua mereka kelihatan letih seolah-olah melakukan kerja berat di dalam. Mereka semua kini sedang duduk di ruang markas itu sambil menunggu yang lain pulang dari misi mencari bebola kristal itu.
"Dia tengah tidur." Sheronica menjawab ketika duduk di sebelah lelaki bermata biru itu. "Banyak sangat luka kat badan dia. Dia perlukan rehat yang secukupnya. Teruk sangat keadaan dia."
Izzudin hanya mengangguk-angguk tidak bersuara lagi. Dia masih dapat mengingat dengan jelas bagaimana keadaan gadis itu ketika mereka menemuinya. Pasti tiada siapa yang dapat bertahan.
"Apa yang jadi kat luar tu sebenarnya?" Dayah tiba-tiba bertanya sambil memandang Hisham, Khairul dan Tasnim silih-berganti.
Ketiga-tiga mereka berpandangan seketika. Cuba untuk memutuskan siapa yang patut menjawab.
"Mereka dah tahu kamu ada dalam tempat kurungan tu." Hisham memberitahu. "Kami terpaksa keluar untuk alihkan perhatian mereka dan halang mereka daripada masuk ke sana untuk mengejar kamu."
"Ada apa-apa yang jadi tak?" Izzudin mengangkat keningnya. "Maksud saya... Ada apa-apa yang kamu dapat tangkap?"
"Mereka ada kuasa."
Serentak semua orang terkejut memandang Khairul yang bersuara selamba sambil mengangkat bahunya.
"Lebih kepada sihir." Hisham segera menyampuk. Dahinya berkerut cuba untuk mengimbas kembali kejadian itu. "Mereka gunakan sihir nak serang kami. Tapi ia hampir sama dengan satu kuasa untuk membunuh."
Semua orang hanya ternganga mendengar perkara itu. Tidak pasti sama ada ingin mendengar dengan lebih lanjut atau tidak.
"Itu yang bahaya." Izzudin bersuara perlahan. "Kita mungkin akan terus terbunuh kalau terkena."
Pada ketika itu juga, geseran pintu batu itu kedengaran dengan jelas. Qushairy, Miezza dan Pikah melangkah masuk disusuli oleh Geoffry, Jyra dan Baekhair. Masing-masing kelihatan penat.
"Wah... Cepatnya kamu balik." Izzudin kelihatan terkejut bagaimana berkerut dengan mata yang dikecilkan.
"Terima kasih pada kuasa Qushairy." Pikah mengukir senyuman sinis sambil memandang lelaki yang kini sudah rebah sambil tercungap-cungap di atas tanah itu. Dia tidak mampu untuk memberi reaksi.
Yuna segera mencapai minumannya yang baru disediakan lalu memberikannya kepada Qushairy yang kini seperti tidak dapat mencari udara lagi. Lelaki itu kelihatan benar-benar penat.
"Hanya dia seorang yang bergerak nak bawa kami." Jyra memandang lelaki itu simpati. "Nasib dia jumpa kami tengah jalan. Dia bawa kami sekali supaya cepat nak balik ke sini."
Semua orang hanya mengangguk faham.
"Ada apa-apa masalah kamu hadapi?" Izzudin bertanya ketika Miezza memberikan bebola kristal berwarna ungu kepada lelaki itu. Cuba untuk memastikan tiada apa-apa yang buruk berlaku.
Miezza menggeleng perlahan. Berusaha mengelak untuk melihat mata biru yang cantik itu. Izzudin tidak bersuara lagi. Dia juga bersyukur Miezza tidak memandang tepat ke matanya. Tidak tahu bagaimana untuk menahan segala perasaan yang ada pada dirinya jika itu terjadi.
"Bagus lah kamu sampai dengan selamat." Izzudin menggumam perlahan yang hanya mampu didengar oleh beberapa orang.
"Kamu pun." Miezza membalas terlalu perlahan berharap lelaki itu tidak mendengarnya sebelum berlalu pergi.
Izzudin cuba menahan dirinya daripada mengukir senyuman ketika mendengar ayat ringkas yang sayup-sayup itu.
"Semuanya okey ke?" Vince bertanya penuh rasa ingin tahu. "Ada apa-apa menarik yang berlaku?"
"Tak ada." Jyra menggerutu lalu menjeling ke arah Baekhair. "Lain lah kalau awak nak dengar cerita dia merungut sepanjang jalan."
Baekhair buat-buat tidak tahu seolah-olah tidak melakukan apa-apa seperti yang gadis itu katakan.
"Macam mana misi pertama awak?"
Geoffry yang dari tadi duduk menenangkan dirinya sambil memandang semua orang di situ segera menoleh. Sheronica tersenyum manis sambil menghulurkan segelas air kepada lelaki itu.
"Boleh tahan." Geoffry mengangkat bahunya ketika menyambut gelas itu. "Tak teruk sangat sebab kami tak perlu berlawan. Yang mencabar tu sebab kami kena berjalan jauh dan..." Dia tersengih memandang Baekhair sekali imbas. "Mendengar dia tu merungut sepanjang jalan."
Sheronica hanya ketawa. "Dulu Jyra pun macam tu. Tak payah nak hairan sangat kalau ada yang akan berperangai macam tu."
Geoffry turut ketawa apabila mengingati apa yang Jyra beritahu mereka ketika dalam perjalanan.
"Lagipun..."
Belum sempat Sheronica meneruskan kata-katanya, bunyi geseran pintu batu itu terbuka. Aieyn dan Noorizan melangkah masuk sambil memapah Lana yang tidak sedarkan diri.
"Apa dah jadi??" Pikah memandang mereka agak tercengang dengan mata yang sudah dibesarkan.
"Ambil dia ni cepat!!" Aieyn membentak dan mengabaikan soalan itu ketika cuba mengalihkan pegangannya pada Lana. Dia kelihatan bengang bercampur letih yang teramat sangat.
Yuna dan Dayah segera berlari untuk mengambil gadis yang tidak sedarkan diri itu sebelum Aieyn bertukar menjadi singa. Gadis berambut perang itu kini kelihatan seperti berasap dan akan meletup pada bila-bila masa sahaja. Lana segera di bawa masuk meninggalkan semua orang memandang Noorizan dan Aieyn penuh dengan soalan bagaimanapun tidak berani untuk bertanya.
"Apa yang jadi?" Miezza memandang Noorizan yang kelihatan lebih tenang sedikit. "Dia kena serangan ke?"
Noorizan menarik nafas panjang tidak menjawab. Sebaliknya, mengalihkan pandangannya pada Aieyn.
"Aieyn..." Sheronica mengecilkan matanya merenung gadis itu penuh curiga. Sepertinya ia ada kena-mengena dengan dia.
"Apa??" Aieyn mengangkat keningnya dengan wajah tidak bersalah. "Dia menyerang dulu."
"Menyerang dulu??" Izzudin mengerutkan dahinya. Semua orang turut terkejut mendengar kenyataan itu.
"Dia disihir." Noorizan mendengus perlahan. Dia tahu Aieyn tidak akan menerangkan apa-apa dan hanya akan mengikut emosinya.
"Apa awak buat pada dia??" Izzudin memandang Aieyn dengan pandangan yang risau penuh rasa ingin tahu.
"Jangan risau." Aieyn mengangkat bahunya. "Saya cuma pengsankan dia. Dengan tumbukan."
Serentak semua orang ternganga mendengar jawapan itu.
"Dan awak..." Aieyn mengetap giginya kegeraman ketika dia menyambar kolar baju Izzudin.
"Kenapa saya??" Izzudin agak terkejut. Sama dengan semua orang yang turut terkedu memandang gadis itu.
"Kenapa awak hantar kami untuk lawan ular gergasi tu?!!" Aieyn menggoncangkan Izzudin. "Dulu awak hantar kami pada naga!"
"Awak cuba bayangkan kalau orang... Argh!" Izzudin tercekik sedikit kerana cengkaman Aieyn pada kolarnya agak ketat. "Kalau orang lain yang pergi. Mereka akan dapat... Lawan ke?"
"Jadi itu membolehkan awak hantar kami?!" Aieyn semakin geram. Ingin sahaja dia salurkan kuasanya terus kepada badan lelaki itu.
"Aieyn..." Noorizan cuba untuk menenangkan gadis itu walaupun dia juga geram atas sebab yang sama.
Bunyi geseran pintu batu itu terbuka sekali lagi menghentikan apa sahaja yang berlaku di situ. Farra melangkah masuk dalam keadaan yang amat teruk dan tidak terurus bersama Emma yang mana mereka berusaha memapah Zamir yang tidak sedarkan diri dan sama keadaannya dengan Farra tetapi lebih teruk. Berat lelaki itu membuatkan mereka jatuh ke lantai.
"Apa hal??!" Jyra membesarkan matanya memandang Farra dari atas ke bawah. Dia adalah orang yang balik dalam keadaan paling teruk setakat ini selepas Huruf U dan juga Zamir. Malah Lana masih nampak elok.
"Apa yang dah terjadi?" Hisham segera berlari ke arah Farra yang kini sudah terbaring sambil memegang dahinya. Rizal turut terbangun dari tempat duduknya hampir mendekati gadis itu.
Semua orang kini tercengang melihat situasi itu. Wajah Zamir hampir tidak dapat dikenalpasti. Kesan kotoran hitam kini sudah menutup setiap kulitnya. Farra hampir kelihatan sepertinya bagaimanapun tidak seteruk itu. Emma pula hanya duduk kaku tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sepertinya apa sahaja perkara yang berlaku benar-benar mengejutkan dan mengunci mulutnya.
"Farra..." Izzudin memandang gadis itu risau. Cuba memastikan keadaannya. "Apa yang dah jadi?"
Farra mendengus kuat masih tidak mengubah posisinya bagaimanapun melarikan tangan yang memegang dahinya itu. Dia kini terlalu lemah untuk beranjak. "Saya berlawan dengan dia."
"Dia disihir??" Dayah membesarkan matanya. Farra hanya mengangguk lemah. Tenaganya sudah habis dikeluarkan.
"Teruk lah." Webly menggumam kerana tahu bagaimana perubahan Zamir jika kuasanya dikeluarkan.
"Dia hilang kawalan." Farra bersuara masih dalam keadaan tercungap-cungap. "Dia terlalu kuat. Saya terpaksa gunakan beberapa kuasa untuk hentikan dia."
"Bawa dia ke dalam." Arah Aieyn.
Kali ini, Xiao Wei dan Vince segera menawarkan diri untuk membawa lelaki itu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.
"Semua okey ke?" Farra memandang sekeliling. Memastikan setiap orang sudah sampai dengan selamat.
"Ya." Izzudin mengangguk. "Kamu yang terakhir."
A/n: Manage to update again!! Hehehe. Tak sabar jugak nak habiskan cerita ni. Boleh buat cerita lain plak. Memandangkan full dengan cerita Huruf je sekarang ni. Tapi tak apa. Sikit je lagi nak habis cerita ni. Lepas dah Huruf U diperkenalkan, saya akan buat satu chapter untuk kenalkan semua watak dari huruf A sampai Z. Untuk mengelakkan korang bingung. Hehehe. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top