Attack
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Zamir's cast. (Taylor Lautner)
BAB 17 : SERANGAN
Miezza kini sedang memeriksa sesuatu pada komputer ribanya dengan bantuan Khairul. Sepertinya lelaki itu sudah menggantikan tempat Farra untuk misi itu. Yuna, Cska dan Qushairy sedang bekerja di dapur. Hisham masih lagi cuba untuk membaca buku purba itu. Dahinya berkerut dan kepalanya sakit. Olive duduk di sebelahnya sambil memerhatikan setiap perkara yang dia lakukan.
Emma, Baekhair, Rizal, Dayah, Xiao Wei dan Vince duduk di suatu sudut sambil bercerita. Zamir turut berada di situ. Lelaki itu kelihatan tidak selesa dengan keadaan baru. Dia ingin menjadi ketua tapi tidak berani hendak berbuat apa. Noorizan duduk du sebuah kerusi sambil mengemas kotak itu. Ini adalah kali pertama mereka mengumpulkan orang yang ramai. Tiada rantai yang berkurangan. Lana pula duduk di sebelah Jyra sambil memerhati setiap pergerakan Noorizan yang sepertinya sudah menjadi rutin buatnya. Jyra hanya duduk kebosanan.
"Berapa lagi rantai yang tinggal?"
Noorizan segera mendongak memandang Jyra yang kini meamndangnya dengan wajah kebosanan. "Sembilan."
"Saya terkejut ia tak berkurang langsung." Jyra mengangkat bahunya dengan dahi yang sedikit berkerut.
Noorizan tidak bersuara atau memberi sebarang reaksi.
"Dan kuasa empat penaung yang lama masih belum ada kan??" Jyra mengangkat keningnya.
"Ya." Noorizan menarik nafas panjang. "Nampaknya macam tu lah."
"Saya nak tanya..."
Semua mata kini beralih kepada Zamir yang masih mengekalkan riak wajah seriusnya. Sesiapa yang melakukan sesuatu turut berhenti dan memandang lelaki itu untuk mendengar apa soalannya.
"Siapa ketua puak ni??" Zamir memandang Hisham dan Noorizan silih-berganti masih dengan wajah serius yang memang semulajadi baginya. "Kamu dah putuskan ke? Kalau nak buat pemilihan balik boleh?"
Noorizan mendengus kuat mendengar pertanyaan itu. Hisham hanya menggelengkan kepalanya.
"Zamir..." Jyra menarik nafas panjang. "Ketua puak Huruf dah ditetapkan. Tiada pemilihan dibuat. Ia memang dah terpilih."
"Siapa??" Zamir mengangkat sebelah keningnya.
"Kita belum jumpa orangnya."
Kenyataan itu menyebabkan semua orang hampir berkerut. Ada yang mengelipkan mata.
"Apa maksud awak?" Zamir mengecilkan matanya.
"Ketua puak ni dah ditetapkan melalui kuasa..." Hisham menarik nafas panjang. "Kuasa petir."
"Petir??" Ulang Baekhair. "Awak bukan..."
"Tak." Hisham segera memintas. "Kuasa utama saya adalah panah. Bukan petir. Saya hanya memimpin setakat ini dan..."
BOOOMMMM!!!!
Belum sempat Hisham menghabiskan kata-katanya, satu letupan telah berlaku dan menggegarkan tempat itu menyebabkan semua orang memandang sekeliling sambil membesarkan mata.
"Apa tu??" Dayah menelan air liurnya.
Tiada siapa yang mampu menjawab soalan itu. Bunyi ngauman yang kuat jelas kedengaran membuatkan mereka memandang Zamir.
"Bukan saya!" lelaki itu membentak sebelum sempat sesiapa pun berkata apa-apa mengenai itu.
Hisham dan Noorizan bingkas bangun lalu berlari ke kawasan latihan mereka kerana ia datang dari sana. Semua yang lain meninggalkan kerja mereka dan menyusul dua lelaki itu. Alangkah terkejutnya mereka apabila terpandang satu gergasi dengan wajah yang hodoh dan menakutkan sedang menghancurkan tempat itu.
"Okey..." Yuna memegang kepalanya. "Saya rasa nak pengsan."
"Siapa yang boleh lawan bertindak cepat!!!" pekik Hisham yang kini sudah mula berjalan dan menghidupkan kuasanya. Dia langsung tidak mahu mengambil tahu dari mana makhluk itu datang buat masa ini. Mereka perlu menyelamatkan tempat itu terlebih dahulu. "Yang tak boleh cari tempat berlindung!!"
Noorizan segera menghayunkan tangannya untuk menarik akar-akar di situ. Miezza turut berlari disusuli oleh Jyra. Zamir kini sudah bertukar menjadi makhluk ganas itu. Yang lain pula masih terpinga-pinga.
"Kita perlu lawan ke?" Vince memandang Xiao Wei.
"Saya tak rasa awak boleh, V." Xiao Wei menjawab jujur. "Awak perlu tunggu di tepi je."
Pada ketika itu juga, Xiao Wei berlari sambil memanggil air dari sungai berdekatan. Emma kelihatan teragak-agak bagaimana turut menyusul lelaki itu. Lana kelihatan bersemangat untuk berlawan. Baekhair dan Cska masih lagi berdiri tercegat tidak tahu hendak berbuat apa.
"Saya rasa kamu tinggal dengan saya di sini." Khairul memandang Qushairy, Yuna, Dayah, Vince dan Olive lalu menghidupkan kuasanya untuk melindungi mereka. Mereka hanya berdiri ketakutan. Rizal kelihatan masih berfikir hendak bertindak dari mana dan arah mana.
Gergasi itu benar-benar kuat. Hampir separuh daripada tempat itu hancur akibat pukulannya. Zamir menumbuk ke lantai menyebabkan gergasi itu rebah dan menggegarkan tempat itu sekali lagi. Semua yang turut berpijak di lantai turut rebah kerana hilang keseimbangan.
"Hoi!!" Xiao Wei memekik.
"Mereka masih belum tahu macam mana nak kawal kuasa mereka." Gumam Miezza yang kini terapung di udara.
Rizal dan Emma berusaha menggunakan kuasa mereka untuk menyerang gergasi itu walaupun gagal.
"Dia dapat hancurkan batu-batu saya dengan mudah." Emma menggerutu sambil menggigit bibirnya.
Rizal hanya mendengus kuat hampir berputus ada. Kuasanya masih belum cukup kuat untuk menyerang.
NGITTTT!!!!!
"Argh!!"
Bunyi kuat yang membingitkan telinga itu membuatkan semua orang menutup telinga dan mengerang kesakitan. Cska kelihatan bingung ketika mengeluarkan kuasanya. Tidak pasti sama ada patut berhenti ataupun tidak.
"Seseorang tolong hentikan dia!" pekik Noorizan.
"Ouch!" Cska mengerang apabila merasakan ada getara elektrik terkena padanya. Baekhair memandangnya agak takut.
"Awak okey ke?"
Cska membetulkan kepalanya seketika kemudian mengangguk-angguk lalu membetulkan kedudukannya semula.
"Maaf..." Baekhair mula rasa bersalah sambil memandang tapak tangannya. "Mereka suruh saya hentikan awak."
Noorizan menarik keluar akar-akar yang lebih banyak dan melilit pada kedua-dua kaki dan tangan gergasi itu. Ngaumannya semakin kuat. Dia semakin marah dengan serangan itu. Hisham menembakkan panah petirnya cuba untuk menghancurkan setiap inci gergasi itu. Miezza dan Jyra menggunakan kuasa mereka untuk menghalang setiap pergerakan yang dilakukan oleh makhluk itu pula.
"Ia jelmaan batu!!!" pekik Miezza secara tiba-tiba lalu memandang Hisham. "Gunakan Emma!!"
Emma terkedu apabila namanya dipanggil. Dia memandang sekeliling agak bingung. "Saya??"
Belum sempat sesiapa bersuara lagi, Zamir yang masih lagi dalam keadaan sebagai makhluk ganas itu segera merempuhnya dengan kuat. Dia hampir sahaja dipukul oleh gergasi itu.
"Fokus!!" Zamir mengamuk.
Pada ketika itu juga, Hisham sudah mendarat di tanah. Dia segera berlari mendapatkan gadis itu.
"Emma!!"
"Kenapa dengan saya?" Tanya Emma sambil menelan air liurnya. Tidak begitu senang apabila namanya disebut-sebut.
"Awak perlu guna kuasa awak." Hisham bersuara dalam keadaan kalut itu. Nada suaranya ditinggikan.
"Ia tak berhasil." Emma membalas. "Saya dah cuba tapi batu tu hancur bila memukul gergasi ni."
"Bukan itu yang saya nak awak buat." Hisham menarik Emma ke tepi supaya tidak terkena apa-apa serangan yang mendatang. Sepertinya gadis itu tidak terlalu fokus. "Saya nak awak keraskan gergasi tu."
"Apa?!!!" Emma membesarkan matanya. "Mana saya dapat buat macam tu!! Saya tak ada kebolehan..."
"Awak boleh!!" pintas Hisham serta-merta. Dia agak tercungap-cungap kerana berlawan sebentar tadi.
Emma masih lagi memandang Hisham. Dia benar-benar tidak yakin dengan apa yang lelaki itu mahu dia buat.
"Awak cuma perlu fokus." Hisham cuba meyakinkannya. Cuba bercakap dengan tenang agar gadis itu tidak takut.
Emma masih lagi tidak yakin. Hisham menariknya semula untuk berhadapan memandang gergasi itu.
"Awak fokus untuk keraskan dia jadi batu..." Hisham berbisik di sebelahnya cuba untuk memberi keyakinan.
"Yang lain berundur!!!" Noorizan memberi arahan dalam keadaan menjerit apabila melihat kedua-dua mereka dalam keadaan sedia. "Jyra!! Saya perlukan bantuan awak untuk tahan gergasi ni!!!"
"Roger!" Jyra mengangguk lalu berdiri di sebelah Noorizan untuk mengawal kuasa mereka.
"Berundur!!" pekik Miezza sambil menarik Rizal dan Xiao Wei. Dia memandang yang lain yang masih berada berdekatan gergasi itu. "Semua berhenti menyerang!! Berundur!!"
Emma segera menghalakan kedua-dua belah tangannya kepada gergasi yang kini berusaha melawan lilitan akar Noorizan. Dia menelan air liurnya yang terasa pelat secara tiba-tiba.
"Awak keraskan dia dulu..." Hisham bertindak sebagai pemberi arahan di sebelah gadis itu. Berharap ia akan berhasil. "Bila saya kata lepas... Awak genggam tangan dan pulaskan."
Emma kebingungan seketika apabila mendengar arahan itu bagaimanapun segera faham.
"Khai!!"
Khairul memandang Miezza agak terkejut.
"Saya perlukan awak lindung semua orang." Miezza bersuara tercungap-cungap agak kepenatan.
"Tapi mereka..." Khairul menuding ke arah Hisham dan Emma. Matanya pula memandang ke arah Noorizan dan Jyra.
"Awak perlu fokus untuk pastikan mereka juga dapat dilindungi."
"Tapi macam mana??" Khairul membesarkan matanya memandang Miezza agak terkejut.
"Fokus, Khairul!!" tegas Miezza. "Awak perlu fokus untuk kenakan kuasa awak kepada mereka."
Khairul kehilangan kata-kata tidak tahu hendak berbuat apa. Dia memandang sekeliling cuba mencari sudut yang baik.
"Sekarang keraskan dia!" Hisham memberi arahan.
Emma segera fokus untuk mengeraskan gergasi itu sambil menyebut kuat kuasanya. Dia seolah-olah sedang menahan setiap pergerakan gergasi itu dari jauh. Ngauman gergasi itu semakin kuat. Semua orang kini menanti dengan penuh rasa teruja dan takut dalam masa yang sama.
"Fokus..." bisik Hisham lagi.
Emma masih lagi dalam usaha menggunakan kuasanya. Giginya diketap dengan kuat. Dahinya mula berkerut. Tujuannya hanya satu. Mengeraskan gergasi itu seperti yang diarahkan.
Semakin lama, gergasi itu semakin mengeras. Hanya suaranya sahaja yang masih kedengaran sedang mengamuk. Noorizan dan Jyra sudah berhenti melakukan kerja mereka. Mereka membiarkan Emma untuk menyelesaikannya. Gadis itu kelihatan terketar-ketar kerana mengawal kekuatannya sendiri.
"Khairul..." Miezza memandang lelaki itu.
Khairul menelan air liurnya lalu cuba fokus untuk melindungi semua orang yang berada di situ. Dia cuba menyalurkan kuasanya kepada mereka satu-persatu. Hanya dia seorang sahaja yang tahu bagaimana perjalanannya.
"Sekarang..." Hisham menarik nafas panjang. "Genggam!!"
Emma menggenggam kedua-dua tangannya menyebabkan ngauman gergasi itu terhenti.
"Pulaskan tangan awak dengan kuat seolah-olah awak nak hancurkannya!" ujar Hisham lagi.
Emma segera melakukan seperti yang diarahkan oleh lelaki itu. Dia memulas tanganya dengan kuat. Riak mukanya turut menunjukkan bahawa dia benar-benar ingin menghancurkan gergasi itu. Tidak semena-mena ia meletup. Gergasi itu hancur dan batu-batu mula berterbangan ke merata tempat akan tetapi ia tidak mencederakan sesiapa kerana Khairul berjaya melindungi mereka.
Keadaan sunyi sepi seketika sebelum mereka melonjak keriangan. Noorizan dan Jyra hanya melemparkan senyuman sesama mereka sambil menghembus nafas lega yang sepertinya ditahan sejak tadi.
"Kita berjaya!!" Emma melompat keriangan lalu memeluk Hisham tanpa dia sedari menyebabkan kedua-dua mereka jatuh di tanah.
Noorizan dan Jyra berpandangan seketika sambil membesarkan mata mereka. Miezza berkerut sambil mengangkat keningnya.
"Er... Emma..." Hisham berdehem.
"Oh..." Emma segera melepaskan pelukan itu lalu bingkas bangun. "Maafkan saya. Saya tak sengaja."
"Tak mengapa." Hisham berdiri lalu melibas-libas seluarnya. Dia segera memandangnya lain.
"Wah..." Yuna bersuara teruja sambil menunjukkan ibu jarinya dengan ceria. "Terbaik semua!"
"Ini pertama kali saya lihat semua ni depan mata." Olive masih lagi kelihatan terkejut. "Saya ingat cuma boleh nampak dalam filem je."
Serentak mereka semua ketawa.
"Pernah ke kamu diserang macam ni?" Baekhair bertanya ingin tahu mengenai perkara itu.
"Tak pernah." Miezza menarik nafas panjang sambil menggelengkan kepalanya. "Ini adalah pertama kali."
"Markas ni dilindung." Noorizan memandang sekeliling cuba untuk melihat jika ada apa-apa yang pelik. "Ia sepatutnya tak boleh diceroboh."
"Habis tu??" Rizal mengangkat sebelah keningnya sambil berkerut. "Dari mana pula datangnya benda tu tadi?"
"Ia jelmaan." Miezza menjawab selamba sambil memerhati kawasan sekeliling. "Ada orang yang jelmakannya di sini."
Kenyataan itu membuatkan semua orang berpandangan agak ketakutan. Ada makna tersirat pada ayat itu.
"Saya tak tahu apa..." Miezza memandang Hisham, Noorizan dan Jyra silih-berganti dengan pandangan yang penuh makna. "Tapi saya rasa saya dah mula dapat tangkap sikit siapa yang kita lawan."
Sekali lagi semua orang membesarkan mata mereka.
"Apa-apa pun..." Hisham kini bercekak pinggang memandang semua orang. "Kamu semua perlu dilatih."
A/n: Okay... Macam mana pertempuran pertama?? Ini kira latihan lah. Nampak semua masih tak boleh nak kawal kuasa sendiri. Hahaha. Berbanding dulu... Ingat tak masa pertempuran dalam mencari bebola kristal?? Semua dah mahir. Kali ni masih mentah lagi. Hehe
P.s::: Nampak macam ada antara mereka yang ada crush. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top