All About Powers

BAB 32 : PASAL KUASA


Farra dan Aieyn berdiri bersebelahan sambil berpeluk tubuh dengan wajah yang serius. Sheronica masih bekerja di dapur seperti biasa dengan bantuan Cska dan Geoffry, yang kini sudah boleh menerima keadaan itu. Kawan-kawan mereka yang lain semua berada di situ. Duduk mengelilingi tempat itu dengan wajah yang tidak tahu hendak berkata apa-apa. Mata mereka hanya tertumpu pada dua gadis itu. Miezza, Noorizan, Hisham dan Jyra turut menanti apa yang mereka akan katakan.

"Kalau saya masih hidup..."

Serentak semua orang berpaling memandang Farra.

"Mesti Izzudin masih hidup." Farra menarik nafas panjang.

"Tapi..." Miezza berdehem seketika sambil berfikir. "Kita nampak dia dibunuh oleh musuh kan??"

"Ya." Jyra menyokong. "Cara kamu semua mati agak berbeza. Aieyn dan Sheronica dibunuh oleh...." Jyra memandang Xiao Wei sekali imbas tanpa dia sedar dia melakukan perkara itu. "Rusdi. Farra letupkan dirinya... Izzudin satu-satunya orang yang dibunuh oleh musuh."

"Dan setakat ni tak ada di kalangan Huruf yang masih hidup bila dibunuh oleh musuh." Hisham menambah.

"Tapi saya bunuh Rusdi."

Ada beberapa orang dalam kalangan mereka agak terkejut mendengar kenyataan itu. Mengetahui ada dalam kalangan mereka yang membunuh sesama sendiri.

"Dan dia dah mati." Farra bersuara lagi. "Maksud saya Xiao Wei ada kat sini. Dan dia tak akan kembali kan."

"Tapi ingat tak macam mana Rusdi kongsi kuasa dengan perempuan tu??" Aieyn mengangkat keningnya. "Mana kita tahu Rusdi dah benar-benar mati."

"Wuoh! Wuoh!" Zamir yang dari tadi duduk diam segera menyampuk secara tiba-tiba. "Boleh tak kamu berbincang melibatkan kami sekali?? Jangan lah buat kami macam tunggul kat sini."

Serentak Farra dan Aieyn memandang semua orang yang ada di situ. Hampir semua mereka menunjukkan wajah yang bersetuju dengan apa yang Zamir katakan.

"Maaf." Farra menarik nafas panjang kemudian berfikir seketika. "Okey... Macam ni... Kamu semua dah sedia maklum bahawa kami... Saya, Aieyn dan Sheron dah mati sebelum ni kan??"

Semua orang mengangguk-angguk tanda mengiyakan perkara itu.

"Dan cara kami semua mati sebenarnya berbeza..." Farra menggigit bibirnya seketika. "Aieyn dan Sheron dibunuh oleh salah seorang daripada puak ini sendiri. Izzudin mati dalam pertempuran. Dia dibunuh oleh musuh. Saya pula letupkan... Diri."

"Kenapa awak letupkan diri awak?" Rizal mengecilkan matanya memandang gadis itu tajam.

"Sebab itu satu-satunya cara yang ada masa tu." Farra mengangkat bahunya. "Kami tinggal berlima dengan bilangan musuh yang berjuta-juta..."

Serta-merta mulut mereka terlopong.

"Hanya itu satu-satunya jalan." Farra menyambung. "Daripada kami semua terbunuh dan tiada siapa meneruskan generasi puak ni."

Hisham, Noorizan, Miezza dan Jyra segera tunduk apabila mendengar alasan itu. Mereka menghabiskan masa selama empat tahun memikirkan kenapa Farra ingin bertindak sendirian suatu masa dahulu. Kini mereka sudah faham. Jika dia tidak melakukan itu, tiada siapa yang akan mencari dan mengumpulkan puak Huruf.

"Dan sekarang kami masih hidup..." Aieyn mencelah. Menghilangkan ketegangan yang ada sebentar tadi. "Dan kami semua tak tahu macam mana perkara ni boleh berlaku. Kami benar-benar tak tahu."

"Ada sejarah ke sebelum ni?" Tanya Vince sambil mengerutkan dahinya.

"Tak pernah ada dalam sejarah puak Huruf ada yang boleh hidup semula atau sewaktu dengannya." Aieyn menggelengkan kepalanya.

"Mungkin ada tertulis dalam buku tu." Xiao Wei cuba meneka.

"Sebab tu kami perlu baca buku tu." Farra mendengus perlahan. "Tapi Izzudin satu-satunya orang yang tahu baca."

Semua orang mendengus apabila mendengar kenyataan itu.

"Kamu tak ada pengetahuan lain ke?" Emma bertanya.

"Ada memang lah ada." Sheronica mencelah dengan wajah comelnya. "Tapi tak mendalam. Sebab kami tak baca buku tu. Kami hanya mendengar apa yang Izzudin akan beritahu."

"Susah lah kalau macam tu." Dayah mendengus.

"Sekarang kita perlu cari Huruf I." Aieyn memandang semua orang yang ada di situ. "Sama ada ia adalah Izzudin atau orang lain... Kita perlu cari tahu."

Semua orang mengangguk bersetuju. Hanya itu yang mampu mereka harapkan saat ini. Mereka perlu mencari. Hanya tinggal dua orang sahaja lagi dan mereka akan menjadi lengkap.

"Saya ada permintaan."

Serentak semua orang beralih memandang Baekhair yang kini mengangkat tangannya sambil memandang Farra dan Aieyn silih-berganti. Kedua-dua gadis itu hampir tergelak kerana lelaki itu terlalu sopan.

"Apa dia?" Tanya Farra.

"Um..." Baekhair segera menurunkan tangannya kembali. "Boleh tak kamu beritahu kami pasal kuasa kami?? Maksud saya... Apa yang kami perlu tahu."

"Ah..." serentak Noorizan, Hisham, Miezza dan Jyra memandang penaung lama itu. Mereka terlupa mengenai hal itu.

"Kalau yang itu tak ada masalah." Farra mengangguk-angguk lalu memandang semua orang. "Saya nak mula dari siapa?"

Semua orang mula berpandangan. Tidak tahu hendak menuding ke arah siapa. Masing-masing seperti tidak mahu menjadi orang pertama.

"Saya." Qushairy segera merelakan diri. "Memandang saya orang pertama yang mereka jumpa. Kuasa saya... Saya boleh bergerak laju."

Farra mengangguk-angguk. "Kuasa kelajuan. Umum awak tahu awak boleh bergerak laju. Satu lagi... Mata awak akan menjadi tajam juga."

"Mata saya??" Ulang Qushairy agak bingung.

"Awak boleh nampak semua benda yang bergerak sama ada laju atau perlahan." Aieyn mencelah. "Termasuk peluru."

Serentak semua orang memandang Qushairy yang masih tercengang. Dia menyentuh matanya dengan mulut ternganga.

"Satu lagi kelebihan awak..." Aieyn memandang lelaki itu sambil tersenyum sinis. "Awak mempunyai kaki yang kuat."

"Kaki??" Qushairy memandang kakinya yang seperti biasa saja padanya.

"Ya." Aieyn mengangguk-angguk. "Oleh kerana ia berfungsi untuk bergerak pantas... Awak boleh patahkan tulang orang lain dengan hanya satu tendangan sahaja."

Qushairy tersenyum sendiri memandang kakinya itu. Benar-benar gembira bahawa dia ada kelebihan seperti itu.

"Saya pula??" Yuna yang duduk di sebelah Qushairy segera bersuara. "Kuasa saya berpindah dari satu tempat..."

"Teleportation." Aieyn memintas. "Kalau dilatih... Awak boleh pindahkan benda lain juga."

Yuna mengerutkan dahinya. "Maksud awak?"

"Contoh macam kami semua..." Farra menarik nafas panjang. "Awak boleh hantar kami ke tempat lain tanpa melibatkan diri awak sendiri."

Yuna membesarkan matanya agak terkejut. "Betul ke??"

Farra mengangguk-angguk. "Awak cuba perlu gunakan pada mereka. Orang, benda atau haiwan... Semuanya boleh."

Yuna memandang Qushairy sambil tersenyum gembira.

"Seterusnya..."

"Saya." Cska memintas apabila mata Farra memandang sekeliling. "Kuasa saya kuasa bunyi."

"Ah..." Farra mengangguk faham. "Kuasa bunyi. Awak boleh sakitkan apa sahaja dengan bunyi yang awak hasilkan. Awak juga boleh letupkan apa sahaja benda. Termasuk bangunan."

Cska kelihatan tercengang tidak berkelip.

"Tapi dia boleh cederakan orang kan?" Qushairy berkerut memandang Farra. "Maksud saya yang ada kat situ walaupun dia bukan sasaran."

Farra hanya tersenyum sinis. "Dia kena latih untuk kawal."

"Maksudnya saya boleh gunakan pada orang tertentu??" Cska membesarkan matanya penuh harapan.

Farra mengangguk-angguk. "Awak boleh sasarkan pada orang tertentu. Tapi awak perlu berlatih dengan gigih."

Cska tersenyum puas. Mengetahui bahawa dia boleh menggunakan kuasanya tanpa mencederakan orang yang tidak bersalah.

"Satu lagi..." Sheronica mencelah tiba-tiba. "Awak boleh menghasilkan apa sahaja bunyi. Maksudnya awak boleh mainkannya."

"Macam bunyi gitar??" Hisham mengangkat keningnya.

"Ya." Sheronica mengangguk. "Salah satu."

"Jadi..." Cska mengerutkan dahinya. "Saya boleh tiru suara orang juga??"

"Tak." Aieyn menggelengkan kepalanya. "Suara adalah satu-satunya yang awak tak boleh buat. Sebab kebolehan tu ada pada orang berkuasa perkataan."

Olive tersentak apabila mendengar perkara itu. "Saya ke awak maksud kan??"

Aieyn mengangguk. "Awak boleh buat orang ikut apa sahaja awak cakap... Kecuali dalam kalangan Huruf. Dan awak boleh meniru suara orang."

Olive ternganga. Tidak pernah terfikir bahawa dia akan ada kuasa seperti itu selama hidupnya.

"Percakapan awak sangat kuat..." Farra merenung lelaki itu. "Ahli sihir pun tak boleh nak hadang awak."

"Wah..." Olive kelihatan teruja dengan kuasanya sendiri.

"Siapa lepas tu?" Aieyn memandang sekeliling.

"Saya."

Gadis itu segera menoleh. Memandang Khairul yang sedang duduk di kaunter dapur itu sambil tersenyum manis. Aieyn segera tersengih. Mengingatkan bahawa dia pernah hampir membunuh lelaki itu suatu masa dahulu. Dan kini dia menjadi salah seorang daripada mereka. Huruf.

"Kuasa saya kuasa kebal." Khairul mengangkat bahunya.

"Ah..." Aieyn berfikir seketika. "Awak boleh melindungi. Malah awak boleh melindungi seluruh markas ni."

Khairul hanya mendengar dengan teliti.

"Awak juga boleh letak perlindungan pada kami..." Aieyn menyambung. "Contohnya saya nak keluar pada jalan yang berbeza dari awak... Awak masih boleh melindungi saya."

Khairul kelihatan sedikit teruja bagaimanapun segera mengangguk-angguk.

"Seterusnya..."

"Lana."

Aieyn mengerutkan dahinya memandang Emma kerana dia yang menjawab bagi pihak Lana.

"Dia mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan apa sahaja benda tajam."

"Dia boleh mencipta senjata." Farra menarik nafas panjang. "Apa sahaja ketajaman... Malah senjata yang kuat."

Lana hanya mengangguk tidak bersuara.

"Saya seterusnya." Zamir bersuara tiba-tiba. "Saya boleh bertukar menjadi makhluk ganas."

"Beast." Farra menggumam. "Awak boleh menjadi sangat kuat jika awak berubah. Malah, awak boleh bertarung sendirian tanpa bantuan sesiapa."

Semua orang memandang Zamir agak teruja.

"Cuma awak perlu kawal." Sheronica memberi amaran. "Awak mungkin boleh bunuh orang yang awak tak sepatutnya bunuh."

Zamir mengeluh perlahan. "Itu adalah perkara yang sukar."

"Saya faham." Aieyn menggumam perlahan yang hanya didengar oleh Farra dan Noorizan yang berdiri berdekatan.

"Bagaimana dengan saya?" Rizal mencelah.

"Well..." Aieyn menarik nafas panjang. "Awak satu-satunya orang yang boleh nampak benda yang kami tak boleh nampak."

Rizal hampir mengerutkan dahinya agak bingung. "Maksud awak benda yang halimunan??"

Aieyn mengangguk-angguk membuatkan semua orang memandang Dayah yang terlopong.

"Tembakan mata awak tu sangat kuat." Aieyn menambah. "Awak boleh letupkan apa sahaja."

Rizal mengangguk tanda faham.

"Saya lagi." Baekhair mengangkat tangannya. "Kuasa saya... Elektrik."

"Ah..." Farra memandang Hisham sekali imbas yang dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. "Awak lebih kurang dengan saya. Bezanya... Awak kena rosakkan bahagian dalam sesuatu itu sebelum meletupkannya."

Baekhair hanya mengangguk fokus.

"Kelebihan awak..." Farra berfikir seketika. "Awak boleh salurkan kuasa awak dengan banyak. Contoh macam sekarang... Awak boleh gunakannya pada kami semua tanpa awak sasarkan dengan tepat."

Baekhair mengangguk teruja.

"Untuk Xiao Wei..." Farra memandang lelaki itu. "Awak dah sedia maklum bahawa kuasa awak adalah kuasa paling kuat selepas saya."

Xiao Wei memandang Aieyn sekali imbas lalu mengangguk.

"Awak akan kalah pada ais sebenarnya... Tapi menang kepada api."

Xiao Wei memandang Aieyn lagi yang langsung tidak mendongak memandangnya seolah-olah langsung tidak berminat.

"Tapi macam yang saya cakap tadi... Ia terlalu kuat. Kuasa ais pun susah nak kalahkan." Sambung Farra.

"Seterusnya..."

"Saya." Vince mencelah. "Sentuhan."

"Mudah untuk awak..." Farra memandang lelaki itu. "Awak boleh buat apa yang awak suka pada benda atau orang yang awak sentuh."

"Maksudnya??" Vince mengerutkan dahinya.

"Awak boleh buat jantung seseorang berhenti..."

Semua orang memandang Vince agak takut.

"Awak boleh letupkan... Atau apa saja." Farra menyambung lagi. "Dengan syarat awak kena sentuh."

Vince menarik nafas panjang sambil menelan air liurnya. Entah kenapa, dia sendiri rasa takut pada kuasanya itu.

"Untuk Dayah..." Farra memandang gadis itu yang mana dia sudah sedia maklum apa kuasanya. "Halimunan. Awak tahu apa kebolehan awak. Awak juga boleh buat apa sahaja benda atau orang menjadi halimunan sama macam awak."

Dayah mengangguk faham.

"Satu lagi..." Aieyn mencelah. "Awak boleh buatkan diri awak tak dapat disentuh langsung."

"Maksudnya??" Dayah mengangkat kening.

"Apa sahaja benda boleh menembusi awak."

Serentak semua orang terlopong termasuk Dayah sendiri. Dia tidak sangka dia akan boleh buat begitu.

"Dan Emma..."

Emma membetulkan kedudukannya apabila Aieyn beralih memandangnya.

"Kamu semua tahu dia boleh mencipta batu dan sebagainya..." Aieyn menarik nafas panjang. "Dia juga berupaya untuk menukarkan sesuatu jadi batu."

Emma ternganga mendengar perkara itu.

"Dia boleh tukar kita semua jadi batu."

Sekali lagi semua orang kelihatan takut. Memikirkan bahawa salah seorang daripada mereka mampu berbuat begitu.

"Bagaimana dengan saya??" Pikah memandang Aieyn dengan rambut pendeknya yang kini kelihatan seperti buah epal.

"Cahaya awak boleh membuatkan orang buta." Aieyn segera menjawab. "Dan awak juga boleh menghasilkan haba. Awak juga boleh gunakannya untuk menembak."

Pikah mengangguk tanda faham.

"Webly pula..." Farra menarik nafas seketika. "Dia hanya boleh melihat sesuatu sebelum terjadi. Biasanya ia adalah sesuatu yang bahaya, petunjuk atau sesuatu yang perlu ditunggu."

Webly hanya memandang gadis itu tidak memberi sebarang reaksi.

"Awak tak boleh berlawan." Sheronica memandangnya sayu. "Sama macam saya. Kita hanya berguna untuk sesuatu keadaan."

Webly mengangguk tidak mengomen.

"Untuk Tasnim..." Farra memandang gadis itu sambil tersenyum. "Awak tahu apa kelebihan awak kan?? Awak boleh buat tentera menggunakan jelmaan awak."

Tasnim hanya mengangguk juga memberikan senyuman manis.

"Dan Geoffry..."

"Satu-satunya kuasa yang boleh kalahkan air..." Geoffry tiba-tiba bersuara. "Boleh buat pelindung. Sheron dah beritahu saya."

Aieyn mengangguk. "Sekarang kamu semua dah tahu. Saya harap kamu berlatih dengan baik."


A/n: Semakin lambat saya update sekarang ni kan?? Huhuhu~ Entah lah. Banyak benda lain yang saya kena uruskan dulu. Mungkin lepas ni lambat lagi. Tak tahu lah. Btw, enjoy this chapter. Just telling them about their powers. Leave me your feedback. :)

Oh, ya guys. Follow lah account ni. @wttpdersawards . Mereka akan anjurkan pertandingan nanti. Mana lah tahu dapat kan. Terbuka untuk semua penulis guna bm. Hehehe. Jum follow!

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top