Puncanya


Cuaca pada pagi itu amat cerah untuk melakukan apa-apa aktiviti yang lasak. Walaupun matahari ada, keadaan langsung tidak panas dan sentiasa berangin. Hujan langsung tidak turun di kawasan itu. Hari demi hari telah berlalu, setiap daripada ahli dalam kalangan Huruf itu akan dilatih untuk menggunakan kuasa mereka. Seperti biasa, Kris akan menjadi ketua dan kadangkala digantikan oleh Luhan atau Baekhyun. Setiap daripada mereka amat gigih berlatih.

"Semua dah bersedia sekarang.?!" pekik Kris ketika mereka semua berkumpul lagi di tempat latihan itu.

"Ya!!" serentak semua orang menjawab dengan kuat ketika berbaris di kawasan lapang itu seolah-olah mereka kini sedang menjalani satu latihan tentera untuk menyelamatkan negara.

Luhan terketawa sendiri melihat kepatuhan mereka pada Kris. Kyungsoo dan Baekhyun turut tersengih.

"Saya akan bagi jadual." Kris memandang semua orang yang ada di situ satu-persatu.

Tiada seorang pun yang berani memandang wajah Kris.

"Chen dengan Xiumin."

Serentak Chen dan Xiumin tersentak kebingungan kemudian berpandangan sesama sendiri.

"Kami.??" Tanya Chen lagi walaupun dia tahu jawapannya akan tetap sama dan tidak akan berubah.

"Ya." jawab Kris. "Ambil tempat."

Xiumin dan Chen tidak membantah. Bukan kerana bersetuju, tetapi kerana tidak berani untuk menengkar.

"Suho dan Lay."

Suho tersentak kemudian memandang Lay agak tercengang sambil mengerutkan dahinya. Lay langsung tidak kisah. Dia hanya tersenyum dengan wajah yang selamba sambil mengangguk.

"Chanyeol dan Kai!" Kris bersuara lagi.

"Okey." Chanyeol mengangguk tenang tanpa kerisauan langsung tidak membantah. Dia tidak kisah dengan siapa dia akan digandingkan. Apa yang dia mahu hanya latihan untuk dirinya. Begitu juga dengan Kai yang juga tidak membantah. Dia hanya bersetuju dengan setiap arahan.

Kris memandang Luhan. "Awak dengan....."

"Sehun!" selamba Luhan memintas.

Kris merenung lelaki itu tajam sambil kegeraman. "Jadi kalau macam tu saya dengan Tao."

Tao mula menggeletar apabila mendengar namanya digandingkan dengan Kris. Dia segera teringat ketika dia berlawan dengan Kris semasa latihan dahulu. Dia hampir mati dikerjakan oleh lelaki itu. Dan kali ini, mereka bergandingan lagi.. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi.

"Baekhyun... Seperti biasa." Luhan memandang Baekhyun sambil tersenyum. "Bahagikan diri awak."

Baekhyun hanya mengenyitkan matanya tanda setuju sambil tersenyum manis yang menawan.

"Ambil tempat..." arah Luhan yang lebih ditujukan kepada Kris. "Dimulakan dengan Chen dan Xiumin.

Chen dan Xiumin berjalan perlahan-lahan ke kawasan lapang tempat Baekhyun, Kris dan Luhan bermain tempoh hari. Mereka kini berdiri bertentangan sesama mereka di tengah-tengah kawasan berpasir itu. Rakan-rakan yang lain hanya berdiri cemas ditepi menunggu giliran.

Chen menelan air liurnya agak takut. Walaupun sebelum ini latihan mereka juga diminta berlawan seperti itu, akan tetapi dia berlawan hanya dengan kawan-kawan yang dia rasa selesa. Xiumin bersedia cukup yakin untuk mula. Kedua-dua mereka membuka langkah. Perlahan-lahan Chen mengangkat pasir yang ada di sekelilingnya menggunakan kuasa yang dia ada. Xiumin pula menarik keluar akar-akar di situ. Tidak sampai beberapa saat, mereka mula menyerang sesama sendiri.

"Ingat!" pekik Kris dari tepi tempat mereka semua sedang berdiri. "Kawal kuasa kamu."

Chen memulakan serangan dengan menghantar pasir-pasirnya untuk mengepung Xiumin. Lelaki itu kini dihalangi oleh tembok pasir yang semakin lama semakin meninggi disekelilingnya. Xiumin menarik nafas panjang. Dia menarik akar-akar pokok keluar lalu melilit badan Chen sebelum tembok itu tertutup. Chen terkedu. Xiumin terus menariknya masuk ke dalam tembok itu. Chen tidak dapat melakukan apa-apa kerana badannya kini terikat.

"Boleh tahan." puji Luhan.

Kris hanya mengangguk-angguk tersenyum kerana puas hati dengan peningkatan mereka. Dia segera memandang Baekhyun sambil mengisyaratkan sesuatu yang hanya difahami oleh mereka. Baekhyun hanya mengangguk tanda faham kemudian mula melakukan sesuatu.

"Bersedia untuk kalah.?" Xiumin tersenyum sinis yang penuh makna memandang Chen.

Chen hanya berdiam diri sahaja tidak mampu bergerak. Tiba-tiba sahaja badan Xiumin diselaputi pasir. Dia juga tidak dapat bergerak. Hanya kepalanya sahaja yang kelihatan. Chen tersenyum menyindir.

Tidak semena-mena, pasir yang menjadi tembok kepada mereka itu meletup. Lima orang Baekhyun muncul mengelilingi mereka. Serentak Chen dan Xiumin kehairanan melihat situasi itu.

"Tugas kamu adalah hapuskan semua klon Baekhyun!" pekik Luhan yang kini berdiri di sebelah Kris.

"Tapi bagaimana kalau kami terbunuh yang asal.?" tanya Chen juga dalam keadaan menjerit kerana jarak mereka yang agak jauh dengan akar tumbuh-tumbuhan masih melilit badannya.

"Jangan risau." Luhan segera berpeluk tubuh sambil tersenyum. "Baekhyun yang sebenar ada di sini."

Serentak semua orang menoleh memandang Baekhyun yang sedang tersenyum sambil melambai-lambai dari sebelah lelaki itu.

"Nampaknya kita sepasukan sekarang." Chen memandang Xiumin.

Xiumin hanya tersenyum lalu membuka lilitan akar yang melilit badan Chen. Lelaki itu menarik nafas lega kemudian memecahkan pasir yang menyelaputi badan Xiumin. Mereka berdiri secara membelakang sambil memerhatikan setiap klon Baekhyun yang ada di sekeliling mereka satu-persatu.

"Yah!!" Chen menembakkan satu gumpalan pasir ke arah Baekhyun yang ada di depannya.

Klon Baekhyun itu segera ghaib secara tiba-tiba. Akan tetapi, ia kini muncul di sebelah Chen.

"Tidak semudah itu!" ucap Baekhyun apabila Chen ingin tersenyum puas.

Chen menjeling ke arah klon Baekhyun itu lalu berundur sedikit. Xiumin dengan keazaman yang kuat berusaha menghapuskan setiap klon Baekhyun yang berada di situ dengan kuasanya.

"Dua daripada lima." Kris bersuara agak kuat setelah mereka selesai bertarung. "Gagal!!"

Chen menahan lengannya yang terasa lenguh kerana asyik digerakkan untuk mengawal kuasanya. Xiumin hanya tercungap-cungap kepenatan. Mereka sudah tidak peduli dengan keputusan itu.

"Suho, Lay!!" panggil Kris.

Serentak kedua-dua mereka tersentak.

"Giliran kamu."

Suho dan Lay berpandangan seketika kemudian mengangguk. Mereka berjalan ke tengah kawasan lapang itu di mana Chen dan Xiumin mula sebelum itu. Sekali lagi Baekhyun mewujudkan lima klonnya dan mengepung Suho dan Lay.

"Seperti tadi juga..." Kris menjerit agak kuat. "Kamu kena hapuskan setiap klon ini."

Serta-merta tangan Suho bercahaya. Dia menembak salah satu daripada klon itu. Klon itu terhumban bagaimanapun langsung tidak cedera. Suho menguatkan lagi cahaya di tangannya. Dia menyuluh cahaya itu ke arah klon Baekhyun tadi. Tidak semena-mena salah satu daripada klon yang lain mencekik Suho dari belakang.

Lay menukar matanya menjadi merah. Dia menembakkan kuasanya ke arah klon Baekhyun yang mencekik Suho. Serta-merta klon itu hancur menjadi debu. Suho hanya tersenyum memandang Lay yang juga tersenyum memandangnya kemudian fokus kepada klon Baekhyun yang ada didepannya.

"Kuasa mata Lay lebih kuat dari yang kita sangka." bisik Luhan kepada Kris. Kris hanya mengangguk-angguk tanda bersetuju sambil matanya masih fokus memandang perlawanan.

Setiap klon Baekhyun berlari bertempiaran cuba mengelak kerana Lay tidak henti-henti menembak menggunakan matanya. Perlawanan mereka sedikit mudah berbanding Chen dan Xiumin tadi.

"Lima." ujar Kris sambil tersenyum puas setelah mereka selesai berlawan. "Bagus!"

Suho dan Lay saling berpandangan sambil tersenyum puas dengan kerjasama mereka. Berbeza dengan Xiumin dan Chen, mereka langsung tidak cedera sebaliknya hanya kepenatan.

Perlawanan Chanyeol dan Kai juga diakhiri dengan kemenangan. Begitu juga dengan Sehun dan Luhan. Kini, tiba masanya yang boleh dikatakan amat dinanti-nanti oleh mereka semua.

Perlahan-lahan Kris dan Tao melangkah ke tengah-tengah kawasan lapang di mana semua orang memulakan perlawanan mereka. Semua orang kini menumpukan perhatian.

"Berbeza dengan mereka..." Kris bersuara serius memandang Tao. "Kita tak akan bergabung!"

Semua orang terkejut mendengar kata-kata Kris. Tao membesarkan matanya memandang lelaki itu. Dia sudah mula rasa tidak sedap hati seolah-olah akan ada perkara yang tidak diingini akan berlaku lagi. Luhan pula tidak begitu terkejut. Dia tahu Kris akan melakukan perkara itu.

Kris menarik nafas panjang sambil memandang Tao dengan pandangan yang agak malas. "Kita lawan!"

Tao betul-betul tergamam. Dia sudah agak perkara itu akan berlaku. Dia teringat kembali bagaimana perlawanan dia bersama Kris dulu. Bagaimana dia hampir terbunuh disebabkan lelaki itu.

Tao memejamkan matanya seketika cuba menenangkan diri dan memberi semangat pada dirinya sendiri sambil menarik nafas panjang. Dia merenung Kris tajam. Serta-merta air yang berada di dalam sungai berdekatannya terangkat. Kris tersenyum sedikit melihat apa yang dilakukan oleh lelaki itu. Tangannya kini mula berapi. Semua orang menanti dengan cemas.

Tao terus menembakkan air itu ke arah Kris tanpa menunggu apa-apa serangan. Kris menghalangnya dengan hanya membalas balik. Tao kelihatan agak risau bagaimanapun menarik keluar air dari sungai yang berada berdekatan mereka dan membentuk satu bulatan besar. Semua orang kini membesarkan mata memandang situasi itu. Tao menolak bulatan air itu ke arah Kris dan menyebabkan lelaki itu terperangkap. Luhan turut terkedu memandang situasi itu. Baekhyun dan Kyungsoo berpandangan seketika agak tercengang.

Apa yang mengejutkan mereka, Kris langsung tidak bergerak. Dia langsung tidak melawan balik. Dia hanya merenung mata Tao sedalam-dalamnya. Tao membalas renungannya sambil mengerutkan dahinya. Dia agak pelik kenapa lelaki itu tidak membuat serangan balik. Kris hanya berdiri tenang. Tiba-tiba sahaja bulatan air yang memerangkap Kris itu meletus. Air itu bertempiaran sana sini. Rakan-rakan mereka yang sedang menonton turut terkena tempiasnya.

Kris memetik jarinya. Serta-merta satu bulatan api terbentuk mengelilingi Tao. Tao agak terpinga-pinga memandang api yang marak disekelilingnya itu. Kris melompat terjun ke dalam bulatan itu. Dia mendekati Tao yang hanya kebingungan memandangnya. Tidak semena-mena Kris memetik jarinya sekali lagi dan bulatan api itu terhenti. Kris berpaling lalu berjalan pergi.

"Latihan tamat di sini."

Tao tersentak sambil merenung Kris kemudian tunduk memandang tanah. Rakan-rakan mereka yang lain hanya kebingungan dengan situasi itu. Kyungsoo dan Baekhyun memandang Luhan. Luhan hanya menyoroti langkah Kris yang semakin menghilang dari pandangan.

------------------------------------------------

Jam menunjukkan pukul 1.45 a.m. Semua orang kini sudah melelapkan mata akibat kepenatan berlatih seharian. Mereka kini berlatih dengan amat gigih. Perlahan-lahan Luhan keluar dari biliknya. Dia memandang sekeliling mencari sesuatu. Kelihatan Kris sedang duduk berdekatan unggun api seorang diri sambil mengelamun panjang. Luhan menarik nafas panjang kemudian segera mendekati lelaki itu. Kris yang perasan kehadiran Luhan di situ segera membetulkan kedudukannya apabila lelaki itu melabuhkan punggung betul-betul di sebelahnya.

"Kenapa awak terbangun.?" Kris memandang Luhan.

"Saya tak tidur pun." jawab Luhan sambil tersenyum.

Kris hanya tersenyum hambar tidak bersuara lagi. Dia kembali merenung unggun api itu sekali lagi.

"Nampak sangat awak tengah risau sekarang ni." Luhan memandang kawan baiknya itu.

Kris tidak membalas. Dia masih lagi merenung unggun api itu dan berharap Luhan tahu apa jawapannya.

"Saya tahu awak risaukan Tao." Luhan bersuara perlahan. "Sebab tu awak tamatkan latihan macam tu je tadi."

Kris berpeluk tubuh tetap tidak bersuara. Dia tahu Luhan akan memahami apa jawapannya.

"Saya boleh baca semuanya." ujar Luhan.

"Saya boleh nampak dari matanya, Luhan ..." Kris bersuara lemah masih merenung unggun api itu. "Dia pandang saya penuh kebencian semasa berlawan tadi. Saya benar-benar dapat rasakannya."

Luhan tidak bersuara kerana dia juga dapat merasakan perkara itu.

"Saya tak akan buat begitu!!"

Serentak Luhan dan Kris menoleh.. Kelihatan Tao sedang berdiri di belakang mereka. Kris segera memandang unggun api itu semula sambil mengeluh panjang. Tao mendekati mereka bagaimanapun berada jauh sedikit dari unggun api itu. Dia mula tidak selesa dengan api.

"Awak tahu yang saya tak akan benci awak kan.?" Tao kini merenung Kris dengan beraninya.

Kris tidak membalas soalan lelaki itu. Dia hanya duduk dengan wajah yang serius berharap Tao akan beredar dengan cepat dari situ. Dia tidak mahu memandang wajah lelaki itu buat masa ini.

"Saya tak nak terus-menerus jadi macam ni, Kris." Tao bersuara sayu. "Saya tak mahu bermusuhan."

Kris memandang Tao. "Saya tahu, Tao... Cara awak renung saya tadi. Mata awak penuh dengan kebencian."

"Saya tak..."

"Jangan bohong!!" pintas Kris kemudian bingkas bangun dari tempat duduknya. "Saya boleh nampak, Tao... Bagaimana awak benar-benar ingin hapuskan saya. Tak payah nak tipu saya."

Tao hanya tunduk sambil berdiam diri. Dia tidak mampu bersuara lagi. Dia juga tidak mampu memandang Kris lagi.

"Ini takdir kita." Kris bersuara perlahan. "Awak nak atau tak... Kita kena terima benda ni."

Tidak semena-mena Kris beredar pantas dari situ masuk ke biliknya. Tao terduduk di sebuah kerusi yang berada betul-betul di sebelahnya. Airmatanya yang berusaha ditahan akhirnya mengalir perlahan-lahan. Luhan kini mula berasa serba salah. Dia mendekati lelaki itu.

"Sudahlah tu..."

Tao mengesat airmatanya dengan sebelah tangan sahaja. "Saya tak tahu nak buat macam mana lagi."

"Air dan api takkan pernah bersatu, Tao..." Luhan bersuara. " Awak kena ingat tu. Mungkin pada ketika ini tiada perasaan benci antara kamu." Luhan memandang unggun api itu. "Tapi bila kamu berdua dah mula keluarkan kuasa kamu... Perasaan benci yang membuak-buak akan wujud."

Tao hanya tunduk merenung lantai tidak membalas.

"Macam mana bencinya awak tengok Kris semasa perlawanan tadi... Saya tahu awak rasa macam nak bunuh dia je waktu tu kan.??"

Tao langsung tidak menafikan perkara itu kerana apa yang Luhan katakan itu memang benar.

"Begitulah yang dia rasa sewaktu dia hampir membunuh awak dulu."tambah Luhan lagi.

Tao memandang Luhan dengan pandangan yang penuh harapan. "Tiada cara untuk kami berbaik ke.?"

Luhan diam seketika. Dia juga hampir menjadi buntu. Tao memandangnya penuh harapan.

"Saya pun tak tahu, Tao." Luhan menarik nafas panjang.

Tao mengeluh perlahan. "Bagaimana awak dapat buat.?"

Luhan memandang wajah Tao. Dia tahu apa yang Tao maksudkan. "Saya sukakan kedua-duanya."

Tao tersentak mendengar kata-kata Luhan.

"Begitulah cara saya mengawal kuasa api dan air di dalam badan saya." Luhan mengeluh perlahan. "Saya suka kedua-duanya."

Tao tunduk sekali lagi sambil cuba berfikir. Dia tidak tahu sama ada cara itu akan berhasil atau tidak. Luhan juga tidak mampu memberi apa-apa cadangan lagi.

"Kenapa kami mesti ditakdirkan untuk saling membenci.?!" keluh Tao lagi.

Luhan tidak membalas sebaliknya merenung lelaki itu.

"Saya tak nak perkara ni."

"Sebenarnya, Tao..." Luhan mendengus perlahan. "Dulu air dan api tak pernah bergaduh atau bermusuh."

Tao memandang Luhan sambil mengerutkan dahinya.

"Tak pernah jadi macam ni pun."

"Habis tu kenapa kami macam ni.??" Tao memandang Luhan.

"Kalau awak nak tahu macam mana puak Huruf ni diserang dan musnah dulu adalah kerana air."

Tao terkejut mendengar kenyataan Luhan. "A... Apa.??"

Luhan hanya mengangguk-angguk. "Orang yang berkuasa air itu mengkhianati puaknya sendiri."

Tao merenung Luhan tidak percaya.

"Macam yang Kris katakan, Tao ..." Luhan memandang Tao. "Selepas saya, kuasa kamu berdua adalah kuasa yang paling hebat."

Tao langsung tidak membalas.

"Tapi jika kamu berdua berlawan..." sambung Luhan. "Kris yang akan kalah."

Tao memejamkan matanya seketika kemudian memandang tapak tangannya yang kosong.

"Orang yang berkuasa air dulu tu memusnahkan puaknya sendiri." Luhan cuba mengingati peristiwa itu yang sebenarnya berlaku di hadapan matanya sendiri. "Dia bunuh orang yang berkuasa api dengan tangannya sendiri."

Tao memejamkan matanya mendengar kata-kata Luhan. Dia langsung tidak mampu berkata apa.

"Dia bunuh orangnya sendiri tanpa belas kasihan."

"Patutlah Kris benci sangat dengan saya." Tao bersuara sayu.

"Orang yang dibunuh oleh kuasa air itu... Yang berkuasa api itu adalah..." Luhan memandang Tao. "Ayah Kris."

Tao membesarkan matanya memandang Luhan.

"Ya..." Luhan mengangguk-angguk kemudian tunduk seketika. Dia seperti tidak sanggup mengingati peristiwa itu. "Dan orang yang berkuasa air yang telah membunuh ayah Kris itu. Adalah ibunya sendiri..."

Tao terkedu tidak mampu berkata apa-apa. Dia benar-benar tidak sangka perkara itu akan berlaku. Dia benar-benar tidak sangka sejarah air dan api dalam kalangan puak mereka suatu ketika dahulu begitu perit.

"Sebab tu Kris benci sangat pada air."


A/n: Here's another chapter as I promised if the total readers increase.....

You know what I like the most in this story... Bila keempat-empat waris understand each other. Awwww~ It's so sweet! XiuChen moment here. Oh! And SuLay too. Hehehe. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top