Kuasa Lima Kristal
Kris kini sedang duduk di tengah-tengah padang itu sambil termenung jauh sendirian. Angin kuat bertiup pada petang itu yang amat baik itu. Segala kemusnahan akibat tindakannya sebentar tadi kini sudah pulih kembali kepada sediakala. Xiumin yang dari tadi duduk di bawah sebatang pokok hanya mampu memandangnya sayu. Lelaki itu langsung tidak pergi dari situ.
"Kenapa awak tak balik, Xiumin.?" Kris bersuara tanpa memandang wajah lelaki itu.
"Saya rasa saya lebih perlu berada di sini."
Kris tersengih mendengar kata-kata lelaki itu yang lebih kepada ingin berkata 'jangan merepek'. "Awak perlu pergi."
Xiumin bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia tidak beredar dari situ sebaliknya segera mendekati lelaki tu. Dia berdiri sambil memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam kocek seluarnya dan memandang ke arah kolam yang agak bergelora di hadapan mereka.
"Susah betul saya nak kawal kemarahan saya." ujar Kris. "Saya tak boleh nak kawal."
"Ya." Xiumin mengangguk bersetuju. Dia dapat melihat bagaimana lelaki itu bertukar menjadi seperti seekor singa yang ganas di hadapannya sendiri seolah-olah ingin membunuh sesiapa sahaja yang dilihat.
"Silap-silap saya boleh bunuh orang di sekeliling saya."
Xiumin hanya tersengih mendengar kata lelaki itu. "Saya boleh faham kenapa awak marah bila dapat tahu perkara ni."
Kris tidak membalas.
"Awak takut sejarah lama tu berulang kembali kan.?"
"Perempuan tu dulu hilang tiba-tiba, Xiumin." Kris masih lagi tidak mahu menggelar ibunya itu sendiri dengan panggilan 'ibu'. "Dia hilang tiba-tiba dari markas. Kami pun tak tahu macam mana."
Xiumin hanya tunduk sambil mendengar apa yang Kris cuba katakan. Dia faham apa yang lelaki itu rasa pada ketika itu.
"Bila dia balik je..." Kris merenung pasir tempat dia duduk. "Dia dah berubah. Sangat berubah."
Xiumin menarik nafas panjang sambil merenung kolam itu tidak tahu hendak berkata apa lagi.
"Dia datang... Dia ugut nak kan kuasa ketua kami." sambung Kris lagi dengan nada yang agak bergetar. "Kuasa ayah Luhan. Dia kata kalau dia tak dapat, dia akan hancurkan seluruh puak Huruf."
Xiumin memejamkan matanya seketika. Tidak hairan lah kenapa Kris tidak mahu mengakui perempuan itu sebagai ibunya.
"Ketua puak Huruf dah ditetapkan sejak dari dulu lagi dan pemilihan itu bukan atas kuasa sesiapapun." Kris turut mendongak memandang ke arah kolam itu. "Ia tak boleh dipindah kepada sesiapa. Perempuan tu kotakan apa yang dia cakap. Dia hancurkan seluruh puak Huruf."
"Jadi awak takut Tao akan jadi macam tu juga.?"
Kris tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. Dia merasakan itu adalah soalan yang paling benci untuk dijawabnya.
"Tao ada ciri-ciri tu..."
Serentak Kris dan Xiumin menoleh apabila terdengar suara lain. Luhan berjalan perlahan-lahan dengan wajah yang sugul mendekati mereka sambil berpeluk tubuh disusuli oleh Baekhyun yang memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluarnya sama seperti Xiumin.
"Kami semua boleh nampak sebenarnya." sambung Luhan lagi.
Xiumin memandang Kris sekali imbas kerana lelaki itu pernah mengeluarkan kenyataan yang sama.
"Sejak dari dulu lagi kerisauan puak Huruf ni hanya pada Huruf yang berkuasa air." Luhan bersuara lagi dengan nada yang agak mendatar. "Ia memang tertulis pada sejarah Huruf. Dia senang dipengaruh."
"Habis tu sebelum-sebelum ni.?" Xiumin memandang Luhan sambil mengerutkan dahinya.
"Sebelum ni dapat dikawal." Baekhyun mencelah. "Tak pasti lah pula sejarah bertahun-tahun dulu daripada itu. Ia hanya bermula pada zaman kehancuran puak ni iaitu sebelum ini."
Xiumin menarik nafas panjang kemudian mengangguk-angguk faham sambil tunduk memandang pasir di kakinya.
"Untuk kes Tao kena sentiasa bersedia." gumam Baekhyun. "Kita tak tahu sejauh mana kekuatan dia mampu bertahan."
"Mereka tak bunuh dia ke tu.?" Xiumin berkerut sambil mendongak memandang lelaki itu.
Baekhyun tersengih. "Kalau mereka bunuh dia bagus juga."
Xiumin terkedu mendengar kata-kata lelaki itu.
"Tak payah kita nak susah payah risau macam ni." sambung Baekhyun lagi dengan wajah selamba. "Tapi mereka akan jadi orang yang paling bodoh dalam dunia kalau mereka bunuh dia."
"Kenapa pula.?" Xiumin berkerut.
"Tao boleh jadi senjata rahsia mereka." celah Luhan. "Kalau lah dia berubah jadi pengkhianat."
"Mustahil untuk dia tidak berubah." Kris kini sudah berdiri sambil membersihkan seluarnya yang dipenuhi pasir. Dia merenung sekeliling tempat itu kemudian menarik nafas panjang. "Sentiasa bersedia."
"Dah lah." Luhan memandang lelaki itu dan Xiumin silih berganti sambil menarik nafas panjang. "Apa kata kamu berdua mandi dulu. Keadaan diri kamu ni dah teruk. Sejak sampai tadi tak mandi lagi."
"Oh, ya." Kris kini merenung Baekhyun dengan mata tajamnya yang masih kelihatan agak sugul.. "Kena berterima kasih pada Baekkie sebab beri kami lawan dengan naga yang sangat ganas."
"Saya dah beri amaran kan." selamba Baekhyun memandang lelaki itu dengan mata biru bersinarnya.
Kris hanya mendengus kuat.
-----------------------------------------
Bulan tinggi di langit menjadi cahaya yang menerangi malam itu. Kyungsoo kini sedang duduk termenung di atas sebuah kerusi. Matanya agak bengkak kerana asyik menangis seharian. Kai duduk termenung bersama Lay di suatu sudut tanpa apa-apa tujuan. Sehun dan Xiumin kini duduk di meja makan sambil berbual bersama Suho dan Chen mengenai topik yang langsung tidak penting. Baekhyun pula sedang duduk sendirian memegang kotak keperakan yang berada ditangannya. Dia langsung tidak bertegur sapa dengan sesiapapun di situ. Mereka tidak menghidupkan unggun api pada malam itu atas arahan Luhan kerana ada sesuatu yang akan mereka lakukan. Hanya obor di sekeliling tembok itu yang menjadi peneman untuk menerangi ruangan itu.
"Kris okey ke tadi.?"
Baekhyun tersentak kemudian mendongak perlahan. Chanyeol kini sudah melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu.
"Okey lah juga." Baekhyun membetulkan sedikit kedudukannya lalu memandang kotak keperakan itu semula. "Dia cuma perlu melepaskan kemarahannya je. Tak ada apa-apa pun sangat."
Chanyeol hanya mengangguk-angguk kemudian merenung Baekhyun dengan mata berkacanya. "Awak okey.?"
Baekhyun hanya tersenyum tawar tidak membalas. Dia langsung tidak memandang wajah lelaki itu.
"Awak jadi pendiam sejak awak balik sini awak sedar tak tu." Chanyeol memandang wajah lelaki itu.
"Saya sedar." selamba Baekhyun membalas tanpa mengubah apa-apa reaksi pada wajahnya.
"Dan apa sebabnya.??" Chanyeol merenung Baekhyun. Dia benar-benar berharap lelaki itu akan memberitahunya.
Akan tetapi, lelaki itu langsung tidak menjawab.
"Baek, awak tahu tak..." Chanyeol menarik nafas panjang kemudian mendengus perlahan. "Lepas je kita keluar dari markas untuk cari bebola kristal ni... Banyak sangat benda yang berubah."
Baekhyun masih tidak berkata apa-apa. Dia hanya merenung kotak yang sedang dipegangnya itu.
"Kita tak boleh macam ni..." Chanyeol bersuara lagi. "Kita kena bersatu. Dengan semangat."
"Chanyeol..." Baekhyun menarik nafas panjang sambil berfikir seketika tetap tidak memandang wajah lelaki itu. "Kalau awak jadi penaung awak akan tahu betapa susahnya nak lalui semua ni."
Chanyeol terdiam mendengar kata-kata lelaki itu.
"Kami pun baru pertama kali alami semua ni." sambung Baekhyun. "Banyak perkara yang kami perlukan masa untuk lepaskan."
Chanyeol menarik nafas panjang. "Tapi sekurang-kurangnya bercakap lah dengan Kyungsoo."
Baekhyun memandang Kyungsoo sekali imbas yang sedang duduk termenung sendirian kemudian kembali memandang kotak keperakan itu.
"Dia asyik menangis je awak tahu tak tu." Chanyeol bersuara lagi dengan wajah yang sayu. "Dia asyik sebut pasal awak, Kris, Luhan... Dia pun penaung sama macam kamu kan."
"Baekhyun!!"
Serentak semua orang menoleh termasuk Baekhyun dan Chanyeol. Kelihatan Kris yang muncul entah dari mana sedang berdiri memandang lelaki itu serius. Luhan juga sudah berada di situ.
"Baik kita mulakan." ujar Kris.
Baekhyun hanya mengangguk-angguk kemudian berjalan ke arah lelaki itu sambil membawa kotak keperakan yang berada ditangannya. Semua orang kini mula memandang setiap pergerakan tiga orang itu.
Luhan segera membuka rantai yang tergantung di lehernya. Dia menekan butang bulat di tengah-tengah unggun api itu. Ia terbuka serta-merta dan ukiran batu keperakan yang berada di dalamnya segera bergerak naik ke atas. Dia meletakkan rantai huruf 'L' itu di tengah-tangah ukiran batu itu seiring dengan tempatnya membuatkan kelima lubang berbentuk separuh bulat muncul yang mana salah satunya sudah terisi dengan bebola kristal berwarna putih.
Luhan memandang Baekhyun yang hanya menghulurkan kotak keperakan lalu membukanya dan mengeluarkan empat lagi biji bebola kristal yang mereka baru sahaja temui. Luhan meletakkan satu-persatu berbola kristal berwarna biru, ungu, merah dan hitam itu bagi melengkapkan kelima-lima tempat itu kemudian mula berundur. Kris dan Baekhyun turut berundur sedikit. Rakan-rakan mereka yang lain hanya memandang dari tempat mereka berada tanpa masuk campur.
Tidak semena-mena kelima-lima bebola kristal itu bercahaya menerangi seluruh tempat itu bagaimanapun ia langsung tidak menyakitkan mata. Semua orang tercengang melihat keadaan itu. Cahaya itu semakin lama semakin terang lalu terbang ke atas dan mula bercerai satu-persatu. Ia seolah-olah menari-nari di udara tanpa apa-apa rentak. Satu-persatu kuasa mula muncul di ruang udara. Kuasa yang selama ini mereka langsung tidak pernah lihat atau jumpa.
"Wah..." semua orang kini teruja.
Baekhyun, Kyungsoo, Luhan dan Kris mula mengira semua kuasa itu untuk memastikan ia benar-benar sama dengan bilangan Huruf yang sudah mati. Sebanyak empat belas kuasa bermain-main di situ. Ia kemudiannya berkumpul semua di atas ukiran batu itu dengan lebih tinggi lalu meledak secara besar-besaran di atas langit bersama cahaya-cahaya itu. Keempat-empat bebola kristal yang baru sahaja mereka temui itu segera ghaib meninggalkan satu-satunya kristal yang kekal bersama mereka iaitu kristal yang berwarna putih.
Serentak semua orang berpandangan kemudian menarik nafas lega seolah-olah semua beban sudah hilang.
"Semuanya dah selesai." Luhan mengambil semula rantainya menyebabkan seluruh ukiran batu itu kembali kepada sedia kala. "Kita dah berjaya merampas semula kuasa-kuasa kita."
Semua orang tersenyum gembira mendengar kenyataan itu. Luhan memandang Kyungsoo dan Baekhyun yang hanya tersenyum kemudian segera memandang Kris. Lelaki itu kini sedang merenung ukiran batu itu dengan wajah yang langsung tidak gembira.
"Kris..." panggil Luhan menyebabkan semua orang memandang lelaki berambut perang itu.
"Kenapa, Kris.?" Baekhyun mendekati lelaki itu.
Kris menarik nafas panjang kemudian memandang Baekhyun. "Kuasa Tao tiada di situ."
Serentak semua orang terkejut lalu mula berpandangan. Mereka langsung tidak perasan mengenai perkara itu.
"Nampaknya Tao masih hidup." Chen tersenyum gembira sambil memandang kawan-kawannya.
"Ya." Lay turut tersenyum. Kai juga senang hati.
Sehun memandang Xiumin yang kini sedang merenung Kris risau. Chanyeol dan Suho berpandangan kemudian memandang keempat-empat penaung Huruf itu. Mereka agak pelik kenapa berita itu langsung tidak menggembirakan mereka. Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena.
Kris berjalan perlahan-lahan menuju ke sebuah kerusi berdekatannya lalu duduk di situ. Baekhyun kembali ke tempat asalnya begitu juga dengan Kyungsoo. Luhan pula hanya bersandar di dinding berdekatan. Semua orang hanya berpandangan agak bingung. Suasana itu terlalu tegang bagi mereka.
"Hanya tinggal dua minggu saja lagi.." Kris tiba-tiba bersuara menyebabkan semua orang memandangnya. "Pelindung tempat ni akan hilang."
Semua orang kini terdiam.
"Kamu mesti bertempur." Kris kini berdiri lalu berjalan ke tengah-tengah kawasan itu bagi memudahkan dia melihat wajah semua orang satu-persatu yang sukar dilakukan selepas itu. "Kamu mesti bersedia."
Luhan hanya tunduk sahaja sambil berpeluk tubuh. Baekhyun hanya memandang Kris, manakala Kyungsoo pula sudah mula menahan rasa ingin menangisnya.
Kris menarik nafas sedalam-dalamnya. "Kamu mesti janji dengan saya yang kamu akan menang. Jangan khianat puak ni sama sekali."
Tiada semua orang pun yang bersuara.
"Kamu mesti menang..." Kris memandang kesemua mereka satu-persatu. "Tanpa saya!"
Serentak semua orang memandang Kris sambil membesarkan mata. Luhan kini sudah memejamkan matanya. Kyungsoo sudah mula menitiskan airmatanya. Baekhyun juga memejamkan mata sambil tunduk ke bawah. Xiumin pula merenung Kris tajam. Dia tidak tahu apa yang ada di fikiran lelaki itu.
"Apa semua ni.?" Tanya Chanyeol yang semakin tidak faham dengan situasi itu. "Apa pula yang kamu cakapkan ni.?"
Kris tidak segera menjawab. Baekhyun dan Luhan juga langsung tidak bersuara. Kyungsoo pula sudah menangis teresak-esak. Kai segera mendekatinya untuk memujuk lelaki itu.
"Kamu bertiga ni dah mula pelik sejak kebelakangan ni." Suho bersuara. "Apa sebenarnya yang dah berlaku.?"
"Saya tak pasti kalau saya akan bertahan lama."
"Bertahan.??" ulang Chanyeol memandang Kris. Dia mula tidak suka dengan topik itu. "Apa maksud awak.?"
Kris menarik nafas panjang kemudian memandang Chanyeol. "Saya mesti lawan Tao."
Serentak semua orang terkejut. Mereka kini memandang Luhan, Kris, Kyungsoo dan Baekhyun satu-persatu. Xiumin pula masih dengan posisinya yang hanya merenung ke arah Kris.
"Lawan.??" Suho mengerutkan dahinya kelihatan naik angin. "Kenapa pula awak nak lawan dia.?"
"Saya kan pernah cakap dia tak boleh jatuh ke tangan musuh.?!" Kris kini mula meninggikan suaranya.
Semua orang terdiam. Mereka takut Kris akan terbakar lagi seperti siang tadi.
Kris mendengus perlahan cuba mengawal kemarahannya. "Saya pernah beritahu kuasa Tao adalah yang paling kuat selepas Luhan."
"Apa kena-mengena dengan itu.?" tanya Kai pula.
"Hei!" Sehun memandang kawan-kawanya sambil memberi isyarat agar tidak bertanya banyak soalan lagi.
Kris tiba-tiba tersenyum. "Kamu semua mesti nak tahu kenapa saya tak suka lelaki tu sejak mula-mula berjumpa lagi."
Semua orang hanya memandang Kris. Majoriti daripada mereka sudah tahu apa sebabnya.
"Sebab saya tahu dia akan menjadi musuh saya suatu hari nanti."
Semua orang terdiam mendengar kata-kata Kris.
"Apa awak cakap ni, Kris.?" Lay merenung lelaki itu sambil mengerutkan dahinya.
"Kamu tak pelik ke kenapa mereka tak bunuh Tao.?" Kris merenung Lay tajam.
"Mungkin mereka nak jadikan dia tawanan ke atau apa..." Lay cuba membuat tekaan sendiri.
Kris menggelengkan kepalanya. "Sebab mereka tahu Tao akan berpaling kepada mereka."
Semua terkedu mendengar kata-kata Kris.
"Sebab tu mereka tak bunuh dia!" Kris kini mula naik angin. "Sebab mereka memang nak kan dia."
"Apa maksudnya.?" Kai kelihatan bingung. "Saya tak faham."
"Maksudnya Tao akan mengkhianati kita." Luhan yang hanya berdiam diri dari tadi akhirnya bersuara.
"A... Apa.??" Kai terkedu mendengar kata-kata lelaki itu.
"Apa.?" Lay kini juga kebingungan.
Semua orang hanya mampu memandang keadaan itu.
"Sejarah!"
Sekali lagi semua orang berpaling memandang Kris.
"Sejarah akan berulang kembali."
"Sejarah.??" ulang Lay.
Kris hanya mengangguk-angguk. "Ia ada pada sejarah Huruf. Huruf yang kuasa air adalah kunci utama untuk mereka memusnahkan kita."
"Jangan cakap yang sebelum ni puak Huruf hancur disebabkan..." Lay merenung Kris yang mana lelaki itu mengangguk menyebabkan dia terkedu.
"Sebab tu saya benci sangat dengan Tao." gumam Kris. "Dia mengingatkan saya pada pengkhianat tu. Orang yang membunuh ayah saya sendiri."
Semua orang kini tunduk tidak terkata.
"Saya dah dapat agak benda ni akan jadi." Kris bersuara lagi. "Saya dah agak mereka akan ambil Tao lagi."
"K... Kris..." Suho rasa bersalah.
Kris langsung tidak memandang Suho. "Saya dapat rasakan Tao sekarang ni dah jadi sebahagian daripada mereka."
"Dia mungkin tidak..."
"Macam mana awak tahu.?!" Tempik Kris menyebabkan Kyungsoo terdiam.
"Kris..." Chen bersuara. "Kita pun masih tak tahu sama ada Tao benar-benar akan mengkhianat kita atau pun tidak kan.?"
Kris tiba-tiba ketawa. "Saya nampak ciri-ciri mudah terpengaruh dalam diri dia, Chen. Dia mudah sangat bermain dengan emosi."
"Habis tu apa awak nak buat sekarang.?" Lay memandang lelaki itu. "Awak nak bunuh dia.?"
"Kalau saya jumpa dia saya akan bunuh dia."
Semua orang terkedu mendengar kata-kata Kris.
"Lebih baik macam tu daripada puak ni hancur." sambung Kris lagi. "Saya akan buat apa yang sepatutnya dibuat sejak dulu lagi."
"Kenapa kita tak lawan dia beramai-ramai.?" Chanyeol mencelah. "Jadi awak tak perlu lawan dia sendirian."
Kris menggelengkan kepalanya kemudian tunduk seketika cuba menahan perasaanya."Air memang ditakdirkan untuk bertemu dengan api. Saya pasti akan bertempur dengannya... Sendirian!"
Semua orang dapat membayangkan situasi itu walaupun ia belum berlaku.
"Ini memang takdir saya." Kris memandang semua orang yang ada di situ satu-persatu. "Kamu mesti berjanji pada saya yang kamu akan bertarung bersungguh-sungguh jika saya tiada."
Semua orang hanya berdiam diri tidak terkata. Mereka kini mula rasa sebab mendengar kata-kata lelaki itu. Entah kenapa, pertempuran mereka nanti sepertinya akan huru hara.
"Tolong janji dengan saya yang kamu akan bertarung sehingga titisan darah yang terakhir."
Chen mengangguk-angguk sambil mengesat airmatanya yang kini sudah mula mengalir dengan menggunakan bajunya. Kai langsung tidak dapat bersuara. Dia juga sudah tidak mampu memujuk Kyungsoo yang kini semakin kuat menangis. Suho hanya tunduk. Dia sedang berusaha sedaya-upaya untuk menahan airmatanya. Lay kehilangan kata-kata. Chanyeol pula hanya berdiri tenang. Matanya kini sudah mula berkaca. Xiumin hanya merenung Kris. Entah kenapa dia rasa masanya dengan lelaki itu semakin singkat. Sehun hanya tunduk tidak terkata. Baekhyun kini sedang merenung parut ditangannya. Buat seketika, dia rasa ingin membuang seluruh kuasa yang ada dalam dirinya dan cuba hidup seperti orang biasa. Luhan hanya berdiri tenang tidak bersuara.
"Kamu mesti berjuang." Kris bersuara lagi. Suaranya kini semakin serak.
"Kenapa kita tak lawan dia.?" Suho memandang Kris.
"Ya." Kai turut menyokong dengan bersemangat. "Kita semua bergabung. Kita pasti akan menang!"
"Kamu semua akan mati jika bertarung dengannya." selamba Kris bersuara.
Semua orang segera terdiam.
"Kan saya dah cakap... Kuasanya amat kuat." sambung Kris. "Lebih-lebih lagi kita langsung tidak tahu bagaimana dia dilatih di sana sekarang."
"Kenapa Luhan tak lawan dia.?" Chen memandang Luhan sekali imbas.
"Ya." Lay menyampuk. "Bukan ke dia lebih kuat.?"
Kris tersengih lalu menggelengkan kepalanya. "Dia masih ada tugas yang lain yang dia perlu uruskan." Kris memandang Luhan yang kini membalas pandangannya. "Lagipun ini memang takdir saya."
"Tak ada jalan lain ke.?" Sehun yang dari tadi berdiam diri akhirnya bersuara.
Kris menggelengkan kepalanya sekali lagi. Serentak semua orang mengeluh perlahan.
"Lu..."
Luhan memandang Kris dengan mata tajamnya yang mana lelaki itu kini sudah memandangnya. Entah kenapa, itu lah pertama kali dia melihat wajah lelaki itu seperti itu dalam keadaan yang tegang.
"Janji dengan saya satu perkara." Kris bersuara perlahan.
Luhan langsung tidak memberi sebarang reaksi. Dia hanya berkerut memandang lelaki itu.
"Pimpin mereka dengan baik."
Luhan tidak memberi sebarang jawapan. Dia benci mendengar ayat itu keluar daripada mulut Kris.
A/n: Awwww... Xiumin never leave Kris's side. Hehehe. Daebak XiuRis~ Sekarang tinggal tunggu berita. Dan...... Perang.
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top