Kuasa Akar
Luhan memberhentikan kereta yang dipandunya itu betul-betul di hadapan Kolej Sains Antarabangsa itu. Dia menarik nafas panjang seketika kemudian mematikan enjin kereta. Sehun kini sedang ternganga melihat seluruh kawasan kolej itu. Ia adalah pertama kali dia melihat sesuatu seperti itu. Tao, Chen dan Suho hanya memandang sekeliling tidak begitu teruja kerana mereka berasal dari kehidupan normal. Kris masih lagi mendengus kerana tidak suka masuk ke situ lagi. Segala kenangan pahit yang dia terima selama dia menjadi pelajar di situ sudah cukup membuatkan dia serik. Keriuhan kolej itu masih sama seperti dulu. Sepertinya tiada apa-apa yang berbeza.
"Wah... Lamanya tak balik ke sini!!" Chanyeol bersuara agak teruja memandang kolej itu seolah-olah sudah sepuluh tahun dia tidak ke situ. Buat seketika dia sudah terlupa dia ada kehidupan sendiri sebelum ini.
Luhan turut tersenyum. Kris hanya menunjukkan muka tidak suka dengan tempat itu.
"Adalah lebih baik si Jay tu tak berjumpa dengan kita." Kris menggerutu sambil memandang sekeliling. "Kalau dia buat hal... Saya akan bakar dia terus tanpa berfikir panjang."
Luhan hanya memandang Kris sambil menggelengkan kepalanya. Bermula lah lagi leteran lelaki itu.
"Hai!!"
Serentak semua orang menoleh. Seorang lelaki berambut belah tepi, berjaket perang dan tersenyum ceria serta cukup di kenali oleh Luhan dan Chanyeol segera merangkul Kris gembira.
"Hoi! Jungkook!" Kris memukul kepala lelaki itu.
"Ouch!" Jungkook memegang kepalanya. "Bertenanglah."
Kris hanya merenung lelaki itu tajam.
"Nampaknya kamu semakin ramai." Jungkook memandang rakan-rakan mereka yang lain dan kini memandang lelaki itu agak terkejut kerana sepertinya Jungkook mengetahui segalanya. "Semuanya sama macam kamu ke?"
Luhan mengangguk-angguk.
Jungkook mengangguk teruja kemudian menarik nafas panjang. "Lamanya tak jumpa kamu."
"Lama??" ulang Kris sambil merenung lelaki itu. "Rasanya macam baru beberapa minggu je."
"Eh, kira lama lah tu."
"Si Jay tu mana?" Luhan memandang Jungkook.
Jungkook memandang sekeliling sambil mengerutkan dahinya. "Entah. Sejak ada pelajar baru yang saya cakap tu... Dia dah jarang buli orang. Tunjuk baik depan lelaki tu lah kot. Maklum lah. Kacak orangnya!"
"Lelaki ke orang yang awak cakap tu?" Celah Chanyeol.
Jungkook mengangguk-angguk. Sehun, Tao, Chen dan Suho yang berada di situ hanya menjadi penonton dan pendengar kerana mereka tidak kenal dengan Jungkook. Tiada apa yang mereka mampu tanyakan.
"Mana dia?" Tanya Kris.
"Kamu datang tepat pada masanya." Jungkook melihat jam di tangannya seketika. "Jom ikut saya."
Jungkook mula membuka langkahnya. Kris dan Chanyeol segera menyusulnya. Luhan memandang kawan-kawan mereka sekali imbas sambil mengisyaratkan supaya mereka mengikut mereka. Tiada seorang pun dari mereka bersuara untuk bertanya atau membantah. Mereka hanya mengikut sahaja.
Mereka melintasi setiap kawasan koridor kolej itu. Tiada apa-apa yang berbeza sejak Chanyeol, Luhan dan Kris meninggalkan tempat itu. Sepanjang jalan, Jungkook asyik bercakap mengenai gosip-gosip kolej itu yang langsung tidak bermanfaat bagi mereka membuatkan semua orang berasa bosan.
Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya mereka berhenti di hadapan sebuah dewan yang agak besar. Ia adalah gelanggang bola keranjang yang menjadi tempat Jungkook mengetahui rahsia mereka.
"Gelanggang bola keranjang??" Luhan memandang Jungkook sambil mengerutkan dahinya.
"Sebelah petang." Jungkook tersenyum kemudian membuka pintu gelanggang itu dengan lagak seorang penyambut tetamu. "Kalau sebelah pagi macam ni pula... Ia jadi gelanggang tinju."
Serentak mereka semua terkedu. Gelanggang bola keranjang itu kini dibanjiri oleh pelajar kolej. Kehangatan dan kebingitan suasana di situ jelas terasa seperti stadium bola sepak dunia. Orang ramai sedang bersorak-sorak menyebut nama seseorang berkali-kali yang dapat didengar dengan jelas.
"Wuoh..."
"Err, Jungkook." Kris memandang Jungkook yang kini sudah teruja menonton perlawanan tinju itu. "Apa motif awak bawa kami ke sini?"
Jungkook hanya tersengih memandang Kris dengan senyuman manisnya yang ceria. "Mari ikut saya."
Jungkook berjalan sambil cuba menyelinap masuk dari celah-celah orang ramai itu. Mereka yang lain hanya menyusulnya dari belakang agak kurang selesa bersesak-sesak seperti itu. Mereka kini berhenti betul-betul di sebelah gelanggang tinju yang berada di tengah-tengah dewan itu. Pada kedudukan itu, mereka boleh melihat perlawanan tinju itu dengan jelas.
"Jangan cakap awak bawa kami ke sini sebab nak tonton perlawanan ni dengan lebih jelas lagi." Luhan merenung Jungkook tajam.
Jungkook hanya menjeling tajam ke arah lelaki itu. "Cuba awak tengok lelaki yang memakai baju biru tu."
Serentak mereka semua memandang ke arah gelanggang itu. Terdapat dua orang lelaki sedang berlawan. Seorang lelaki memakai baju biru dan seorang lagi memakai baju putih. Kedua-dua mereka kini sedang memakai topi keselamatan menyebabkan wajah mereka sukar untuk dilihat.
"Kenapa dengan dia pula?" tanya Luhan lagi apabila melihat tiada apa-apa yang istimewa pada orang itu.
"Dialah lelaki yang saya cakapkan tu." jawab Jungkook. "Nama dia Xiumin. Dia pelajar baru di sini. Dia masuk ke sini seminggu yang lalu dan tidak diketahui identitinya. Dari mana dia datang."
Mereka semua hanya meneliti lelaki yang bernama Xiumin itu walaupun hakikatnya wajah lelaki itu tidak dapat di lihat.
"Dia jarang bercakap dan tidak bergaul sama sekali dengan sesiapa." tambah Jungkook lagi. "Dia suka sangat menyendiri di bawah pokok besar kat belakang kolej ni. Kadangkala dia akan tertidur di situ juga tanpa sedar kelas dah bermula. Senang cakap... Dia hidup kat kolej ni kat situ je lah."
"Perangai pelik macam tu bukan bererti dia dari kalangan kami." Chanyeol mendengus perlahan.
"Cuba kamu tengok bajunya." Jungkook masih tidak berputus asa. "Semua orang berlawan menggunakan baju tanpa lengan atau lengan pendek. Tetapi dia tidak. Dia memakai baju lengan panjang."
Apa yang Jungkook katakan itu memang benar. Kenapa Xiumin tidak memakai baju lengan pendek sedangkan itu akan menganggunya semasa berlawan? Adakah memang sekadar suka-suka? Atau ada sesuatu disebaliknya?
"Dulu saya pernah terserempak dengan dia kat tandas." Jungkook bersuara lagi. "Waktu tu dia lipat kedua-dua lengan bajunya. Dan saya nampak satu parut berbentuk huruf 'X' di lengan kanannya sama seperti parut kamu tu."
Serentak mereka semua terkejut kemudian memandang lelaki itu. Jika benar apa yang Jungkook katakan, Xiumin mungkin dari kalangan mereka.
"Tapi saya tak berani nak tanya lah." sambung Jungkook lagi. "Saya buat-buat tak tahu je waktu tu. Dan....." Jungkook memandang wajah Kris, Luhan dan Chanyeol silih-berganti. "Sudah beberapa kali kolej ni diserang."
"Diserang??" ulang Chanyeol.
Jungkook hanya mengangguk-angguk. "Kami asyik jumpa satu lembaga berkepala bulat yang sedang di lilit akar dan renyuk."
"Xiumin menang!!"
Mereka tersentak apabila jeritan pengadil mengumumkan pemenang itu bergema. Orang ramai mula bersorak dan bertepuk tangan. Dewan itu kedengaran semakin bingit membuatkan mereka hampir menutup telinga.
"Ada sesiapa lagi nak berlawan?" tanya pengadil itu.
Tiada sesiapa yang menawarkan diri.
"Kris..." Luhan menyigung lelaki itu.. "Rasanya kali ni awak kena mainkan peranan."
Kris hanya tersengih. "Tak ada masalah."
Kris segera beredar entah ke mana. Kawan-kawannya yang lain hanya menyoroti setiap langkah lelaki itu. Dia kini sedang bercakap dengan seorang lelaki yang berada di suatu sudut berdekatan gelanggang. Lelaki itu kelihatan tercengang bagaimanapun memberi sesuatu kepada Kris. Kris membetulkan rambutnya kemudian memakai topi keselamatan yang diberi kepadanya sebentar tadi lalu melangkah naik ke atas gelanggang itu dengan yakin.
"Saya nak lawan."
Dewan itu yang tadinya riuh rendah dengan pekikan dan sorakan kini menjadi senyap tiba-tiba. Semua orang kini memandang Kris yang kini berdiri tidak diketahui identitinya di gelanggang itu. Lelaki bernama Xiumin itu hanya memandang Kris dari balik topi keselamatannya.
"Awak..." pengadil itu memandang Kris. "Nak lawan?"
Kris mengangguk yakin. Serta-merta letusan hilai tawa daripada semua orang kedengaran. Melihat kepada cara Kris berdiri yang seperti tidak berdaya itu membuatkan mereka berasa lucu untuk melihat perlawanan yang bakal berlangsung sebentar lagi.
"Okey... Baiklah." pengadil itu juga hampir ketawa bagaimanapun berpura-pura untuk menahan. Xiumin hanya berdiri di situ tidak bergerak. Kepalanya masih lagi menghala ke arah Kris.
"Siapa nama awak?" Tanya pengadil itu.
"Tak perlu umumkan nama saya." Kris menggerutu.
"Okey." pengadil itu memandang ke arah penonton. "Perlawanan dimulakan!!"
Kris berjalan ditengah-tengah gelanggang sambil memakai sarung tangan tinju berwarna merah. Xiumin juga kelihatan sudah bersedia.
"Hei, dah gila ke?" bisik Chen agak risau.
Luhan tidak menjawab sebaliknya amat teruja menonton perlawanan itu. Reaksinya hampir sama dengan reaksi Kris ketika melihat perlawanan pedang antara Luhan dengan Sehun.
"Sedia!! Mula!!"
Kris dan Xiumin berdiri bertentangan. Perlawanan segera dimulakan. Kris mula menyerang. Dia menumbuk dada Xiumin dan menyebabkan lelaki itu terundur sedikit. Xiumin membuat serangan balas begitu juga dengan Kris. Perlawanan itu kelihatan amat sengit. Kedua-dua mereka benar-benar ingin menang. Semua penonton menjadi teruja dan mula menjerit nama Xiumin lagi. Topi keselamatan yang dipakai oleh Kris segera tercabut ketika tangan Xiumin tertumbuk kepalanya.
Dewan itu menjadi sunyi sekali lagi. Mereka tercengang melihat seorang lelaki tampan sedang berlawan dengan Xiumin.. Xiumin turut terkejut. Buat seketika dia memberhentikan setiap pergerakannya.
"Saya kena tamatkan perlawanan ni." ujar Kris.
Kris melompat sedikit lalu menumbuk Xiumin bertubi-tubi dan menyebabkan lelaki itu jatuh ke lantai. Xiumin yang masih dalam keadaan terkejut tidak mampu membalas. Pada ketika itu, wisel ditiup.
"Lelaki ni menang!!"
Kedengaran suara keluhan daripada orang ramai. Xiumin hanya merenung Kris tajam dari balik topi keselamatannya itu.
----------------------------------------------------------------
Kris memandang sebuah pokok yang amat besar di hadapannya sedikit jauh dari kawasan kolej itu. Luhan, Sehun dan Tao pergi ke sekitar kawasan sukan untuk mencari apa-apa petanda, manakala Jungkook, Chanyeol, Suho dan Chen pergi ke kawasan kolej.
Kris mendekati pokok itu. Terdapat kesan darah melekat pada batangnya. Ia masih cair dan itu bermakna ia masih baru. "Saya yakin ada sesuatu di sini."
Tidak semena-mena, akar-akar pokok itu mula bergerak-gerak menyebabkan Kris berundur sedikit. Ia keluar dari dalam tanah dan melilit badan Kris secara perlahan-lahan. Kris tidak begitu gelabah malah cuba menenangkan dirinya walaupun badannya kini sudah diselaputi daun dan akar. Dia terangkat ke udara. Hanya kepalanya sahaja yang kelihatan membuatkan dia mendengus kuat.
"Apa hal pula ni?" Gerutu Kris.
Tiba-tiba sahaja, seorang lelaki berkulit putih halus dan berwajah tampan muncul dari balik pokok itu sambil memandang Kris serius. Kris hanya tercengang. Lelaki itu kini sedang berdiri sambil tangan kanannya memainkan peranan. Kris mengerutkan dahinya memandang lelaki itu.
"Awak dah lawan saya hari tu sekarang awak nak apa lagi?!"
Jeritan lelaki itu membuatkan Kris tersentak. Dia membesarkan matanya merenung lelaki itu. "Xiumin??"
"Apa yang awak mahu?" Lelaki itu langsung tidak mempedulikan Kris.
Kris mendengus sambil memandang sekeliling. "Okey... Kita berbincang secara baik je."
"Diam!!" tempik Xiumin. "Saya tahu awak datang sebab nak cari saya."
"Xiumin, lepaskan saya dulu." pinta Kris.
"Jangan harap!" balas Xiumin.
"Saya tak nak berkasar, Xiumin..." Kris cuba memberi amaran.
"Awak pasti datang sebab nak bunuh saya kan?!" Xiumin langsung tidak mempedulikan Kris. "Apa salah saya?!"
"Argh!! Xiumin!!" Kris dapat merasakan perutnya hampir meletup akibat terlalu dihimpit.
Xiumin langsung tidak peduli. Nafas Kris seperti tersangkut tidak berjalan membuatkan dia naik angin. Tidak semena-mena dia meletupkan api dari tangannya. Akar-akar yang melilit badannya itu hancur berderai serta-merta lalu menjadi debu akibat terbakar. Kris terjatuh di tanah.
"Argh!" Kris mengerang kesakitan lalu memandang Xiumin yang kini memandangnya sambil membesarkan matanya. Dia memegang pinggangnya yang terhentak sebentar tadi. "Kan saya dah kata kita boleh bincang."
Xiumin amat terkejut. Dia berundur sedikit agak takut. "Awak... Macam... Macam mana awak boleh..."
"Kami sama macam awak, Xiumin."
Xiumin menoleh pantas. Kelihatan Luhan, Chanyeol, Suho, Chen, Sehun dan Tao mendekati mereka.
"Kamu... Semua... Apa.??" Xiumin tercengang.
"Huruf!" selamba Kris bersuara sambil membersihkan bajunya.
"Huruf??" Xiumin kebingungan.
"Kita tak ada masa nak berkenalan sekarang ni." beritahu Kris. "Kita kena cepat."
"Kris..."
Kris menoleh memandang Suho.
"Huruf I dan R dah mati."
Kris terkejut mendengar kata-kata Suho. "Kedua-duanya??"
Suho mengangguk-angguk.
"Sekaligus??" Tanya Kris lagi.
Suho menarik nafas panjang kemudian mengangguk perlahan. Kris mendengus kuat sambil bercekak pinggang.
"Apa kata kita balik dulu?" cadang Chanyeol.
"Ya." Luhan memandang Xiumin. "Ikut kami dulu, Xiumin."
Xiumin tidak membantah walaupun kelihatan teragak-agak. Yang lain turut menyusul. Kris memandang Tao. Sejak perlawanan mereka hari itu, mereka tidak lagi bertegur sapa. Tao seperti menjauhkan diri dari Kris. Malah, ketika Kris cuba meminta maaf lelaki itu hanya menjeling ke arahnya.
A/n: Kyaaaa!!~~ Umin is the one with this power. Huh~ Ada berapa lagi?? Dah lost count dah ni. Huh. Bila buat scene Kris bertinju, teringat pulak Exo showtime dia cuba belajar martial arts tu. Jauh beza dengan yang ni. Hahaha. Btw, leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top