Kosong


Kehilangan dua penaung puak Huruf itu benar-benar memberi impak yang amat besar kepada mereka. Bermula dengan Kyungsoo, dan kini giliran Kris, orang yang selama ini amat digeruni dan boleh dikatakan sebagai harapan mereka. Jika kedua-dua mereka boleh tumbang, bagaimana dengan nasib mereka yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi.? Apa akan terjadi kepada mereka.?

Luhan kini sedang duduk di kawasan latihan markas itu seorang diri. Setelah pemergian Kris, dia semakin hilang arah. Dua daripada penaung puak Huruf itu sudah tiada. Dia langsung tidak tahu apa yang harus dilakukan. Perkara yang selama ini menjadi kerisauannya tentang lelaki itu sudah terjadi. Benar apa katanya sebelum mati, dia akan kalah kepada Tao walau apa pun yang akan terjadi.

"Luhan..."

Luhan tidak menjawab mahupun menoleh. Dia kenal benar siapa yang berada di belakangnya itu. Sehun kini sedang berdiri memandangnya risau. Perlahan-lahan lelaki itu mendekatinya.

"Awak okey ke.?"

Luhan tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya dah penat dengar soalan tu."

Sehun menarik nafas panjang kemudian segera duduk betul-betul di sebelah lelaki itu. "Sebab awak tak pernah jawab."

Luhan tidak membalas sebaliknya memandang pasir yang kini ditiup angin.

"Esok pelindung tempat ni akan hilang kan.?" Tanya Sehun yang sebenarnya dia memang sudah sedia tahu jawapan kepada soalannya itu.

"Saya dah terlupa pun pasal benda tu." gumam Luhan.

Sehun segera memandang lelaki itu. "Luhan... Awak adalah ketua puak ni. Saya harap awak tak lupa benda tu."

Luhan tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya tak pernah lupa. Tapi saya rasa saya dah hilang kekuatan saya."

"Luhan, dengar ni..." Sehun cuba menyusun ayat. "Kami semua sentiasa ada dengan awak. Hanya awak dan Baekhyun yang ada sekarang. Kami letakkan harapan sepenuhnya pada kamu."

Mendengar kenyataan lelaki itu, mata Luhan mula berkaca. Dia tidak pernah merasa beban yang selama ini dipikulnya terlalu berat seolah-olah boleh mematahkan bahunya sendiri. Dia tidak pernah memikirkan bagaimana hidupnya tanpa Kris dan Kyungsoo menjadi pelengkap kepada perjalanan untuk mengakhiri peperangan itu.

"Apa yang dah lepas kita tak boleh nak buat apa-apa lagi." ujar Sehun lalu memandang ke hadapan semula. "Nak menyesal pun tak ada guna."

"Mungkin awak akan menyangkal semua benda tu kalau awak bersama mereka sejak kecil lagi."

Sehun terdiam mendengar kata-kata lelaki itu.

"Bagi saya..." suara Luhan mula kedengaran tersekat-sekat. "Saya hidup selama ni dengan mereka. Dengan tujuan yang sama. Tapi kali ni..."

Sehun memejamkan matanya seketika kemudian menelan air liur cuba menahan segala apa yang dirasainya ketika itu.

"Sehun... Saya nak minta tolong awak sesuatu."

Sehun segera memandang lelaki itu. "Apa dia.?"

"Kalau misalnya ada apa-apa akan berlaku..." Luhan bersuara perlahan. "Saya nak awak ambil rantai saya ni."

Sehun segera mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. "Apa maksud awak.?"

"Rantai ni..." Luhan mengeluarkan rantai yang ada di lehernya itu. "Kalau ada apa-apa yang akan berlaku nanti..."

"Awak nak cakap awak akan mat..."

"Saya hanya cakap kalau!" tegas Luhan.

Sehun segera terdiam.

Luhan menarik nafas panjang. "Saya nak awak simpan rantai ni..."

Sehun tidak membalas sebaliknya hanya merenung lelaki itu.

"Rantai seorang ketua tak akan dapat musnah walaupun dia mati." beritahu Luhan. "Sebab rantai ni akan menjadi kunci untuk kamu maju ke peringkat seterusnya."

"Maksudnya.?" Sehun kelihatan bingung.

"Kamu perlukan benda ni untuk pergi ke peringkat seterusnya. Maksudnya ke peringkat seterusnya kuasa Huruf akan kembali. Ingat tak kami terangkan mengenai peringkat penurunan kuasa ni sewaktu kamu mula-mula sampai di markas tempoh hari.??"

Sehun berfikir seketika kemudian mengangguk-angguk.

"Rantai ni akan bercahaya jika kamu dah mula perlukan kuasa."

"Perlukan kuasa.??" Ulang Sehun.

"Maksudnya musuh dah muncul." ujar Luhan. "Rantai ni akan berkuasa dan kamu kena kembali ke markas ni."

"Jadi kami tak boleh tinggal di sini sebelum tu ke.?" Tanya Sehun.

"Hanya jika kamu berada di dunia luar." jawab Luhan. "Kamu kan ada kehidupan sendiri."

"Oh." Sehun mengangguk-angguk tanda faham.

"Balik ke sini dan letakkan rantai saya di atas ukiran batu tempat di mana kita letakkan bebola kristal tu."

Sehun hanya mendengar dengan tekun.

"Jika semua rantai puak Huruf dah lengkap..." Luhan merenung Sehun sambil berharap setiap kata-katanya akan diingati oleh lelaki itu. "Maknanya kamu kena mulakan misi mencari."

"Misi... Mencari.??"

Luhan mengangguk-angguk. "Macam yang kami lakukan untuk cari kamu."

Sehun tidak membalas sebaliknya mula berfikir. Dia kini sedang membayangkan dirinya sudah berada dalam keadaan itu.

"Kumpulkan semua dan bawa balik ke sini." sambung Luhan. "Kamu kena buat macam mana yang kami buat."

"Maksudnya semua akan jadi sama seperti sekarang.??"

Luhan menarik nafas panjang kemudian mengangguk perlahan.

Sehun turut menarik nafas panjang kemudian merenung lelaki itu. "Awak tak rancang buat sesuatu tanpa kami kan.??"

Luhan tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Tak. Saya akan berjuang dengan kamu. Saya masih seorang ketua."

Sehun segera tersenyum.

-----------------------------------------------------

Baekhyun sedang duduk di ruangan markas itu seorang diri sambil membaca beberapa buah buku sejarah puak itu yang sudah berapa kali dibacanya. Dia duduk di meja makan itu seorang diri sambil ditemani unggun api yang dibuatnya pada ukiran batu itu.

Di tangan kanannya terdapat buah epal yang akan dikunyah untuk menghilangkan rasa mengantuknya. Rakan-rakan yang lain sudah pun masuk ke dalam bilik masing-masing untuk bersedia menghadapi hari esok di mana pelindung tempat itu akan terbuka dan kemungkinan mereka akan diserang.

Baekhyun menurunkan bukunya apabila terdengar bunyi pintu bilik yang dia tidak pasti bilik siapa dibuka. Dia menunggu jika ada orang akan muncul. Tidak sampai beberapa saat, kelihatan Luhan berjalan keluar dengan wajah yang masih segar jelas belum tidur.

"Baekkie..."

Baekhyun segera meletakkan bukunya di atas meja. "Awak rupanya. Belum tidur lagi ke.?"

Luhan berjalan perlahan-lahan mendekati lelaki itu sambil menyambut buah epal yang dilempar secara tiba-tiba ke arahnya. Dia segera duduk berhadapan dengan lelaki itu. "Saya belum mengantuk lagi."

"Yalah." Baekhyun hanya tersengih.

Luhan menggigit buah epalnya kemudian mula termenung sambil merenung unggun api itu. Entah kenapa dia rasa terlalu sunyi. Sepertinya tempat itu bukan lagi tempat tinggal mereka.

Baekhyun yang perasan riak muka lelaki itu segera menarik nafas panjang. "Mesti rasa pelik kan.?"

Luhan tersenyum tawar tidak menjawab.

"Selalunya kita berempat." Baekhyun turut berpaling memandang unggun api itu. "Walaupun hanya berempat dah cukup meriah tempat ni."

"Baekkie..."

"Erm.?" Baekhyun menjawab tanpa mengalihkan pandangannya.

"Awak rasa kita akan dapat bertahan ke.?"

Baekhyun tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. Matanya mula berkaca. "Saya pun tak tahu, Lu."

"Saya tak tahu macam mana kita nak menang." ujar Luhan. "Kalau ibu bapa kita tak mampu bertahan dalam keadaan mereka ada semua Huruf lengkap... Macam mana keadaan kita yang hanya tinggal sembilan orang.?"

Baekhyun merenung buah epal yang sudah separuh di makan dan kini masih berada ditangannya. "Apa yang kita boleh buat... Cuma lawan. Itu je."

Luhan tidak membalas.

"Kita tak ada jalan lain." suara Baekhyun kini kedengaran serak. "Lawan... Sebelum kita mati."

Luhan masih tidak membalas.

"Kalau saya mati dulu dari awak..." Baekhyun berusaha menahan suaranya yang semakin serak. "Saya harap awak buat yang terbaik. Semampu awak."

Perlahan-lahan airmata mengalir di pipi lelaki itu kemudian tersenyum. "Saya akan buat yang terbaik. Jangan risau."

Baekhyun tersenyum kemudian menggigit buah epal yang berada ditangannya itu. Airmatanya juga turut jatuh bercucuran.

Di sebalik dinding batu yang menjadi penghadang kepada bilik mereka, Xiumin sedang berdiri memandang kedua-dua penaung puak Huruf itu. Dia juga sedang menahan perasaan sebaknya memandang Baekhyun dan Luhan. Dia sudah berdiri di situ beberapa saat selepas Luhan menyertai Baekhyun tanpa disedari kedua-dua mereka.

Perlahan-lahan dia berundur kemudian berjalan kembali ke biliknya. Kelihatan Sehun kini sedang baring dikatilnya yang mana matanya memandang Xiumin yang baru masuk ke bilik itu. Xiumin tidak berkata apa-apa sebaliknya segera baring dikatilnya sambil memandang ke siling.

"Sekejapnya awak ambil angin." Sehun bersuara perlahan tanpa menoleh ke arah lelaki itu. Dia juga sedang memandang ke siling.

"Sesuatu menghalang saya." gumam Xiumin dengan suara serak.

"Baekhyun ke.?" Tanya Sehun yang sebenarnya sudah tahu Baekhyun sering berada di ruang depan itu sendirian setiap malam sejak pemergian Kyungsoo lagi.

"Dan Luhan."

Sehun agak terkejut mendengar nama itu bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi pada mukanya. "Apa mereka buat.?"

"Berbual..." Xiumin menarik nafas panjang. "Yang kemungkinan buat kali yang terakhir."

Sehun tidak membalas.

"Awak tak nak luahkan perasaan awak pada dia ke.?"

Pertanyaan Xiumin membuatkan Sehun tersengih. "Waktu-waktu macam ni.?? Nak luah.??"

"Sekurang-kurangnya ada..." ujar Xiumin. "Daripada tak sempat. Jangan jadi macam saya."

Sehun tidak membalas sebaliknya memejamkan matanya.


A/n: HunHan moment!!!! Kyaaa~ Tak lama lagi cerita ne tamat. Huh~ Well, maybe korang dah boleh teka apa yang jadi. Leave me your feedback. :)

Satu perkara lagi. Sebelum ni saya cakap saya tak buat sequel untuk Huruf EXO Version. Tapi memandangkan ramai yg minta. Korang rasa patut continue atau tak? Sebab watak EXO dah banyak tak ada.

> VOTE & COMM

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top