Ketua Terakhir
Detik demi detik kian berlalu. Sehun duduk di atas sebuah batu besar yang sudah hancur di kawasan tempat mereka selalu berehat iaitu ruangan makan mereka sambil tunduk ke lantai. Fikirannya amat bercelaru pada ketika itu. Dia langsung tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Xiumin hanya duduk di sebelahnya diam membisu. Lelaki itu juga seperti tidak bermaya lagi. Rasa ingin putus asa ada juga. Tapi mengenangkan rakan-rakan mereka yang lain sudah mati dalam pertempuran itu, apa guna mereka terus hidup jika perang belum terhenti.
Chen dan Chanyeol pula duduk bergandingan. Tangisan mereka tidak berhenti. Luhan semakin kalut. Dia tidak tahu lagi apa yang harus dikatakan. Kini, hanya tinggal dia seorang lagi penaung yang masih tinggal.
Keadaan mereka kini kelihatan kusut masai. Kesan darah kelihatan di baju dan kulit mereka akan tetapi segala luka mereka sudah diubati oleh Luhan menggunakan kuasa yang dia dapat dari Kyungsoo.
"Macam ni lah yang kamu rasa dulu."
Serentak semua orang memandang Sehun. Lelaki itu kini sedang memandang Luhan. "Macam mana pertempuran yang kamu alami dulu. Tak hairan lah kamu takut sangat."
Luhan tersengih tiba-tiba. "Macam ni lah."
"Dah agak lama." gumam Xiumin dalam keadaan tunduk. "Apa sahaja berlaku selepas ini... Kita tak boleh nak elakkan lagi."
Tiada seorang pun bersuara. Semua orang kini sudah tidak ada pilihan lain. Hanya itu pilihan mereka. Teruskan berperang.
"Saya cuma nak cakap..." Xiumin bersuara lagi. "Saya bangga menjadi salah seorang dari puak ni."
Luhan pantas merenung lelaki itu.
"Walaupun pengakhirannya tak seperti yang saya harapkan." sambung Xiumin.
"Kalau misalnya..."
Semua orang kini berpaling memandang Luhan.
"Ditakdirkan kamu berempat pula jadi penaung macam kami..." Luhan bersuara seperti kelihatan terdesak. "Saya harap kamu buat sehabis baik. Jangan jadi macam kami."
Chanyeol tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya rasa kamu ada penaung yang terbaik."
Pandangan mereka kini beralih pula ke arah Chanyeol.
"Saya adalah orang pertama yang bersama kamu." Chanyeol bersuara lagi. "Memang lah kekok. Tapi bersama orang yang ada kebolehan sama macam saya... Ibarat saya dah jumpa identiti saya yang sebenar."
"Penaung Huruf." Sehun yang bersuara sambil tersenyum sendiri membuatkan semua orang memandangnya. "Lain-lain perangai kamu berempat."
Luhan tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu.
"Kris... Dengan sifat panas barannya." Sehun merenung tangannya yang ada banyak kesan darahnya sendiri yang sudah kering dan melekat. "Kyungsoo... Lemah-lembut sangat. Baekhyun pula suka sangat bergurau." Sehun memandang Luhan. "Dan awak pula sentiasa menyelamatkan keadaan."
"Kita dah macam keluarga." celah Chen. "Tak ada sebab nak menyesal. Sama-sama sampai habis walau apa pun nasib kita."
Semua orang mula berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum puas. Walaupun maut bakal berada di hadapan mata mereka, entah kenapa mereka sudah tidak berasa takut lagi. Mereka rasa bahagia dalam keadaan seperti itu.
"Satu je yang saya nak pesan." Luhan memandang mereka satu-persatu. "Kalau misalnya kamu semua terselamat..."
Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen merenung lelaki itu.
"Bolehkah kamu berjanji yang kamu akan terus setia dengan puak Huruf ni.?"
"Kami akan setia dengan puak ni." ujar Xiumin. "Ini keluarga kami."
Chanyeol, Sehun dan Chen hanya mengangguk sambil tersenyum.
Luhan tersenyum kemudian melihat jam ditangannya. "Rasanya dah hampir tiba masanya."
Serentak semua orang bangun dari tempat duduk masing-masing.
"Kita kena ikut strategi saya, boleh.??" Luhan memandang mereka semua satu-persatu.
"Awak adalah ketua, Luhan." ujar Sehun. "Kami ikut arahan awak."
Luhan segera tersenyum kemudian berjalan menuju ke arah sebuah dinding yang langsung tidak retak atau hancur yang terletak di dinding belakang tempat Kyungsoo selalu bekerja. Yang lain hanya mampu memandang lelaki itu.
Luhan membuka ranta huruf 'L' yang ada di lehernya kemudian meletakkan rantai itu pada satu ukiran batu kecil yang terukir di situ. Serta-merta dinding itu bergerak kemudian mengukir satu bentuk pintu yang selama ini mereka tidak pernah lihat. Ia kemudiannya terbuka dan menunjukkan satu ruang yang sedikit luas seolah-olah sebuah bilik.
"Tempat apa ni.?" Chen merenung tempat itu. "Kami tak pernah tahu pun."
"Ini bilik kebal." beritahu Luhan. "Tempat ni tak boleh musnah walau dengan apa cara sekalipun."
"Wow..." semua orang tercengang memandang tempat itu.
"Ia hanya boleh terbuka bila perlu." beritahu Luhan lagi. "Ataupun menggunakan rantai saya."
Semua orang hanya mengangguk-angguk tanda faham.
"Saya nak kamu masuk ke dalam ni sekarang."
Perlahan-lahan Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen melangkah masuk ke dalam tempat itu sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
"Bila saya beri arahan nanti..." Luhan bersuara kelihatan seperti agak tersangkut. "Baru kamu keluar dan serang, faham.??"
Semua orang mengangguk teragak-agak.
"Bersedia je!" ujar Luhan kemudian mencabut semula rantainya yang diletakkan pada ukiran kecil itu.
Serta-merta pintu itu tertutup perlahan-lahan. Airmata lelaki itu mengalir perlahan-lahan melihat Sehun, Xiumin, Chen dan Chanyeol yang masih berdiri kebingungan memandangnya seolah-olah itu adalah kali terakhir mereka bersama.
Luhan segera mengesat airmatanya setelah pintu itu tertutup rapat. Dia memandang rantai yang dipegangnya itu seketika kemudian memakainya semula. Dia mula membuka langkah. Sejam telah berlalu.
Kini dia bersedia untuk apa sahaja kemungkinan atas risiko yang diambilnya. Perbualannya bersama Baekhyun, Kris dan Kyungsoo mula menyelinap masuk ke dalam fikirannya semula. Perbualan yang mana hanya keempat-empat penaung itu sahaja yang tahu.
"Kalau sebelum ni pun ibu bapa kita tak mampu nak kalahkan musuh dalam keadaan mereka yang lengkap..." Luhan bersuara tenang. "Macam mana pula kita nak lawan dalam keadaan yang sikit macam ni.?"
"Itu yang kita tak tahu nak buat macam mana." Kris bersuara sambil berpeluk tubuh menendang-nendang pasir yang kini berterbangan di atas kasutnya.
"Daripada apa yang saya baca dalam sejarah puak ni hanya ada satu cara je." Baekhyun kini berdiri sambil memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluarnya. "Tapi saya rasa itu adalah tindakan darurat."
"Tindakan darurat.??" Ulang Kyungsoo sambil mengerutkan dahinya.
Baekhyun mengangguk-angguk kemudian menarik nafas panjang. "Hanya ada seorang je yang boleh tamatkan pertempuran tu." Baekhyun berpaling memandang Luhan. "Dan orang itu adalah awak."
Serentak ketiga-tiga lelaki itu mengerutkan dahi.
"Saya.??" Ulang Luhan.
"Ya."
"Macam mana pula.?" Tanya Luhan.
"Sebab awak ada semua kuasa." selamba Baekhyun menjawab.
"Maksud awak saya kena keluarkan semua kuasa tu.?" Soal Luhan lagi.
"Tak." Baekhyun menggelengkan kepalanya.
"Habis tu.??" Luhan semakin kebingungan.
"Awak kena letupkannya."
Serentak Kris, Luhan dan Kyungsoo terkejut sambil membesarkan mata memandang lelaki itu.
"Letupkan.??" Ulang Kyungsoo. "Awak dah gila.?! Nyawa dia akan melayang sekali awak tahu tak."
"Sebab tu saya cakap itu ada cara yang digunakan dalam keadaan darurat." balas Baekhyun. "Kita terlalu sikit. Tak mampu nak kalahkan mereka yang terlalu ramai mengalahkan tentera perang dunia."
"Tapi kalau kita semua terbunuh..." Kris mencelah. "Siapa nak jadi penaung yang seterusnya.?"
"Simpan yang masih tinggal dalam bilik kebal tu." ujar Baekhyun. "Hanya Luhan yang boleh buat."
Luhan tersenyum sendiri mengingati perbualan itu. Jika Baekhyun, Kris dan Kyungsoo sudah tiada sebagai penaung Huruf, kini dia akan menyusul. Dia hanya mampu berharap pada kawannya yang ditinggalkan dalam bilik kebal itu.
"Nanti." Xiumin tiba-tiba tersentak. "Macam mana kita nak keluar jika Luhan beri arahan. Tak ada cara nak keluar dari dalam ni."
Serentak mereka semua memandang pintu itu. Tiada apa-apa cara yang mereka boleh gunakan untuk membuka semula pintu itu.
"Yalah." Chen baru teringat. "Luhan cakap cuma dia je yang boleh buka."
"Tapi dia ada cakap pintu ni boleh terbuka sendiri jika perlu kan.?" Sampuk Chanyeol.
Mereka mula berpandangan sesama sendiri. Ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu yang kini mengangguk mereka.
"Tak! Tak!! Luhan!!!" pekik Sehun tiba-tiba sambil memegang pintu batu yang tertutup rapat itu.
"Kenapa dengan awak.?" tanya Xiumin.
"Awak tak boleh agak lagi ke.?!" Sehun kini semakin cemas. "Dia bercadang nak hadapi sendirian!!"
"APA.?!!" Serentak Chen, Chanyeol dan Xiumin bersuara.
"Dia selalu cakap teruskan pimpin puak ni... Dan ini sebenarnya rancangan dia!!" Sehun kelihatan tertekan.
Luhan melangkah dengan penuh keazaman. Dia sudah nekad dengan keputusan yang dilakukannya itu. Dia berhenti berjalan apabila di kawasan lapang tempat mereka berlatih itu. Dia memandang sekeliling. Lembaga berkelubung hitam mula muncul satu-persatu dari setiap arah.
Luhan menelan air liurnya ketika lembaga-lembaga itu mula berjalan mendekatinya. Dia kini dikepung dengan ribuan tentera musuh itu. Perlahan-lahan dia membuka kedua-dua tangannya di kiri dan kanan dengan tenang. Cahaya yang terang mula keluar perlahan-lahan dan satu-persatu kuasanya muncul dan meletus di langit.
"Tengok tu!!"
Semua orang memandang Chanyeol yang kini mendongak ke atas. Bilik kebal itu hanya beratapkan cermin yang lutsinar. Sehun, Xiumin, Chen dan Chanyeol dapat melihat kuasa Luhan bermain di atas langit dari situ.
Bermula dengan kuasa pembekuan Kai, kemudian meletus dengan cahaya tembakan mata Lay. Daun-daun pokok berterbangan di bawa angin yang sangat kuat menampakkan kuasa Xiumin.
Cahaya kuasa Suho meletus terang-benderang. Kuasa pasir Chen bermain seperti air. Kuasa air Tao pula membentuk satu pancutan dan diletuskan oleh kuasa api Kris. Seterusnya panah meletus dengan iringan kuasa petir.
"AARRGGHH!!!!!"
Luhan menjerit sekuat hati. Urat-urat sarafnya terasa seperti menggelegak. Rantai huruf 'L' yang tersangkut di lehernya mula terangkat perlahan-lahan dengan cahaya yang terlalu terang dan boleh membutakan mata. Tubuhnya diselebungi semua kuasa yang ada padanya. Semua kuasa itu semakin lama semakin membesar.
BOOM!!!!!
Satu letusan yang amat kuat dirasai. Tempat itu bergegar kuat seperti ada gempa bumi yang berlaku. Sehun, Xiumin, Chen dan Chanyeol berusaha mengawal diri mereka akibat gegaran yang terlalu kuat itu.
Tidak berapa lama kemudian, gegaran itu berhenti. Tidak semena-mena, pintu yang menjadi penghadang buat mereka mula terbuka perlahan-lahan. Asap tebal menyelubungi markas itu seperti kabus.
Mereka melangkah keluar dalam keadaan yang terpinga-pinga. Mereka tidak dapat melihat apa-apa yang menjadi penghadang mereka. Pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan, batu-bata dan juga kayu-kayan sudah tidak kelihatan lagi. Tempat itu kini menjadi satu tapak yang luas. Semua yang menjadi penghadang sudah hancur akibat letupan itu.
Mereka berjalan perlahan-lahan memandang sekeliling dengan penuh berhati-hati kerana di atas tanah itu semuanya benda yang sudah hancur. Keadaan terasa amat sunyi dan mereka hanya berjalan dan terus berjalan tanpa tujuan. Asap tebal itu menyukarkan penglihatan mereka. Apa yang mereka dapat rasakan hanyalah angin yang bertiup lembut.
Lama-kelamaan, asap yang seperti kabus itu semakin hilang di bawa angin. Kawasan itu kelihatan benar-benar kosong. Debu-debu berwarna hitam bertaburan di setiap tempat. Cecair berwarna-warni dapat dilihat di merata tempat.
"Apa yang kita perlu buat.?" Chen bersuara perlahan.
"Ada sesuatu yang kita perlu cari." ujar Sehun sambil memerhati sekeliling.
Satu benda berkilauan tidak jauh dari situ menarik perhatian mereka. Dengan pantas Sehun mendekati benda berkilau itu. Yang lain hanya mampu menyusul kebingungan. Apa yang mengejutkan mereka, rantai huruf 'L' yang sentiasa tergantung di leher Luhan berada di situ. Rantai itu berkilau lain dari yang lain.
"Rantai Luhan." Chanyeol membesarkan matanya. "Kenapa rantai ni masih ada.?"
"Sebab dia seorang ketua." beritahu Sehun. "Rantainya tak akan musnah."
Tiada seorang pun bersuara.
"Maksudnya pertempuran ni dah tamat lah.?" Xiumin memandang Sehun.
Sehun menarik nafas panjang kemudian mengangguk perlahan. "Sehingga peringkat seterusnya bermula."
"Apa yang kita perlu buat sekarang.??" Tanya Chen.
"Kembali dengan kehidupan kita sebelum ni." selamba Sehun bersuara. "Peringkat puak huruf pada kali ini dah tamat. Hanya tunggu yang seterusnya."
A/n: One more chapter to go. Mungkin saya akan post lepas ni juga sebab it just an epilogue. Sooo.... This is the ending. Even the last one died too. Means all leaders died. I hope you guys okay with this. Tak semua ending hero kena survive. Huhuhu~
> VOTE & COMMENT
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top