Jangan Cari Pasal


Tao keluar dari biliknya sambil mengeliat panjang kemudian menuju ke ruang tamu agak janggal.. Dia memandang satu-persatu orang yang ada di situ.. Chen kini sedang duduk di sofa sambil membuat sesuatu pada komputer ribanya, Suho yang duduk di sebelahnya sedang bermain satu permainan di telefon bimbitnya, Kris sedang duduk di sebelah Luhan yang sedang menghadap komputer ribanya itu masih dalam usaha mencari Huruf yang masih tinggal, manakala Chanyeol sedang memeriksa kotak keperakan yang sentiasa dibawa ke mana-mana itu..

"Oh, Tao..."

Serentak semua orang menoleh memandang Tao apabila Chanyeol menyebut nama lelaki itu.. Mereka langsung tidak perasan kehadirannya di situ kerana sibuk dengan hal masing-masing..

"Awak dah sarapan ke.?" Tanya Chanyeol sambil tersenyum manis lebih mesra dari yang lain..

"Dah.." Tao hanya mengangguk-angguk kemudian duduk di sebuah kerusi berdekatannya.. Dia benar-benar janggal dan langsung tidak tahu hendak berbuat apa.

"Dah ada dapat apa-apa maklumat ke, Luhan.?" Suho yang sibuk bermain telefon bimbitnya dari tadi akhirnya bersuara.. Dia juga sudah letih lalu meletakkan telefon bimbit itu di atas meja..

Luhan hanya menggelengkan kepala tanpa mengalihkan matanya dari komputer riba itu.. "Saya tak jumpa apa-apa lagi.."

"Boleh saya tanya satu soalan.?"

Serentak semua orang memandang Tao yang kelihatan teragak-agak memandang setiap orang di situ..

"Apa dia.?" Tanya Chanyeol..

"Er... Macam mana kamu boleh tahu kami ada di bandar ni.?" Tao terus dengan soalannya..

"Kami cari guna laman web lah.." jawab Chanyeol..

"Tapi macam mana.??" Tanya Tao lagi.. "Maksud saya...."

"Kami dapat dari sebuah blog!" selamba Luhan memintas..

"Blog.??" Ulang Tao..

Luhan mengangguk-angguk sambil menarik nafas panjang.. "Biasanya apa-apa benda pelik berlaku akan dikeluarkan dalam akhbar atau artikel.. Bagi kes kamu ni, kami jumpa satu blog yang kamu buat sendiri.."

"Tapi saya tak ada blog.." beritahu Tao..

Mendengar kata-kata Tao, serentak semua orang menoleh memandang Chen yang ketawa sendiri memandang komputer ribanya itu sambil membuat sesuatu yang tidak ketahui seperti orang kurang siuman..

"Hoi!!"

Chen terdiam kemudian memandang semua orang yang kini sedang memandangnya.. "Apa.???"

"Awak ni dah kenapa.?" Tanya Suho merenung lelaki bermata kuyu itu.. "Dah tak waras lagi ke.?"

"Mana ada.." balas Chen.. "Saya tengah update blog lah.."

"Awak lah rupanya yang buat blog tu.." Luhan mendengus perlahan kemudian kembali memandang komputer ribanya..

"Yalah.." ujar Chen.. "Sekarang saya nak update pasal kita pula.. 'Perjumpaan semula puak Huruf'!"

"Jangan nak merepek pula!" ujar Kris keras..

"Kenapa pula.??" Chen mengerutkan dahinya..

"Awak nak bunuh diri ke dengan memberitahu pasal diri awak tu di laman web macam tu.??" Kris merenung lelaki itu tajam..

"Lah...." Chen mengeluh panjang.. "Sikit je pun.. Bukannya orang tahu.. Orang pun bukannya kisah sangat.."

"Hei..." Luhan memandang Chen.. "Kalau kami ni pun boleh cari awak... Apa lagi musuh kita.. Jangan nak bunuh diri!"

"Yalah.." Chen mendengus kuat kemudian menutup komputer ribanya.. "Jadi.... Apa nak buat sekarang.?"

Belum sempat soalan itu dijawab, satu cahaya menerangi seluruh ruang rumah itu membuatkan semua orang terkejut..

"Hei, Suho!!" pekik Chen tiba-tiba sambil menahan kesilauan cahaya dengan menutup matanya menggunakan tangan.. "Yang awak guna kuasa awak waktu-waktu macam ni buat apa.??"

"Saya tak buat apa-apa lah!!" Suho membentak dalam keadaannya terbuka luas.. Cahaya yang terang itu langsung tidak mengganggunya..

Tao terkedu sambil memejamkan matanya.. Luhan dan Kris hanya mengecilkan mata mereka sambil memandang Chanyeol yang sedang membuka kotak keperakan yang kini bercahaya itu.. Dia mencapai seutas rantai berbuah huruf 'N' yang kini sedang bercahaya terang dan bergerak-gerak.. Tidak semena-mena ia bertukar menjadi debu dan hilang dari pandangan..

"Apa yang dah berlaku.??" Tanya Chen setelah cahaya itu hilang.. Dia agak tercungap-cungap seperti baru selesai berlari..

Tao kelihatan terpinga-pinga memandang mereka satu-persatu.. Dia juga agak tercengang..

"Mereka dah jumpa satu lagi.." Chanyeol mendengus perlahan..

Serentak Kris, Luhan dan Suho mengeluh panjang..

"Apa yang dah berlaku.?" Tanya Chen sekali lagi kerana soalannya sebentar tadi belum dijawab..

Chanyeol mula menerangkan semuanya satu-persatu kepada Tao dan Chen.. Luhan dan Kris kini sudah terlalu penat untuk memberi penerangan setiap kali mereka terjumpa ahli baru..

"Jadi, rantai tu...." Tao menuding ke arah kotak keperakan yang berada ditangan Chanyeol..

Chanyeol hanya mengangguk.. "Ia adalah milik kita.."

"Kita belum beri rantai tu pada mereka kan.?" Luhan memandang Kris..

Kris segera memandang Chanyeol.. "Beri rantai mereka.."

Chanyeol tidak membantah.. Dia mencapai dua utas rantai dengan buah huruf 'C' dan 'T' lalu menghulurkannya pada Chen dan Tao..

"Lebih baik kamu segera pakai rantai tu.." Luhan bangun dari kerusi lalu meregangkan badannya yang kini terasa lenguh..

Tao hanya kebingungan memandang rantai yang berada ditangannya itu.. Chen pula kelihatan teruja dan segera mengalungkan rantai yang diberi kepadanya.. Tanpa berfikir panjang, Tao juga melakukan hal yang sama..

----------------------------------------------------------------------

Kris menutup kotak keperakan yang berada ditangannya itu sambil mendengus perlahan.. Sekali lagi ianya bercahaya.. Kali ini, ada dua rantai sekaligus yang hancur menjadi debu iaitu rantai dengan buah huruf 'Y' dan huruf 'G'.. Suho yang turut berada di situ hanya mampu memandang agak simpati.. Dia juga tidak mampu berbuat apa-apa.. Chanyeol, Chen dan Luhan keluar membeli makanan untuk bekalan mereka.. Tao pula baru sahaja keluar dari bilik.. Dia langsung tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana hanya dia tahu bagaimana caranya.. Dia kelihatan seperti orang tiada kehidupan dan dikurung dalam rumah itu..

"Dah banyak yang mati.." ujar Suho kemudian terpandang Tao dan segera tersenyum ceria.. "Hai, Tao!!"

"Hai.." balas Tao janggal kemudian teragak-agak memandang ke arah Kris yang buat tidak tahu kehadirannya di situ.. Sejak dia mula datang ke situ, Kris tidak pernah bercakap dengannya.. Senyum pun tidak pernah.. Dia sedikit kurang senang dengan sikap lelaki tampan itu..

"Sekarang ni ada berapa orang lagi yang kita cari.?" Tanya Suho yang kini memandang Kris..

Kris berfikir seketika.. "Dalam dua belas orang rasanya.. Saya pun tak pasti.. Bergantung dengan yang ada dalam kotak tu.."

"Wow... Banyak lagi.." Suho kelihatan sedikit terkejut sambil membesarkan matanya dan menarik nafas panjang..

"Sekarang ni pun tak tahu di mana nak jejak mereka.." Kris mendengus perlahan.. "Masih belum ada tanda yang kita dapat.."

Suho mengangguk bersetuju..

"Luhan dan Chanyeol pun tak dapat apa-apa lagi.." keluh Kris yang hanya mampu berharap pada kedua-dua lelaki itu..

"Macam mana cara mereka cari petanda.?" Tao memandang Kris sambil berharap lelaki itu akan bercakap dengannya.. Akan tetapi, Kris langsung tidak membalas sebaliknya memandang ke tempat lain dengan sengaja..

"Kami pun tak tahu.." Suho menjawab setelah perasan gelagat Kris seperti itu bagi mengelakkan Tao berasa kurang selesa.. "Cuma Luhan dan Chanyeol yang tahu macam mana caranya.."

Tao yang masih memandang Kris hanya mengangguk-angguk sebelum mendengus perlahan..

"Oh, ya.." Suho memandang Tao.. "Awak kuasa air kan.? Jadi awak boleh keluarkan air dari tangan awak lah.?"

Tao hanya mengangguk teragak-agak..

"Cuba keluarkan air sikit.." pinta Suho.. "Nak tengok.."

Dengan selamba Tao membuka tapak tangan kanannya lalu dihadapkan ke atas bagi mengelakkan air yang akan dikeluarkannya melimpah.. Perlahan-lahan air keluar dari situ.. Semakin lama semakin banyak bagaimanapun berjaya dikawal oleh Tao agar tidak melimpah merata-rata..

"Wah...." Suho kelihatan teruja..

"BERHENTI BUAT MACAM TU!!"

Pekikan Kris menyebabkan Suho tersentak.. Tao yang turut terkejut mula hilang kawalan.. Air yang di keluarkan dari tangannya tadi kini jatuh dan melimpah.. Serentak mereka memandang Kris..

Kris kini kelihatan lain dari biasa.. Dia berdiri dari tempat duduknya sambil merenung Tao dengan tajam..

"Kris..."

Panggilan Suho langsung tidak dipedulikan.. Kris hanya merenung ke arah Tao seolah-olah Tao adalah ayam panggang yang sangat lazat untuk di makan.. Tidak semena-mena badannya berapi..

"Wuoh!!" Suho terlompat dari kerusinya agak terkejut.. Tao yang tergamam turut bangun dari kerusinya dan berundur ke belakang..

"Kris!" panggil Suho kemudian memandang ke arah Tao dalam keadaan cemas.. "Apa kita nak buat.??"

"Entah.." Tao menelan air liurnya.. "Padamkan apinya.??"

"Ya.." Suho mengangguk agak cemas.. "Gunakan kuasa awak.."

Tao segera menghalakan tangan kanannya untuk mengeluarkan air bagi memadam api yang kini menyelaputi badan Kris.. Tapi malangnya, itu membuatkan Kris menjadi lebih marah.. Kris menembakkan kuasa apinya ke arah rak yang berada berdekatan Suho dan Tao menyebabkan kedua-dua mereka berlari mengelak..

"Apa dah jadi ni.?!!!"

Serentak Suho dan Kris menoleh.. Chanyeol, Luhan dan Chen yang berada di muka pintu tercegat memandang mereka..

"Alamak.." gumam Chanyeol lantas menutup pintu rumah itu bagi mengelakkan orang lain ternampak kejadian itu..

"Wah...." Chen terpegun memandang Kris berbeza dari yang lain..

Tao dan Suho segera berlari mendekati mereka kerana ketakutan.. Mereka tidak tahu hendak berbuat apa..

"Kris!" Luhan melepaskan plastik yang dibawanya kerana terkejut apabila Kris menghalakan tangan kanannya ke arah mereka tanpa dapat dipastikan siapa sasaran sebenar lelaki itu..

"Luhan, hati-hati!!" pekik Tao ketika Kris menembakkan kuasa apinya tepat ke arah Luhan..

Suho menutup telinganya seolah-olah dia sedang menonton wayang hantu yang seram.. Chen menekup mulutnya kerana terkejut.. Chanyeol pula hanya mampu memandang situasi itu.. Tembakan Kris terkena tepat ke arah Luhan.. Apa yang megejutkan mereka, Luhan langsung tidak cedera atau terbakar..

"Kris, berhenti!!" bentak Luhan..

Kris tidak menjawab.. Mata maraknya masih merenung seseorang.. Luhan cuba memastikan siapa yang direnung lelaki itu bagaimanapun segera mendapat jawapan ketika terpandang Tao.. Apabila Kris menghalakan tangannya pada lelaki itu, serta-merta Luhan menyalakan api dari tangannya menyebabkan Suho, Chen dan Tao terkejut.. Chanyeol masih lagi dengan dirinya yang hanya mampu memandang..

"Bukan Luhan kuasa petir ke.?" Tanya Chen dalam keadaan kalut itu.. "Kenapa dia ada kuasa api.??"

Belum sempat sesiapa pun menjawab soalan itu, Luhan menembakkan kuasa apinya dengan kuat ke arah Kris menyebabkan lelaki itu terhumban ke dinding.. Chanyeol, Suho, Chen dan Tao terkejut dengan tindakan Luhan..

"Ouch!" Kris mengerang kesakitan sambil memegang lengannya.. Serta-merta api yang menyelaputi badannya kini hilang.. Dia bangun perlahan-lahan lalu memandang Luhan agak tercungap-cungap.. Luhan turut membalas pandangan kawan baiknya itu..

"Apa hal.??" Tanya Luhan selamba..

Kris tidak menjawab sebaliknya mendengus kuat..

"Saya rasa awak masih tak betul sekarang.." Luhan menarik nafas panjang.. "Pergi tenangkan diri awak tu dulu.."

Kris tidak membantah.. Dia segera berjalan menuju ke pintu yang berada betul-betul di belakang Chanyeol, Chen, Suho dan Tao.. Serentak mereka berundur bagi memberi laluan kepada lelaki itu untuk lalu.. Kris segera keluar dan berlalu pergi dari situ membuatkan keadaan menjadi semakin tegang..

Luhan mengeluh panjang sambil memandang seluruh rumah itu yang kini sudah menjadi huru-hara.. Dia mengeluarkan kuasa airnya bagi mematikan api yang masih marak di segenap tempat..

"Dia ada kuasa air juga.?" Chen berbisik dengan Chanyeol.. Lelaki itu kini lebih teruja melihat kebolehan Luhan berbanding dengan apa yang sedang berlaku..

"Ini bukan masa untuk terangkan.." balas Chanyeol yang hanya memandang setiap pergerakan Luhan..

"Apa yang dah jadi sebenarnya.?" Luhan memandang Suho dan Tao dengan dahi berkerut.. Dia kini kelihatan bengang..

"Kami tak buat apa-apa pun.." Suho menjawab dengan wajah tidak bersalah..

"Habis tu kenapa dia boleh sampai meradang macam tu.??" Tanya Luhan lagi dengan nada sedikit keras..

"Kami tak tahu.." Suho memandang Tao sekali imbas yang hanya mampu memandang Luhan.. "Saya dengan Tao berbual je.. Tiba-tiba dia marah.."

"Apa yang kamu bualkan.?" Tanya Luhan masih belum puas hati.. Dia yakin ada sesuatu yang membuat lelaki itu marah seperti itu..

"Pasal Huruf..." beritahu Suho kerana Tao langsung tidak membuka mulut.. "Lepas tu Tao tunjukkan kuasanya.."

Luhan mendengus kuat sambil bercekak pinggang.. Dia memejamkan matanya seketika.. "Patutlah!"

"Kenapa.??" Tanya Suho.. "Kami ada buat salah ke.?"

Tao memandang Luhan risau.. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya walaupun dia tidak tahu apa salah mereka..

"Dengar ni, Tao..."

Tao tersentak memandang Luhan..

"Kalau tak perlu, jangan keluarkan kuasa awak di depan Kris, faham tak.?" Luhan memberi amaran membuatkan semua orang memandangnya pelik bagaimanapun tidak berani bertanya..

"B.... B... Baik.." Tao hanya mengangguk teragak-agak..


A/n: Well, as I promised... If the total readers increase 100, I will update. Then, here we go.

You know..... Saya suka sangat taip cerita ne part Luhan tenangkan Kris bila Kris marah. Nampak betul matching kat situ. Hahaha. Tapi saya tak ship dorang eh. Saya ship as a brothers. :) Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top