Empat Tahun Kemudian


"Jadi apa yang berlaku pada Luhan sebenarnya, cikgu.?" tanya Zain, budak lelaki dengan rambut menggerbang keriting.

Chen tersenyum sendiri memandang anak muridnya itu kemudian beralih memandang ke luar tingkap ke arah langit biru yang cerah. "Dia dah pergi buat selama-lamanya."

"Kenapa dia pergi.?" Nina, budak perempuan bermata sepet itu mencebikkan mukanya. "Dia tak sepatutnya pergi."

Chen tersenyum memandang budak perempuan itu. "Tak semua apa yang kita harapkan itu akan kekal."

KRIINNGGG!!

"Baiklah, semua." Chen menarik nafas panjang kemudian menyusun fail-failnya. "Kita jumpa lagi lepas cuti sekolah nanti."

"Baik!!" jerit semua murid-murid yang ada di dalam kelas itu sambil menyandang beg galas masing-masing.

"Hati-hati balik.." pesan Chen.

"Ya!!"

"Nanti saya nak jadi macam Luhan. Dia boleh ambil semua kuasa." ujar Nina ketika mereka semua berjalan beriringan keluar kelas.

"Baguslah." Zain tersenyum. "Biar saya jadi Sehun.. Jadi kita boleh bersama."

"Kalau macam tu biar saya jadi Kris." Kitty, budak perempuan putih melepak itu mencelah. "Biar saya bakar kamu berdua sampai hangus."

Chen hanya tersenyum kemudian menggelengkan kepalanya melihat gelagat anak-anak muridnya itu. Dia kembali mengemas barang-barangnya.

"Selamat petang, cikgu!!"

Chen tersentak mendengar sapaan itu. Dengan pantas dia menoleh ke belakang. Kelihatan Chanyeol tersenyum-senyum kambing memandangnya.

"Awak rupanya, Chanyeol." Chen mendengus perlahan memandang lelaki itu. "Mengada-ngada je kerja."

"Dia dah ganti jadi macam Baekhyun. Memang lah macam tu."

Chen menoleh lagi. Dia tersenyum memandang seorang lelaki berkulit putih gebu dengan senyuman manis sedang bersandar di pintu sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluarnya.

"Xiumin..."

"Hai." Xiumin tersenyum memandang lelaki itu.

"Lamanya tak jumpa kamu berdua." Chen bersuara teruja memandang Xiumin dan Chanyeol silih-berganti.

"Ya." Chanyeol mengangguk. "Dah empat tahun kan."

"Kamu berdua bila jumpa.?" Tanya Chen.

"Awak lupa ke kami dari tempat yang sama.?" Chanyeol memandang Chen. "Kami dah grad tahun lepas. Sekarang tengah kerja."

Chen mengangguk-angguk.

"Dah... Jom gerak!"

"Ke mana.??" Tanya Chen.

Xiumin dan Chanyeol berpandangan seketika kemudian memandang lelaki itu.

"Awak tak terima mesej dari Sehun ke.?" Tanya Xiumin.

"Oh." Chen baru teringat. "Yang tu."

"Ya!" Xiumin mendengus. "Yang tu lah. Dah, jom!"

------------------------------------------------

Xiumin memberhentikan kereta yang dipandunya itu di kawasan berumput yang amat tenang itu. Dia memandang sekeliling sambil mengerutkan dahinya. Chanyeol yang duduk di sebelahnya hanya tersenyum. Chen yang duduk di tempat duduk belakang mengeliat panjang kerana letih duduk berjam-jam di dalam kereta itu.

"Ini ke tempatnya.?" Tanya Xiumin kurang yakin.

"Ya." Chanyeol menjawab kemudian segera turun dari kereta.

"Kamu yakin.?" Tanya Xiumin lagi.

"Ya." Chen pula menjawab yang juga turun dari kereta. "Kami dah pernah ke sini."

Xiumin mencabut kunci keretanya kemudian segera turun dari kereta. Mereka berjalan beriringan sehingga tiba di sebuah perkampungan kecil dengan budaya hidup yang tersendiri.

"Wuoh..." Xiumin kelihatan teruja. "Jadi kat sini lah Sehun tinggal.?"

Chanyeol mengangguk-angguk. "Jom!"

Mereka mula berjalan masuk ke situ. Xiumin memandang sekeliling dengan perasaan teruja. Dia memerhati setiap perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang di situ. Chen dan Chanyeol tidak begitu teruja kerana mereka sudah pernah ke situ sebelum ini.

"Chanyeol... Chen..."

Serentak ketiga-tiga mereka menoleh. Kelihatan dua orang lelaki yang dikenali mereka berdiri tersenyum memandang mereka.

"Jaebum... Jackson..."

"Hai." Jaebum tersenyum. "Kamu buat apa ke sini.? Datang melawat lagi.?"

"Oh, tak." Chanyeol menggelengkan kepalanya. "Kami datang nak cari Sehun. Mana dia.?"

"Oh." Jaebum mengangguk. "Dia tengah main pedang. Pergi lah sana."

"Baiklah, terima kasih." ucap Chanyeol.

"Sama-sama."

Chanyeol, Chen dan Xiumin mula berjalan lagi.

"Unik betul baju yang mereka pakai." ujar Xiumin.

Chanyeol dan Chen hanya tersenyum. Mereka kini sudah tiba ke kawasan di mana orang ramai sedang berkumpul dan bersorak menonton sesuatu.

"Apa tu.?" Tanya Xiumin.

"Jom." Chen terus menarik lelaki itu menyisip masuk di celah-celah orang ramai yang sedang berdiri itu.

"Tengok sana." Chanyeol menuding ke arah dua orang yang tengah bermain pedang di tengah-tengah gelanggang.

"Wah..." Xiumin ternganga. "Lawan pedang."

"Bukan tu. Tengok betul-betul orangnya."

Xiumin mula memerhati dua orang lelaki yang sedang berlawan itu kemudian membesarkan matanya. "Sehun!!"

"Ya." Chanyeol segera tersenyum.

Hisham kini sedang fokus berlawan dengan pakaian pedangnya.

"Dia dan Luhan pernah berlawan di sini." beritahu Chen sambil matanya masih fokus memandang perlawanan itu.

Xiumin hanya membesarkan matanya memandang lelaki itu.

"Perlawanan tamat!! Sehun menang!!"

Kedengaran sorakan dan pekikan daripada orang ramai diiringi dengan tepukan gemuruh yang membingitkan telinga. Sehun hanya tunduk sedikit kemudian membuka pakaian pedangnya untuk digantikan dengan orang lain yang akan berlawan lagi.

"Sehun!!!"

Sehun tersentak apabila terdengar namanya dipanggil. Dia segera memandang sekeliling ke arah orang ramai kemudian terhenti apabila terpandang Chanyeol yang sedang melambai-lambai. Dia segera tersenyum apabila terpandang Xiumin dan Chen turut berada di situ. Dengan pantas dia mendekati rakan-rakannya itu.

"Bila kamu sampai.?"

"Baru je tadi." jawab Xiumin. "Apa khabar.? Dah empat tahun tak jumpa."

Sehun tersengih mendengar pertanyaan lelaki itu. "Saya okey je."

"Oh, ya." Chen merenung lelaki itu. "Kenapa awak nak jumpa kami.??"

Sehun berdiam diri seketika. "Ada sesuatu yang saya nak beritahu kamu. Sesuatu yang Luhan beritahu saya sebelum ni."

Serentak mereka semua terkejut.

"Luhan beritahu.??" Ulang Xiumin. "Apa dia.??"

Sehun berdiam diri lagi. Perbualannya bersama ketua mereka itu dulu mula kembali ke dalam ingatannya.


"Sehun... Saya nak minta tolong awak sesuatu."

Sehun segera memandang lelaki itu. "Apa dia.?"

"Kalau misalnya ada apa-apa akan berlaku..." Luhan bersuara perlahan. "Saya nak awak ambil rantai saya ni."

Sehun segera mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. "Apa maksud awak.?"

"Rantai ni..." Luhan mengeluarkan rantai yang ada di lehernya itu. "Kalau ada apa-apa yang akan berlaku nanti..."

"Awak nak cakap awak akan mat..."

"Saya hanya cakap kalau!" tegas Luhan.

Sehun segera terdiam.

Luhan menarik nafas panjang. "Saya nak awak simpan rantai ni..."

Sehun tidak membalas sebaliknya hanya merenung lelaki itu.

"Rantai seorang ketua tak akan dapat musnah walaupun dia mati." beritahu Luhan. "Sebab rantai ni akan menjadi kunci untuk kamu maju ke peringkat seterusnya."

"Maksudnya.?" Sehun kelihatan bingung.

"Kamu perlukan benda ni untuk pergi ke peringkat seterusnya. Maksudnya ke peringkat seterusnya kuasa Huruf akan kembali. Ingat tak kami terangkan mengenai peringkat penurunan kuasa ni sewaktu kamu mula-mula sampai di markas tempoh hari.??"

Sehun berfikir seketika kemudian mengangguk-angguk.

"Rantai ni akan bercahaya jika kamu dah mula perlukan kuasa."

"Perlukan kuasa.??" Ulang Sehun.

"Maksudnya musuh dah muncul." ujar Luhan. "Rantai ni akan berkuasa dan kamu kena kembali ke markas ni."

"Jadi kami tak boleh tinggal di sini sebelum tu ke.?" Tanya Sehun.

"Hanya jika kamu berada di dunia luar." jawab Luhan. "Kamu kan ada kehidupan sendiri."

"Oh." Sehun mengangguk-angguk tanda faham.

"Balik ke sini dan letakkan rantai saya di atas ukiran batu tempat di mana kita letakkan bebola kristal tu."

Sehun hanya mendengar dengan tekun.

"Jika semua rantai puak Huruf dah lengkap..." Luhan merenung Sehun sambil berharap setiap kata-katanya akan diingati oleh lelaki itu. "Maknanya kamu kena mulakan misi mencari."

"Misi... Mencari.??"

Luhan mengangguk-angguk. "Macam yang kami lakukan untuk cari kamu."

Sehun tidak membalas sebaliknya mula berfikir. Dia kini sedang membayangkan dirinya sudah berada dalam keadaan itu.

"Kumpulkan semua dan bawa balik ke sini." sambung Luhan. "Kamu kena buat macam mana yang kami buat."

"Maksudnya semua akan jadi sama seperti sekarang.??"

Luhan menarik nafas panjang kemudian mengangguk perlahan.


Serentak Xiumin, Chanyeol dan Chen membesarkan mata apabila Sehun menceritakan seluruh perbualannya dengan Luhan kepada mereka.

"Jadi kita kena mula lagi.?" Tanya Chen.

Sehun hanya mengangguk-angguk.

"Awak masih simpan rantai Luhan.?" Tanya Xiumin pula.

"Ya." jawab Sehun. "Saya masih simpan. Dan tiga hari yang lalu rantai tu bercahaya tiba-tiba."

Serentak mereka semua terkejut.

"Jadi maknanya kita akan dapat semula kuasa kita.?" Chanyeol merenung Sehun yang hanya mengangguk-angguk.

Dengan pantas Chen menghalakan tangannya untuk cuba menggunakan kuasanya akan tetapi tiada apa-apa yang berlaku. "Masih belum ada pun."

"Saya belum letak rantai dia pada ukiran batu tu pun kan.?" Sehun menderam.

"Kita kena balik ke markas.?" Xiumin memandang Sehun.

"Ya."

-------------------------------------------

Pintu batu itu terbuka perlahan-lahan. Xiumin, Sehun, Chanyeol dan Chen melangkah masuk perlahan-lahan. Tempat itu masih sama dengan keadaan yang mereka tinggalkan empat tahun dulu. Ia kini menjadi tempat seperti padang jarak padang terkukur. Batu-batu hancur sini sana.

Kerosakan selepas mereka habis berperang tempoh hari terlalu banyak melebihi sembilan puluh peratus daripada kawasan markas itu. Apa yang tidak berubah adalah dinding bilik kebal, pintu masuk serta ukiran batu yang berada di tengah-tengah kawasan itu.

"Masih sama keadaannya." Chen bersuara sambil memandang sekeliling.

"Entah bila kali terakhir kita berada di sini dalam keadaan baik." Chanyeol mencelah juga memandang sekeliling.

"Sudah empat tahun berlalu selepas pertempuran tu." Xiumin tiba-tiba bersuara. "Tapi kita masih rasa mereka ada di sini."

Sehun, Chen dan Chanyeol tidak bersuara sebaliknya mengangguk perlahan.

"Apa kita perlu buat sekarang.?" Chanyeol segera memandang Sehun.

Sehun tidak segera menjawab sebaliknya mula berjalan meredah rekahan-rekahan batu yang bertaburan itu. Dia berhenti di hadapan ukiran batu yang masih kukuh tidak bergerak.

Sehun segera menyeluk kocek jaket yang dipakainya kemudian mengeluarkan rantai huruf 'L' yang masih tidak berhenti bercahaya bagaimanapun tidak terlalu terang. Chanyeol, Xiumin dan Chen mendekati lelaki itu.

"Awak akan letak kat situ.?" Tanya Chen.

Sehun tidak menjawab sebaliknya menekan butang bulat yang berada di tengah-tengah ukiran batu itu menyebabkan ianya terbuka dan mengeluarkan satu lagi ukiran batu yang mempunyai semua huruf yang disusun secara rawak. Sehun meletakkan rantai Luhan yang berada ditangannya perlahan-lahan ke tengah-tengah ukiran itu sesuai dengan bentuknya.

Tidak semena-mena, cahaya rantai itu semakin terang. Apa yang mengejutkan mereka, satu persatu bentuk huruf yang kosong di situ mengukir buah rantai selari dengan bentuknya.

Setiap rantai yang terukir dari huruf 'A' sehingga huruf 'Z' mula bercahaya menerangi mereka. Tidak lama kemudian, kesemua dua puluh enam rantai itu terapung di udara kemudian berlegar-legar di seluruh kawasan markas itu.

Apa yang lebih mengejutkan mereka, batu-batu yang pecah bertempiaran di seluruh kawasan itu mula bergerak sendiri kembali ke tempat asal. Pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan kembali hidup di tanah. Laut dan kolam mula terbentuk.

Keempat-empat mereka hanya ternganga memandang keajaiban itu. Tidak sampai beberapa minit, tempat itu kini sudah kembali seperti sedia kala. Sama seperti waktu mereka mula-mula melangkah masuk ke markas itu. Ruangan tempat mereka berdiri itu juga sama seperti dulu.

"Apa maknanya semua ni.?" Chen masih lagi tercengang.

"Maknanya misi mencari kita sudah bermula."


TAMAT


A/n: So, saya nak umumkan bahawa... ALHABET/HURUF (EXO Version) TAMAT DI SINI!!! This is the last chapter. So, it's officially end.

> VOTE & COMMENT <


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top