Berbeza Kehidupan


Tao mengamati peta yang berada ditangannya itu. Setakat ini, dia adalah pemandu arah yang terbaik jika dibandingkan dengan kumpulan yang lain kerana dia memang pandai membaca peta dan amat teliti dalam perjalanan itu. Sesekali Lay akan membantunya sambil mengawasi kawasan sekeliling. Chen pula jalan sedikit jauh dari mereka sambil menebas-nebas rumput disekelilingnya menggunakan kayu yang dipegangnya dan merungut perlahan.

"Awak tahu tak..." Lay memandang lelaki itu dengan muka menyampah. "Kalau Xiumin ada kat sini... Dia pasti dah lilit awak dengan akar dia sebab lepaskan geram pada tumbuhan kat sini."

Chen hanya menjeling tajam ke arah lelaki itu.

"Benda dah jadi pun kan..." ujar Lay sambil mendengus kuat. "Bukannya kita boleh buat apa-apa."

Tao berhenti berjalan ketika mereka masuk ke sebuah kawasan yang sedikit lapang. Dia segera memandang Lay. "Rasanya kita patut bermalam kat sini je. Hari dah nak gelap ni."

Lay memandang langit yang kini sudah mula gelap. Chen turut mendongak untuk memandang langit.

"Ya." Lay mengangguk bersetuju sambil bercekak pinggang. "Kita kena cari kayu api lagi ni."

Tao mengangguk kemudian melipat peta yang dipegangnya lalu dimasukkan ke dalam beg.

"Chen..." Lay memandang lelaki itu yang masih lagi dengan wajah sugulnya. "Awak tolong sediakan apa-apa yang patut kat sini. Saya dengan Tao akan pergi cari kayu api."

Chen hanya mengangguk-angguk. Tao dan Lay meletakkan beg galas mereka di bawah sebatang pokok yang besar berdekatan situ kemudian mula berjalan untuk mencari kayu api.

"Perungut betul budak tu." Lay bersuara apabila mereka sudah berada agak jauh dari Chen.

Tao tidak bersuara bagaimanapun bersetuju dengan kata-kata Lay. Chen asyik merungut sepanjang jalan mengenai pembahagian kumpulan itu. Dia hendak membalas bagaimanapun tidak mahu merumitkan keadaan.

"Tao..."

Tao memandang Lay.

"Saya nak tanya satu soalan ni."

"Apa dia.?" Soal Tao.

"Awak dengan Kris... Dah okey ke.?"

Tao tersentak mendengar kata-kata lelaki itu. "Apa.??"

"Awak dengan Kris lah..." Lay berkerut memandang lelaki itu. "Selama ni kamu tu tak boleh betul berjumpa. Silap-silap ada yang mati. Tapi sekarang ni... Saya tengok dia dah boleh senyum tengok awak."

Tao tersenyum sendiri mendengar kata-kata lelaki itu.

"Amboi dia ni..." Lay menyindir Tao. "Saya tanya... Tersenyum-senyum pula dia."

"Tak ada lah." Tao tersengih yang lebih kepada tersenyum bahagia. "Kami dah okey. Dah bincang pun."

Lay mengangguk-angguk.

"Tak kan kami nak bermusuh sampai bila-bila kan.?"

"Bagus lah tu." Lay tersenyum. "Kalau tak... Asyik bergaduh je lah kamu tu. Silap-silap kami yang mati."

Tao hanya tersengih.

"Saya pun tak tahu." Lay bersuara lagi sambil cuba berfikir seketika. "Benci betul dia dengan awak."

Tao terdiam seketika. Dia sudah tahu mengenai hal itu. Apa sebab Kris terlalu marah dengannya. Dan alasan itu memang boleh diterima.

"Rasanya ini boleh kan.?"

Tao tersentak kemudian memandang Lay yang kini sedang merenung sebatang pokok yang berada berdekatan. "Boleh kot. Saya pun tak pandai sangat nak pilih kayu api ni."

"Tapi kita tak ada kapak." Lay memandang Tao.

"Awak guna je lah kuasa awak tu." cadang Tao.

Lay tidak membalas sebaliknya berundur sedikit dari pokok yang dipegangnya itu. Dia merenung pokok itu tajam. Satu cahaya kemerahan keluar dari matanya dan menembak pokok itu.

"Wuoh!!!!" Tao menjerit sambil berlari sepantas yang boleh. Pokok itu tumbang betul-betul ke arahnya.

"Awak okey.??"

Tao tercungap-cungap kepenatan. "Okey awak tanya.?? Saya hampir mati dihempap pokok awak tahu tak.?!"

"Maaflah." Lay menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum kambing.

"Kuat sangat awak tembak tu." Tao mendekati Lay semula sambil melibas-libas seluarnya.

Setelah mereka selesai mematah-matahkan kayu itu, mereka kembali ke tempat di mana mereka meninggalkan Chen sendirian. Lelaki itu kelihatan sedang bermain dengan pasir yang berada ditangannya.

"Nah..." Lay membuang kayu yang ada ditangannya berdekatan Chen. "Awak hidupkan api."

Chen memandang kayu api itu. "Macam mana nak hidupkan.??"

"Awak ni tak pernah ikut perkhemahan ke.?" Lay merenung lelaki itu. "Tak pun tengok tv ke.?"

"Orang kat tapak perkhemahan tu pun guna mancis tahu tak.?" Dengus Chen kemudian mengambil kayu api itu.

"Kalau macam tu terpaksa lah awak fikir sendiri." Lay tersengih kemudian duduk bersandar di pokok tempat dia meletak beg itu tanpa belas kasihan langsung.

Tao turut menyusul lelaki itu. Chen pula tidak bersuara sebaliknya mengumpulkan kayu api itu. Dia mencapai dua biji batu yang sedikit besar kemudian cuba menggosok-gosok dengan harapan api akan hidup.

"Kan bagus kalau Kris ada kat sini."

---------------------------------------------------------------------------

Kris duduk bersandar di sebatang pokok sambil membaca buku yang dibawanya dari markas. Dia sering membawa buku itu ke mana-mana dan tidak jemu membacanya berulang kali. Mereka menghidupkan unggun api tanpa menggunakan apa-apa peralatan langsung. Xiumin hanya menggunakan kuasanya untuk mengumpulkan kayu dan Kris menghidupkan api juga menggunakan kuasanya sendiri. Keadaan mereka lebih mudah dari yang lain.

Xiumin hanya duduk termenung sendirian. Dia ingin memandang ke langit akan tetapi ia sudah pun gelap. Sesekali dia akan memandang Kris. Dia tidak tahu apa yang ingin dibualkan dengan lelaki itu.

"Awak okey ke, Xiumin.??"

Xiumin tersentak mendengar pertanyaan itu. Dia segera memandang Kris yang kini sudah memandangnya. Renungan lelaki itu terlalu tajam sehingga menyebabkan dia mengalihkan pandangannya semula.

"Okey. Saya okey."

"Dari tadi awak tengok saya..." Kris masih lagi merenung lelaki itu. "Ada apa-apa yang awak nak tanya ke.?"

Xiumin terdiam seketika. Jika diikutkan jawapannya, terlalu banyak soalan yang dia ingin tanya. Dia hanya tidak berani sahaja bila mengingati bagaimana ketegasan lelaki itu terutama semasa latihan. "Awak baca buku apa.?"

Kris tersengih mendengar pertanyaan lelaki itu. Dia tahu soalan itu langsung tidak termasuk di dalam senarai soalan yang ada di fikiran lelaki itu bagaimanapun tidak berkata apa-apa mengenainya. "Komik."

"Oh." Xiumin hanya mengangguk seperti orang bodoh. Dia rasa menyesal bertanya soalan itu.

"Kalau awak ada apa-apa soalan..." Kris menutup komik yang dipegangnya. "Tanya je."

Xiumin kelihatan mula berfikir sambil memandang lelaki itu. Sejak mereka keluar dari markas pagi tadi, mereka langsung tidak berbual. Keadaan itu dirasakan amat sukar baginya.

"Tak ada lah. Cuma..." Xiumin berfikir seketika. "Cuma nak tahu macam mana kehidupan kamu."

"Kehidupan kami.??" Ulang Kris.

Xiumin mengangguk-angguk mula menunjukkan wajah tenangnya. "Yalah. Kehidupan kamu bukan macam kami. Maksud saya berbeza. Sebab kamu memang waris Huruf kan."

Kris mengangguk tanda memahami soalan itu bagaimanapun tidak segera menjawab. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. "Entah. Saya pun tak tahu macam mana nak terangkan."

"Oh. Tak apa." Xiumin hanya tersenyum. "Tak ada masalah."

Kris tersengih melihat gelagat Xiumin yang terlalu bersopan dengannya. "Kami memang tinggal di markas sejak dilahirkan lagi."

Xiumin segera memandang Kris.

"Tak pernah kenal dunia biasa." Kris tidak memandang wajah Xiumin sebaliknya memandang unggun api itu. "Macam Sehun... Boleh dikatakan kehidupan mereka hampir sama dengan kami."

Xiumin turut memandang unggun api itu.

"Saya... Luhan, Kyungsoo, Baekhyun... Kami memang berkawan dari kecil lagi." ujar Kris. "Ada ramai lagi. Tapi kami je yang selamat."

Xiumin tidak memberi sebarang reaksi.

"Kami diajar memanah, berlawan..." Kris bersuara lagi. "Kami suka bermain pedang."

"Kamu semua..." Xiumin memandang lelaki itu dengan mata berkacanya. "Memang waris.?"

Kris hanya mengangguk-angguk. "Luhan adalah waris ayahnya. Ayah dia ketua puak ni. Baekhyun waris ibunya. Ibu dia perempuan paling kuat dulu. Kyungsoo pun waris ibunya."

"Awak.??" Xiumin merenung Kris dengan mata tajamnya yang menawan. "Waris ibu atau ayah.??"

Kris menarik nafas panjang. "Ayah."

"Dulu... Pasangan suami isteri kedua-duanya ada kuasa atau hanya salah seorang.?" Tanya Xiumin.

"Ada yang seorang je." jawab Kris. "Ada yang suami isteri. Baekhyun... Hanya ibu dia je yang ada kuasa. Kyungsoo pun macam tu."

"Luhan.??"

Kris tersenyum. "Kuasa panah petir. Ayah dia kuasa petir dan ibu dia adalah kuasa panah."

Xiumin membesarkan matanya kelihatan agak teruja. "Macam Luhan dan Sehun.??"

Kris mengangguk-angguk sambil tersenyum.

"Jadi... Adakah mereka nanti..."

"Tak semestinya." pintas Kris. "Apa yang jadi di masa hadapan bukan kita yang tentukan."

Xiumin mengangguk-angguk faham. "Bagaimana dengan awak.? Ibu awak ada kuasa.??"

Kris terdiam serta-merta. Dia merenung unggun api itu seolah-olah dia terlihat ibunya sendiri. "Dia berkuasa air."

Xiumin terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. Dia segera merenung Kris sambil membesarkan matanya. "Ibu awak..."

"Dia bukan ibu saya." Kris bersuara sedikit tegas. Wajahnya kini sudah mula bertukar seperti selalu yang Xiumin nampak. "Saya tak ada ibu pengkhianat macam dia tu."

Xiumin semakin terkejut. "Pengkhianat.??"

Kris mengangguk-angguk kemudian mencapai satu batu kecil yang berada di sebelahnya dan membaling dengan kuat ke arah unggun api itu. "Sebab dia lah Huruf diserang dulu."

Xiumin tergamam. Dia langsung tidak tahu mengenai hal itu.

"Perempuan tak guna!" Kris menggerutu. "Dia bunuh ayah saya dengan tangan dia sendiri."

Xiumin tunduk seketika. Tidak hairan lah kenapa lelaki itu terlalu membenci Tao. "Kenapa dia mengkhianat.?"

"Sebab pengaruh." selamba Kris menjawab dengan riak wajah seriusnya. "Dia terpengaruh dengan pujuk rayu musuh. Sehingga menyebabkan dia memusnahkan puaknya sendiri."

"Sebab tu lah awak kasar sangat pada Tao."

"Tao..." Kris tersengih mendengar nama lelaki itu kemudian memandang Xiumin dengan wajah yang selamba. "Terus terang saya cakap... Saya nampak ciri-ciri ibu saya ada pada dia."

Xiumin tidak membalas sebaliknya merenung Kris.

"Saya harap apa yang saya anggap ni salah." keluh Kris. "Saya dah penat nak bermusuh."

"Habis tu mana dan apa yang dah jadi pada ibu awak.?" Tanya Xiumin dengan berani.

"Lepas je kami keluar dari markas waktu serangan tu kami dah tak tahu apa yang jadi." Kris menjawab. "Kami pun bukannya tahu apa-apa pasal kuasa, penurunan dan segalanya sebab kami tak jangka pun perkara ni berlaku. Kami baru je tujuh tahun masa tu. Apa yang kami boleh buat.?"

Xiumin tunduk seketika.

"Tapi bagi saya perempuan tu belum mati lagi."

Xiumin terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. "Kenapa pula awak fikir macam tu.? Bukan ke Tao dah dapat kuasa air tu.?"

"Ya. Tapi tak pelik ke macam mana musuh boleh tahu macam mana penurunan kuasa ni berlaku.?" Kris memandang Xiumin. "Semua pasal Huruf. Mesti ada orang yang dah beritahu."

"Tapi Tao kan dah..."

"Kuasa boleh dibahagikan, Xiumin." pintas Kris. "Saya boleh bahagi kuasa saya pada orang lain. Tapi saya tak boleh jadi terlalu kuat."

Xiumin mengangguk-angguk baru tahu.

"Macam Tao..." Kris bersuara lagi. "Mustahil sehingga kini dia tak boleh kalahkan saya melainkan ada orang lain berkongsi kuasa dengan dia."

Xiumin mula berfikir. "Kalau ibu awak... Er... Maksud saya perempuan tu masih hidup... Ke mana dia sekarang.?"

"Entah." Kris mengangkat bahunya. "Siapa yang tahu."

"Tapi takkan dia tak boleh masuk ke markas.?" Tanya Xiumin. "Dia kan puak Huruf juga.?"

"Orang yang mengkhianat tidak akan diiktiraf sebagai puak Huruf lagi." jawab Kris. "Itu peraturan. Bila dia dah mengkhianat, segala kebolehan yang dia ada semasa menjadi huruf akan hilang kecuali kuasanya."

Xiumin mengangguk-angguk tanda faham. Dia kini mula berdiam seketika. Dia langsung tidak tahu sejarah serangan puak Huruf itu seperti itu. Dia curi-curi memandang Kris lagi. Dia tersenyum melihat ketabahan lelaki itu menerima takdir yang telah ditetapkan padanya walaupun pahit.

"Xiumin..."

"Erm..." Xiumin agak tersentak kemudian memandang lelaki itu yang kini sudah memandangnya.

"Macam mana kehidupan kamu.?" tanya Kris. "Er., maksud saya... Kehidupan biasa."

Xiumin tersengih sedikit mendengar soalan itu. "Tak jauh beza. Tapi keseronokan tu memang ada."

Kris hanya mampu tersenyum.

"Kenapa.?" tanya Xiumin agak pelik.

Kris membetulkan kedudukannya. "Kami berempat dibesarkan dengan kehidupan yang jauh berbeza daripada kamu semua. Kami tak ke sekolah. Kami tak ke kelas muzik atau apa."

Xiumin turut membetulkan kedudukannya.

"Kami tak rasa apa yang kamu semua rasa dalam kehidupan biasa." sambung Kris lagi..

"Kamu tak pernah terfikir nak jalani kehidupan normal ke.?" Xiumin merenung lelaki itu.

Kris menarik nafas panjang sambil memandang sekeliling. "Dulu tak... Sebab kami ada semuanya. Kami hidup bahagia. Tapi sekarang...."

Xiumin menarik nafas panjang. Walaupun dia tidak merasainya, tetapi dia kini cukup memahaminya.

"Kami terpaksa jadi pelarian. Kami terpaksa berperang." Kris tersenyum. "Rasa macam nak putus asa pun ada juga."

Xiumin tidak bersuara.

"Nak buat macam mana... Ini dah tanggungjawab kami." Kris memandang Xiumin sambil tersenyum. "Mana lah tahu suatu hari nanti kamu pula menjadi penaung."

Xiumin segera ketawa. "Kamu sangat kuat, Kris. Tak ada siapa dapat kalahkan kamu."

Kris tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Kita tak tahu apa yang akan jadi nanti, Xiumin. Nasihat saya... Sentiasa bersedia."

Xiumin hanya mengangguk-angguk kemudian tunduk seketika. "Kris..."

Kris memandang lelaki itu.

Xiumin turut merenung Kris. "Saya akan berjuang bersama kamu."

Kris segera tersenyum memandang lelaki itu.

"Dulu saya rasa macam tak yakin dengan semua ni... Terus terang saya cakap. Susah saya nak terima." Xiumin mengalihkan pandangannya ke arah unggun api yang berada di depannya. "Tapi sejak saya dengar sejarah kamu... Ia mula mengubah fikiran saya."


A/n: Oh my, XIURIS??? What do you think?? I ship them more then TaoRis though. Hehehe. Mesti best kan kalau dorang masih 12. Huhu. Btw, leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top