War
BAB 38 : PERANG
Fajar terbit menyinari pagi yang terasa amat suram itu. Terasa seperti sekejap sahaja masa berlalu, bulan sudah pun digantikan dengan matahari. Setiap detik berjalan seperti air tanpa menunggu sesiapa. Masa yang menjadi taruhan mereka kini sudah tiba. Pelindung tempat itu akan terbuka pada tarikh 29 Februari. Dan tarikh itu sudah pun menjelang. Hari itu sudah pun tiba.
Farra kini sedang berdiri di atas sebuah batu besar yang terletak di atas bukit betul-betul di sebelah bendera merah yang sering menjadi pertaruhan mereka ketika sedang bermain. Dia berdiri seorang diri sambil menghadap matahari seolah-olah sedang menunggu seseorang akan datang kepadanya. Dari semalam dia langsung tidak melelapkan mata. Baginya, tidur sudah tiada erti lagi.
"Ada petanda yang tak baik?"
Farra tidak menoleh apabila mendengar pertanyaan itu. Izzudin yang sedang berdiri di belakangnya mendekati gadis itu perlahan-lahan. Dia juga melakukan hal yang sama dengan gadis itu. Berdiri menghadap matahari dengan kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.
"Setakat ni belum ada." Farra menarik nafas panjang.
"Awak tak tidur langsung kan?"
Farra tersenyum sedikit mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya langsung tak mengantuk."
"Sekurang-kurangnya tidur lah." Izzudin turut tersenyum. "Mungkin buat kali yang terakhir."
Farra hanya tersenyum tidak membalas.
"Kalau kita tak jumpa lagi lepas ni..." Izzudin memandang gadis itu. "Jangan lupa saya pula."
Farra tersengih sambil menggolekkan bebola matanya menyindir. "Malas saya nak ingat awak."
"Amboi..." Izzudin menjeling tajam ke arah gadis itu dengan mata yang dirasakan mula berkaca. "Sampai hati betul."
Farra hanya ketawa. "Awak tahu tak... Dulu waktu kita mula berkawan masa kecil tu... Saya ingatkan awak suka dengan Sheron."
Izzudin tergelak mendengar kenyataan gadis itu.
"Saya dan Aieyn ingat awak nak bermain dengan kami sebab ada Sheron. Kami pun mula lah buat andaian."
"Awak dan Aieyn syak macam tu sampai kita dah meningkat remaja pun kan?" Izzudin mengangkat keningnya. "Awak berdua asyik tanya saya soalan yang sama. Naik muak saya nak menjawab."
Farra hanya ketawa.
"Saya gembira dapat jumpa kamu."
Kata-kata Izzudin yang kini sudah bertukar sayu membuatkan Farra terdiam semula. Cepat sahaja masa berlalu.
"Farra... Izzudin..."
Serentak kedua-dua mereka menoleh. Kelihatan Noorizan, Hisham, Danish, Zulfiqar, Lily, Jyra dan Miezza berdiri memandang mereka dengan wajah yang bercampur baur perasaan yang ada dalam diri masing-masing.
"Kita kena buat persediaan ke?" Tanya Jyra.
Farra menarik nafas panjang kemudian segera memandang Izzudin yang sudah sedia memandangnya. Izzudin mengangguk-angguk tidak berkata. Dia kini tunduk di lantai tanpa tujuan.
"Macam ni lah..." Farra mendengus perlahan kemudian kembali merenung kawan-kawannya itu satu-persatu. "Saya cakap benda ni sekali je. Jadi dengar baik-baik apa yang saya nak kata."
Semua orang mula fokus memandang gadis itu dan bersedia untuk menerima apa sahaja arahan daripadanya.
"Kalau kamu nak tarik diri... Saya benarkan."
Serentak semua orang terkejut mendengar kata-kata gadis itu.
"A... Apa?"
Mereka beralih memandang Izzudin yang berdiri di sebelah gadis itu tidak bersuara. Lelaki itu hanya tunduk memandang batu-batu kecil yang ditendangnya. Perasaannya pada ketika itu berusaha ditahan.
"Saya tak dapat jamin kemenangan dalam peperangan ni..." Farra menelan air liurnya. "Saya benarkan kamu tarik diri."
Tiada sesiapa pun yang bersuara. Danish dan Zulfiqar hanya tunduk kaku. Jyra kini memandang Lily dengan mata yang berkaca. Gadis berambut pendek hanya mampu memegang bahunya tidak mampu berkata apa-apa dalam situasi itu. Miezza pula hanya berdiri kaku memandang Farra dan Izzudin silih-berganti. Hisham menarik nafas panjang. Apa lagi yang gadis ini hendak lakukan?
"Bagaimana dengan kamu berdua pula?" Noorizan bersuara tiba-tiba dengan wajah selamba seperti selalunya.
Izzudin tersengih. "Kami tak ada kehidupan lain, Zan... Ini hidup kami. Apa pilihan yang kami ada?"
Hisham berjalan beberapa langkah kehadapan sambil menarik nafas panjang. "Saya akan bertempur."
Farra tersentak mendengar kenyataan lelaki itu. Izzudin hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
"Saya pun." Noorizan turut melangkah kemudian berdiri di sebelah Hisham sambil tersenyum.
"Ini dah jadi kehidupan kami sekarang, Farra." Miezza bersuara. "Kami akan teruskan."
Lily hanya mengangguk tersenyum. Begitu juga dengan Jyra. Danish dan Zulfiqar juga memikirkan benda yang sama.
BOOM!!
Tidak semena-mena, satu letupan kuat yang amat telah menggegarkan markas itu. Terasa bumi bergegar menyebabkan semua orang agak terhuyung-hayang cuba mengimbangkan diri. Izzudin dan Farra hanya berpandangan sesama sendiri. Bukan pertama kali mereka mengalami keadaan seperti itu. Keadaan itu sama seperti puak mereka diserang buat pertama kalinya dahulu
"Mereka dah datang." gumam Izzudin kemudian berpaling memandang setiap orang yang ada di situ. "Bertindak!"
Semua orang mula kebingungan. Izzudin terus membuka langkah dengan memecahkan dirinya kepada klon yang banyak. Farra menghidupkan kuasa petirnya begitu juga dengan Hisham. Noorizan hanya berdiri tenang.Pokok dan tumbuhan yang berada di situ mula bergerak perlahan-lahan seolah-olah sedang hidup bergerak seperti manusia dengan kawalannya.
Danish hanya memandang kawasan sekeliling sambil matanya liar untuk mencari apa-apa benda atau orang atau lembaga yang boleh ditembak dengan matanya itu. Zulfiqar juga turut memandang sekeliling begitu juga dengan Lily, Jyra dan Miezza.
Semakin lama semakin banyak letupan ditembakkan ke sana sini. Batu-batu yang berada di situ pecah berderai. Gegaran akan dirasai di setiap tempat di mana kaki berpijak. Keadaan itu kini sama seperti sebuah bencana.
Cahaya kehijauan mula meletus ke sana sini dari segenap arah. Lembaga berkelubung hitam mula muncul dan melepaskan tembakan ke arah mereka.
Farra berlari pantas kemudian cuba melepaskan tembakan dengan kuasa panahan petirnya. Izzudin dan klonnya mula berpecah cuba untuk menyerang.
"Apa kita perlu buat?" Zulfiqar memandang rakan-rakannya yang lain. Mereka kini sedang memandang sekeliling sambil mulut mereka ternganga.
"Bertindak lah cepat!!!" pekik Noorizan yang kini sudah mula berlari.
Hisham terus berlari sambil menembakkan kuasa panahan petirnya ke arah lembaga berkelubung hitam yang hendak menyerangnya. Miezza turut membuka langkah. Dia mula memerangkap setiap lembaga di situ dengan kuasa anginnya. Lily mengeluarkan cahaya perlahan-lahan lalu menembak tepat ke muka setiap lembaga yang ada di situ. Pasir di tanah itu kini sudah mula terangkat. Jyra menarik setiap lembaga itu dengan memerangkap mereka dengan pasir tersebut sehingga menyebabkan mereka hancur perlahan-lahan. Danish berdiri tenang sambil menembak menggunakan matanya. Dia dapat meletupkan setiap lembaga itu dengan mudah. Zulfiqar pula akan membekukan setiap lembaga menggunakan kuasanya sehingga menyebabkan lembaga tersebut meledak serta-merta akibat terlalu dihimpit dengan benda keras.
Pertempuran itu semakin lama semakin dahsyat tidak seperti yang mereka dapat bayangkan. Semakin ramai tentera-tentera lembaga berkelubung hitam itu yang tumbang. Akan tetapi, ia seperti tiada penghujungnya. Dengan bilangan mereka hanya sembilan orang, agak rumit untuk mereka berlawan.
Izzudin kini bergerak pantas. Semakin banyak klonnya di merata tempat sehingga menyebabkan orang langsung tidak dapat mengecam yang mana dirinya yang sebenar. Farra pula menggunakan setiap kuasa yang dia ada. Setiap lembaga di situ tidak dapat berpeluang untuk menyerangnya langsung. Api, air, angin dan pelbagai lagi mula dikeluarkan. Dia juga kini sudah membahagikan dirinya kepada beberapa klon untuk memudahkan dia menyerang dan melindungi dirinya.
Jyra mendepakan kedua-dua tangannya. Satu-persatu lembaga yang berada di atas pasir ditarik masuk ke dalam pasir itu sehingga ke dalam yang mereka sendiri tidak boleh kembali semula. Zulfiqar pula hanya membekukan lembaga-lembaga itu kemudian menghancurkannya satu-persatu. Danish masih lagi dengan posisinya berdiri tenang sambil menembak lembaga-lembaga itu satu-persatu dengan menggunakan matanya.
Lily kini mula mengeluarkan cahaya yang boleh membutakan mata dan menarik keluar nyawa setiap lembaga itu. Hisham seperti sedang memanah seiring dengan kemahiran yang dia ada. Dengan gabungan kuasa petir yang dia dapat dari Farra, lembaga itu hancur satu-persatu. Miezza kini berdiri seketika memandang sekeliling. Noorizan juga kelihatan terkedu memandang sekeliling. Dengan pertempuran yang seperti tiada kesudahan itu, mereka merasakan itulah kali terakhir mereka akan dapat merasai dunia.
"Argh!!"
Serentak Miezza, Noorizan dan Jyra yang terdengar jeritan itu dengan jelas segera menoleh. Kelihatan Zulfiqar sedang melutut di tanah sambil mencengkam dadanya yang terasa perit. Urat-uratnya terasa seperti berdenyut kuat akan tetapi, degupan jantungnya terasa semakin perlahan.
"ZUL!!" pekik Jyra sambil membesarkan matanya. Noorizan pula tercengang memandang lelaki itu, manakala Miezza memandang sekeliling cuba mencari rakan-rakan mereka yang lain untuk meminta bantuan bagaimanapun sukar untuk dicari kerana terlalu banyak lembaga di situ.
Noorizan melilit setiap lembaga yang ada berdekatan sehingga hancur kemudian berlari mendapatkan Zulfiqar bersama Miezza. Lelaki itu kini sudah baring di tanah sambil menahan kesakitan. Darah merah pekat mengalir keluar dari mulutnya.
"Zul..." panggil Noorizan.
Zulfiqar tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya mampu tersenyum sambil menutup matanya perlahan-lahan. Rantai huruf 'Z' di lehernya bercahaya terang sebelum bertukar menjadi debu. Jasad Zulfiqar bertukar menjadi kepulan asap sebelum ghaib. Jyra terduduk di tanah sambil menangis. Noorizan hanya mampu memandang Miezza tidak tahu hendak berbuat apa.
"Kita kena teruskan." Miezza menarik tangan Jyra.
Jyra bangun perlahan-lahan cuba menahan tangisannya. Noorizan kini sudah kembali ke medan perang. Miezza dan Jyra turut berlari. Rakan-rakan mereka yang lain masih lagi bertempur tanpa mengetahui apa-apa.
Semakin lama semakin banyak kerosakan yang berlaku di tempat itu. Ia kini menjadi semakin teruk. Pertempuran itu benar-benar dahsyat. Tidak henti-henti letupan meletus ke sini sana.
Tidak semena-mena, satu tembakan air ditembakkan tepat ke arah Farra yang mana api sedang marak dibadannya. Api itu terpadam serta-merta membuatkan badan gadis itu berasap. Dia tersentak serta-merta. Dia tahu itu adalah kuasa dari puak mereka. Akan tetapi, hanya dia dan Rusdi sahaja yang ada kuasa seperti itu. Lelaki itu pula sudah mati dan dia pula langsung tidak mengeluarkan kuasa air yang ada padanya. Dia mula mencari dari mana datangnya kuasa itu.
Beberapa lembaga berkelubung yang berada berdekatannya mengeluarkan air dari tangan mereka dan menembak ke arah gadis itu.
"Macam mana boleh ada pada mereka??" Farra berfikir sendirian kemudian segera teringat. Lelaki itu pasti sudah memberi sedikit kuasanya pada mereka.
Perlahan-lahan Farra menghidupkan kuasa api yang ada padanya semula dan kini lebih kuat. Dia menembak api itu satu-persatu ke arah lembaga-lembaga berkelubung itu menyebabkan mereka hangus terbakar.
"LILY!!!"
Jeritan yang kuat itu membuatkan Farra menoleh pantas. Hisham dan Noorizan yang berada berdekatan turut menoleh. Lily kini sedang melutut di tanah mendengkam dadanya dengan mata yang terbeliak besar. Miezza berlari pantas ingin mendapatkan gadis itu begitu juga dengan yang lain.
"Lily..." Miezza menangis teresak-esak memandang gadis berambut pendek itu.
"Sa... Sa... Sakit..."
Farra segera tunduk. Dia tidak sanggup melihat wajah Lily dalam keadaan seperti itu. Hisham turut memejamkan matanya. Perlahan-lahan rantai huruf 'L' di leher gadis itu bercahaya kemudian hilang dari pandangan. jasad Lily juga ghaib perlahan-lahan menjadi kepulan asap.
"Danish!! Hati-hati!!!" pekik Noorizan.
Belum sempat Danish berbuat apa-apa, satu tembakan terkena tepat ke dadanya menyebabkan dia terhumban kuat merempuh Noorizan.
DUSH!!!
Serentak Miezza, Hisham dan Farra menoleh. Noorizan dan Danish kini tergolek di atas tanah berdekatan mereka.
"Danish!!" Noorizan bingkas bangun sambil mengerang kesakitan kemudian mendekati Danish. Semua orang yang masih dalam keadaan terkejut juga berlari mendekati lelaki itu.
Danish kini sudah tidak sedarkan diri. Matanya tertutup rapat. Darah merah pekat mengalir keluar perlahan-lahan dari mulut dan hidungnya. Seperti biasa, rantai huruf 'D' yang tersangkut di leher lelaki itu bercahaya dan hilang dari pandangan sebelum jasadnya menyusul perlahan-lahan.
Semua orang menjadi semakin tertekan. Mereka bangkit kembali untuk melawan dengan harapan dapat menamatkan pertempuran itu serta-merta walaupun mereka tahu peluang untuk menang adalah amat tipis. Jyra juga berlari ke situ menyertai mereka.
"ARGHH!!!!"
Serentak semua orang menoleh. Izzudin yang sentiasa bergerak sendiri melawan musuh kini sedang melutut di tanah sambil mencengkap dadanya. Nafasnya seolah-olah tersekat di kerongkongnya.
"Izzudin!!" Farra membesarkan matanya kemudian segera membuka langkah untuk mendapatkan lelaki itu.
"Nanti!!" pekik Izzudin menyebabkan langkah gadis itu terhenti. "Dah tak boleh. Jangan datang dekat."
Farra terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Miezza menutup mulutnya mula menangis teresak-esak. Jyra turut menangis. Noorizan tunduk serta-merta. Hisham turut terkedu kemudian memandang Farra yang seperti orang yang tidak bernyawa. Darah tersembur keluar dari mulut Izzudin. Rantai huruf 'I' di lehernya bercahaya terang sebelum bertukar menjadi debu. Perlahan-lahan Izzudin rebah ke tanah. Jasadnya mula bertukar menjadi asap lalu ghaib dari pandangan.
Tiba-tiba sahaja, pekikan dan lolongan yang jelas kedengaran di tempat itu sudah tiada. Bunyi tembakan dan letupan juga sudah tidak kedengaran lagi. Keadaan menjadi sunyi sepi. Serentak mereka semua memandang sekeliling. Lembaga-lembaga berkelubung itu sudah tiada lagi.
"Apa dah jadi?" Noorizan mengerutkan dahinya sambil kepalanya berpusing-pusing memandang sekeliling. "Mana lembaga tu semua??"
"Dah habis perang ke??" Hisham turut kebingungan.
"Mereka berundur kot." teka Jyra.
"Tak tahu." ujar Miezza.
"Tak."
Serentak semua orang berpaling memandang Farra. Gadis itu kini berdiri seperti orang yang hampir kehilangan nyawa.
"Mereka akan kembali lagi."
A/n: How is it guys?? I don't know. I had so many feelings on writing this chapter. How can everything can be end easily?? Huh~ Nampak macam terlebih sangat. Bagi ramai-ramai mati sekaligus. And Izzudin!!! Nangis aku weyyy!! Leave me your feedback. Tak lama lagi tamat. Satu chapter lagi sebelum epilogue. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top