The Power Of Wind II
BAB 4 : KUASA ANGIN (BAHAGIAN II)
"Azim!!" Aieyn memandang lelaki itu yang kelihatan sudah hampir pitam. "Cuba keluarkan semua orang yang ada di sini!!" Aieyn mencengkap kolar baju lelaki itu untuk memastikan dia dengar. "Sekarang!!"
Azim tidak membantah dan terus sahaja beredar dari tempat itu. Ia adalah langkah terbaik untuk dilakukannya sebelum pengsan dan menyusahkan orang. Kedua-dua gadis itu pula berpandangan seketika kemudian mengangguk tanda bersedia untuk mengeluarkan kuasa yang mereka miliki.
Belum sempat mereka bertindak, tiba-tiba sahaja satu pusaran angin terbentuk menyebabkan langkah mereka terhenti. Kelihatan seorang perempuan berdiri ditengah-tengah kafeteria itu sambil mendepakan kedua-dua tangannya dan cuba mengawal pusaran angin yang terbentuk. Aieyn dan Farra tercengang seketika. Itu adalah dia. Itulah orang yang mereka cari selama ini.
Tapi malangnya, pusaran angin gadis itu belum cukup kuat untuk melawan makhluk-makhluk aneh tadi. Dia kini dicekik oleh salah satu makhluk itu sambil diacukan kuku panjang yang berbentuk seperti pisau tepat di perutnya.
Tidak semena-mena, satu panahan petir terkena tepat pada makhluk yang mencekik gadis itu menyebabkan dia terlepas lalu jatuh terjelepuk di atas lantai. Makhluk itu meronta-ronta seperti terkena renjatan elektrik yang kuat sebelum meledak dan memercikkan cecair berwarna coklat yang berbau hanyir di merata tempat. Gadis yang sedang mengerekot di lantai itu tercengang kemudian segera menoleh dengan mata yang terbuka luas. Aieyn dan Farra kini sudah melangkah masuk setelah menjadi pemerhati sebentar tadi. Tangan mereka masing-masing menunjukkan kuasa milik mereka.
Aieyn mengangkat tangan kanannya dengan wajah yang selamba lalu menghalakannya tepat ke arah salah satu makhluk di situ. Satu percikan api keluar dari tangannya tanpa sebarang amaran itu lalu membakar makhluk tersebut. Makhluk itu meronta-ronta kepanasan kerana terbakar sebelum meledak kuat menjadi cecair berwarna coklat itu. Gadis yang terjatuh di lantai itu mula berundur sedikit demi sedikit. Tercengang tidak percaya dengan apa yang dilihatnya pada saat ini.
Farra menembak satu lagi makhluk yang berada di situ dengan kuasa petirnya. Satu cahaya keperakan keluar dari tangan kanannya dan terkena tepat pada makhluk itu. Serta-merta makhluk itu meledak sama menjadi cecair berwarna coklat. Gadis berlesung pipit itu merasa hendak muntah melihat cecair yang melekit dan menggelikan itu berserta baunya yang amat teruk. Aieyn terus sahaja mengeluarkan api dari tangannya lalu membakar makhluk yang terakhir itu. Ia kemudiannya meledak menjadi cecair tadi.
Keadaan menjadi lebih reda sekarang. Kafeteria itu kini seperti menjadi tempat pesta cat berwarna coklat yang kini berada di merata-rata tempat. Farra masih lagi menahan dirinya daripada termuntah. Tidak tahan dengan perkara itu. Aieyn hanya sibuk membersihkan cecair yang terkena pada badannya.
"Makhluk dari mana mereka ni?" Farra sedang menyapu-nyapu dadanya cuba menenangkan diri.
Aieyn tidak menjawab sebaliknya melihat cecair itu dengan rasa muak yang teramat sangat. Dahinya kini sudah berkerut jelas bengang dengan perkara itu. Dia harus membersihkan dirinya lagi.
"Siapa kamu?"
Serentak Farra dan Aieyn menoleh. Buat seketika mereka terlupa ada orang lain yang turut berada di situ. Orang yang selama ini mereka cari. Yang menyebabkan mereka datang ke kolej itu. Iaitu salah seorang yang terpilih. Terpilih untuk mendapat kuasa dari puak mereka. Kini mereka sudah menjumpainya.
Perlahan-lahan Aieyn dan Farra berjalan mendekati gadis yang kini kelihatan agak takut itu. Farra mencapai pantas lengan kanan gadis itu kemudian menarik lengan bajunya. Kelihatan satu parut berbentuk huruf 'M' terukir di situ.
"Jadi awak huruf M." Farra tersenyum puas.
Gadis itu segera menarik tangannya. Dia masih lagi merenung Aieyn dan Farra curiga. "Kamu berdua ni siapa?"
"Saya huruf F." Farra menarik lengan kanan bajunya bagi memudahkan parut berbentuk huruf F kelihatan. "Nama saya Farra."
"Saya Aieyn." Aieyn turut menunjukkan parutnya. "Huruf A."
Gadis itu hanya tercengang tidak percaya. Dia mengelipkan matanya beberapa kali cuba memastikan bahawa dia tidak bermimpi.
"Siapa nama awak?" Tanya Farra merenung gadis itu.
"Miezza."
"Baiklah, Miezza." Aieyn menarik nafas panjang sambil memandang sekeliling. "Ikut kami."
"Ikut??" Ulang Miezza. "Ke mana?"
"Tak kisah. Yang penting awak lebih selamat."
***
Miezza kelihatan terpinga-pinga duduk di dalam rumah kayu yang disewa oleh Farra dan Aieyn itu. Dia seperti orang yang kena sampuk. Masih cuba mengumpul semua perkara yang baru berlaku untuk disimpulkan. Masih cuba meyakinkan dirinya bahawa itu adalah kenyataan dan bukannya mimpi.
Aieyn pula merenung gadis itu risau. Dia juga tidak tahu di mana hendak mula kerana ini adalah kali pertama mereka menerima ahli baru yang mempunyai kebolehan seperti mereka. Pertama kali mereka berjaya menjumpai seseorang setelah sekian lama. Farra pula hanya memandang Aieyn. Menunggu apa yang kawan baiknya itu akan lakukan. Azim yang tiada kena-mengena turut berada di situ juga agak terpinga-pinga tidak tahu hendak berbuat apa. Dia seolah-olah orang suruhan yang akan diperlukan pada bila-bila masa sahaja dan hanya menunggu arahan.
"Mana ibu bapa awak?" Hanya itu soalan yang mampu Farra utarakan bagi memulakan perbualan.
"Dah mati." jawab Miezza tenang agak luar biasa dirasakan. "Keluarga saya semuanya dah dibunuh. Tak ada yang tinggal."
Azim kelihatan terkejut mendengar kenyataan Miezza. Perkara itu seperti satu jenayah yang besar padanya. Perkara yang tidak seharusnya berlaku dan diambil remeh. Farra dan Aieyn hanya mampu bersimpati. Keadaan menjadi sunyi lagi. Miezza kini sedang bermain dengan jari-jarinya.
"Habis tu awak tinggal dengan siapa?" Tanya Farra lagi.
"Sendiri." beritahu Miezza. "Rasanya sangat bahaya jika ada orang tinggal bersama saya. Lagipun saya bukannya budak sekolah menengah. Dah boleh jaga diri sendiri sekarang ni."
Aieyn dan Farra berdiam diri seketika. Mereka tahu betapa bahayanya orang-orang biasa yang berada disekeliling mereka kerana mereka kini sedang diburu memandangkan kehidupan mereka lagi teruk. Tidak pasal-pasal orang-orang itu mati tanpa ada kesalahan ataupun tahu kenapa mereka dibunuh.
"Awak tahu tak kenapa keluarga awak dibunuh?" tanya Aieyn pula.
"Saya tak pasti sangat..." Miezza cuba berfikir. "Tapi saya rasa mereka mahukan saya. Cuma keluarga saya je yang jadi mangsa. Sebab saya sempat lari. Lagipun keluarga saya semuanya cuba untuk lindungi saya."
"Makhluk-makhluk tu memang macam tu ke?" Azim menyampuk secara tiba-tiba sambil memandang Aieyn dan Farra silih-berganti. "Maksud saya membunuh orang disekeliling kamu sesuka hati."
"Ya." Aieyn mengangguk-angguk. "Sebab mereka tak dapat apa yang mereka mahukan."
"Mereka mahukan saya kan?" Tanya Miezza yang sepertinya sudah tahu apa jawapan yang akan diberikan.
Serentak Aieyn dan Farra mengangguk-angguk.
"Bukan awak je." Farra bersuara. "Kami pun."
"Tapi kenapa??" Miezza kelihatan tidak puas hati kerana dia merasakan yang dia langsung tiada salah.
"Sebab awak ada kebolehan." ringkas jawapan Farra.
"Saya tak minta pun kuasa ni." ujar Miezza.
"Tiada siapa yang minta, Miezza." Aieyn bersuara dengan keadaan masih berpeluk tubuh. "Siapa yang nak hidup macam pelarian??"
Miezza tidak bersuara. Dia bersetuju dengan apa yang Aieyn katakan. Tiada siapa yang mahu hidup seperti itu.
"Tapi inilah takdir kita." sambung Aieyn.
"Tapi kan..." Azim mencelah lagi. "Kenapa pula mereka nak bunuh kamu sebab kamu ada kebolehan je?"
Farra memandang Aieyn lalu menarik nafas. "Kami tak boleh nak cakap apa-apa sekarang ni. Ada banyak benda lagi yang kami nak uruskan, Azim. Panjang kalau nak diceritakan."
"Apa yang penting..." Aieyn memandang Miezza. "Kita kena cari semua orang yang ada kebolehan macam kita."
Miezza tidak membalas. Dia hampir berkerut tidak begitu memahami apa yang gadis itu katakan.
Farra mencapai kotak keperakan yang sentiasa dibawa ke mana-mana itu dari atas meja. Dia membuka kotak itu kemudian mencapai seutas rantai perak dengan buah huruf 'M' sebelum menghulurkannya pada Miezza menyebabkan gadis itu kebingungan. "Awak kena pakai rantai ni."
"Untuk apa ni?" Miezza mencapai rantai itu kemudian membelek-belek perlahan seolah-olah ada yang misteri pada rantai itu.
"Sebab ianya milik awak." beritahu Farra sambil menunjukkan rantai yang ada dilehernya pada Miezza.
Tanpa banyak soal, Miezza terus mengalungkan rantai itu ke lehernya sendiri. Tidak semena-mena satu cahaya berwarna putih menerangi ruang bilik itu menyebabkan Azim, Farra dan Aieyn memandang Miezza sambil menahan mata mereka daripada silau. Ianya datangnya daripada rantai yang dipakai oleh Miezza. Cahaya itu menyelaputi tubuh Miezza kemudian hilang dari pandangan secara perlahan-lahan.
Miezza kelihatan terpinga-pinga. "Apa dah jadi?"
Farra dan Aieyn berpandangan kemudian tersenyum.
"Rantai tu dah dapat rasa kuasanya semula." beritahu Aieyn kemudian bingkas bangun. "Baiklah! Kita mesti berkemas. Kita kena berpindah dari sini. Dan awak tak ada pilihan lain, Miezza."
"Apa maksud awak?" Miezza mengerutkan dahinya.
"Awak kena ikut kami." Ujar Aieyn. "Hidup awak akan lebih bahaya bersendiri. Dan kami perlukan awak."
"Apa.?? Nanti..." Azim bersuara agak terkejut. "Kamu nak pergi ke ni??"
"Kami tak boleh kekal lama di satu tempat, Azim." beritahu Farra.
Azim hanya mampu mendengus perlahan. Dia tidak boleh menghalang apa saja yang mereka hendak buat kerana dia tidak tahu apa yang bakal terjadi jika mereka kekal tinggal di situ walaupun ada banyak perkara yang ingin dia tanyakan lagi.
A/n: I'm the worst writer ever. Dah jarang saya dapat buka wattpad sekarang. Nak edit pun susah. Apatah lagi nak update. Memang tak lah. Saya cuba lah nak bagi masa sikit. Huhuhu. Dah rindu juga. Apa pun. Dah jumpa sorang!! Yeppie! Hehehe. Tinggal tunggu lagi lepas ni. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top