The Power of Wind I
BAB 4 : KUASA ANGIN
Hari berganti hari, terasa seperti sudah agak lama mereka menjadi pelajar di kolej sains antarabangsa itu. Masa yang berlalu seperti air yang mengalir deras. Sudah hampir seminggu sejak kejadian Azim mengetahui identiti kedua-dua gadis aneh itu. Setakat ini, lelaki itu benar-benar boleh dipercayai dan langsung tidak membuka mulut. Malah, lelaki itu kini menjadi satu-satunya harapan mereka untuk meneruskan pencarian memandangkan dia menyatakan bahawa dia pernah terjumpa seseorang yang mempunya parut sama seperti mereka.
Malangnya, selama hampir seminggu itu juga Azim tidak menjumpai orang itu lagi. Entah di mana hendak mencari juga dia tidak tahu. Orang itu juga hanya beberapa kali dilihatnya sepanjang belajar di situ. Sepanjang masa itu juga Aieyn dan Farra tidak berhenti bertanya mengenai perangai lelaki itu. Yang mana menurutnya sendiri, dia sememangnya begitu sejak kecil lagi. Dia sangat tertarik pada benda aneh. Sebab itu setiap perkara pelik akan menarik perhatiannya.
Azim, Aieyn dan Farra berjalan masuk ke dalam kolej itu seperti biasa. Orang ramai kini sudah mula tidak peduli dengan mereka. Jika sebelum ini, ke mana sahaja dua gadis itu pergi, mereka pasti akan menjadi bahan bualan dan ejekan yang berpunca daripada Jane. Gadis gedik itu juga sudah tidak terlalu menganggu mereka lagi. Dia kini sudah mempunyai mangsa baru iaitu budak skema yang baru tahun pertama masuk ke situ. Yang padanya lebih seronok untuk dibuli.
"Awak betul-betul pasti awak tak salah nampak ke, Azim?" Farra mengeluh panjang memandang lelaki itu.
"Saya bukannya rabun." Azim bersuara perlahan. "Saya yakin apa yang saya nampak. Bukan sekali. Dah beberapa kali."
"Tapi kenapa sampai sekarang tak jumpa lagi?" Farra mengerutkan dahinya masih memandang lelaki itu.
Azim hanya mengangkat bahunya.
"Apa hal ni?"
Serentak kedua-dua mereka memandang Aieyn. Gadis berambut perang itu kini sedang memandang sekeliling.
"Kenapa?" Tanya Farra.
"Mana semua orang?" Aieyn mengerutkan dahinya membuatkan kedua-dua mereka turut memandang sekeliling. Memang benar. Tiada seorang pelajar pun berada di situ. Ia agak aneh dan mustahil.
"Mana semua orang?" Tanya Aieyn lagi masih memandang sekeliling.
"Ke kafe kot." Teka Farra sambil mengangkat bahunya.
"Oh, ya..." Azim segera beralih memandang Aieyn dan Farra silih-berganti. "Setakat ni dah berapa orang yang kamu jumpa?"
Kedua-dua gadis itu berpandangan seketika.
"Belum ada sesiapa lagi." beritahu Aieyn.
Azim tercengang mendengar kata-kata gadis itu. "Belum ada?? Habis kamu berdua pula macam mana boleh jumpa?"
"Kami memang berasal dari keturunan puak ni." ujar Farra tanpa apa-apa ekpresi.
"Puak??" Ulang Azim.
"Kumpulan orang-orang yang ada kuasa seperti kami." terang Farra untuk menghilangkan kekusutan pada wajah Azim.
"Habis tu mana yang lain?" Tanya Azim lagi.
"Dah mati." selamba Aieyn menjawab. "Belasan tahun dulu puak kami dah terhapus. Kami je yang tinggal."
"Kamu ni puak apa sebenarnya?" Azim masih lagi menyangka yang dia berada di dunia khayalan.
"Huruf." ringkas jawapan Aieyn.
"Huruf??" Ulang Azim lagi.
Aieyn dan Farra hanya mengangguk-angguk. Malas hendak membuka mulut untuk mengesahkan lagi.
"Abjad??" Teka Azim lagi.
"Huruf je lah." Farra mendengus dengan kerutan di dahi. "Macam-macam pula awak teka."
"Oh." Azim segera mengusap tengkuknya tanpa tujuan.
"Dalam kalangan puak kami..." Aieyn memandang lelaki itu sambil berpeluk tubuh. "Hanya ada dua puluh enam orang sahaja yang mempunyai kebolehan seperti kami. Ia mengikut huruf pada nama."
Azim kelihatan berminat mendengar kata-kata Aieyn. Kedua-dua gadis itu serentak menunjukkan parut di lengan masing-masing yang melambangkan Huruf mereka mengikut nama.
Azim mengelipkan matanya. Gembira kerana dapat melihat parut itu kini dengan lebih jelas. "Awak Huruf F... Dan awak pula huruf A. Wow!"
"Kuasa kami berbeza-beza mengikut Huruf." sambung Aieyn lagi ketika menurunkan semula lengan bajunya. "Saya rasa awak dah tahu apa kuasa kami berdua."
Azim hanya mengangguk-angguk. Dia sudah melihat apa yang kedua-dua gadis itu boleh lakukan.
"Adakah orang yang kamu sedang cari ni juga berasal dari puak kamu juga?" Azim mengecilkan matanya memandang kedua-dua gadis itu silih-berganti.
"Tak." Farra menggelengkan kepalanya. "Kuasa tu dah memilih orang secara rawak untuk yang lain."
"Habis tu... Bagaimana dengan kamu?" Azim mengerutkan dahinya. "Kamu tak dipilih secara rawak kan?"
"Kami dapat kuasa ni dari keturunan sebab hanya kami saja yang hidup masa tu." terang Farra. "Oleh kerana tak cukup dua puluh enam orang selari dengan Huruf, kuasa tu memilih orang secara rawak."
Azim mengangguk-angguk baru faham.
"Dan sekarang kami kena kumpulkan mereka semua sebelum terlambat." sampuk Aieyn. "Mereka langsung tak tahu-menahu mengenai sejarah puak ni dan kuasa yang mereka akan terima."
"Kalau terlambat apa jadi??" Tanya Azim lagi.
"Musuh akan jumpa mereka dulu."
Tiba-tiba sahaja satu dentuman yang amat kuat seperti satu letupan jelas kedengaran. Bangunan kolej itu terasa bergegar menyebabkan Aieyn, Farra dan Azim berpandangan jelas penuh tanda tanya di minda masing-masing. Beberapa orang yang baru sahaja melintasi koridor itu dan berada berdekatan mereka juga berpandangan kebingungan.
"Apa dah berlaku?" tanya Aieyn sambil memandang sekeliling untuk melihat jika ada apa-apa petanda.
"Tak tahu." jawab Azim yang kini sudah kelihatan takut. Matanya terbuka luas memikirkan apa lagi keanehan yang bakal ditemuinya. Farra pula hanya memandang sekeliling mula tidak sedap hati.
Dentuman demi dentuman semakin jelas kedengaran. Bukan satu, bukan dua. Tapi berkali-kali. Ini satu petanda yang bukan normal. Bunyinya juga kuat dan jelas lain daripada biasa.
"Aaaaaaa!!!!!!!!"
"Arghhh!!!!"
"LARI!! CEPAT!!!!"
Serentak ketiga-tiga mereka terkejut. Orang ramai yang muncul dari merata tempat mula berlari sambil menjerit seolah-olah baru sahaja dilepaskan dari hospital gila. Masing-masing berlari tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Wajah mereka kelihatan pucat dan ketakutan seolah-olah ternampak hantu.
"Kita mesti tengok." Aieyn terus sahaja menarik tangan Farra secara automatik hampir terlupa Azim turut bersama mereka.
Farra hanya mengangguk kemudian berlari menyusul gadis berambut perang itu. Azim yang tidak tahu apa-apa turut menyusul mereka. Mereka kini berlari melawan arus orang ramai yang sedang berlari itu. Ke mana arah tuju mereka juga tidak diketahui. Apa yang penting, mereka perlu mencari dari mana datangnya bunyi dentuman itu.
Langkah mereka diatur dengan penuh berhati-hati kemudian terhenti di hadapan pintu kafeteria kolej itu. Azim tercengang tidak percaya. Matanya terbeliak seperti hampir terkeluar dengan mulutnya yang terbuka luas. Empat makhluk berbaju hitam, berbadan manusia tetapi berkepala dengan bentuk daun terup iaitu kelawar, permata, hati dan Ace melepaskan tembakan ke sana sini. Kafeteria itu kini mula hancur. Serpihan-serpihan simen mula berterbangan.
A/n: First attack!!!!! Hehehe. Tak pernah lagi saya buat scene serangan sampai lah bab yang ni. Hehehe. Seriously, guys... Nak sangat saya start story baru. Tapi story lama kena diperbetulkan. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top