The Power Of Water I

>>>>>>>>>>>>>>> The picture of Jyra's cast. Anna Kendrick. (Huruf J)


BAB 8 : KUASA AIR


Farra melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan terbuka yang agak sunyi sambil melibas-libas jaketnya yang kini agak basah. Hujan yang lebat mencurah menyebabkan dia terpaksa berteduh di situ kerana hanya itu tempat yang paling hampir dilihatnya. Hampir seluruh badannya lembap termasuk rambutnya membuatkan dia mula berasa kurang selesa. Keluhan dilepaskan apabila memandang keadaan di luar sana.

Tiba-tiba sahaja Aieyn muncul di dalam fikirannya. Entah apa yang kawan baiknya itu sedang lakukan pada saat ini. Adakah dia dapat mengawal dirinya? Ataupun gadis itu tengah menembakkan kuasanya ke sini-sana sambil menyumpah seranah. Bayangan itu membuatkan dia tersengih sendiri.

Farra memandang sekeliling bangunan itu cuba mencari jika ada sesiapa di situ untuk memastikan tidak menjadi kesalahan untuk berteduh seketika. Nanti tidak tentu pasal dia di marah kerana menceroboh. Akan tetapi, pintu bangunan itu terbuka luas seolah-olah dibuka untuk sesiapa sahaja. Bangunan itu juga hanya satu dan memanjang ke atas tanpa tangga. Ia seperti sebuah dewan.

Pandangannya kini tertarik pada sebuah piano berwarna putih yang berada ditengah-tengah ruangan itu. Dia berkerut seketika bingung. Agak pelik ia berada di dalam dewan yang kosong itu.

"Wah..." Farra merasa kagum melihat piano besar yang cantik itu kemudian memandang sekeliling.

Setelah memastikan benar-benar tiada orang di situ selain dirinya, dia terus mendekati piano itu dengan wajah yang masih teruja. Ada beberapa kertas muzik yang menunjukkan not-not yang sukar difahami bagi seseorang sepertinya. Dia ternganga sendirian kemudian mula menekan secara rawak not-not pada piano itu menggunakan jari telunjuk kanannya membuatkan bunyi bingit bergema di ruang dewan itu dan menyakitkan telinga.

"Ehem! Ehem!"

Farra tersentak seperti terkena renjatan elektrik entah dari mana. Tidak semena-mena sahaja dia jadi kaku tidak berani bergerak. Dia berhenti menekan piano itu apabila dia terdengar seseorang berdehem kuat di belakangnya.

Perlahan-lahan dia menoleh dengan gerakan seperti robot. Seorang lelaki tinggi lampai dengan rambut hitam bersinar dan bermata agak sepet berdiri dipintu sambil berpeluk tubuh memandangnya. Dia juga kelihatan agak basah mungkin kerana hujan yang lebat di luar sana.

"Awak nak belajar main piano ke?" tanya lelaki itu tiba-tiba dengan suara yang amat lembut sambil tersenyum manis.

"Ah... Tak!" Farra segera mengundurkan dirinya dari piano itu seolah-olah ia akan meletup tidak lama lagi.

Lelaki itu hampir berkerut kemudian mula berjalan masuk mendekati Farra dengan kedua-dua tangannya melibas baju dan rambutnya.

"Maaf..." Farra kelihatan agak gugup sambil cuba menyusun ayat. "Saya bukan nak buat apa..."

Lelaki itu segera tersengih kemudian mencapai kertas muzik yang berada di atas piano itu kemudian mula menyusunnya. Farra hanya mampu memandang setiap pergerakannya berharap tiada kesalahan yang dilakukannya.

"Saya ingatkan awak nak belajar piano tadi." ujar lelaki itu lembut dengan suara garaunya. "Oh, lupa pula nak kenalkan diri. Saya Rusdi."

"Oh." Farra hanya mengangguk janggal. Baginya, itu bukan masa untuk berkenalan dengan seseorang bagaimanapun bersyukur tiada kesalahan yang diutarakan.

"Siapa nama awak?" Tanya lelaki itu sopan.

"Farra."

Rusdi mengangguk-angguk kemudian kembali memandang kertas muzik yang dipegangnya tadi. "Saya guru piano di sini."

"Ah..." Farra hanya mengangguk-angguk.

"Tapi hari ni tak ada kelas." Rusdi memandang Farra semula dan berkerut. "Awak buat apa kat sini? Nak belajar piano ke?"

"Oh, tak." Farra menjawab pantas sambil menggelengkan kepalanya. "Saya cuma tumpang berteduh sekejap."

Rusdi hanya mengangguk. Wajah tampannya mula kelihatan dengan gayanya yang seperti itu.

"Lepas tu saya nampak ada piano kat sini... Saya tekan-tekan je." sambung Farra masih agak gugup.

"Oh." Rusdi mengangguk lagi sambil tersenyum.

"Saya minta maaf." Farra kembali rasa bersalah. "Saya tak ada niat pun nak ceroboh atau kacau barang-barang kat sini."

Rusdi hanya tersengih. "Bawa bertenang. Saya tak salahkan awak pun. Bukannya ada apa pun kan."

Baru sahaja Farra membuka mulut untuk membalas, satu bunyi dentuman yang amat kuat jelas kedengaran bergema di seluruh ruang dewan itu menghentikannya. Serentak kedua-dua mereka menoleh terkejut. Satu pancaran cahaya kehijauan meletus dari segenap arah membuatkan mereka memandang sekeliling agak kebingungan.

"Tunduk!!"

Farra yang dalam keadaan sedikit bingung segera tunduk apabila tedengar jeritan itu lalu menderam. Dia tidak menyangka akan diserang pada masa seperti itu. Kelihatan empat lembaga berkelubung muncul entah dari mana melepaskan tembakan merata-rata. Dia tidak begitu terkejut. Dia tahu ia akan ada.

"Farra!!" Rusdi menarik tangan gadis itu lalu membawanya bersembunyi disebalik piano yang besar itu.

"Apa dah berlaku??" tanya Farra mula berlakon. Dia sebenarnya sedikit curiga dengan tindakan Rusdi yang tidak terkejut atau takut mengenai perkara itu menyebabkan dia terpaksa berlagak seolah tidak tahu apa-apa. Ia agak mustahil bagi seseorang yang biasa tanpa mengetahui kewujudan mereka.

Rusdi mendengus agak kegeraman. "Mereka datang lagi!!"

"Datang lagi?!" Farra meninggikan sedikit suaranya kerana ia hampir tenggelam dengan bunyi tembakan yang dilepaskan di merata-rata tempat. "Maksud awak mereka pernah datang sebelum ni?!"

Rusdi memandang Farra dengan wajah yang sukar untuk dibaca. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan pada gadis itu.

"Apa yang berlaku??" Farra menggesa setelah tiada jawapan yang diterima. Cuba untuk memastikan keadaan.

Rusdi mendengus perlahan tidak menjawab sebaliknya berdiri tiba-tiba dan berjalan keluar dari tempat persembunyian itu. Farra hanya mampu memandang lelaki itu agak kebingungan bagaimanapun memutuskan untuk menunggu.

"Awak tunggu kat situ dan jangan keluar!!" arah Rusdi tegas. Wajah tampan lelaki itu kini bertukar serius. "Kalau ada peluang larikan diri dari sini... Terus pergi dan jangan patah balik!"

Farra hanya terkedu memandang lelaki itu. Buat seketika, dia hampir tersengih apabila diberi arahan seperti itu.

Rusdi menghalakan kedua-dua belah tangannya ke arah kumpulan lembaga berkelubung yang kini memandangnya. "Water!!"

Satu limpahan air yang sangat besar keluar dari tangan lelaki itu dan memukul keempat-empat lembaga berkelubung tadi.

Farra terkejut memandang Rusdi. Bukan kerana dia ada kuasa tersebut. Akan tetapi, kerana kuasa yang dia miliki. "Air?"

Air yang keluar dari tangan lelaki itu tidak berhenti dan semakin banyak. Ia memukul keempat-empat lembaga berkelubung itu bertubi-tubi. Tapi malangnya, lembaga berkelubung tadi langsung tidak cedera.

"Cuma itu yang awak boleh buat??" Salah satu daripada lembaga itu bersuara dengan suara yang amat menakutkan.

Rusdi terkedu kemudian memandang kedua-dua belah tapak tangannya. Wajahnya menunjukkan rasa kecewa pada kebolehan yang ada padanya yang seolah-olah sedang kehabisan bateri dan perlu dicas semula.

Tidak semena-mena satu tembakan terkena tepat di perut lelaki itu. Rusdi terhumban kuat ke lantai menyebabkan dia mengerang kesakitan. Dia cuba menahan tulangnya yang dirasakan sudah retak sambil memandang ke arah Farra dan mengisyaratkan supaya gadis itu cepat-cepat pergi dari situ.

Farra mendengus kuat sambil melibas-libas kan bajunya yang sudah basah kuyup akibat air yang keluar dari tangan Rusdi sebentar tadi. Dia sebenarnya ingin melihat dengan lebih lama lagi pertempuran itu bagaimanapun terpaksa keluar.

"Hei!!"


A/n: Jeng!! Korang rasa kenapa Farra macam terkejut je dengan kuasa Rusdi?? Yang dah baca tu tak payah teka. Hahaha. Nak tanya yang baru baca ni. Hehehe. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top