The power of Sand I

>>>>>>>>> Lily's cast is Jennifer Lawrence. (Huruf L)



BAB 7 : KUASA PASIR

 

Keadaan di bandar itu tidak sama seperti yang mereka sangkakan. Tidak sama seperti bandar-bandar yang dikunjungi sebelum ini. Hujan turun mencurah-curah tidak berhenti di kawasan itu. Jika bukan hujan yang lebat, ia pasti renyai-renyai. Tempat itu sentiasa basah dengan air hujan.

Sudah dua hari mereka duduk di situ setelah berpindah dari pekan sebelum ini. Lily juga turut bersama mereka setelah berjam-jam mereka berusaha untuk meyakinkan gadis itu sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kuasa mereka masing-masing sebagai bukti.

Aieyn menyelak langsir tingkap itu kemudian memandang sekeliling. Hujan masih turun dengan lebat tidak berhenti membuatkan dia mendengus kuat. "Aish! Kenapa hujan tak pandai nak berhenti ni?!"

Lily yang sedang makan kerepek di atas sofa hanya memandang Aieyn. Miezza pula hanya buat-buat tidak tahu, manakala Farra hanya tersengih melihat perangai gadis berambut perang itu yang langsung tidak senang duduk sejak mereka berpindah ke situ. Aieyn asyik menyumpah seranah dan mengomel mengenai tempat itu hanya kerana hujan yang sentiasa turun.

"Memang cuaca kat kawasan ni, Aieyn..." beritahu Miezza dengan nada keluhan. "Apa lagi yang kita boleh buat?"

Aieyn mengetap giginya kegeraman kemudian duduk semula di atas sofa. "Menyampah betul!!"

"Saya tahu lah awak paling tak suka bila hujan." sindir Farra cuba menahan senyum. "Tapi cuba lah bertenang sikit. Bukannya hujan dalam rumah ni pun. Kat luar tu je kot. Bertenang lah sikit."

Aieyn memandang Farra geram dengan pandangan yang tajam. Hendak saja dia menarik rambut perempuan itu lalu menghentakkan kepalanya di lantai berkali-kali. "Saya tahu lah awak paling suka hujan sebab senang nak uji kuasa awak tu!"

"Hello..." Farra membalas sambil memetik jarinya di hadapan muka gadis itu. "Memang lah hujan. Tapi tak ada petir pun."

Aieyn hanya mampu mendengus kemudian bersandar pada sofa itu. Miezza hanya menarik nafas panjang tidak mahu mendengar pertengkaran mereka diteruskan lagi. Silap-silap mereka bergaduh dengan menembakkan kuasa sesama sendiri.

"Bertenanglah." sampuk Lily masih lagi mengunyah kerepek yang dipegangnya. "Hujan je pun."

Aieyn merenung Lily tajam seolah-olah dia boleh mengeluarkan kuasa apinya melalui mata dan membakar gadis itu.

"Maaf." ucap Lily apabila teringat bahawa gadis berambut perang itu berkuasa api. "Lupa pula."

"Kenapa lah salah seorang dari kita tinggal kat sini pula??" Aieyn masih lagi tidak puas hati kemudian beralih memandang Farra. "Awak pasti ke dia ada kat sini? Ke awak salah tengok? Sampai kita terpaksa tinggal kat sini."

Farra mendengus perlahan kemudian mengetap giginya. "Setakat ni kat sini je yang saya boleh cakap ada, wahai cik Aieyn."

"Macam mana saya nak keluar cari dia dalam keadaan hujan macam ni?!" Bentak Aieyn.

"Dahlah. Kalau awak tak nak keluar biar kami je yang mencari." ujar Lily cuba menyenangkan hati gadis itu.

Aieyn tidak membalas sebaliknya mendengus kuat sambil berpeluk tubuh. Dia kini bersandar tidak bergerak. Hanya memandang meja kosong yang berada di hadapannya. Fikirannya melayang jauh.

"Dah jumpa maklumat?" Miezza memandang Farra. Dia sudah penat mendengar rungutan Aieyn yang seperti tiada kesudahan.

Gadis berlesung pipit itu masih lagi menghadap komputer ribanya. "Saya cari maklumat mengenai dia dulu."

"Ada berapa orang lagi yang kita kena cari?" tanya Lily.

"Kesemua Huruf yang masih hidup." jawab Farra selamba.

"Hidup?? Apa maksud awak??" Lily mengerutkan dahinya agak bingung. "Ada yang dah mati ke?"

Farra hanya mengangguk-angguk membuatkan Lily terlopong lalu membesarkan matanya kemudian memandang Aieyn yang masih lagi duduk diam berpeluk tubuh kemudian beralih kepada Miezza yang hanya membalas pandangannya tidak memberi apa-apa reaksi pada wajahnya.

"Mereka dibunuh ke atau apa?" Lily kembali memandang Farra.

Farra menarik nafas panjang kemudian mengangguk perlahan. Lily terdiam serta-merta cuba memproses perkara itu. Baru dia faham kenapa mereka berusaha mencarinya sebelum terlambat. Baru dia faham apa maksud semua itu. Kenapa mereka perlu dikumpulkan.

"Kamu dah jumpa mereka ke?" tanya Lily lagi.

"Belum." Aieyn mencelah.

"Habis..." Lily mengerutkan dahinya memandang gadis itu. "Macam mana kamu boleh tahu yang mereka dah mati?"

Belum sempat soalan itu dijawab, satu cahaya berwarna perak keluar dari kotak keperakan yang diletakkan di atas meja di belakang Aieyn sebentar tadi. Miezza dan Farra terus sahaja memejamkan mata mereka akibat kesilauan. Lily pula hanya tercengang dengan matanya terbuka luas langsung tidak terkesan. Dia tidak mempunyai masalah dengan cahaya kerana itu memang kuasanya.

Aieyn yang kini sudah mengecilkan matanya segera mencapai kotak itu lalu membukanya dengan pantas. Dia meraba-raba isi di dalamnya sebelum mengeluarkan rantai berbuah huruf 'C' yang kini sedang bercahaya terang. Seperti biasa, rantai itu bertukar menjadi debu dan hilang dari pandangan serta-merta.

Miezza dan Farra membuka mata mereka perlahan-lahan kemudian menggelengkan kepala seketika. Masing-masing cuba membetulkan mata mereka yang kini agak kabur kerana kesilauan cahaya tadi.

"Apa yang dah jadi??" Lily tercengang melihat kejadian itu dengan matanya masih terbuka luas.

Aieyn mendengus perlahan lalu menutup semula kotak itu kemudian meletakkannya di atas meja itu semula. Dia berpaling memandang Lily. "Macam tu lah caranya kami tahu bagaimana mereka mati."

Lily masih lagi tercengang bagaimanapun mengangguk faham.

"Dapat!!"

Belum sempat Lily bertanya lagi, jeritan dari Farra yang agak tiba-tiba dan tidak kena waktu itu bergema menyebabkan mereka semua serentak menoleh memandang ke arah gadis itu dan melupakan di mana mereka berada sebentar tadi. Gadis berlesung pipit itu turut memandang mereka satu-persatu secara bergilir-gilir.

"Dia seorang guru." beritahu Farra selamba dan ringkas.

"Guru??" ulang Aieyn, Lily dan Miezza hampir serentak. Farra hanya mengangguk-angguk sambil meregangkan otot leher dan lengannya yang terlalu banyak bekerja. Dia dapat merasakan tulang lehernya akan patah tidak lama lagi.

"Macam mana awak tahu dia seorang guru pula?" tanya Lily agak pelik.

"Dari profil blognya." jawab Farra sekali lagi agak selamba.

"Profil blog??" Ulang Miezza cuba berfikir. "Tapi bukan ke biasanya orang tak letakkan profil sebenar di dalam blog?"

Aieyn dan Lily mengangguk bersetuju sambil memandang Farra.

"Saya tahu." Farra memandang semula skrin komputer ribanya. "Tapi dalam satu hantaran di sini, dia ada cakap yang bahawa..." Dia mengecilkan matanya untuk membaca sesuatu di situ. "Sekali lagi sesuatu yang pelik berlaku ketika saya sedang mengajar..." Dia kembali memandang ketiga-tiga gadis itu lagi. "Saya rasa itu dah cukup buktikan bahawa dia seorang guru."

"Tapi mungkin dia guru tarian ke atau apa... Dan bukannya guru sekolah." Lily masih mempunyai kesangsian.

Farra mengerutkan dahinya memandang gadis berambut pendek itu. "Ada tak saya cakap yang dia tu guru sekolah?!"

Lily terdiam serta merta. Benar juga. Farra tidak memberitahu orang itu guru jenis apa dan dalam bidang apa.

"Kalau macam tu kita kena bahagikan tugas." Lily memberi cadangan cuba menutup kesalahan kecil itu. "Banyak benda kita kena periksa."

Farra mengangguk bersetuju termakan umpan. Manakala, Miezza pula hanya mengangguk teragak-agak kurang yakin.

"Saya akan cari guru sekolah." Lily mengangkat tangannya terlebih dahulu dengan pantas.

"Awak cari guru tadika ke atau apa?" Miezza memandang Lily cuba untuk memastikan lagi.

"Tadika." pantas Lily menjawab..

Miezza mengangguk kemudian memandang Farra. "Kalau macam tu saya cari guru sekolah biasa."

"Saya akan cari guru muzik dan yang sewaktu dengannya." ujar Farra sambil mengangkat bahunya.

Mereka berdiam diri seketika. Sepertinya ada yang kurang. Dengan serentak mereka menoleh memandang Aieyn yang sedang duduk berpeluk tubuh di sofa dengan kaki disilangkan dan berwajah serius.

"Aieyn..."

"Saya tak akan pergi!" gerutu gadis berambut perang itu sebelum sempat Lily menghabiskan ayatnya.

Serentak Miezza dan Lily berpandangan seketika kemudian beralih memandang Farra. Gadis itu pula hanya mengisyaratkan supaya mereka tidak berkata apa-apa menyebabkan mereka mengangguk perlahan.

"Baiklah! Bila kita nak gerak?" Tanya Lily agak bersemangat.

"Kita bergerak sekarang je." cadang Miezza sambil memandang jam tangannya sebelum memandang keadaan di luar sekali imbas.

Farra hanya mengangguk-angguk tanda bersetuju lalu menutup komputer riba itu kemudian meletakkannya di atas meja. Dia segera mencapai beg dan memakai jaketnya. Miezza dan Lily juga sudah bersedia dengan beg masing-masing yang bagi mereka mempunyai isi barang yang mungkin mereka akan perlu.

"Aieyn, jaga diri." ucap Farra ketika berjalan menuju ke pintu.

Gadis berambut perang itu tidak memberi sebarang reaksi. Sepatutnya dia yang mengucapkan kata-kata itu kerana bukan dia yang keluar dari rumah. Bagaimanapun, Farra lebih mengenali kawan baiknya itu. Dia takut jika Aieyn akan membakar seluruh tempat itu kerana hujan tidak berhenti. Lily dan Miezza mendekati Farra sebelum mereka bertiga keluar dari situ.


A/n: So, I choose Jennifer Lawrence to play Lily's role. Memang susah lah nak masuk Wattys2017 kalau macam ni. Masa sangat mencemburui. Tak sedar dah keluar pula contest ni. Hmmm~ Entah lah. Mungkin bagi Humanoids je masuk. Btw, leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top