The Power Of Frozen II

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Ki Hong Lee as Danish. (Huruf D)


BAB 17 : KUASA BEKU (BAHAGIAN II)


Perlahan-lahan Farra, Aieyn dan Danish menyelinap masuk secara curi-curi ke dalam sebuah kawasan yang amat besar bagaimanapun agak terpencil dan jauh dari bandar. Kawasan itu kelihatan sunyi sepi dengan salah satu sebabnya adalah jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

"Awak masih ingat tak mana pintu masuk kat tempat ni?" Farra memandang Danish sebelum memandang sekeliling.

Danish mengangguk-angguk. "Tapi kita tak boleh masuk ikut pintu depan. Nanti mereka nampak kita pula."

"Dah tengah malam ni." Aieyn mengangkat keningnya. "Takkan mereka tak tidur lagi??"

"Mereka bekerja dua puluh empat jam sehari." Danish menggerutu sambil menggolekkan bebola matanya. "Awak nak saya kira dalam seminggu lagi ke?"

Aieyn mendengus kuat. "Habis tu kita nak masuk dari mana? Kita tak ada kuasa nak tembus dinding."

"Ikut saya."

Farra dan Aieyn berpandangan seketika sambil membuat isyarat mata yang hanya difahami oleh mereka berdua kemudian menyusul lelaki itu. Mereka berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam bangunan itu melalui satu lubang yang boleh dikenalpasti sebagai tempat untuk mengeluarkan asap.

Mereka berjalan penuh berhati-hati setelah berjaya dan akan berlindung sesekali jika ada orang yang lalu atau ada bunyi yang didengar secara tiba-tiba. Mereka kini sudah berada di satu lorong yang dipenuhi dengan asap dan bunyi mesin yang sedang bekerja secara automatik bagaimanapun tiada sesiapa di situ.

"Kita sekarang berada di bawah tanah." beritahu Danish apabila terpandang wajah Aieyn dan Farra yang sedang memandang sekeliling kebingungan jelas ingin tahu tempat apa yang mereka ceroboh itu.

Kedua-dua gadis itu langsung tidak membalas bagaimanapun mengangguk sedikit. Mereka hanya menyusul langkah Danish sambil memandang sekeliling penuh berhati-hati. Nanti tidak tentu pasal mereka pula menjadi bahan ujikaji.

"Bilik kurungan tu berada di tingkat paling atas bangunan ni." ujar Danish ketika berdiri di hadapan sebuah pintu besi yang tidak berkunci.

"Tingkat atas??" Ulang Aieyn sambil mengaerutkan dahinya. "Jangan cakap kita kena naik sampai atas. Penat tahu tak."

"Apa guna lif kat sini??" Danish mendengus perlahan sambil menggolekkan bebola matanya.

Aieyn dan Farra tidak membalas sebaliknya menyusul lelaki itu berjalan sebelum menaiki sebuah lif berdekatan. Ketika lif itu mula bergerak, Farra dan Aieyn kelihatan cemas kerana itu adalah satu perkara yang baru bagi mereka. Akan tetapi, kedua-dua mereka tidak membuka mulut untuk menyatakan apa-apa. Danish pula hanya memandang kedua-dua gadis itu pelik.

Ketika pintu lif itu terbuka semula, Danish mengisyaratkan supaya mereka tunggu dahulu. Dia memeriksa keadaan di luar kemudian mengangguk tanda selamat. Mereka segera berjalan keluar. Ia adalah satu lorong yang dipenuhi dengan pintu di kiri dan kanan bagaimanapun mempunyai jarak yang sedikit jauh antara pintu.

"Dulu saya dikurung di sini." Danish memandang sebuah pintu besi yang hanya ada tingkap kecil berada betul-betul di hadapan mukanya.

"Kami tak ada masa nak tahu kenangan awak kat sini!" Aieyn memandang Danish kegeraman.

"Oh, maaf." Danish segera membuka langkah menuju ke bilik paling hujung tanpa berkata apa-apa lagi. "Ini biliknya."

Farra dan Aieyn hanya berpandangan sahaja. Berasa agak pelik dengan perjalanan yang dirasakan mudah itu.

"Tapi kita tak boleh buka pintu..."

Belum sempat Danish menghabiskan kata-katanya, Aieyn sudah meletupkan pintu itu menggunakan kuasa apinya. Dia tergamam seketika sambil mengelipkan matanya beberapa kali sebelum melangkah masuk. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di dinding sambil menghunuskan sebatang pen ke arah dua orang lelaki yang memakai kot berwarna putih dan memakai topeng muka itu.

"Siapa awak semua ni??" Pekik salah seorang lelaki yang memakai kot itu mula cemas.

"Danish!!" lelaki yang bersandar di dinding itu segera merangkul Danish sambil menangis penuh rasa gembira.

Farra berjalan perlahan-lahan menuju ke arah dua orang lelaki itu. Dia meletakkan tangannya betul-betul di dada mereka lalu mengeluarkan sedikit kuasa petirnya untuk membuat getaran. Kedua-dua lelaki itu menggeletar seketika sebelum rebah ke lantai tidak sedarkan diri.

"Jangan risau." Farra bersuara ketika terpandang wajah Danish dan lelaki yang bersamanya itu ternganga. "Mereka hanya pengsan je."

"Ini kawan saya. Namanya Zulfiqar."

"Kita tak ada masa nak berkenalan!" Aieyn menderam. "Mana kawan awak lagi seorang?"

"Dia kat koridor sebelah ni." jawab Danish sambil mengisyaratkan sesuatu pada kawannya itu dan mula berjalan keluar.

Farra dan Aieyn hanya menyusul Danish begitu juga dengan lelaki bernama Zulfiqar itu. Mereka berjalan sehingga ke hujung koridor itu dan berhenti di hadapan sebuah bilik yang pintunya sudah terbuka luas pada saat ini. Danish mengerutkan dahinya sebelum berlari masuk dengan pantas.

"Yazid???" Panggil Danish cuba memandang sekeliling bagaimanapun tergamam apabila melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring kaku dengan matanya terbeliak besar di atas lantai. "Yazid!!"

"Mereka dah bunuh dia.." Zulfiqar terlutut memandang kawan mereka itu, manakala Danish sudah memeluk tubuh yang sudah tidak bernyawa itu.

Farra mendekati Danish untuk melihat dengan lebih jelas keadaan mayat itu untuk memastikan sesuatu. "Tak... Dia diserang."

Aieyn turut memandang jasad lelaki itu. Perlahan-lahan ia bertukar menjadi debu dan hilang dari pandangan.

"Ia masih baru." Farra bingkas bangun sambil memandang mereka yang lain mula tidak sedap hati. "Jom pergi! Kemungkinan mereka..."

Belum sempat Farra menghabiskan kata-katanya, satu tembakan entah dari mana terkena tepat ke arahnya menyebabkan dia terhumban ke dinding sebelum jatuh terhempap di atas lantai.

"Argh!!"

Serentak Aieyn, Danish dan Zulfiqar menoleh agak terkejut. Tiga lembaga berkelubung masuk ke dalam bilik itu sambil melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah mereka. Zulfiqar yang masih lagi memakai baju nipis berwarna putih seperti seorang pesakit di hospital berlari cuba menyembunyikan diri penuh ketakutan. Danish pula melepaskan mayat kawannya itu agak terpinga-pinga cuba berundur.

Aieyn menembakkan kuasa apinya ke arah salah satu makhluk di situ kemudian memandang Danish dengan senyuman sinis. "Awak nak lawan??"

Danish membalas senyuman sinis gadis berambut perang itu kemudian berdiri yakin. "Dengan senang hati."

Aieyn mengangguk senyum kemudian melepaskan kuasanya dan berundur sedikit ke belakang. Dia tidak membunuh makhluk itu sebaliknya memberi ruang kepada Danish untuk menggunakan kuasanya. Dia tahu bagaimana tahap kuasa lelaki itu. Satu cahaya kemerahan keluar dari mata lelaki itu bertubi-tubi seperti satu tembakan dari sebuah senapang menyebabkan lembaga berkelubung itu hancur berkecai menjadi cecair berwarna kuning tanpa apa-apa jeritan.

"Euwwww!!!" Farra menjerit kegelian apabila cecair itu terkena dibadannya. Hampir sahaja dia termuntah.

Danish masih lagi berusaha menembak lembaga berkelubung yang satu lagi. Lembaga itu membuat serangan balas menyebabkan Danish terhumban di atas lantai betul-betul di sebelah Farra. Sasarannya tidak begitu mengena membuatkan musuh menyerangnya dengan mudah.

"Awak okey?" Tanya Farra acuh tak acuh.

Danish tidak menjawab sebaliknya berusaha untuk bangun perlahan-lahan sambil menahan kesakitan. Aieyn segera menembakkan kuasa apinya ke arah lembaga berkelubung itu menyebabkan ia meletup sekali lagi.

Farra mendengus dengan lebih kuat lagi. Belum sempat Aieyn menembakkan kuasanya ke arah lembaga berkelubung yang terakhir itu, satu cahaya berwarna putih menyelaputi badan lembaga tersebut sebelum ia membeku tidak bergerak. Mereka mengelipkan mata seketika agak kebingungan dengan keadaan yang secara tiba-tiba itu. Tidak semena-mena ia meledak menjadi cecair berwarna kuning tadi. Aieyn dan Farra berpandangan seketika.

"Bagus, Zul.." puji Danish membuatkan kedua-dua gadis itu memandang Zulfiqar yang kini masih lagi menghalakan tangan kanannya agak tercungap-cungap dengan mata terbuka luas.

"Kuasa beku." gumam Aieyn sambil mengangguk.

"Dah! Jom balik!" arah Farra yang masih cuba membersihkan dirinya walaupun tahu itu adalah perkara yang mustahil. "Saya dah tak tahan ni."

Serentak mereka semua berjalan. Mereka memandang tempat itu yang sudah berselerak sebelum beredar.

***

Farra, Aieyn, Danish dan Zulfiqar melangkah masuk ke dalam rumah itu dalam keadaan tercungap-cungap. Keadaan mereka hampir sama. Penat dan keletihan. Semua orang yang berada di ruang tamu serentak memandang mereka cemas.

"Apa jadi dengan kamu?" Lily tercengang memandang mereka yang dalam keadaan kotor penuh cecair berwarna kuning. Dia hampir menutup hidungnya kerana bau yang hanyir itu.

"Tak nampak ke keadaan kami ni?" Farra mendengus kuat sambil membaling jaketnya di sebuah kerusi kosong berdekatan.

Aieyn melabuhkan punggungnya di sofa dengan selamba sambil menarik nafas panjang. "Kami cuma dapat selamatkan seorang je."

Serentak mereka semua memandang Zulfiqar yang kini sudah kelihatan agak lemah tidak mampu bertanya apa-apa.

"Ya." Hisham bersuara seolah-olah tahu apa yang terjadi. "Rantai berhuruf Y tu musnah tadi."

"Jadi sekarang kita kena cari dua lagi kan?" Tanya Jyra sambil memandang semua orang.

"Tapi dah tak ada rantai lagi kat dalam kotak ni." Hisham mengangkat kotak yang dipegangnya cuba untuk memastikan.

"Eh..." Jyra memandang lelaki itu pelik sambil mengelipkan matanya. "Bukan sepatutnya ada dua lagi ke?"

"Memang dah tak ada." Hisham mempertahankan jawapannya sambil menunjukkan isi kotak yang sudah kosong itu.

"Tapi kalau diikutkan..." Miezza mencelah. "Memang ada dua lagi. Saya kira semuanya. Kita sekarang ni adalah sepuluh orang. Empat belas orang dah mati. Sepatutnya ada dua lagi."

Semua orang segera terdiam.. Mereka mempercayai apa yang Miezza katakan kerana gadis itu adalah orang pertama yang bersama Aieyn dan Farra. Serentak mereka semua memandang kedua-dua gadis itu untuk meminta jawapan.

Aieyn kini sedang menutup matanya cuba berehat. Farra pula masih lagi sibuk menyapu-nyapu cecair kuning yang berada di badannya langsung tidak perasan apa yang sedang berlaku.

"Farra..." panggil Miezza menyebabkan gadis itu memandangnya. "Dah habis ke pencarian kita?"

Farra hanya mengangguk-angguk selamba.

"Tapi..."

"Dua lagi rantai tu dah ada pada tuannya." pintas Farra lalu bangun dari tempat duduknya. "Misi kita dah habis. Kita kena balik sekarang."

"Balik??" Ulang Noorizan sambil mengerutkan dahinya sama seperti yang lain. "Balik ke mana?"

"Ke markas."


A/n: Dum, dum, dum!! Finally!!! It's finish!! Akhirnya setelah 17 bab berlalu, misi pencarian pun dah tamat. Sekarang balik ke mana?? Markas. Nak tahu apa kat markas? Siapa dua orang lagi tu? Tunggu bab seterusnya. Leave me your feedback. :)

> PLEASE VOTE & COMMENT <




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top