The Power Of Frozen I

BAB 17 : KUASA BEKU


Perlahan-lahan pintu depan rumah sewa itu dibuka. Hisham dan Farra melangkah masuk sambil tercungap-cungap seperti baru selesai berlari maraton dengan wajah sedikit tercengang penuh kerutan. Lelaki yang mereka kejar sejak tadi itu hanya menyusul teragak-agak di belakang mereka kebingungan penuh kecurigaan.

Kelihatan Lily, Jyra dan Miezza duduk di sofa sambil memandang mereka cemas penuh tanda tanya. Noorizan dan Rusdi pula yang duduk di sebuah kerusi berdekatan turut memandang mereka tanpa sebarang reaksi. Aieyn hanya berdiri berdekatan tingkap sambil berpeluk tubuh.

"Kamu diserang ke??" tanya gadis berambut perang itu apabila melihat keadaan Farra dan Hisham yang agak penat seperti baru habis berperang.

Farra dan Hisham tidak menjawab sebaliknya berpandangan seketika lalu merenung tajam ke arah lelaki yang bersama mereka itu. Lelaki itu hanya buat-buat tidak tahu sahaja sambil mengusap-usap tengkuknya cuba mengelak dari membalas renungan tajam mereka. Kerana lelaki itu asyik menyerang mereka bertubi-tubi tanpa henti tanpa ingin memberi peluang mereka bercakap lah mereka menjadi seperti itu.

"Siapa ni?" tanya Miezza sambil merenung lelaki yang bersama mereka itu tanpa menunggu soalan Aieyn dijawab.

"Kami dah jumpa dia." ujar Hisham kemudian melabuhkan punggung di sofa berdekatan diiringi dengusan kuat.

Farra memandang lelaki itu yang masih tercegat. "Mari sini."

Lelaki itu segera melangkah masuk ke ruang tamu itu lalu duduk di sebelah Hisham tanpa dipelawa.

"Huruf apa?" Lily memandang Farra kerana Hisham kini sudah memejamkan matanya agak kepenatan.

Farra mengangkat bahunya selamba lalu bersandar pada tempat duduknta. "Tak sempat nak tanya."

Lily segera memandang lelaki itu. "Siapa nama awak?"

"Saya ke?" Tanya lelaki itu semula dengan riak wajah selamba.

Lily memandang Farra sekali imbas yang hanya membalas pandangannya tan sebarang suara kemudian kembali memandang lelaki itu. "Awak nak suruh saya berkenalan dengan orang-orang kat sini lagi ke?"

Lelaki itu tersengih-sengih menyebabkan Lily menggolekkan bebola matanya. "Nama saya Danish."

"Huruf D."

Serentak semua orang mengangguk kecuali Hisham yang masih lagi memejamkan matanya. Dia terlalu penat untuk memberi sebarang reaksi. Ingin sahaja dia melelapkan mata tanpa memikirkan apa-apa.

"Huruf?? Apa??" Lelaki bernama Danish itu mengerutkan dahinya agak kebingungan sambil memandang semua orang.

Tiada seorang pun di antara mereka yang menjawab soalan itu. Mereka semua hanya berpandangan sesama sendiri. Mereka memutuskan untuk membiarkan soalan itu tidak terjawab buat masa ini.

"Ini bermakna kita hanya perlu cari dua orang lagi lah kan." Aieyn memandang Farra sambil mengangkat keningnya.

Farra hanya mengangguk tidak bersuara.

"Ada sesiapa yang boleh beritahu saya apa dah jadi sekarang ni tak??" Danish bersuara lagi. "Kamu semua ni siapa??"

"Kami semua ni sama seperti awak lah." beritahu Jyra agak menggerutu.

"Sebenarnya saya pun tak tahu saya ni apa." Danish bersuara sambil ketawa mengekeh yang langsung tidak lawak.

"Kami akan ceritakan semuanya bila dah selesai." ujar Aieyn. "Penat nak cerita satu-satu."

"Apa kuasa awak?" tanya Miezza sambil memerhati setiap inci lelaki itu cuba untuk meneka.

"Matanya." Farra menjawab bagi pihak lelaki itu. "Dia boleh menembak dengan menggunakan matanya."

Hisham membuka matanya secara tiba-tiba kemudian merenung tajam lelaki itu. "Dia hampir bunuh saya dengan matanya tu!"

"Maaflah." Danish menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Saya ingatkan kamu ada niat jahat dengan saya tadi."

Hisham hanya mendengus kuat sambil menggelengkan kepalanya memikirkan bagaimana dia hampir mati sebentar tanpa sebab yang bermanfaat. Ingin sahaja dia membelasah lelaki itu.

"Saya dah penat dijadikan sebagai bahan ujikaji."

"Ujikaji?!" Serentak semua orang bersuara.

Danish mengangguk selamba. "Saya dihantar ke makmal yang saya sendiri pun tak tahu makmal apa."

Semua orang hanya mendengar dengan tekun. Ada yang sudah mula berkerut dan ada juga yang sudah bertukar pandangan.

"Pelbagai suntikan mereka berikan pada saya..." sambung Danish. "Mereka kurung saya seperti seorang tahanan."

"Macam mana pula mereka boleh dapat awak??" Tanya Farra sambil mengerutkan dahinya.

"Sebab mereka tahu saya ada kebolehan macam ni!" jawab Danish mula meninggikan sedikit suaranya.

"Dan macam mana pula mereka tahu?" Celah Miezza sambil mengangkat keningnya dengan selamba.

"Sebab saya beritahu."

Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Semua orang hanya merenung lelaki itu sebelum mendengus dengan kuat. Mahu sahaja mereka membelasah lelaki itu secara beramai-ramai tanpa belas kasihan.

"Bijak betul tindakan awak ni." Hisham menggerutu.

"Manalah saya tahu." Danish bersuara lagi. "Saya terkejut dengan kebolehan ni. Saya beritahu dengan doktor sebab saya ingat saya sakit. Dia hantar saya ke makmal tu. Mereka janji akan sembuhkan saya."

Semua orang hanya mendengar tanpa memberi sebarang komen. Benda yang sudah berlalu tidak mampu dibahaskan secara lebih lanjut.

"Lama-kelamaan badan saya semakin lemah." Danish masih lagi menyambung ceritanya. "Pelbagai benda mereka uji kat saya dan secara tak sengaja... Saya terdengar mereka cakap bahawa mereka nak... Hapuskan saya... Sebab saya ni berbahaya pada semua orang."

"Habis tu macam mana awak boleh lepaskan diri?" Rusdi memandang lelaki itu agak serius.

"Saya serang mereka waktu mereka cuba buat sesuatu kat saya." jawab Danish. "Lepas tu saya lari dan... Saya hidup macam ni lah. Asyik bersembunyi. Lari, tak duduk tetap kat mana-mana."

Semua orang tidak memberi sebarang komen mengenai hal itu.

"Sebab tu bila kamu kejar saya..." Danish memandang Hisham dan Farra. "Saya terus serang kamu."

Farra dan Hisham tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya menggerutu dengan kuat menggelengkan kepala.

"Saya tak tahu sama ada kawan saya tu masih hidup atau tak."

Semua orang kembali memandang lelaki itu.

"Apa maksud awak?" Jyra merenung Danish ketika mendekatkan dirinya sedikit dengan dahi berkerut.

"Ada dua orang lagi kawan saya masih ditahan kat dalam makmal tu kali terakhir saya masih di sana."

"Kawan awak??" Ulang Lily sudah membesarkan matanya.

Danish mengangguk-angguk selamba. "Mereka juga ada kebolehan sama macam saya."

"APA?!!!"

Danish tersentak hampir menutup telinganya apabila mendengar jeritan beramai-ramai daripada mereka semua seperti sebuah koir.

"Habis tu mereka kat mana sekarang??" Tanya Aieyn merenung lelaki itu sudah berganjak.

"Masih kat makmal tu rasanya." jawab Danish sambil mengangkat bahunya. "Tapi saya tak tahu mereka masih hidup ke tak."

Serta-merta Aieyn mencapai sebuah kotak keperakan yang berada di atas meja berdekatannya. Dia membuka kotak itu untuk memastikan sesuatu. "Mereka masih hidup lagi."

Semua orang memandang Aieyn sebelum berpandangan sesama sendiri.

"Rantai mereka masih ada dalam ni." Aieyn bersuara lagi kemudian memandang Farra. "Kita berdua pergi."


A/n: Rasa kesian pulak dengan story ongoing aku ni. HUMANOIDS dan juga HUNTERS. Tak ter-update sebab tengah edit crita ni. Dua story ongoing ni adalah prequel dri buku ni tau. Jangan tak tau plak. Kena baca jugak kalau nak faham TRIPLE H the series nanti. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top