The Power Of Arrow II
BAB 12 : KUASA PANAH (BAHAGIAN II)
"Arghhh!!!!" Lily mengerang kesakitan.
Hisham kelihatan amat terkejut melihat situasi itu. Dia meraba-raba cuba mencari anak panahnya. Dia segera menderam apabila mendapati ia tiada di situ. Dia telah tinggalkan anak panahnya di tempat latihan tadi. Dia segera memandang Lily dengan cemas. "Lily! Bertahan!"
Lily tidak bersuara. Mukanya kini mula merah padam. Lembaga itu kini sedang mencekik lehernya dan menyebabkan darahnya tersekat dikepala. Dia cuba membuka kedua-dua tapak tangannya untuk mengeluarkan kuasa bagaimanapun sedikit sukar kerana tenaganya digunakan untuk bertahan.
"Arrow!!"
Satu anak panah keperakan yang bersinar terkena tepat di badan lembaga berkelubung itu menyebabkan ia mengeras secara tiba-tiba lalu terbaring di tanah tidak bergerak dengan matanya yang agak mengerikan terbuka luas. Lily bingkas bangun sambil terbatuk-batuk menahan dadanya.
"Awak tak apa-apa ke?" Hisham segera mendapatkan Lily.
Lily tidak menjawab sebaliknya memandang lembaga berkelubung yang sudah terbaring mengeras itu. Dia merangkak mendekati makhluk itu sebelum mencabut satu anak panah keperakan yang ada di badan makhluk tersebut dan menelitinya. Ia adalah anak panah yang sama dengan anak panah yang mereka jumpa sebelumnya. Dia segera memandang Hisham dengan penuh kecurigaan. "Bagaimana awak keluarkannya?"
"Er..." Hisham menelan air liurnya agak terketar-ketar berusaha mencari ayat yang sesuai terlintas dalam mindanya pada saat itu. "Ia memang anak panah yang saya bawa tadi dari tempat latihan."
"Bohong!!" tempelak Lily masih memandang lelaki itu penuh curiga. "Awak tak bawa satu anak panah pun tadi."
Hisham kelihatan semakin cemas. Wajahnya kelihatan jelas merah padam. "Awak... Tak nampak. Ia... Dibelakang saya tadi."
"Jangan tipu, Hisham." Lily merenung lelaki itu sambil mengecilkan matanya. "Ia anak panah yang sama dengan anak panah yang Aieyn cabut dari badan lembaga berkepala bulat semalam."
Hisham tersentak seperti terkena renjatan elektrik. Dia kini sudah menemui jalan buntu. Nafasnya terasa seperti tersekat dengan darahnya mengalir laju. Dia memejamkan matanya seketika sambil menarik nafas panjang.
"Beritahu saya, Hisham." gesa Lily. "Bagaimana awak ada benda ni? Kalau tak saya beritahu yang lain sebab saya tak kan lepaskan perkara ni."
"Okey, baiklah!" Hisham mendengus kuat kemudian memandang Lily. "Tapi saya minta awak jangan beritahu sesiapa mengenai hal ini, Lily. Saya merayu sangat-sangat pada awak."
Lily tidak membalas sebaliknya merenung lelaki itu tajam. Hisham mendengus sekali lagi kemudian menghalakan tangannya ke arah sebiji epal yang masih berada di atas pokok yang agak tinggi.
"Arrow!!"
Entah macam mana satu anak panah keperakan keluar dari tangan lelaki berkulit putih gebu itu dan kena tepat ke arah epal yang dijadikan sasaran. Hisham kembali memandang Lily dengan pandangan yang lemah dan berharap sambil mendengus perlahan. Lily pula hanya memandangnya sambil tersenyum puas.
"Lily... Saya merayu sangat-sangat jangan bocorkan benda ni dengan sesiapa." Hisham memandang Lily meminta simpati seolah-olah nyawanya kini berada ditangan gadis itu dan akan melayang bila-bila masa sahaja.
Lily hanya mengukir senyuman yang sukar untuk difahami apa makna disebaliknya "Ikut saya, Hisham."
"Nak ke mana?" Hisham mengerutkan dahinya mula risau mengenai semua perkara yang bakal berlaku.
"Jangan risau." Lily kini sudah mula berjalan sambil berharap lelaki itu akan menyusul. "Awak ikut je."
Hisham hanya mampu menarik nafas panjang kemudian menyusul gadis itu dengan perasaan takut bercampur bingung. Mereka menyusuri hutan tebal itu sekali lagi tidak begitu lama dan akhirnya tiba di tempat Aieyn, Farra, Miezza, Rusdi dan Jyra berada sebentar tadi. Lily berhenti berjalan kemudian memandang Hisham sambil tersenyum dengan senyuman yang agak mengerikan bagi lelaki itu.
"Aieyn! Marilah turun!" kedengaran suara Miezza menjerit untuk mengajak gadis itu. Dia kini masih duduk di atas perahu yang berada di atas air bersama Jyra dengan senyuman riang.
"Jangan mengada-ngada lah!!" bentak Aieyn dari atas pondok itu.
"Marilah..." sakat Jyra kemudian ketawa mengekeh bersama Miezza yang bagi mereka ia amat seronok.
Farra dan Rusdi yang sedang duduk di tebing sungai itu hanya memandang gelagat mereka agak risau. Aieyn masih lagi duduk di pondok tidak keluar-keluar sejak tadi. Baginya, jika dia keluar dari situ hidupnya akan berakhir. Miezza dan Jyra pula duduk di perahu sambil menyakat Aieyn dari tadi tidak berhenti.
"Miezza! Jyra!" pekik Farra. "Berhenti menyakat!"
"Kita perlu hilangkan rasa takutnya pada air." balas Jyra juga dalam keadaan menjerit dari tengah sungai.
"Tak payah lah!!" jerit Aieyn kegeraman. "Tak payah nak susahkan diri. Saya tak perlukannya.
Lily yang kini masih berada di sebalik pokok bersama Hisham hanya mereka agak risau. Dia sudah serik menyakat Aieyn sejak kejadian di rumah sewa tempoh hari. Hisham pula hanya memandang mereka agak kebingungan. Kedua-dua mereka kini sedang berdiri tidak jauh dari Farra dan Rusdi berada bagaimanapun kehadiran mereka langsung tidak disedari oleh sesiapa.
"Aieyn, takkan lah dengan air pun awak nak takut..." usik Miezza lagi masih belum menyedari bahaya yang bakal datang jika Aieyn mengangkat tangan kanannya dan dihalakan kepada mereka.
Aieyn hanya mampu menahan geramnya yang kini sudah mencapai sembilan puluh sembilan peratus dalam dirinya.
"Kata berani..." Jyra pula bersuara sambil memandang sekali imbas ke arah gadis di sebelahnya. "Tapi dengan air pun takut."
Serentak Miezza dan Jyra ketawa mengekeh sekali lagi. Lily juga terketawa sedikit mendengar kata-kata Jyra. Hisham hanya tersenyum mampu menahan ketawanya. Farra dan Rusdi pula semakin risau. Mereka hanya memandang Aieyn untuk melihat apa gadis itu akan lakukan.
Tidak semena-mena, Aieyn bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke tebing sungai itu. Dia menghalakan tangannya pada perahu yang dinaiki Jyra dan Miezza dengan wajah serius yang merah padam menahan geram. Satu percikan api keluar dari tangannya lalu membakar seluruh perahu itu.
"Wargh!!!"
Cepat-cepat Miezza dan Jyra terjun ke dalam sungai sambil menjerit cemas. Farra dan Rusdi bingkas bangun untuk melihat mereka dengan cemas. Lily turut terkedu melihat tindakan Aieyn, manakala Hisham pula terkejut dengan matanya terbuka luas memandang gadis berambut perang semulajadi itu. Aieyn kini sedang menahan kemarahannya sambil tercungap-cungap.
"Aieyn, boleh tak awak bersabar?" Farra menjerit memandang gadis itu dengan dahi berkerut.
Aieyn tidak mempedulikan kata-kata Farra. Dia masih lagi merenung ke arah Miezza dan Jyra tajam. "Buat kali kedua... Saya akan halakan tangan saya ni tepat ke arah kamu berdua. Faham tak?!"
"Ya... Kami faham." jawab Miezza dan Jyra serentak agak terketar-ketar seperti anak murid yang dimarah oleh gurunya.
Rusdi dan Farra tergelak melihat kedua-dua gadis itu. Lily juga turut ketawa. Baru mereka faham bagaimana perasaannya dengan Rusdi ketika Aieyn mengamuk dulu di rumah sewa.
"Nanti... Mereka..." Hisham memandang Lily agak terpinga-pinga dengan matanya yang masih terbuka luas.
"Welcome to the club!!" Lily mengukir senyuman sinis lalu menarik Hisham keluar dari situ.
"Hisham??" Farra mengerutkan dahinya apabila melihat lelaki itu muncul bersama Lily. Hisham pula hanya mampu memandangnya teragak-agak tidak pasti hendak memberi reasksi bagaimana.
"Kita berkumpul kat atas dulu." arah Lily.
Farra dan Rusdi tidak membantah. Mereka bingkas bangun dan menyusul Lily yang kini sedang menuju ke pondok di mana Aieyn berada. Miezza dan Jyra turut naik ke darat dalam keadaan basah kuyup.
"Padan muka kamu!" sakat Rusdi.
"Diam lah!" Jyra menggerutu sambil melemparkan pandangan tajam.
"Dah, jom naik dulu." Lily bersuara menyebabkan Jyra dan Miezza menyusul mereka tanpa banyak soal.
"Ada apa ni?" Tanya Farra yang kini sudah duduk di sebelah Aieyn sambil memandang Lily dan Hisham silih-berganti.
Rusdi hanya berdiri sedikit jauh dengan gadis itu. Takut-takut jika Aieyn menyerangnya tanpa sebab. Tambahan lagi, hubungan mereka sememangnya dingin. Miezza dan Jyra masih lagi berdiri sambil mengibar-ngibarkan baju mereka yang basah.
"Saya dah jumpa." selamba Lily bersuara.
"Jumpa apa?" Aieyn mengangkat sebelah keningnya.
Lily tidak menjawab sebaliknya menuding ke arah Hisham. Semua mata kini tertumpu pada lelaki itu yang kini merenung Lily tajam yang sudah diminta untuk tidak membocorkan rahsianya.
"Dia adalah orang yang kita cari."
Semua orang tersentak mendengar kata-kata Lily.
"Lily!" Hisham merenung gadis dengan wajah yang marah bercampur geram. Dia sudah mula cemas.
"Bertenanglah, Hisham." Lily memandang lelaki itu sambil tersenyum. "Kita semua berada di pihak yang sama."
"Maksudnya??" Hisham mengerutkan dahinya.
"Kita dari puak yang sama." Aieyn mencelah dengan wajah yang selamba sambil berpeluk tubuh. "Huruf."
Hisham membesarkan matanya memandang gadis itu kemudian memandang semua orang di situ satu-persatu.
"Hisham, biar saya kenalkan..." Lily bersuara. "Saya adalah Huruf L. Rasanya awak dah tahu nama saya kan?"
Hisham hanya mengangguk teragak-agak.
"Itu adalah Aieyn. Dia Huruf A." Lily menuding ke arah Aieyn kemudian beralih ke arah Farra. "Saya rasa awak dah tahu nama dia. Dia Huruf F."
Hisham hanya mampu memandang gadis itu.
"Dia ni Huruf R." Lily menuding ke arah Rusdi yang tersenyum manis. "Namanya Rusdi. Dan yang ini..." Lily beralih ke arah Miezza. "Miezza, Huruf M dan yang satu lagi Huruf J. Jyra namanya."
Hisham kelihatan tercengang sambil mulutnya ternganga. "Maknanya kamu semua ada kuasa juga?"
Belum sempat sesiapa pun menjawab, Miezza terus mengeluarkan angin dari tangannya tepat ke muka lelaki itu menyebabkan Hisham terkejut dan mengelak sedikit. Jyra pula mengeluarkan pasir dari tangannya lalu menumpahkan saja ke lantai. Rusdi pula bermain-main dengan air sungai membuatkan Hisham membesarkan matanya. Dia menaikkan air ke atas kemudian menurunkannya semula.
Lily mengeluarkan cahaya dari tangannya kemudian memandang Hisham. "Awak dah nampak kuasa Aieyn tadi kan?"
Hisham mengangguk-angguk kemudian memandang ke arah Farra. "Bagaimana dengan dia?"
Farra segera membuka tangannya dan dihalakan ke sungai itu. Satu pancaran kilat keluar dan meletup di dalam sungai menyebabkan Rusdi merenungnya agak marah.
"Maaf." ucap Farra selamba.
A/n: Finally, they found it. Siapa belum join wattys2017?? Join cepat!! Esok dah tutup. Join je. Mana lah tau menang kan? Tak salah berharap. Tak menang tak apa. Bukannya rugi. Hehehe~ Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top