The Power Of Arrow I
BAB 12 : KUASA PANAH
Lily sedang berjalan-jalan di tebing sungai besar yang berada jauh sedikit di dalam hutan dan sedikit jauh dari kampung yang unik itu. Miezza dan Jyra pula sedang berkayak keseronokan di sungai itu sambil menyanyi-nyanyi riang gembira. Rusdi kini sedang berendam di dalam sungai itu kerana dia amat sukakan air. Sudah hampir dua jam dia berada di dalam air itu tidak timbul. Dia juga boleh bernafas di dalam air dan berasa tenang di situ. Farra pula hanya menemankan Aieyn duduk di sebuah pondok yang mana gadis itu sudah tidak senang duduk dari tadi.
"Kenapa lah kamu suka sangat dengan air ni?!" bentak Aieyn. Badannya kini kelihatan hampir berasap dengan wajahnya yang merah padam. Dahinya sentiasa berkerut dan mukanya kelihatan bengis.
Farra tersengih memandang gadis itu. "Aieyn... Kalau awak tu bukan berkuasa api, awak pun mesti suka dengan air juga."
Aieyn menjeling tajam ke arah Farra. Mahu saja dia menumbuk muka gadis itu bagaimanapun cuba ditahan. Dia juga berharap Farra dapat faham bagaimana keadaan orang yang hanya berkuasa api.
"Aieyn..." panggil Farra yang kini sudah berdiri sambil melakukan senaman ringan seketika.
"Awak nak ke mana pula??" Tanya Aieyn serta-merta apabila melihat keadaan gadis itu yang ingin beredar.
"Saya nak pergi jalan-jalan dulu kat dalam hutan."
"Nak buat apa??" Aieyn membesarkan matanya memandang gadis itu. "Nanti awak sesat pula!"
Farra mendengus perlahan. "Tak mungkin lah."
"Awak tak nampak ke hutan tu tebal sangat??" Aieyn masih lagi membantah dengan wajah yang serius.
"Aieyn... Kita mesti cari petunjuk." balas Farra sambil bercekak pinggang. "Kalau tak... Sampai tahun depan pun kita tak dapat jumpa apa-apa. Kalau awak nak jadi penghuni tetap boleh juga."
"Yalah." Aieyn mengalah sambil menggolekkan bebola matanya dan mendengus kuat.
Farra segera berjalan keluar dari pondok itu.
"Lebih baik awak tanya orang kampung kat sini kalau mereka ada simpan peta kawasan ni." cadang Aieyn masih tidak puas hati dalam keadaan berpeluk tubuh. "Sekurang-kurangnya tahu juga awak jalan nak balik..\"
"Awak ni!!" Farra menggerutu sambil menghentakkan kakinya. "Takkan lah mereka ada peta pula."
"Eh, awak jangan main-main..." Aieyn bersuara sambil memandang sekeliling tanpa sebab. "Kampung-kampung sekarang ni pun dah moden tahu."
Farra mendengus kuat dan terus berlalu pergi sambil menggelengkan kepalanya. Dia dapat merasakan dia akan menjadi gila jika terlalu lama bercakap dengan gadis berambut perang itu. Perlahan-lahan dia berjalan melintasi Lily yang sedang seronok bermain air ditebing sungai dengan hanya merendam kakinya.
"Awak nak ke mana?" tanya Lily apabila terpandang Farra. Pada ketika itu juga, Rusdi keluar dari dalam air.
"Seronok berendam?" Sindir Farra dengan senyuman sinis ketika berhenti berdekatan mereka.
Rusdi hanya tersengih sambil menghayun-hayunkan tangannya di air itu. "Tak nak ikut sekali ke?"
"Tak nak lah." tolak Farra sambil menggelengkan kepalanya. "Basah pula baju saya nanti."
"Hoi!" Lily membentak kerana soalannya belum lagi dijawab oleh gadis itu. "Awak nak ke mana?"
"Masuk hutan."
Lily mengerutkan dahinya merenung gadis itu pelik. "Awak ni dah buang tebiat ke apa."
"Saya nak cari petunjuk lah." Farra menggolekkan bebola matanya. "Tak kan nak duduk diam kat sini main air."
"Biar saya je lah yang pergi." cadang Lily tiba-tiba yang kini sudah mula berdiri sambil memakai sandalnya.
"Kenapa pula?" tanya Farra.
Lily melibas-libaskan seluarnya.. "Awak duduk dan perhatikan je Aieyn tu kat sini." Dia memandang sekali imbas ke arah gadis berambut perang itu sambil tersengih sedikit apabila melihat gelagatnya. "Jangan sampai dia letupkan tempat ni sudah. Saya tengok dia tu dah berasap."
Farra turut memandang Aieyn sekali imbas sambil tersengih perlahan. Gadis itu kini sudah seperti cacing kepanasan. Dia benar-benar tidak senang duduk seolah-olah akan datang Tsunami tidak lama lagi.
"Nanti tak pasal-pasal jadi macam kes hari tu." keluh Lily masih teringat kes Aieyn mengamuk semasa di rumah sewa mereka.
"Baiklah." Farra mengangguk-angguk. "Awak pergilah."
Lily turut tersengih kemudian segera beredar dari situ mula memandang sekeliling. Dia berjalan masuk ke dalam hutan secara perlahan-lahan cuba mengelak dari sebarang marabahaya.
Kejadian di rumah sewa tempoh hari masih lagi berlegar-legar difikirannya. Pada waktu itu dia benar-benar takut. Dia juga tidak faham kenapa Aieyn terlalu marah pada mereka. Akan tetapi, setelah Farra menerangkan sedikit, baru lah dia faham dan memang salahnya sendiri. Dia ingin bertanya dengan lebih lanjut lagi, tapi ia seakan-akan sesuatu yang tidak senang untuk diceritakan.
Lily menggelengkan kepala sambil tersenyum sendirian mengingati kejadian itu. Dia mula memandang sekeliling tempat itu. Ia dipenuhi dengan pokok-pokok yang tumbuh tinggi dahannya. Dia juga dapat melihat semuanya kerana batang pokoknya agak kurus dan tinggi. Ia tumbuh agak berjarak antara pokok.
"Hei..."
Lily terkejut mendengar sapaan yang tiba-tiba itu kemudian menoleh pantas. Hisham berdiri dibelakangnya sambil memandang gadis itu agak pelik. Dikedua-dua belah tangan lelaki itu, busur panah dan pedang kelihatan. Lily segera mengusap-usap dadanya berasa sedikit lega.
"Oh, Hisham."
"Ya." Hisham hanya tersenyum manis memandang gadis itu. "Awak kawan Farra tu kan?"
"Ya." Lily mengangguk-angguk. Dia belum pernah lagi berkenalan dengan lelaki itu walaupun sudah beberapa kali Farra terlibat dengannya. Dia hanya mengetahui nama lelaki itu dan tidak pernah bercakap secara langsung dengannya.
Hisham berjalan perlahan-lahan mendekati Lily dengan wajah yang tenang. "Apa awak buat kat sini?"
"Ah... Tak ada apa-apa." Lily memandang sekeliling cuba mencari alasan. "Saya cuma jalan-jalan sambil menghirup udara segar je."
"Tapi rasanya agak bahaya jalan kat hutan ni seorang diri." Hisham mengangkat bahunya.
"Kenapa pula?" Lily mengerutkan dahinya.
"Nanti ada apa-apa." ujar Hisham sambil memandang sekeliling. "Kita pun tak tahu apa bahaya yang ada. Susah nanti."
Lily hanya tersenyum mengangguk-angguk kemudian memandang lelaki itu. "Bagaimana dengan awak? Apa awak buat kat sini?"
"Saya baru je selesai berlatih pedang dan memanah tadi." jawab Hisham selamba tetap dengan senyuman manisnya.
Lily hanya mampu mengangguk-angguk tanda faham. Mereka mula berjalan beriringan.
"Jadi, Lily..." Hisham memandang gadis itu. "Kamu semua memang dah berkawan lama ke?"
"Ah... Tak juga." jawab Lily tanpa bertanya siapa yang lelaki itu maksudkan dengan 'semua'. Dia tahu jawapannya kerana hanya mereka yang datang ke situ secara berkumpulan. "Kami datang dari tempat yang berlainan semuanya."
Hisham mengangguk-angguk tanda faham kemudian mengerutkan dahinya. "Habis tu macam mana kamu berjumpa?"
"Panjang ceritanya." Lily menarik nafas panjang sambil mengangkat bahu. "Kalau saya cerita nanti awak tak faham pula jalannya. Boleh buat buku cara pertemuan kami ni. Lagipun... Saya sendiri pun tak berapa faham sebenarnya cerita ni macam mana. Jadi nak ceritakan tu tambah rumit lah."
Hisham hanya tersenyum mendengar kata-kata Lily.
"Nampaknya awak memang hebat bermain pedang dan memanah." puji Lily sambil memandang pedang dan busur panah yang berada di tangan lelaki itu dengan senyuman sinis tanpa apa-apa makna.
"Ah..." Hisham segera tersengih. Mukanya kelihatan merah padam jelas menunjukkan dia tidak begitu biasa dengan pujian dan ia agak senang untuk dilihat kerana kulitnya yang putih. "Tak adalah. Kawan awak tu pun apa kurangnya. Dia hampir je kalahkan saya waktu tu."
Lily hanya mampu tersenyum. Sebenarnya dia juga baru tahu Farra mempunyai kelebihan seperti itu.
"Dia memang pandai bermain pedang dan memanah ke?" tanya Hisham memandang gadis berambut pendek itu.
"Ya kot. Saya tak pasti sangat." jawab Lily sambil mengangkat bahunya. "Sebab kami berkawan belum lama sangat. Kalau awak nak tahu... Awak tanya kat Aieyn je. Budak rambut perang tu. Dia lebih kenal dengan Farra berbanding kami."
Hisham hanya mengangguk-angguk. Tiba-tiba sahaja, satu dentuman jelas kedengaran menyebabkan Lily dan Hisham menoleh pantas. Satu lembaga berkelubung yang muncul entah dari mana merempuh Lily dengan kuat menyebabkan kedua-dua mereka jatuh terbaring di tanah.
A/n: Can you guess how many more Alphabet that they need to find?? If you really alert on this story. Hehe~ Lagipun korang mesti dah boleh teka siapa Huruf seterusnya kan?? Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top