The Objectives
>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Izzudin's cast Thomas Brodie Sangster (Huruf I)
BAB 18 : MARKAS (BAHAGIAN II - TUJUAN)
Kedinginan meresap ke seluruh tubuh mereka pada malam itu amat menyenangkan. Bulan kini muncul di langit tanpa ditemani bintang. Unggun api yang marak berada di tengah-tengah ruangan itu menerangi seluruh kawasan markas. Semua orang kini duduk dalam satu bulatan yang dibentuk dengan sengaja. Mereka hanya duduk diam sambil memandang api yang marak tanpa mampu membuka mulut. Masing-masing menunggu apa yang akan berlaku selepas itu..
"Baiklah..." Aieyn berdiri dari tempat duduknya setelah lama berbincang dengan Farra, Izzudin dan Sheronica petang tadi mengenai apa yang bakal mereka terangkan pada malam itu. "Saya rasa kamu semua pasti ingin tahu apa tujuan kamu di sini, kenapa kami mencari kamu semua."
Semua orang tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya menunggu tindakan Aieyn yang seterusnya.
"Malam ni... Kita akan saling mengenali." tambah Aieyn lagi sambil menarik nafas panjang. "Nama dan kehidupan sebelum ni. Kita mulakan dengan Zulfiqar."
Zulfiqar yang dari tadi asyik termenung berdiam diri segera tersentak apabila namanya disebut menjadi orang pertama.
"Perkenalkan diri awak." arah Aieyn ketika kembali di tempat duduknya. "Dengan kuasa awak sekali."
"Oh..." Zulfiqar berfikir seketika. "Nama saya Zulfiqar. Saya Huruf Z." Dia mengangkat bahu tanpa sebab. "Kuasa saya adalah kuasa ais. Atau kuasa pembeku?" Lelaki itu berkerut kebingungan sendiri. "Saya boleh membekukan apa saja benda." Zulfiqar kelihatan teragak-agak. "Sebelum ni saya telah dimasukkan ke sebuah makmal ujikaji sebab saya telah memberitahu orang tentang kuasa saya."
Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Menanti jika ada lagi yang ingin di tambah oleh lelaki itu.
"Saya dah tak ada apa-apa nak cakap lagi."
"Oh." Serentak semua orang memandang Aieyn.
"Kuasa Zulfiqar amat bagus." Gadis berambut perang itu segera bersuara sambil memandang setiap orang di situ seperti seorang pensyarah yang sedang mengajar ketika dia kembali berdiri. "Ia adalah satu-satunya kuasa yang boleh mengalahkan kuasa air."
Serentak semua orang memandang Rusdi yang hanya terkedu memandang Aieyn tidak bersuara tanpa sebab.
"Walaubagaimanapun ia tidak boleh dipertemukan dengan api." sampuk Farra selamba. "Ia akan kalah." Dia membetulkan sedikit kedudukannya. "Kuasa beku ni juga boleh dijadikan sebagai pelindung dari apa-apa serangan. Macam satu tembok pertahanan. Tapi kena hati-hati. Sebab ia mudah pecah."
Semua orang hanya mengangguk.
"Awak lagi, Danish." Aieyn memandang lelaki yang sedang menggigit kuku itu setelah keadaan sunyi agak lama.
Danish memandang kiri dan kanannya tanpa tujuan seketika kemudian membetulkan kedudukannya. "Nama saya Danish. Saya Huruf D. Dan kuasa saya adalah tembakan melalui mata." Dia berkelip seketika. "Saya mula dapat tahu tentang kuasa saya ketika saya marah." Sambungnya lagi. "Saya marah sambil merenung cermin bilik saya masa tu. Tiba-tiba saya nampak mata saya berwarna merah dan memecahkan cermin tu. Atau lebih tepat lagi meletupkannya."
"Matanya amat istimewa." Aieyn segera bersuara sambil memandang Danish tanpa memastikan jika perkenalan diri lelaki itu sudah selesai atau belum. "Ia boleh meletupkan sesuatu benda dengan hanya merenung benda tu. Boleh dikatakan matanya ibarat pistol." Dia mengangkat bahu. "Ia juga boleh nampak benda yang kita tak boleh nampak."
"Benda yang kita tak boleh nampak??" Ulang Lily.
Aieyn mengangguk. "Yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Halimunan dan sebagainya."
Lily segera memandang Danish dengan perasaan teruja. "Jadi awak pernah nampak hantu lah ni?"
"Jangan nak merepek lah." Danish menggolekkan bebola matanya.
Aieyn menarik nafas panjang kemudian memandang Noorizan yang sudah sedia memandangnya. Dia hanya mengangguk tanda mengisyaratkan supaya lelaki itu meneruskan sesi tersebut.
Noorizan hanya menarik nafas tenang. "Nama saya Noorizan. Dan sudah semestinya saya Huruf N. Kuasa saya adalah kuasa yang boleh mengawal akar dan segala jenis tumbuhan." Dia menarik nafas lagi ketika memandang semua orang yang masih memandangnya menanti sambungan. "Itu je pun. Tak ada lagi."
Semua orang tergelak sedikit apabila lelaki itu menamatkannya.
"Kuasa Noorizan juga ada keistimewaannya." sampuk Aieyn langsung tidak ketawa dengan gelagat Noorizan."Dia boleh membunuh orang dengan hanya melilitnya dengan akar sahaja."
Semua orang hanya memandang lelaki dengan wajah kacak itu yang hanya merenung unggun api tidak memberi reaksi.
"Itu kelebihan kuasanya." sambung Aieyn.
"Seperti yang kamu tahu..." Noorizan kembali memandang setiap orang yang ada di situ. "Saya adalah pelajar baru di Kolej Sains tu. Saya asyik berpindah ketika saya sentiasa diserang."
Aieyn menarik nafas panjang. "Dengan kebolehan yang Noorizan ada... Dia boleh mencipta bala tentera daripada tumbuh-tumbuhan."
Serentak semua orang menjadi teruja termasuk Noorizan sendiri. Dia sendiri tidak pernah tahu dia akan boleh berbuat begitu.
"Sebab dia boleh mengawal tumbuh-tumbuhan." tambah Aieyn lagi. "Itu keistimewaan kuasanya berbanding kita semua. Hanya dia satu-satunya yang boleh cipta tentera di antara semua di sini."
Noorizan memandang tapak tangannya. Dia langsung tidak percaya dia akan ada kebolehan seperti itu.
"Hisham."
Hisham tersentak apabila namanya disebut. Dia memandang Aieyn yang hanya mengangguk sebagai tanda isyarat bahawa gilirannya sudah tiba. "Oh... Nama saya Hisham. Saya Huruf H. Dan saya berkuasa panah." Hisham kelihatan teragak-agak. "Saya tinggal di sebuah perkampungan kecil."
"Kuasa Hisham nampak biasa..." ujar Aieyn serta-merta tanpa menunggu sebarang isyarat jika lelaki itu sudah habis bercakap. "Tapi jika digabungkan dengan kuasa Farra... Ia akan menjadi kuat. Sangat kuat."
Serentak semua orang memandang Farra yang dari tadi hanya berdiam diri sambil berpeluk tubuh. Gadis itu langsung tidak memberi sebarang reaksi. Hanya bola matanya sahaja yang bergerak merenung setiap orang yang ada di situ.
"Kuasa ini adalah kuasa paling kuat dalam kalangan kita." beritahu Aieyn.
Semua orang berdiam diri seketika. Aieyn turut berdiam diri. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi.
"Rusdi, giliran awak."
Rusdi tersentak sedikit. Dia memandang Farra yang menyebut namanya secara tiba-tiba. Semua orang agak terkejut kerana bukan Aieyn yang memberi arahan.
"Saya Rusdi." Rusdi memandang Aieyn seketika kemudian memandang kawan-kawannya satu-persatu. "Saya Huruf R dan berkuasa air. Saya bekerja sebagai guru piano sebelum ni."
"Kuasa Rusdi adalah satu kuasa yang kuat jika dilatih." terang Farra sambil menjeling tajam ke arah Aieyn yang langsung tidak mahu membuka mulut jika berkaitan Rusdi. "Ia kalah kepada ais tetapi menang kepada api. Tapi jika betul-betul dilatih... Ais juga tak dapat kalahkan kuasa ni."
Semua orang terkedu mendengar kenyataan Farra. Mereka langsung tidak tahu kekuatan kuasa itu. Mereka semua diam seketika sebelum Farra memberi isyarat supaya Jyra menyambung sesi itu.
"Hai, saya Jyra." Gadis itu bersuara ceria. "Saya Huruf J dan berkuasa pasir. Saya seorang guru tadika." sambung Jyra lagi. "Saya dah agak lama tahu tentang kuasa saya sebab saya selalu diserang."
"Kuasa Jyra amat bagus." Aieyn bersuara semula menyebabkan Rusdi mendengus perlahan yang tidak disedari oleh sesiapa. "Dia boleh membuat bentuk dengan hanya menggunakan pasir. Apa saja bentuk. Malah untuk perlindungan."
Aieyn segera memandang Lily sambil mengangguk sebagai isyarat giliran Lily pula yang tiba.
"Hello, saya Lily." Lily bersuara agak tegang selari dengan penampilannya yang sedikit agresif agak kelelakian. "Saya Huruf L dan kuasa saya ialah cahaya. Saya bekerja di sebuah restoran sebelum ni. Itu je. Terima kasih."
Semua orang hampir tergelak melihat gelagat Lily yang lebih kurang dengan Noorizan.
"Kuasa Lily boleh menyebabkan seseorang menjadi buta kerana kesilauan cahayanya." beritahu Aieyn serta-merta langsung tidak tergelak. "Ia juga boleh menghasilkan haba."
Semua orang hanya mengangguk faham.
"Miezza."
Miezza hanya menarik nafas panjang tidak terkejut apabila namanya disebut kerana hanya dia yang tinggal dalam kalangan ahli baru itu. "Saya Miezza. Huruf M dan berkuasa angin."
Ringkas sahaja Miezza memperkenalkan dirinya.
"Jika dilatih, Miezza boleh mencipta satu puting beliung yang besar." ujar Aieyn apabila memastikan yang Miezza tidak akan menyambung lagi. "Yang tak ada sesiapapun boleh terselamat daripadanya.
Semua orang hanya mengangguk-angguk. Miezza pula membesarkan sedikit matanya bagaimanapun tidak begitu menunjukkan pada wajahnya.
"Dah habis kan??" Aieyn merenung semua orang tanpa menunggu jawapan. "Giliran kami."
Serentak Sheronica dan Izzudin yang dari tadi hanya menjadi pemerhati membetulkan kedudukan. Semua orang turut membetulkan kedudukan mereka. Orang-orang misteri yang mereka ingin tahu sejak mereka dikumpulkan. Yang terlalu banyak persoalan ingin ditanyakan kepada mereka.
"Hai, saya Sheronica." Sheronica bersuara ceria dengan wajahnya yang comel ketika memperkenalkan diri seolah-olah itu adalah sesi suai kenal untuk pelajar baru di sebuah kolej. "Saya tentunya S. Saya boleh menyembuhkan sebarang penyakit. Dan saya juga boleh menyakitkan orang."
"Ooooo..." Semua orang agak teruja dengan kuasa Sheronica.
"Saya Izzudin dan Huruf I." Izzudin bersuara lembut. "Saya pula boleh bertukar menjadi banyak."
Semua orang terkedu mendengar kuasa lelaki itu. Mereka langsung tidak tahu kuasa begitu akan wujud dalam kalangan mereka. Dan kini, mereka memandang Farra dan Aieyn. Orang yang selama ini menjadi pemimpin mereka. Yang menyimpan banyak rahsia dari mereka. Walaupun sudah agak lama bersama kedua-dua gadis ini, mereka pasti ada banyak perkara yang mereka tidak tahu.
Aieyn memandang unggun api yang betul-betul berada di hadapannya kemudian menarik nafas panjang. "Saya Aieyn... A. Saya berkuasa api."
"Saya Farra. F." pengenalan Farra hampir sama saja dengan Aieyn. "Saya berkuasa petir."
Semua orang berdiam diri tidak bersuara. Mereka ingin bertanya lagi bagaimanapun tidak berani untuk membuka mulut. Mereka hanya menunggu tindakan daripada kedua-dua gadis itu.
"Erm... Kamu kata nak cerita tentang tujuan kita?" Lily bersuara setelah mereka semua berdiam diri tanpa apa-apa tindakan.
Farra memandang Aieyn yang juga membalas pandangannya. Gadis berambut perang itu memberi isyarat seperti membenarkan apa yang dia ingin lakukan.
"Baiklah." Farra menarik nafas panjang ketika memandang kasutnya tanpa tujuan. "Saya akan mulakan dengan sejarah kita dahulu."
Semua orang membetulkan kedudukan kerana itulah yang mereka ingin ketahui selama ini. Semua memasang telinga dan mula fokus.
"Bertahun-tahun dulu..." Farra memulakan ceritanya sambil memandang wajah mereka satu-persatu. "Ada tiga puak atau kaum yang tinggal bersama-sama. Mereka hidup aman dan damai. Huruf, Nombor dan Bentuk."
Bunyi hampir tergelak kedengaran daripada Danish membuatkan semua orang menoleh ke arahnya pelik.
"Oh... Teruskan." Lelaki itu kembali duduk focus.
"Mereka hidup senang dan baik." Farra menyambung ketika merenung unggun api itu semula setelah penat menggerakkan kepalanya. "Sehingga suatu hari, segala-galanya berubah apabila puak Huruf diberi keistimewaan."
"Keistimewaan?" ulang Miezza.
Farra mengangguk-angguk. "Mereka diberi layanan lebih dari kedua-dua kaum tadi. Sejak tu... Nombor dan Bentuk mula tak puas hati. Mereka mula berperang dan akhirnya berpecah." Farra memandang kawan-kawannya sekali lagi. "Huruf membina tempat sendiri dan hidup aman damai. Sehinggalah lima belas tahun yang lalu..."
Semua orang memandang Farra yang kini berdiam diri seperti tidak mampu meneruskan. Gadis itu hanya merenung unggun api itu seolah-olah rohnya sudah keluar melayang entah ke mana.
"Mereka diserang." Perlahan gadis berlesung pipit itu menyambung dengan nada perlahan. "Musuh terlalu ramai sehingga mereka langsung tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan keadaan."
Semua orang terdiam tidak bersuara. Ada yang sudah ternganga da nada juga yang berpandangan sambil membesarkan mata.
"Malah ketika puak Huruf diserang, kami berempat berada di sana."
Semua orang terkedu mendengar kata-kata gadis itu. Aieyn hanya berdiam diri tidak bergerak. Kerutan di dahinya semakin kelihatan. Sheronica dan Izzudin hanya tunduk tidak mencelah.
"Dulu..." Aieyn mula bersuara dengan wajah yang serius. "Kami belum ada kuasa. Yang ada kuasa hanya orang-orang di sini sahaja. Bukannya kami. Tapi lepas serangan tu... Semua orang yang ada kuasa dah mati. Hanya kami yang tinggal."
Semua orang hanya memandang Aieyn sambil berfikir.
"Jadi kamu dijadikan waris?" tanya Jyra menjadi orang pertama memberikan pandangan.
"Ya." jawab Aieyn.
"Kalau macam tu..." Noorizan masih lagi berfikir sambil mengerutkan dahinya. "Adakah kami juga waris? Maksud saya adakah ia dari keluarga kami?"
"Tak." Aieyn menggelengkan kepalanya. "Hanya kami berempat sahaja waris. Kami sebagai penaung."
"Jadi macam mana kami boleh dapat kuasa?" Hisham memandang gadis itu pelik sambil mengerutkan dahinya.
"Macam ni..." Aieyn cuba menyusun ayat sambil membetulkan kedudukannya. "Pemindahan kuasa ni ada pelbagai peringkat."
"Peringkat??" Ulang Hisham.
Aieyn mengangguk-angguk. "Orang-orang Huruf dulu... Jika mereka mati, kuasa mereka tidak akan terhapus. Ia akan diturunkan."
"Tapi kenapa kami yang dapat sedangkan kami tak berkaitan langsung?" tanya Lily pula.
"Apa yang Aieyn terangkan itu hanya pada satu peringkat." celah Farra. "Pada peringkat seterusnya... Kuasa itu sendiri akan pilih tuannya pada situasi tertentu."
"Situasi macam mana?" Hisham mengangkat keningnya.
"Bila mana waris yang ada tidak melengkapi kesemua dua puluh enam kuasa yang ada. Kuasa yang belum ada tuan terpaksa berlegar secara rawak untuk mencari siapa pemiliknya."
Semua orang agak tersentak kemudian mengangguk faham.
"Adakah itu bermakna..." Zulfiqar membesarkan matanya.
"Ya." pintas Farra yang sememangnya faham apa yang lelaki itu ingin katakan. "Kamu terpilih."
"Tapi bagaimana dengan peringkat yang lainnya?" Rusdi bertanya pula. "Ia ada pelbagai peringkat berbeza kan?"
Farra diam seketika kemudian menarik nafas panjang. "Ada satu peringkat yang ia akan diambil secara paksa."
Kelihatan semua orang mengerutkan dahi agak kebingungan.
"Apa maksud awak?" tanya Rusdi serta-merta.
"Maksud saya kat sini..." Farra cuba menyusun ayat. "Jika seseorang inginkan kuasa kita, dia perlu membunuh kita dahulu."
Semua orang mengangguk-angguk tanda faham. Jadi, tidak hairan lah kenapa selama ini mereka asyik diburu.
"Tapi bagaimana jika dia mati secara aman?" Danish mencelah. "Maksud saya... Dia tidak dibunuh."
"Kuasa itu akan mencari tuan baru sama macam sekarang." jawab Aieyn. "Ada pelbagai jenis. Kita pun boleh bagi kuasa secara sukarela pada orang lain."
"Adakah sebab itu kita diburu?" Hisham memandang Farra.
"Ya." jawab gadis berlesung pipit itu acuh tak acuh. "Sebab di antara tiga puak tu... Kuasa Huruf adalah kuasa yang paling hebat dan kuat."
"Sebab tu kami perlu cari kamu sebelum terlambat." sampuk Aieyn.
"Bagaimana dengan rantai tu?" tanya Miezza pula. "Kenapa ia turut musnah jika tuannya mati? Sedangkan kuasa tu tak lenyap."
"Rantai tu tak musnah." selamba Farra menjawab. "Ia hanya akan kembali jika kuasa tu dah jumpa tuan yang baru. Macam yang saya katakan tadi... Kuasa tu yang memilih tuannya sendiri."
Semua orang mengangguk-angguk tanda faham.
"Kenapa dua puak tu menyerang kita?" Rusdi memandang Farra kerana dia tahu tidak akan ada balasan dari Aieyn jika dia bertanya dengan gadis itu.
"Sebab mereka nak kan kuasa." ujar Farra. "Tempat ni tak boleh ditembusi oleh mereka. Sehingga lah bulan Februari yang ada tarikh 29. Pada masa itu, pelindung markas ni akan hilang."
"Tahun ni." gumam Noorizan. "Hujung bulan depan."
Serentak Farra dan Aieyn mengangguk-angguk membuatkan semua orang membesarkan mata baru menyedari perkara itu.
"Boleh saya tanya satu soalan?" Hisham mengangkat tangannya sambil memandang Farra.
"Apa dia?" gadis itu mengangkat keningnya.
"Kenapa awak boleh dapat semua kuasa??" Hisham menurunkan tangannya semula apabila mengungkapkan soalan itu.
Farra terdiam seketika cuba mencari ayat yang yang sesuai untuk menjawab. "Sebab ayah saya adalah ketua puak ni."
Semua orang mengangguk-angguk serta-merta seolah-olah jawapan itu sudah cukup untuk menjawab.
"Farra boleh dapat kuasa orang secara automatik tanpa membunuh, mencederakan atau diwariskan." Aieyn menerangkan bagi pihak gadis itu. "Jika tuannya sudah memakai rantai, dia dah boleh dapat kuasa tu."
"Patutlah dia ada semua kuasa." gumam Noorizan.
"Dan kuasa Farra adalah yang paling kuat." tambah Aieyn lagi. "Lebih-lebih lagi jika ia digabungkan dengan kuasa Hisham."
"Kenapa kuasanya dengan Hisham ada kaitan dengan kuasanya?" Jyra memandang Hisham sekali imbas yang turut merenung Aieyn.
"Sebenarnya jika kuasa itu digabungkan..." Farra mencelah. "Ia akan jadi kuasa 'Panah Petir'. Dulu ia adalah satu kuasa. Tapi ia diturunkan dan dibahagi dua bagi mencukupkan dua puluh enam kuasa."
Hisham merenung tapak tangannya tanpa tahu kenapa dia berbuat demikian.
"Selepas kuasa saya..." Farra bersuara lagi. "Kuasa Aieyn dan Rusdi lah yang paling kuat."
Rusdi curi-curi memandang Aieyn. Gadis berambut perang itu pula hanya berdiam diri tidak bersuara.
"Tapi... Kuasa Rusdi mampu membunuh Aieyn." Farra tunduk seketika. "Sebab tu Aieyn kena berhati-hati."
Semua orang mengangguk-angguk tanda faham. Mereka kini sudah tahu kenapa Aieyn terlalu berkeras melawan Rusdi. Jika dia tidak buat begitu, dia pula yang akan mati. Semua orang memandang gadis berambut perang itu yang masih lagi tunduk tidak bersuara dengan wajah yang serius.
"Jadi maknanya kuasa Rusdi lebih kuat?" sampuk Danish yang masih belum pernah nampak keadaan Aieyn dan Rusdi bergaduh.
"Tapi saya boleh bunuh dia dengan hanya sekali tembak sahaja." Farra merenung Rusdi seolah-olah ia adalah satu amaran.
Rusdi menelan air liurnya membalas pandangan gadis itu.
"Lepas ni kamu boleh berehat." ujar Aieyn. "Saya tahu kamu penat. Berehat secukupnya."
A/n: Finally, the history has been revealed. Tapi bukan bermakna tak ada sejarah lagi yang akan dikeluarkan. Akan ada dari semasa ke semasa bergantung pada situasi. Kalau nak ceritakan dalam satu bab tak dapat. Dia jadi satu buku nanti. Hahaha. Btw, leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top