Sword Battle II

BAB 10 : LAWAN PEDANG (BAHAGIAN II)


Tidak berapa lama kemudian, mereka semua selesai menukar pakaian yang diambil dari katil masing-masing. Pakaian itu seperti pakaian 'kung fu' yang digunakan oleh orang-orang Cina yang berlakon dalam filem.

Mereka memakai seluar berwarna putih dengan baju berwarna putih sama di bahagian dalam dan memakai satu jubah panjang tidak sampai ke paras lutut yang seakan-akan pakaian tradisional Jepun iaitu kimono kerana ia ada tali dipinggang yang perlu diikat di pinggang mereka supaya jubah itu tidak terbuka. Mereka juga turut memakai kasut but lembut berwarna hitam juga diikat dengan tali yang diperbuat daripada kain.

"Kita nak berkung fu ke apa ni?" Farra memandang pelik dirinya sendiri apabila memakai baju itu.

"Payahnya nak pakai baju ni." rungut Aieyn dengan muka bengis dan bercekak pinggang. "Banyak sangat lapisnya."

Miezza tidak memberi apa-apa komen dan masih berusaha memeriksa bajunya jika dipakai dengan betul. Lily dan Jyra pula agak teruja dengan pakaian yang mereka tidak pernah temui sebelum ini.

Warna baju yang mereka pakai semuanya berbeza. Aieyn memakai jubah berwarna hitam, Farra pula memakai jubah berwarna keperakan, Miezza memakai jubah berwarna kelabu, Lily pula memakai jubah berwarna perang, manakala Jyra memakai Jubah berwarna coklat. Di tangan mereka telah dililit satu kain berwarna putih dengan kemas seolah-olah mereka akan berlawan menggunakannya.

Perlahan-lahan mereka semua berjalan ke luar dari khemah itu setelah semua orang sudah selesai. Baru mereka perasan semua jenis baju yang dipakai oleh orang-orang di situ sama dengan baju yang mereka pakai sekarang ini termasuk baju yang dipakai oleh Mira dan Fiza.

"Di sini kamu kena mengikat rambut." Fiza menghulurkan sehelai skaf lembut mengikut warna jubah mereka. "Ikat kat rambut dengan kemas."

Miezza yang sememangnya tidak biasa mengikat rambut hanya mendengus kuat bagaimanapun tidak membantah. Dia berusaha untuk melakukannya seolah-olah baru sahaja hendak belajar mengenai perkara itu. Aieyn, Farra dan Jyra tidak kisah kerana mereka sememangnya mengikat rambut. Lily pula ada masalah kerana rambutnya amat pendek dan sukar untuk diikat.

"Rambut saya tak dapat ikat." Lily mengangkat keningnya langsung tidak mencuba kerana tahu apa hasilnya.

"Kalau tak boleh ikat tak apa." balas Fiza sopan.

Lily menghulurkan semula skaf itu kepada Fiza sambil menarik nafas lega. Kelihatan Rusdi sudah selesai bertukar baju sedang berpeluk tubuh memandang sekeliling. Dia kini memakai jubah berwarna hitam sama macam Aieyn. Mereka semua segera berjalan beriringan menyusul Mira dan Fiza.

"Kegiatan apa yang kamu lakukan di sini?" tanya Miezza dengan dahi berkerut memandang sekeliling.

"Kami menjalankan aktiviti sama seperti orang lain." jawab Mira ayu. "Seperti bercucuk tanam... Memotong kayu dan sebagainya."

Farra dan Aieyn berpandangan seketika. Serta-merta kampung mereka muncul dalam ingatan kerana aktiviti yang dilakukan adalah sama seperti itu.

"Kami juga ada sukan tersendiri." sampuk Fiza dengan .

"Sukan??" Ulang mereka semua hampir serentak kerana ingin tahu apa jenis sukan yang mereka lakukan di tempat seperti itu.

Fiza hanya mengangguk-angguk. "Tapi sukan-sukan kami amat berbeza. Sukan kami adalah satu jenis latihan yang memerlukan kami untuk menggunakan senjata. Lebih kepada seni mempertahankan diri."

"Senjata??" Jyra membesarkan matanya.

Mira hanya mengangguk-angguk tanpa memandang mereka. "Kami berlatih bermain pedang, memanah..."

"Wuoh!" Lily agak teruja bagaimanapun suaranya segera ditenggelami oleh satu sorakan orang ramai yang kuat sedang berkumpul di satu tempat.

"Ia dah mula!" pekik Mira agak teruja memandang mereka sebelum mula berlari. "Mari!"

Serentak mereka semua berpandangan seketika agak kebingungan bagaimanapun menyusul Mira dan Fiza yang berlari ke arah kumpulan orang ramai itu. Orang ramai di situ bersorak-sorak dengan perasaan teruja. Mereka kini cuba melihat apa yang ada di tengah-tengah bulatan orang ramai itu.

Terdapat dua orang lelaki yang sedang bertarung dengan menggunakan pedang berada di tengah-tengah itu yang mempunyai pagar tali membuatkan ianya menjadi seperti sebuah gelanggang. Mereka berlawan dengan bersungguh-sungguh dan gigih sekali. Bunyi pedang yang asyik sahaja bertembung itu amat membingitkan telinga kerana ianya berdesing kuat tanpa henti.

"Ini adalah perlawanan yang paling terkenal di sini." bisik Mira sambil matanya masih memandang ke arah dua lelaki yang sedang berlawan itu.

"Adakah..." Farra mengerutkan dahinya sambil merenung tajam pedang yang sedang digunakan oleh kedua-dua lelaki itu. Dia cuba meneliti dengan lebih tekun. "Itu adalah pedang yang asli?"

Mira mengangguk-angguk masih dengan wajah teruja yang amat bersinar dan senyumannya. "Ya."

"Asli??" Farra kelihatan terkejut lalu membesarkan matanya. "Bagaimana kalau terkena dengan orang yang berlawan?"

"Tak akan." Fiza mencelah tanpa mengalihkan pandangannya. "Sebab permainan ni ada peraturan. Awak kalah bukan sebab tercucuk pedang tapi sama ada pedang awak terlepas dari tangan atau pihak lawan dah halakannya pada pada awak tanpa awak dapat melakukan apa-apa lagi."

Farra hanya mampu mengangguk-angguk kembali memandang perlawanan itu. Kawan-kawannya yang lain kini sudah fokus menonton perlawanan itu kerana ia adalah satu perkara yang baru dan belum pernah dilihat betul-betul di hadapan mata. Mereka hanya melihat pada filem atau wayang barat.

"Siapa lelaki yang berkulit putih tu?" tanya Miezza dengan matanya masih merenung lelaki yang dimaksudkannya itu.

"Itu Hisham." jawab Mira dengan senyuman yang semakin lebar. "Dia adalah orang yang paling mahir dalam permainan pedang di sini. Tak pernah ada orang dapat kalahkan kehebatannya. Dan dia juga sangat kacak!!"

Aieyn dan Farra serentak menoleh memandang Mira yang kini sedang tersipu-sipu sambil tersenyum memandang lelaki yang sedang bermain pedang itu. .Miezza dan Lily hanya menggelengkan kepala, manakala Jyra dan Rusdi langsung tidak mempedulikan apa yang mereka sedang bualkan dari tadi. Mereka berdua sedang asyik menonton perlawanan pedang itu dengan mulut ternganga.

"Hebat betul lah lelaki tu!" puji Jyra agak bersemangat dengan keadaan bertepuk tangan.

Perlawanan kini sudah tamat. Kemenangan tetap berpihak kepada lelaki yang bernama Hisham itu. Lelaki itu kelihatan tercungap-cungap masih menggenggam erat pedang yang dipegangnya.

"Ada sesiapa lagi yang nak berlawan??!" jerit seorang lelaki yang berada di tengah-tengah itu dan menjadi pengadil sejak dari tadi. "Ada tak??!"

Tiada apa-apa sahutan daripada penonton. Lelaki itu segera berputar dan memandang semua orang untuk melihat jika ada yang menawarkan diri. "Ada tak??!"

"Ada!!"

Keriuhan tempat itu disebabkan orang ramai yang bersorak sambil bercakap tadi tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Semua mata kini tertumpu ke arah Aieyn yang sedang mengangkat tinggi tangan kanannya.

"Aieyn, awak dah buang tebiat ke?" Jyra bersuara separuh berbisik sambil membesarkan matanya.

Miezza, Rusdi dan Lily turut memandang gadis itu dengan fikiran yang ragu-ragu jika dia masih waras lagi. Farra hanya merenung gadis itu tajam. Seolah-olah tahu apa yang sedang difikirkannya.

"Awak.....?" pengadil itu agak kehairanan melihat Aieyn sambil mengerutkan dahinya. Hisham juga kelihatan terkejut.

"Ya..." Aieyn tersenyum lalu menurunkan tangannya. "Bukan saya sebenarnya. Tapi dia."

Tidak semena-mena Aieyn memegang bahu Farra. Semua orang kini mengalihkan pandangan mereka ke arah gadis berlesung pipit itu.

"Hoi!!" Farra menepis kasar tangan Aieyn. Dia sudah agak gadis itu akan menuding jari kepadanya.

"Awak pergilah lawan dia." bisik Aieyn sambil tersenyum.

"Awak dah gila?!!" Farra membentak secara perlahan kerana semua mata kini memandang ke arah mereka. Ingin saja dia menumbuk muka gadis itu sehingga cedera supaya dia tidak melihat lagi senyuman sinisnya.

"Lawan je lah. Saya nak tengok siapa lebih hebat."

Belum sempat Farra membalas kata-kata Aieyn, pengadil itu sudah mencengkam bajunya agak kuat. Dia terus sahaja ditarik ke tengah-tengah gelanggang. Semua orang mula bersorak lagi bukan kerana dia akan berlawan. Tetapi kerana perlawanan akan berlangsung sekali lagi. Jyra, Miezza, Lily dan Rusdi hanya tercengang memandang Farra agak simpati dengan mulut ternganga.

Pengadil itu menghulurkan sebilah pedang kepada Farra. Gadis itu hanya memandang kawan-kawannya meminta pertolongan walaupun tahu tiada gunanya kemudian menyambut pedang itu dengan perasaan yang masih ragu-ragu. Ia sedikit berat. Farra dapat mengesahkan ianya pedang yang asli.

"Aieyn, apa awak buat??" bisik Miezza agak risau.

"Ini tentunya perlawanan yang hebat." Aieyn bersuara agak teruja.

"Tapi..."

"Sedia!!"

Belum sempat Miezza menghabiskan kata-katanya, jeritan pengadil tadi membuatkan dia memandang ke gelanggang itu semula.

"Mula!!"

Farra dan Hisham berpandangan antara satu sama lain tanpa sebarang pergerakan. Buat seketika, Farra dapat merasakan yang dia akan mati di situ tidak lama lagi. Tidak pasti kenapa dia tidak membantah.

Hisham mula menyerang secara tiba-tiba menyebabkan Farra terkejut lalu terundur seketika bagaimanapun sempat mengelak membuatkan dia menarik nafas lega. Semua orang bersorak semakin bingit. Lily, Miezza, Jyra dan Rusdi seperti tidak sanggup untuk menonton lagi. Mereka tidak mahu mengetahui apa kesudahannya.

"Lawan balik. Jangan diam je." gumam Hisham yang hanya didengar oleh dia dan Farra.

Farra terkedu mendengar kata-kata lelaki itu buat seketika. Tidak semena-mena Hisham menyerang lagi. Kali ini dia dapat bertahan menggunakan pedang yang dipegangnya tanpa dia sedar dia melakukan itu kemudian menyerang balik menyebabkan Hisham terundur serta-merta.

"Wuoh!!" serentak Rusdi, Lily dan Jyra tergamam. Miezza hanya tercengang memandang Farra.

Hisham tersenyum apabila Farra membalas serangan itu. "Kali ni... Kita main betul-betul."

Farra sepertinya tidak lagi gentar ketika membalas senyuman lelaki itu. Dia segera teringat dengan zaman kanak-kanaknya di kampung. Mereka ada diajar bermain pedang dan itu adalah permainan yang paling digemarinya.

Hisham menyerang lagi. Begitu juga dengan Farra. Perlawanan kali ini amat sengit langsung tidak disangka. Kehebatan Hisham tiada tandingannya. Begitu juga dengan Farra. Masing-masing mengeluarkan kemahiran mereka dan langsung tidak mahu mengalah antara satu sama lain.

"Wuoh..." Miezza kelihatan teruja.

Tiba-tiba sahaja tempat itu menjadi sunyi sepi. Sorakan dan jeritan yang tadinya bergema dengan kuat kini sudah hilang secara tiba-tiba. Semua mata terbeliak memandang Farra. Gadis itu telah berjaya menjatuhkan Hisham. Lelaki berkulit putih gebu itu sedang terbaring di tanah agak terpinga-pinga. Pedangnya terlepas tidak jauh darinya. Farra menghunuskan pedangnya tepat di dada lelaki itu sambil tercungap-cungap. Keadaan sunyi seketika seolah-olah masa sedang terhenti.

Tidak semena-mena Hisham mencapai pedangnya dengan pantas lalu berdiri semula yang tiada siapa dapat pastikan dia berjaya melakukan itu. Dia menepis kuat pedang Farra. Gadis itu yang dalam keadaan terkejut tidak dapat berbuat apa-apa. Pergerakan Hisham terlalu pantas. Lelaki itu kini mencengkam lengan Farra lalu dipulaskan ke belakang dan meletakkan pedangnya tepat di leher gadis itu. Farra tidak dapat berbuat apa-apa kerana pedangnya sudah berada ditangan lelaki itu. Dia kini hanya mampu mengangkat kedua-dua tangannya tanda dia sudah kalah.

"Perlawanan tamat!! Hisham menang!!" jerit pengadil itu.

Sorakan yang tadinya hilang kini kedengaran semula. Semua orang bertepuk tangan sambil bersorak dengan siulan yang bingit. Hisham melepaskan tangan Farra sambil memandang gadis itu agak tercungap-cungap kepenatan. Farra hanya meregang-regangkan otot tangan kanannya lalu mengembalikan pedang yang dipegangnya kepada pengadil tadi sebelum berjalan menuju ke arah kawan-kawannya semula dengan wajah yang kepenatan dan lemah.

"Farra! Tak sangka awak hebat bermain pedang!" puji Lily agak teruja.

"Ya!" sokong Rusdi yang masih tercengang memandang gadis itu. "Awak memang hebat!"

"Hebat apa. Dah kalah pun!" keluh Farra.

Aieyn segera memegang bahu kawan baiknya itu. "Bertenanglah. Awak hampir dapat kalahkan dia juga pun."


A/n: Okay. Sorry! Mesti nak letak scene ni juga. Asal tengok movie lawan-lawan ni mesti nak tengok juga scene pedang. Paling best ni. Teringat pula kat filem Narnia tu. Hehehe. Leave me your feedback. :) 

> VOTE & COMMENT <



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top