Sharing Power
BAB 23 : KONGSI KUASA
Kesemua ahli puak Huruf itu bangun pada awal pagi lagi bagi mempersiapkan diri mereka untuk memulakan perjalanan. Setelah Izzudin memberikan peta kepada setiap kumpulan, mereka dilepaskan untuk bergerak dengan pesanan ringkas yang selamba daripada lelaki bermata biru itu yang hanya meminta mereka kembali masih bernyawa.
Pelbagai soalan dilontarkan pada lelaki itu bagi tidak menyulitkan keadaan semasa dalam perjalanan. Izzudin sempat lagi memberi pesanan berjela-jela pada Zulfiqar yang ditugaskan untuk berjaga di markas. Kumpulan Jyra, Rusdi dan Danish bergerak ke arah Utara. Kumpulan Farra dan Hisham menuju ke Timur. Kumpulan Izzudin, Lily dan Miezza pula bergerak ke Selatan, manakala kumpulan Aieyn dan Noorizan menuju ke Barat. Semua berlepas serentak dengan penuh debaran.
Miezza, Izzudin dan Lily berjalan masuk ke dalam hutan itu sambil memandang sekeliling penuh berhati-hati. Masing-masing membawa beg galas yang mempunyai barang-barang keperluan mereka untuk tidak menyukarkan keadaan. Izzudin menggenggam erat peta ditangannya. Ini adalah misi pertama untuk ketiga-tiga mereka keluar dari markas memandangkan dia sebelum ini hanya berjaga.
"Izzudin..."
Izzudin menoleh memandang Lily sambil mengangkat sedikit keningnya. Dahinya masih lagi kelihatan berkerut.
"Pernah tak awak keluar dari markas sebelum ni?" Tanya Lily serta-merta tanpa memberhentikan langkahnya.
Izzudin semakin mengerutkan dahinya. "Maksud awak??"
"Maksud saya..." Lily bercakap sambil memandang laluan tempat dia berjalan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. "Aieyn dan Farra kan pernah keluar untuk cari kami..."
"Oh." Izzudin segera faham apa yang gadis itu cuba tanya kemudian kembali melihat jalan yang dilaluinya. "Tak pernah."
"Kenapa?" Tanya Lily lagi sambil memandang Miezza sekali imbas yang sibuk memandang sekeliling tempat itu seperti seorang pelancong. "Jadi ini adalah pertama kali awak keluar?
"Ya. Setakat ni kami masih belum yakin untuk tinggalkan markas tu tanpa ada yang jaga." jawab Izzudin kembali memandang peta yang dipegangnya. "Nak berharap pada Sheron... Dia tak ada kemahiran untuk berlawan macam kami."
Lily hanya mengangguk-angguk tanda faham.
"Kenapa tak awak je yang keluar dalam misi mencari hari tu?" Miezza akhirnya bersuara memandang lelaki itu dengan dahi yang berkerut. "Biar salah seorang daripada mereka pula yang tinggal."
Izzudin hanya mengukir senyuman manis. "Aieyn dan Farra lebih tahu dan kenal dengan dunia orang biasa. Lagipun mereka memang bersedia untuk menerima sebarang serangan. Mereka lebih sesuai untuk misi tu."
Miezza dan Lily tidak bersuara ataupun mengangguk.
"Bila kita melangkah keluar dari markas..." Izzudin memandang kedua-dua mereka. "Maknanya kita dah bersedia untuk diserang."
Serentak kedua-dua gadis itu membesarkan mata memandang Izzudin. Jelas tidak bersetuju mengenai kenyataan itu.
"Macam keadaan kita sekarang ni." ujar Izzudin.
"Tapi kami rasa tak bersedia lagi." Lily mula kelihatan risau sambil memandang sekeliling.
Izzudin tersenyum sekali lagi. "Kamu dah bersedia. Kami dah boleh nampak kedudukan kamu semua."
Kedua-dua gadis itu tidak membalas dan hanya mampu berpandangan.
"Waktu kami mula-mula dapat kuasa kami dulu..." sambung Izzudin. "Aieyn dan Farra memang sangat gigih berlatih. Berlatih tanpa apa-apa guru pun. Sebab tu mereka hebat."
Serentak kedua-dua gadis itu mengangguk.
"Tapi kan..." Lily segera memandang lelaki itu. "Kenapa Aieyn benci sangat pada Rusdi? Takkanlah hanya disebabkan kuasa mereka berlawanan. "
Izzudin terdiam seketika. Dia tidak segera menjawab soalan itu membuatkan Lily dan Miezza berpandangan. Sepertinya soalan itu amat sensitif dan langsung tidak patut untuk diutarakan.
"Dia ada sebab yang kukuh jadi macam tu."
Serentak Miezza dan Lily terkedu memandang Izzudin yang menjawab tanpa memandang mereka.
"Sebab yang kukuh??" Ulang Lily mengecilkan matanya.
Izzudin hanya mengangguk perlahan.
"Sebab apa?" Tanya Lily lagi. Dia langsung tidak dapat mengawal dirinya daripada terus menyoal.
Izzudin berdiam diri sekali lagi. "Sebab ayah dia dibunuh oleh orang yang berkuasa air."
Serta-merta langkah kedua-dua gadis itu terhenti mendengar kata-kata Izzudin. Lelaki itu pula hanya meneruskan langkahnya perlahan-lahan.
"Biar betul??" Miezza merenung lelaki itu kemudian kembali berjalan bersama Lily sambil cuba mengejar langkahnya.
Izzudin mengangguk lagi. "Saya pun nampak dengan mata saya sendiri. Farra pun nampak... Sheron pun nampak."
Miezza dan Lily berpandangan tergamam. Timbul penyesalan kerana selama ini mereka bersangka buruk.
"Memang kejam lah." Izzudin menggelengkan kepalanya apabila mengingati kejadian itu walaupun sudah berapa tahun berlalu.
"Tapi Rusdi bukannya musuh..." Lily meneruskan langkahnya masih dengan dahi berkerut. "Dia kan puak Huruf."
Izzudin tersengih mendengar kata-kata Lily. "Orang yang membunuh ayahnya tu pun dari kalangan Huruf juga."
Sekali lagi langkah Miezza dan Lily terhenti kemudian berpandangan sesama sendiri dengan mata yang sudah dibesarkan.
"Dia dari kalangan Huruf juga??" Ulang Miezza tercengang cuba memastikan ianya bukan tersalah dengar.
Izzudin memberhentikan langkahnya kemudian berpaling memandang kedua-dua gadis itu sambil mengangguk. "Orang tu adalah ibunya sendiri."
Sekali lagi kedua-dua gadis itu terkejut semakin membesarkan mata mereka. Perkara itu benar-benar diluar jangkaan.
"Dia mengkhianati puak Huruf." sambung Izzudin seperti sukar untuk bercakap mengenai itu. "Dia yang menyebabkan seluruh puak Huruf musnah pada masa tu. Dia yang membawa musuh masuk ke markas."
Entah kenapa, walaupun Miezza dan Lily tiada di tempat kejadian pada masa itu, mereka kini sudah boleh merasai keperitan keempat-empat penaung Huruf itu menghadapi situasi yang amat perit itu.
"Tapi kenapa dia mengkhianat?" Tanya Miezza kelihatan serba salah kerana setiap pertanyaan mereka akan membangkitkan kenangan yang pahit itu.
Izzudin tersenyum kemudian mula berjalan semula. "Perasaan orang berkuasa air ni sama macam kuasanya sendiri. Senang sangat mengalir ke mana-mana. Macam air tu juga lah."
Lily dan Miezza turut membuka langkah semula cuba memproses apa yang lelaki itu katakan.
"Dipengaruh pun mudah sangat." sambung Izzudin. "Sebab tu kami risau dengan Rusdi. Budak tu pun boleh nampak senang dipengaruh. Bukannya kami suka-suka nak sisihkan dia."
Miezza dan Lily tidak bersuara.
"Kalau Aieyn tak boleh nak serasikan diri dengan dia... Biarkan je. Kita tak boleh buat apa-apa."
Miezza dan Lily hanya mengangguk tanda faham.
"Habis tu apa yang berlaku pada..." Miezza memandang Izzudin. "Ibu... Er... Orang yang mengkhianat tu?"
Izzudin hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu sambil menarik nafas panjang. "Lepas kami keluar dari markas waktu tu dulu... Kami dah tak tahu apa yang berlaku kat sana."
Kedua-dua gadis itu tidak bersuara.
"Tapi bagi Aieyn... Dia belum mati."
Serentak Miezza dan Lily memandang lelaki itu.
"Kalau dia belum mati kenapa Rusdi boleh dapat kuasa tu?" Tanya Lily sambil mengerutkan dahinya.
Izzudin hanya tersenyum. "Kami dah pernah beritahu yang puak Huruf ni istimewa sikit. Kita boleh beri kuasa pada orang secara sukarela."
"Habis tu apa kena-mengena pula dengan Rusdi dapat kuasa tu?" Sampuk Miezza juga sedang berkerut memandang lelaki itu. "Takkan dia dah kenal Rusdi? Bukan kuasa memilih secara rawak ke?"
"Bebola kristal."
Serentak kedua-dua gadis itu terdiam.
"Bila ketua puak Huruf dah mati..." Izzudin bersuara lagi. "Secara automatik semua kuasa Huruf akan ditahan oleh bebola kristal tu sama ada dia masih hidup atau pun sudah mati."
"Jadi maksudnya... Walaupun mereka masih hidup... kuasa mereka tak boleh digunakan lagi?" Miezza merenung lelaki itu.
Izzudin mengangguk-angguk. "Sehingga lah ketua Huruf yang baru muncul dan mendapat kuasa semula."
Miezza dan Lily hanya berdiam diri.
"Kami bertuah sebab Farra adalah ketua puak Huruf sekarang." beritahu Izzudin. "Sebab tu kami boleh dapat kuasa dari awal lagi memandangkan kami juga waris."
"Macam mana ketua puak Huruf ni dipilih?" Lily bertanya lagi.
"Kami masih tak pasti pasal tu." jawab Izzudin tenang. "Sehingga kini tak ada sejarah pasal tu yang dinyatakan. Tapi Farra dipilih sebab dia waris. Ayah dia adalah ketua puak Huruf dulu."
Miezza dan Lily mengangguk tanda faham.
"Habis tu macam mana pula ada dua orang boleh memiliki kuasa yang sama?" Miezza memandang lelaki itu lagi. "Maksud saya kalau lah ibu Aieyn tu masih hidup... Rusdi dan dia berkongsi kuasa ke?"
"Orang yang mengkhianat puak Huruf ni dah kehilangan nama sebagai salah seorang daripada Huruf."
Miezza dan Lily berpandangan seketika. Mereka dapat melihat kebencian Izzudin dengan ibu Aieyn sebagaimana Aieyn membenci ibunya itu sendiri. Lelaki itu kelihatan mendengus bila melibatkan perkara itu. Riak wajahnya yang tenang dan tampan berubah kepada bengis.
"Mereka tak boleh masuk ke markas sesuka hati lagi melainkan salah seorang daripada kita membawa." tambah Izzudin. "Kuasa mereka juga tidak diiktiraf sebagai kuasa Huruf lagi. Tapi kuasanya tergantung pada Huruf yang baru. Ibaratnya dia hanya mendapat kuasa seolah-olah diberi oleh seseorang jika dia masih hidup. Itupun kuasanya sangat lemah kerana yang berkuasa penuh adalah pemilik baru."
Miezza dan Lily masih kurang faham.
"Maksudnya mereka berkongsi kuasa." ujar Izzudin. "Setiap kali penggantian kuasa... Ia akan serentak untuk semua dua puluh enam Huruf walaupun masih ada Huruf yang masih hidup. Itu adalah disebabkan ketua."
"Ketua??" Ulang kedua-dua gadis itu serentak.
Izzudin mengangguk-angguk. "Jika Farra mati... Secara automatik semua kuasa kita akan hilang walaupun kita masih hidup." Izzudin memandang kedua-dua gadis itu. "Ia hanya akan kembali bila kuasa peringkat seterusnya bermula. Bagaimanapun kita sudah berkongsi dengan orang baru."
"Jadi kalau kita masih hidup nanti..." Miezza mengerutkan dahinya. "Kita akan berkongsi kuasa dengan orang baru?"
"Hanya jika kita mengkhianat." ujar Izzudin mengangguk. "Kan saya kata jika kita mengkhianat kita tidak akan diiktiraf sebagai Huruf lagi? Kuasa kita tak boleh ditarik balik bagaimanapun ia akan tetap mencari orang baru. Tapi jika pemilik lama masih hidup dan setia, dia kekal sebagai pemegang."
Miezza dan Lily mengangguk-angguk faham. Terlalu rumit perjalanan kuasa Huruf-Huruf itu.
***
Farra berjalan penuh berhati-hati sambil meneliti peta ditangannya yang dilukis oleh Izzudin. Hisham pula hanya menyusulnya dari belakang sedikit jauh dari gadis itu. Sejak mereka bertolak dari markas, mereka langsung tidak bercakap antara satu sama lain. Masing-masing tidak tahu apa yang hendak dikatakan.
"Er, Hisham..."
Hisham tersentak kemudian memandang gadis itu. Farra kini sudah menoleh ke belakang memandangnya.
"Oh, kenapa?" Tanya Hisham acuh tak acuh.
Farra kelihatan teragak-agak kemudian menghulurkan peta yang dipegangnya itu. "Boleh tak kalau awak yang tengok peta ni? Saya tak pandai sangat."
Hisham tersengih mendengar kata-kata gadis itu bagaimanapun segera mendekatinya lalu mencapai peta itu. Dia masih lagi cuba menahan ketawa sambil cuba fokus melihat peta yang dipegangnya itu.
"Kalau awak nak ketawa... Ketawa je. Saya tak kisah pun." Farra segera melangkah kembali.
"Eh, nanti lah..." Hisham mengejar gadis itu cuba menahan ketawa. "Jangan lah terasa."
"Saya tak terasa okey." ujar Farra jujur dengan riak wajah selamba.
Hisham hanya ketawa kecil kemudian kembali memandang peta yang kini sudah berada ditangannya.
"Saya memang tak pandai sangat baca peta ni." beritahu Farra sambil memandang sekeliling. "Dulu waktu kami dalam misi mencari... Aieyn selalu suruh saya yang tengok peta. Dan setiap kali itu juga lah kami sesat."
Tawa Hisham segera meletus. Kali ini dia sudah tidak dapat menahan lagi. Kenyataan itu benar-benar lucu buatnya.
"Siapa suruh dia minta saya yang baca." Farra menderam.
"Nampak berkarisma..." Hisham bersuara sambil ketawa. "Tapi baca peta tak pandai. Macam mana ni."
"Amboi..." Farra menjeling tajam ke arah lelaki itu sambil mendengus. "Pandainya mengutuk."
"Bukan mengutuk..." Hisham cuba menahan ketawa sambil memegang perutnya. "Tapi rasa lucu pula."
"Yalah." Farra turut terketawa mengingati dirinya sendiri.
Mereka berdiam diri lagi. Hisham masih cuba meneliti peta itu sementara Farra memandang sekeliling.
"Kita jalan terus je." ujar Hisham dengan matanya masih meneliti peta itu. "Sampai jumpa satu sungai."
Farra hanya mengangguk-angguk. Hisham membetulkan beg galasnya kemudian memandang sekeliling. Sesekali dia akan curi pandang wajah Farra. Situasi itu terlalu kekok bagi mereka. Kadangkala ada topik yang boleh dibualkan. Dan kadangkala pula, mereka hanya diam seolah-olah sedang berada di dalam perpustakaan. Mereka segera membuka langkah tanpa membuang masa.
"Farra..."
"Mmm?" Farra memandang Hisham sekali imbas.
"Boleh saya tanya satu soalan?" Hisham bersuara sopan sambil berdehem sedikit cuba mengekalkan nada suaranya.
"Apa dia?" Soal Farra semula.
"Pasal kuasa kita." Hisham menelan air liurnya. "Er, maksud saya kenapa ia boleh bergabung?"
"Sebab ia sebenarnya hanya satu kuasa je pada mulanya." jawab Farra. "Kuasa panah petir."
Hisham hanya mengangguk-angguk. Sudah berapa kali dia mendengar penerangan itu akan tetapi dia masih belum berpuas hati.
"Sebenarnya kuasa ni dulu milik datuk saya. Menurut ayah saya lah. Ia dari moyang punya moyang lagi." Farra bersuara tanpa memandang wajah Hisham. Dia fokus pada jalan di hadapannya. "Kuasa panah petir. Tapi dia beri kepada nenek saya untuk lengkapkan dua puluh enam orang Huruf."
Hisham hanya mendengar sahaja tanpa memberi sebarang komen ataupun apa-apa reaksi.
"Kemudian ia jatuh pada ayah saya..." sambung Farra lagi. "Sebagai waris. Dan gabungannya dengan ibu saya."
Hisham membesarkan matanya memandang gadis itu agak tercengang. "Mereka berkahwin??"
Farra mengangguk-angguk kemudian tergelak memandang reaksi lelaki itu. "Jangan risau. Kita tak perlu kahwin pun."
Hisham hanya tersenyum mendengar kata-kata gadis itu.
"Mungkin sebab kita berada di peringkat seterusnya." tambah Farra lagi sambil mengangkat bahunya.
"Tapi kita kena berjumpa untuk dapatkan kuasa tu kan?" Hisham memandang Farra dengan mata bersinar.
Farra hanya menggelengkan kepalanya. "Tak perlu pun tak apa. Asalkan awak dah pakai rantai tu."
Hisham mengangguk-angguk tanda faham.
"Tapi kenapa kuasa ni yang paling kuat?" Tanya Hisham lagi.
Farra menarik nafas panjang sambil membetulkan beg sandangnya. "Sebab kuasa ni adalah kuasa ketua puak hHuruf."
Hisham hanya mendengar.
"Setiap ketua puak Huruf yang baru..." Farra bersuara lagi. "Adalah orang yang berkuasa petir."
"Memang tetap??" Hisham memandang gadis itu.
Farra mengangguk-angguk. "Contohnya saya mati... Cara nak tentukan ketua puak Huruf yang baru adalah melalui kuasanya."
Hisham hanya memandang Farra tidak bersuara.
"Orang yang berkuasa petir itu adalah ketua puak Huruf yang baru." ujar Farra. "Tak kira lah dia Huruf apa."
A/n: Terlalu panjang tak untuk satu bab?? Saya takut panjang sangat sampai susah korang nak baca. And takut bosan pulak. Hahaha. Well, Senang saya nak bagi penerangan sedikit demi sedikit pasal HURUF. Kalau dah sikit orang berbual senang lah sikit. Jadi ambik kesempatan kat sini. Perbualan dorang bukan setakat bual kosong. Ada isi. Jadi tetap kena baca. Huahuahuahua. :) BTW, enjoy~~ Leave me your feedback.
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top