Secret I
BAB : RAHSIA
Sudah tiga hari berlalu, masih belum ada tanda-tanda orang yang mereka cari itu muncul semula. Tiada apa-apa perkara pelik yang berlaku menyebabkan misi pencarian mereka menjadi lebih panjang lagi. Mereka juga tidak dapat memastikan sama ada orang yang mereka cari itu adalah perempuan atau pun lelaki.
Farra dan Aieyn kini sudah muak dan menyampah berada di tempat itu. Jane pula masih lagi dengan rancangan jahatnya untuk mengenakan mereka. Gadis berambut perang itu hampir sahaja mengeluarkan kuasanya tetapi dihalang oleh Farra. Jika tidak, Jane pasti sudah menjadi debu. Sudah beberapa kali dia merancang untuk mengenakan Jane. Tapi semuanya tidak dapat dilaksanakan.
Hanya ada seorang yang berkelakuan aneh di mata mereka saat ini. Azim. Lelaki dengan rambut belah tepi dan berlesung pipit itu. Senyuman yang sentiasa terpapar pada wajahnya membuatkan orang sukar untuk melihat perangai anehnya. Dia sepertinya mula berminat dengan kisah hidup atau latar belakang kedua-dua gadis ini. Asyik bertanya perkara-perkara yang di luar jangkaan. Dia juga sudah tertangkap beberapa kali mengekori mereka. Tidak dapat diketahui apa motifnya.
Farra kini sedang duduk seorang diri di sebuah bangku di kawasan berumput itu. Dia memandang seketika jam ditangannya kemudian mengeluh perlahan. Aieyn yang sepatutnya berjumpa dengannya di situ masih belum muncul lagi. Menunggu adalah perkara yang paling tidak disukainya. Silapnya sendiri kerana tahu gadis berambut perang itu akan lambat tetapi dia tetap datang awal.
"Hai!"
Disapa secara mengejut seperti itu membuatkan Farra menoleh pantas sambil mendepakan tangan kanannya kepada pemilik suara itu. Kelihatan Azim sedang berdiri berdekatan agak terkejut dan sedikit tercengang sambil mengangkat kedua-dua tangannya seolah-olah Farra kini sedang mengacukan pistol ke arahnya. Dia mengangkat keningnya melihat gerak tangan gadis itu.
"Bertenanglah." Azim menurunkan semula tangannya setelah memastikan bahawa tiada apa-apa yang merbahaya ditangan Farra tanpa bertanya apa maksud gadis itu mengangkat tangannya seperti itu.
"Awak rupanya." Farra segera menurunkan tangannya sambil membuat riak wajah malu yang sebenarnya lebih kepada takut jika Azim bertanya soalan aneh lagi mengenai perkara itu.
"Ya." ujar Azim dengan senyuman sinis yang hanya dia sahaja tahu apa maknanya. "Saya."
"Lain kali jangan lah sergah saya macam tu!" bentak Farra cuba menyembunyikan riak curiganya. "Sapa lah dengan cara yang baik sikit."
"Saya ucap 'hai' pun tadi kan??" Azim cuba membela dirinya dengan riak wajah agak terkejut.
Farra hanya mampu mendengus tidak membalas.
"Tapi kan..." Azim melabuhkan punggung di sebelah gadis itu perlahan-lahan. "Kenapa awak halakan tangan awak pada saya macam tu?"
Farra menelan air liur hampir membesarkan matanya. Lelaki itu terlalu cepat menangkap apa sahaja tindakan asing mereka. Yang sebenarnya tidak dapat dijadikan benda serius pada orang normal.
"Maksud saya..." Azim sudah mula tersenyum sinis. "Tanpa ada apa-apa senjata pun. Kosong je. Lain lah kalau ada pistol tadi."
"Dah jadi kebiasaan." jawab Farra ringkas cuba mengekalkan riak wajah seperti tidak menyembunyikan apa-apa.
Azim tersengih sedikit. "Pelik juga kebiasaan awak ni."
Farra tidak membalas lagi. Dia sebenarnya tidak suka jika lelaki itu bersembang dengannya. Terlalu banyak soalan akan ditanya yang mana semuanya dia malas untuk menjawab. Dan yang paling penting, dia takut akan terlepas sesuatu yang membuatkan Azim lebih curiga.
"Dengar-dengar teruk awak dikerjakan oleh Jane."
Farra segera memandang Azim. Sedikit lega kerana lelaki itu mengubah topik. "Macam mana awak tahu?"
"Mulut orang biasalah." Azim menjawab selamba sambil mengangkat bahunya. "Bukan boleh tutup. Lagipun banyak sangat tersebar gambar... Dan video. Saya ada dapat video tu. Awak nak tengok?"
Farra hanya mengangkat keningnya langsung tidak hairan. Dia dapat mengingati peristiwa itu dengan jelas. Semua orang mengambil gambarnya. "Saya tak rasa nak tengok diri saya dalam tu."
"Awak tak kisah ke?" Azim berkerut memandang gadis itu yang kelihatan tidak begitu berminat.
"Nak kisah apa??" Soal Farra semula.
"Yalah. Awak jadi topik hangat kot." beritahu Azim.
"Saya peduli apa." selamba Farra membalas. "Biarkan lah mereka tu. Buang masa saya je."
"Wuoh! Penyabarnya awak." Azim kelihatan kagum. "Kalau sebelum ni ada yang sampai berhenti belajar sebab kes macam ni."
"Saya ada banyak benda lagi nak buat daripada melayan perangai perempuan tu." ujar Farra.
"Banyak benda nak buat?? Benda apa??"
Farra menyumpah seranah di dalam hati. Dia hampir terlepas lagi. Azim hanya merenung Farra. Menantikan jawapan yang memuaskan hati. Banyak perkara yang dia ingin tahu. Mulut gadis itu kini asyik terbuka dan tertutup semula tidak tahu hendak membalas apa. Takut jika dia tersalah cakap lagi.
"Farra!!"
Serentak kedua-dua mereka menoleh walaupun hakikatnya hanya Farra seorang sahaja yang dipanggil. Aieyn berdiri dengan wajah serius bagaimanapun agak terkejut memandang lelaki berlesung pipit itu bersama dengan kawan baiknya akan tetapi tiada masa untuk bertanya. Dia hanya mampu berdiri cemas sambil mengisyaratkan supaya Farra segera mengikutnya.
Farra segera mencapai beg sandangnya. Bersyukur kerana Aieyn datang tepat pada masanya. "Maaf, Azim. Saya pergi dulu."
"Okey." Azim hanya mampu memandang mereka dengan riak wajah yang sukar untuk dibaca.
Farra segera mendekati Aieyn. Mereka memandang sekali imbas lelaki itu kerana kecurigaan mereka selama ini masih ada. Bagaimanapun, Azim kelihatan sibuk melakukan sesuatu pada telefon bimbitnya dan tidak berminat. Mereka berpandangan sekali lagi kemudian berjalan beriringan agak tergesa-gesa.
Farra yang masih belum tahu apa-apa hanya menurut. Aieyn pula hanya meneruskan perjalanan sambil memandang sekeliling. Dia hanya memeluk beg sandangnya yang kelihatan penuh entah apa isi kandungannya. Dia cuba mencari tempat yang sunyi dan sesuai untuk dia bercakap. Bagaimanapun semua tempat di situ dipenuhi dengan orang ramai yang melakukan aktiviti masing-masing.
Setelah agak jauh berjalan, mereka tiba di bahagian hujung kawasan kolej itu. Koridor yang penuh sunyi seperti bangunan yang tidak digunakan lagi. Satu-persatu pintu bilik di situ ditolak. Makmal komputer, bilik lukisan dan sebagainya. Akhirnya, mereka masuk ke dalam gelanggang bola keranjang yang pada saat ini kosong kerana bukan waktu latihan dan sebaliknya.
"Ada apa ni sebenarnya?" Tanya Farra agak tercungap-cungap kerana mereka kini sudah berjalan agak jauh.
Aieyn tidak menjawab sebaliknya menurunkan beg sandangnya ke bawah dan meletakkannya di atas lantai. Dia segera membuka beg tersebut lalu mengeluarkan sesuatu yang dibungkus tebal menggunakan jaketnya. Perlahan-lahan dia membuka balutan itu dan mengeluarkan satu kotak keperakan yang sentiasa di bawa oleh mereka secara bergilir-gilir ke mana sahaja mereka pergi. Ia kini diterangi cahaya yang amat menyakitkan mata.
Aieyn terus sahaja membuka kotak itu sambil mengecilkan matanya cuba menahan silau yang boleh membutakan. Farra juga melakukan hal yang sama. Salah satu daripada rantai-rantai yang berada di situ kini bercahaya. Gadis berambut perang itu segera mencapai rantai yang berbuah huruf 'V' tersebut sebelum ianya bertukar menjadi debu dan hilang dari pandangan. Dia segera menoleh memandang Farra yang hanya tercengang memandangnya kemudian mengeluh perlahan.
"Mereka dah bunuh satu lagi." Farra memejamkan matanya sambil bercekak pinggang dengan dengusan kecewa.
Aieyn hanya mengangguk bersetuju masih merenung tepat rantai itu tadi musnah. "Kita dah terlambat nak cari..."
PLANG!
Kedengaran bunyi sesuatu telah terjatuh dari pintu atas gelanggang itu menyebabkan Aieyn dan Farra serentak menoleh. Mereka berpandangan seketika sambil membesarkan mata. Gadis berambut perang itu melepaskan apa sahaja yang dipegangnya dan terus berlari menuju ke pintu itu meninggalkan Farra. Gadis berlesung pipit itu mendengus kuat lalu memasukkan semua barang-barang Aieyn ke dalam beg sandang tersebut kemudian berlari menyusulnya.
Aieyn pula sudah merentap pintu atas itu dengan kuat sambil memandang sekeliling dalam keadaan panik. Kelihatan satu kelibat sedang menyusun penyapu dan mop yang berhamburan di atas lantai kembali ke tempat asalnya dalam keadaan kelam-kabut.
"Hoi!!"
Penyapu dan mop yang dipegang tadi terlepas semula apabila terdengar pekikan kuat dari Aieyn. Kelibat itu segera melarikan diri tetapi malangnya berjaya disambar oleh Aieyn yang lebih pantas darinya. Farra pula baru sahaja sampai di situ kerana membawa dua buah beg yang boleh tahan beratnya.
"Jangan nak lari." gumam Aieyn ketika mencengkam kolar baju seorang lelaki yang kini memandangnya ketakutan sambil bergegar.
"Azim??" Farra agak terkejut memandang lelaki itu.
Aieyn tersenyum sinis. Lelaki yang sememangnya berada dalam senarai orang mencurigakan pada mereka. Yang mungkin juga boleh jadi salah satu daripada mereka. Orang yang mereka cari. Azim pula sudah memandangnya terketar-ketar. Wajahnya kini lain daripada yang biasa dilihat oleh gadis itu.
Hanya ada satu cara untuk mengetahui jika lelaki itu salah seorang dari mereka. Aieyn merentap selamba lengan kanan lelaki itu. Menarik lengan bajunya untuk melihat sesuatu. Sesuatu yang sememangnya akan dimiliki oleh orang seperti mereka. Parut. Akan tetapi, lengan lelaki itu bersih tanpa ada sedikit pun kesan.
"Malangnya awak dah silap langkah, budak.." Aieyn bersuara dengan wajah yang mengerikan. Jika lelaki itu bukan dalam kalangan mereka, Azim kini menjadi orang yang merbahaya. Tindak-tanduknya yang selama ini menimbulkan kecurigaan menjadi persoalan kepada mereka.
"Sa... Sa... Saya... Cum.... Cuma..."
"Awak kena diajar sikit." ujar Aieyn penuh dengan rancangan jahat. Farra hanya mampu memandang mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya merenung Azim. Cuba mencari tahu apa tujuan lelaki itu.
A/n: Oh, no. Alphabet V was died too. Akan tetapi, masalah paling besar. AZIM!! Dia nampak sesuatu yang tidak sepatutnya dia lihat. Lagipun dia memang mencurigakan pada mereka. Akan tetapi, dia bukan salah seorang dari Huruf. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top