Red Crystal
BAB 27 : KRISTAL MERAH
Hari kini sudah mula gelap apabila tiba masanya. Bulan dan bintang langsung tidak muncul di langit pada malam itu. Hutan tebal itu hanya ditemani bunyi cengkerik yang kuat dan membingitkan telinga. Farra dan Hisham sudah pun mendirikan khemah sejak menjelang senja tadi sebagai persediaan untuk memudahkan keadaan.
Mereka mula menyusun tempat tidur mereka untuk berehat kerana seharian berjalan. Hisham membuat unggun api dan Farra membakar menggunakan kuasa api yang dia ada. Mereka duduk berdekatan unggun api. Perjalanan terpaksa dihentikan seketika. Sepertinya tempat yang mereja tuju lebih jauh dari yang disangka.
"Awak rasa kita akan selamat ke kat sini?" tanya Hisham sambil memandang sekeliling agak risau.
"Entah." Farra turut memandang sekeliling. Dia sendiri tidak tahu adakah tempat itu selamat atau tidak.
"Kita dah semakin jauh kat dalam hutan ni." ujar Hisham ketika memukul nyamuk yang berada di lengannya. "Takut ada apa-apa pula nanti."
"Harap-harap tak ada apa-apa lah."
Hisham hanya mampu mengangguk bersetuju. Keadaan menjadi sunyi sepi lagi. Masing-masing masih berasa kekok untuk bercakap. Unggun api yang ada di situ seperti dimarakkan sebagai pengganti untuk ditontoni.
"Dah dua hari..." gumam Farra dengan nada perlahan memecah kesunyian. "Susah juga nak jumpa tempat tu."
Hisham mengangguk bersetuju. "Saya minta maaf sebab tak boleh nak tunjuk arah jalan dengan baik."
Farra segera tersengih mendengar kenyataan lelaki itu. "Okey lagi tu. Kalau saya ni... Nak baca peta pun tak pandai. Lagi teruk."
Hisham turut ketawa mendengar kata-kata gadis itu sebelum keadaan menjadi sunyi sekali lagi. Masing-masing tidak tahu apa yang hendak dikatakan dalam keadaan seperti itu. Tiada perkara yang muncul difikiran untuk dijadikan topik.
"Er, Farra..."
Farra memandang lelaki itu pantas.
"Lepas semua ni lah kan... Mmm... Maksud saya lepas bertempur." Hisham memandang Farra dalam keadaan yang teragak-agak. "Apa yang awak akan lakukan? Apa awak nak buat?"
Farra tersengih sedikit kemudian kembali memandang unggun api itu. "Saya pun tak pasti lagi."
Hisham mengangguk-angguk walaupun bukan itu jawapan yang dia mahukan. Dia tidak begitu berani bertanya macam-macam perkara. Dalam keadaan seperti itu adalah lebih baik dia tidak banyak menimbulkan persoalan yang sensitif.
"Mungkin saya akan terus tinggal di markas."
Hisham memandang Farra semula.
"Saya akan hidup macam biasa semula di sana." tambah Farra lagi sambil tersenyum manis.
"Kenapa tak nak hidup seperti orang biasa?" tanya lelaki itu lagi. "Maksud saya hidup normal. Macam orang lain."
Farra berfikir sedikit kemudian segera tersenyum kembali. "Kami dijadikan sebagai penaung, Hisham. Bukan macam kamu semua. Ini tanggungjawab kami. Dan inilah kehidupan kami."
Hisham mengangguk-angguk kemudian tunduk seketika. Dia mengerti perasaan gadis itu. Tidak mudah untuk memilih jalan lain pada kedudukan mereka. Terlalu banyak perkara yang harus dititikberatkan.
"Saya tak boleh lari daripada tanggungjawab."
Hisham mengangguk-angguk faham.
"Itu pun kalau saya selamat."
Kata-kata gadis itu membuatkan Hisham merenungnya dengan dahi berkerut."Kenapa awak cakap macam tu??"
Farra membalas renungan Hisham sambil berkerut.
"Awak kan paling kuat dalam kalangan kami?" Hisham turut mengerutkan dahinya. "Awak miliki semua kuasa."
Farra tersengih memandang lelaki itu. "Hisham... Awak masih belum dapat bayangkan bagaimana pertempuran kita nanti." Gadis itu menelan air liurnya. "Belum tentu kita akan menang. Kita tak tahu apa akan jadi. Tak ada apa yang boleh kita simpulkan buat masa sekarang ni."
Hisham hanya mampu berdiam diri.
"Kami boleh nampak macam mana pertempuran yang membawa kepada kehancuran puak ni dulu."
Hisham menarik nafas panjang sambil memandang gadis itu. "Saya harap kita boleh berjuang sama-sama."
Farra hanya tersengih mendengar kata-katanya.
"Mungkin kami taklah rasa bagaimana keperitan yang kamu rasa waktu tu..." Hisham memandang wajah Farra dengan pandangan yang sayu. "Tapi kami dah boleh rasa sekarang ni. Kita dah macam satu keluarga."
Farra hanya mendengus perlahan. "Saya pun tak tahu macam mana nak ceritakan keadaan masa tu."
Hisham tidak bersuara lagi. Dia merasakan topik itu tidak patut dibincangkan terlalu lama.
"Macam mana dengan awak, Hisham?"
Hisham tersentak kemudian memandang gadis itu sambil mengerutkan dahinya kurang faham.
"Apa awak nak buat lepas ni?" Farra merenung lelaki itu.
Hisham tersengih mendengar soalan itu. "Awak lupa ke saya pun tak hidup normal macam orang lain?"
"Ah..." Farra segera ketawa. Dia hampir terlupa mengenai itu. Dia pernah berlawan pedang dengan lelaki itu.
"Entahlah. Saya pun tak tahu lagi. Tapi mungkin saya akan teruskan hidup saya di markas."
Farra terkedu mendengar kata-kata lelaki itu.
"Ini keluarga baru saya." Hisham hanya melemparkan senyuman manis. "Saya akan teruskan pada kehidupan ini."
Farra hanya menarik nafas sambil mengangguk-angguk. Dia segera tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. Hisham hanya memandangnya. Memang benar. Itu keluarga barunya. Yang kini semakin disayanginya. Tapi ada satu lagi sebab kenapa dia mahu terus tinggal di situ. Sebab yang dia sendiri tidak dapat ungkapkan. Sebab yang hanya dia seorang yang tahu.
***
Farra mencapai beg sandangnya untuk memasukkan semula barang-barang yang dikeluarkannya dari situ semalam. Hisham masih lagi lena dibuai mimpi tidak sedarkan diri. Farra yang sudah segar setelah selesai mandi di kolam yang dia buat sendiri menggunakan kuasa mereka bingkas bangun untuk menghirup udara segar. Dia memandang sekeliling cuba mencari jika ada apa-apa petanda yang boleh dijadikan petunjuk jalan.
Farra memandang Hisham seketika. Lelaki berkulit putih itu nampak tenang dalam tidurnya. Buat seketika, dia merasa geli hati mengingati kata-kata lelaki itu malam semalam. Tiba-tiba sahaja gadis berlesung pipit itu tersentak. Dia cuba meneliti sesuatu yang kini jelas kedengaran. Bunyi derapan tapak kaki memijak batu-batu kecil dan juga bunyi geseran daun-daun turut kedengaran. Dia segera tunduk untuk berselindung.
"Farra, awak dah bangun?"
Farra terkejut memandang Hisham. "Alamak!"
Lelaki berkulit putih itu kelihatan tercengang memandang Farra sambil menggosok-gosok matanya. Satu tembakan dilepaskan melintasi telinga Hisham. Lelaki itu yang baru sahaja bangun dan masih dalam keadaan mamai kini menjadi segar. Dia tunduk semula dalam keadaan tercengang.
Farra yang kini sedang berdiri di sebalik pokok hanya mampu mengisyaratkan supaya lelaki itu cuba bersembunyi. Hisham mengangguk-angguk kemudian cuba merangkak perlahan-lahan untuk mencari tempat perlindungan. Bagaimanapun tembakan dilepaskan merata-rata sehingga menyebabkan lelaki itu sukar untuk bergerak.
Dengan selamba Farra keluar dari tempat persembunyiannya dengan deraman yang kuat dan berani sekali. Dia menembak kuasa panahan petirnya ke arah satu lembaga yang sedang berdiri menghadap ke tempat Hisham kini berada. Lembaga itu meledak menjadi cecair berwarna biru.
Hisham yang masih terpinga-pinga bangun perlahan-lahan dengan penuh berhati-hati. Dia tercengang memandang cecair yang kini bertempiaran itu. Dia memandang Farra seketika dengan wajah yang bingung.
"Macam mana mereka boleh ada kat sini pula?" Hisham masih lagi memandang Farra.
"Mereka ada di mana-mana saja." selamba Farra menjawab. "Bersiap. Kita kena teruskan perjalanan."
Hisham hanya mengangguk-angguk kemudian segera berkemas. Mereka meneruskan lagi perjalanan mereka. Kini mereka sudah berjalan terlalu jauh ke tempat yang mereka sendiri tidak pernah pergi.
"Hisham..."
Hisham yang sedang memandang peta ditangannya itu menoleh pantas. Farra kini sedang memandang ke arah sebuah pintu masuk gua yang dikeliling dengan akar-akar hidup yang tebal.
"Nak masuk??" Hisham memandang gadis itu kurang yakin.
Farra hanya mengangguk kemudian mula berjalan untuk masuk. Dia mengalihkan akar-akar itu menggunakan kuasanya. Belum sempat mereka melangkah masuk, tanah yang mereka pijak itu kini bergegar menyebabkan mereka terundur sambil memandang sekeliling dalam keadaan yang terumbang-ambing.
Sesuatu kini sedang bergerak-gerak dari dalam tanah itu seperti hendak naik ke permukaan. Farra dan Hisham semakin berundur mencari tempat yang selamat untuk dipijak. Tanah itu seolah-olah ingin menarik mereka ke dalam dan menimbus mereka. Tidak semena-mena, rangka-rangka tengkorak keluar dari tanah itu satu-persatu. Ia bergerak seolah-olah bernyawa.
"Apa ni?" Hisham tercengang dengan mulutnya ternganga. Dia seperti hampir terlupa di mana dia berpijak.
Farra tidak menjawab soalan lelaki itu. Dia hanya meneliti rangka-rangka tengkorak yang semakin banyak itu kemudian memandang Hisham dengan pandangan selamba. "Awak dah sedia?"
Hisham berkerut memandang gadis itu bagaimanapun segera faham apabila melihat kuasa petir yang kini keluar dari kedua-dua belah tangannya. Hisham turut mengeluarkan kuasanya dan bersedia. Belum sempat mereka berbuat apa-apa, rangka-rangka tengkorak itu terlebih dulu melepaskan tembakan menyebabkan mereka terhumban ke pokok pada arah yang berlainan.
"Argh!!" Farra mengerang kesakitan kemudian cuba bangun perlahan-lahan. "Tak sangka pula mereka boleh menembak."
"Nampaknya pengawal bebola kristal tu dah marah." Hisham turut bangun perlahan-lahan. Dia melihat seketika luka pada lengannya kemudian mengeluh sedikit kerana kesakitan.
"Ya." Farra menghidupkan sekali lagi petirnya lalu menembak salah satu rangka tengkorak di situ. Apa yang mengejutkan mereka, rangka tengkorak itu langsung tidak terkesan. "Apa hal?"
Hisham turut tercengang. "Kenapa tak ada apa-apa yang berlaku?"
"Tak tahu." Farra segera tunduk apabila rangka-rangka tengkorak itu menembak ke arah mereka lagi.
Hisham cuba menembak lagi untuk memastikan bahawa kuasa mereka memang tidak boleh digunakan. Malangnya, ia terbukti benar. Rangka-rangka itu langsung tidak hancur malah menyerang Hisham semula menyebabkan lelaki itu turut tunduk bersembunyi. "Memang tak boleh."
"Apa kita nak buat?" Farra memandang lelaki itu dalam keadaan yang kalut buat mereka.
Hisham hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu sambil cuba mencari apa-apa idea. "Kalau kuasa kita tak berkesan pada rangka-rangka tu, apa yang boleh kalahkan mereka?"
Farra bingkas bangun. Dia menembakkan kuasa api yang dia dapat dari Aieyn ke arah rangka-rangka tengkorak itu. Tetap tiada apa-apa yang terjadi. Dia mencuba semua kuasa yang dia dapat dari semu kawan-kawannya. Tetap tiada apa-apa yang berlaku kepada rangka-rangka tengkorak itu.
PLANG!!
Tidak semena-mena Farra terkedu mendengar bunyi itu. Salah satu daripada rangka-rangka tengkorak itu hancur berkecai entah bagaimana. Tulang-tulangnya jatuh ke tanah dan mengerekot bergerak untuk bercantum semula kepada keadaan asal. Farra segera memandang Hisham.
Lelaki itu kini sedang membaling batu ke arah rangka-rangka itu satu-persatu kemudian memandang Farra. "Rasanya awak boleh guna kuasa pasir atau akar awak untuk timbus mereka semula."
Farra hanya tersenyum mengangguk melihat kebijakan lelaki itu kemudian mula mengawal akar-akar dari bawah tanah untuk menarik tulang-tulang rangka tengkorak yang sudah hancur dan mengerekot disebabkan oleh balingan Hisham untuk mengelakkan mereka dari tidak bercantum semula. Dia mencampur adukkan setiap rangka itu agar tidak dapat berbentuk semula kemudian mula mengawal tanah untuk menimbusnya semula dengan lebih dalam lagi. Farra kini sedang fokus untuk memastikan kerjanya dibuat dengan betul kerana rangka-rangka tengkorak itu terlalu banyak. Ia perlu dipercepatkan agar ia tidak bercantum semula.
"Pelik juga guna batu sebagai senjata." Hisham kini agak tercungap-cungap kerana asyik tunduk mengambil batu dan mula membaling dengan gaya seorang pembaling bola untuk pemainan besbol. Tangannya kini dipulas-pulaskan kerana terasa lenguh yang teramat sangat.
Farra tidak membalas sebaliknya cuba fokus dengan kerjanya. Tidak sampai dua puluh minit, rangka-rangka tengkorak itu sudah tidak kelihatan lagi. Tanah yang berada di hadapan mereka itu kini meninggi kerana menenggelamkan tulang-tulang rangka itu dengan lebih dalam lagi.
"Harap mereka tak keluar lagi." ujar Hisham tercungap-cungap menahan penat sambil bercekak pinggang.
"Baik kita cepat." Farra terus berjalan menuju ke pintu gua itu. "Nanti macam-macam lagi yang jadi. Saya rasa cukup lah beberapa malam je kita bermalam di luar markas. Dah tak tahan ni."
Hisham hanya menyusul Farra tanpa banyak bercakap. Mereka mula melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam gua itu dengan penuh berhati-hati. Farra menghidupkan cahaya dari tangannya sebagai penyuluh jalan. Mereka memandang sekeliling untuk memastikan tiada penjaga lain yang akan muncul lagi agar mereka mampu bersedia jika diserang.
"Kenapa banyak lukisan dalam ni?" Hisham meneliti setiap lukisan-lukisan aneh yang memenuhi dinding gua itu di kiri dan kanan mereka. Lukisan itu langsung tidak boleh difahami. Tapi jelas ada makna atau cerita yang tersirat disebaliknya kerana ia teratur dan mempunyai bahagian.
Farra turut memandang lukisan-lukisan itu dengan dahi yang berkerut. "Saya pun tak tahu. Mungkin ia satu sejarah. Atau boleh jadi juga satu cerita. Orang zaman dulu selalu buat macam ni."
"Tapi bukan ke sejarah tu tak betul??" Tanya Hisham sambil mengangkat keningnya. "Maksud saya zaman-zaman batu macam tu."
"Saya tak ke sekolah." selamba Farra membalas. "Saya pun tak tahu. Abaikan je lah benda tu."
Hisham tidak bersuara lagi. Mereka meneruskan perjalanan untuk masuk ke gua itu dengan lebih dalam lagi sehingga akhirnya mereka tiba di hujung jalan yang mematikan lorong gua itu. Ia satu kawasan lapang dengan bentuk bulat. Obor-obor yang ada di sekelilingnya kini menyala. Kelihatan sebuah ukiran batu berbentuk manusia berada di tengah-tengah kawasan itu dengan tapak tangan kanannya terletak bebola kristal berwarna merah.
"Itu dia." Hisham tersenyum puas. Terasa apa usaha mereka selama beberapa hari ini membuahkan hasil.
"Nanti!!" Farra menahan Hisham yang kelihatan sudah sedia untuk melangkah masuk ke dalam.
"Kenapa?" Hisham memandang gadis itu pelik.
Farra tidak menjawab sebaliknya mengoyakkan sedikit daripada kertas peta yang dipegang oleh lelaki itu lalu menerbangkannya ke arah kawasan lapang itu. Tidak semena-mena sahaja kertas itu hangus terbakar.
"Apa..." Hisham ternganga kemudian beralih perlahan-lahan memandang gadis itu. "Yang dah jadi."
Farra mendepakan tangan kanannya untuk memastikan sesuatu. "Saya dapat rasa haba dari kawasan ni."
"Habis tu macam mana kita nak ambil??" Hisham mendengus kuat sambil merenung gadis itu.
Farra hanya membalas renungan Hisham dengan selamba. "Awak dah lupa ke saya ada kuasa api?"
Hisham baru teringat. Dengan selamba, Farra melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam kawasan itu. Haba yang panas itu kini semakin terasa. Tepat jangkaan mereka. Tiada apa-apa yang berlaku pada gadis itu kerana dia ada kuasa api. Farra mendekati ukiran batu itu kemudian segera mencapai bebola kristal berwarna merah itu sebelum memandang lelaki itu dengan senyuman puas.
A/n: Tak tahu macam mana nak buat part ni jadi susah dan mencabar. Idea macam nak lupus dah ni. Hahaha. Harap okay lah ni kot. Hanya tinggal satu lagi kristal lepas ne. Lepas tu nak pegi kat drama sikit. Hehehe. Saja nak bagi emosi keluar. Sabar ek. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top