Nobody's Fault

BAB 14 : BUKAN SALAH SESIAPA


Rusdi baring di katil bilik itu dalam keadaan yang agak lemah. Badannya terasa sakit dan tenaganya juga tidak berfungsi dengan baik. Dia seperti tidak mampu untuk bergerak terlalu banyak buat beberapa ketika. Hisham duduk di sebelahnya dari tadi untuk menemankan lelaki itu kerana takut jika ada berlaku apa-apa yang tidak diingini. Farra pula sedang cuba membantunya dengan meletakkan tuala basah di atas kepala Rusdi cuba untuk memberi sedikit kelegaan.

"Farra..."

Farra tersentak sedikit kemudian memandang Rusdi tidak segera menjawab. Hisham turut memandang lelaki itu walaupun hakikatnya bukan dia yang dipanggil. Dia juga ingin mendengar apa yang Rusdi ingin katakan.

"Ada apa, Rusdi?" Tanya Farra yang sebenarnya tidak mahu Rusdi bertanya apa-apa dengannya pada saat ini. Entah kenapa, dia tidak mahu menjawab apa-apa soalan yang bukan sepatutnya dia jawab.

Rusdi diam seketika sambil memejamkan matanya cuba memberi semangat pada diri sendiri. Dia cuba mengeluarkan ayat dari mulutnya walaupun pahit untuk diungkapkan. "Dia memang bencikan saya ke?"

Serentak Hisham dan Farra terkejut mendengar pertanyaan Rusdi yang dirasakan agak tiba-tiba. Kedua-dua mereka berpandangan seketika sebelum kembali memandang lelaki yang terbaring lemah itu.

"Kenapa pula awak cakap macam tu?" Farra mengerutkan dahinya memandang Rusdi.

"Dia macam nak bunuh saya je." luah Rusdi tanpa berselindung. "Saya dapat rasakan macam mana perasaan bencinya pada saya."

Farra memandang Hisham sekali lagi tidak tahu apa yang harus dikatakan. Lelaki berulit putih kemerahan itu membalas pandangannya tidak berkata apa-apa kerana dia juga merasakan hal yang sama dengan Rusdi. Dia juga ingin tahu apa kebenaran disebaliknya. Kelihatannya Aieyn terlalu benci pada lelaki itu. Dan dia tidak dapat menjangka sebab yang baik.

"Kenapa awak cakap macam tu pula?" Farra memandang Rusdi semula setelah tiada bantuan yang dia terima daripada Hisham. "Dia tak bencikan awak lah. Tak payah nak risau sangat."

"Jangan nak tipu lah, Farra..." Rusdi tersengih menyindir dengan jawapan itu. "Saya faham."

Hisham langsung tidak bersuara. Dia tidak mahu mencelah langsung bagi mengelakkan situasi bertambah teruk.

"Rusdi, dengar ni..." Farra memandang lelaki itu sambil menarik nafas panjang cuba menyusun ayat yang sesuai. "Awak kena faham keadaan ni... Kuasa awak dengan dia sangat-sangat berlawanan. Dia berkuasa api. Dan awak tahu kan apa benda yang boleh mematikan api??"

Rusdi terdiam memandang Farra. Begitu juga dengan Hisham. Tiada komen yang mampu dikeluarkan pada mereka.

"Jika tak dikawal, air akan memusnahkannya." sambung Farra yang kelihatan agak terdesak. "Ini bermakna, suatu hari nanti... Awak boleh jadi orang yang akan membunuhnya."

"Tapi saya tak akan buat macam..."

"Saya tahu!" pintas Farra sebelum sempat Rusdi menghabiskan ayatnya. "Tapi awak kena faham keadaannya. Dia pernah hampir mati disebabkan air. Sebab tu dia langsung tak nak dekat dengan air."

Rusdi terdiam sekali lagi. Dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Kini, dia faham apa yang Farra maksudkan. Hisham juga turut membisu. Dia sudah mula memahami situasi Aieyn walaupun hanya sedikit.

"Saya nak berehat." Farra bingkas bangun dengan iringin dengusan lembut. "Kamu pun berehat lah."

Kedua-dua lelaki itu hanya mampu memandang Farra beredar keluar dari situ. Masing-masing tidak membuka mulut.

***

Farra membuka matanya perlahan-lahan tersedar dari tidur yang lena entah kenapa secara tiba-tiba pada lewat malam itu. Dia memandang sekeliling dalam keadaan mamai dengan hanya sebelah matanya yang terbuka.

Dalam keadaan gelap, dia dapat melihat Aieyn yang sepatutnya tidur bersebelahan dengannya di bilik itu tiada. Dia bingkas bangun sambil cuba menyegarkan matanya untuk melihat ke sekeliling bilik itu dengan lebih jelas lagi. Tiada sesiapa di situ selain dirinya sendiri.

"Ke mana pula budak ni pergi?" Gumam Farra sendirian sambil berfikir dan mengerutkan dahinya.

Farra membuka selimutnya kemudian bangun dari katil dan segera keluar dari bilik itu sambil memerhati kawasan sekeliling. Dia singgah sebentar di bilik sebelah untuk melihat jika Aieyn berada di situ. Yang ada hanya lah Miezza, Jyra dan Lily yang sudah nyenyak dibuai mimpi. Dia memandang bilik yang satu lagi. Mustahil Aieyn ke sana kerana bilik itu adalah bilik Rusdi dan Hisham. Dia membatalkan niatnya untuk masuk ke bilik itu kemudian berjalan mencari di seluruh rumah itu. Kelibat gadis berambut perang itu tetap tidak kelihatan.

Farra kini semakin bingung. Ke mana gadis itu pergi malam-malam buta seperti ini? Mustahil berlaku serangan tanpa mereka sedari. Tanpa berfikir panjang lagi, dia segera mengambil jaketnya di dalam bilik kemudian berlari keluar dari rumah itu dengan senyap tanpa membangunkan yang lain.

Farra berjalan menyusuri setiap jalan raya yang sunyi itu dengan hanya ditemani bulan yang terang di langit gelap. Sesekali dia akan berhenti seketika untuk melihat jika ada sesiapa yang mengekorinya. Nanti tidak pasal-pasal dia diserang di situ. Dia melilau memandang sekeliling cuba mencari kelibat Aieyn. Angin malam terasa begitu sejuk sekali. Bunyi anjing menyalak yang kedengaran seperti serigala juga kedengaran sayup-sayup entah dari mana.

Semakin lama Farra berjalan tanpa tujuan, akhirnya dia terhenti apabila terpandang susuk tubuh seorang gadis yang sedang berdiri bersebelahan dengan sebuah tasik. Aieyn sedang merenung kosong tasik itu entah apa yang ada difikiran gadis itu. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati gadis berambut perang itu.

"Sini awak rupanya."

Aieyn tidak membalas sapaan itu langsung tidak terkejut. Matanya masih lagi merenung tasik itu yang hampir tidak kelihatan itu. Dia langsung tidak menoleh atau bertanya bagaimana dia boleh ditemui. Farra menarik nafas panjang. Dia tahu apa yang ada difikiran gadis itu.

"Awak okey?" tanya Farra yang kini berdiri betul-betul di sebelah Aieyn sambil memandang gadis itu yang kini seperti sebuah patung tidak bergerak yang diletakkan di situ. Dia dapat memahami apa yang Aieyn rasakan saat ini.

Masih tiada apa-apa balasan daripada Aieyn. Dia tahu, gadis itu juga rasa bersalah kerana hampir membunuh Rusdi. Dia asyik bertanyakan tentang lelaki itu daripada Farra. Dia juga tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Kawan-kawan mereka yang lain juga tidak berani masuk campur.

"Macam mana awak lakukannya, Farra?"

Farra tersentak mendengar soalan itu. Dia segera memandang Aieyn dengan dahi yang berkerut yang tiba-tiba bertanya seperti itu. Gadis itu masih lagi merenung tasik yang kosong tanpa mengalihkan pandangannya.

"Macam mana awak lakukannya?"

"Lakukan apa?" Farra mengecilkan matanya masih kurang jelas dengan soalan tiba-tiba seperti itu.

Perlahan-lahan Aieyn menoleh memandang Farra. Wajah gadis itu kelihatan lain daripada yang biasanya. Ia kelihatan tidak seperti yang dilihat sebelum ini. "Macam mana awak boleh kawal air dan api dalam diri awak tu sedangkan dua benda tu tak boleh berjumpa?"

Farra menarik nafas panjang. Kini dia boleh faham apa yang gadis itu cuba tanyakan kepadanya.

"Saya tak boleh kawalnya." Aieyn bersuara sayu yang kedengaran seperti terdesak untuk mengungkapkannya.

Farra tidak segera menjawab soalan itu. Dia merenung Aieyn sedalam-dalamnya. Belum pernah dia melihat wajah gadis itu menjadi sesuatu yang lain sejak mereka berkawan dari kecil lagi.

"Saya hampir bunuh orang yang tak bersalah, Farra." Aieyn bersuara lagi. "Saya tak boleh halang perasaan benci saya apabila melihat orang yang berkuasa air. Saya tak dapat tahan."

"Saya faham, Aieyn." gumam Farra .

"Awak faham lah." Aieyn membalas kembali memandang ke tasik. "Bagaimana dengan yang lain?"

Farra terdiam seketika dengan wajahnya tunduk merenung ke bawah. Sejak kejadian itu, kawan-kawan mereka sudah tidak berani lagi bergaul dengan Aieyn. Berbual pun dalam keadaan yang kekok. Mereka sudah takut dengan gadis itu kerana tidak mengetahui apa sebab munasabah Rusdi hampir dibunuh.

"Kami tak salahkan awak."

Aieyn segera ketawa menyindir. "Tak payah nak sembunyikan apa yang mereka buat di belakang saya."

Gadis berlesung pipit itu terdiam sekali lagi.

"Saya tak salahkan mereka." Aieyn tunduk seketika sambil menggigit bibirnya. "Saya tak perlukan apa-apa pun. Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai penaung puak kita."

"Apapun awak tahu yang saya sentiasa berada di pihak awak kan?" Farra memandang gadis itu penuh harapan.

Aieyn tersenyum ketika membalas pandangannya. "Saya tahu."

Farra menarik nafas panjang kemudian memandang memandang sekeliling tanpa sebab. "Awak nak tahu macam mana saya boleh mengawalnya?"

Aieyn tidak menjawab sebaliknya hanya kekal memandang kawan baiknya itu dengan pandangan yang penuh jawapan.

"Saya dapat mengawalnya sebab saya sukakan kedua-duanya, Aieyn."

Aieyn mengerutkan dahinya kurang jelas. "Nanti... Apa?"

"Saya sukakan air. Saya sukakan api." sambung Farra selamba. "Dengan cara itu... Kedua-duanya tak akan saling berlawan antara satu sama lain."

Aieyn hanya tersengih sambil menggelengkan kepalanya.. Dia tahu yang Farra juga tahu itu adalah perkara yang sukar untuk dia lakukan.

"Dah!!" Farra segera menyambar tangan gadis itu. "Jom balik!!"

"Saya tak nak balik lagi lah!" rungut Aieyn bagaimanapun tidak menepis tangan Farra.

"Jangan nak banyak cakap!! Dahlah buat orang risau!" Farra melepaskan genggamannya. Dia kini berjalan beriringan dengan Aieyn untuk balik ke rumah tumpangan mereka itu.

"Saya tak suruh awak risaukan saya pun kan." Aieyn bersuara menyindir sambil menggolekkan bebola matanya.

"Apa kata awak bersyukur??" Farra merenung gadis itu tajam.

"Yalah!" Aieyn membalas. "Saya bersyukur sangat-sangat."

Serentak mereka berdua ketawa. Buat masa ini, hanya Farra yang Aieyn ada. Gadis yang dianggapnya seperti adik sejak kecil lagi. Gelak ketawa mereka segera terhenti apabila melangkah masuk ke dalam rumah tumpangan itu. Kelihatan Miezza, Lily, Jyra dan Rusdi sedang duduk di kerusi memandang mereka serius. Hisham pula berdiri berdekatan tingkap juga memandang mereka serius.

"Kenapa kamu belum tidur lagi?" Tanya Farra acuh tak acuh yang tidak menjangka keadaan itu.

"Kamu berdua ke mana?" Miezza memandang kedua-dua gadis itu dengan wajah yang kelihatan risau.

"Tenangkan diri." selamba Aieyn menjawab sebelum sempat Farra menjawab apa-apa.

"Kami ambil angin kejap." Farra menarik nafas panjang sambil memberikan pandangan maut pada gadis berambut perang itu.

"Kamu berdua ni..." Miezza menggerutu. "Buat orang risau je tahu tak?!"

Farra dan Aieyn berpandangan seketika.

"Lain kali nak keluar tu cakap lah." celah Lily. "Kami fikir dah jadi apa kat kamu tadi."

Farra hanya tersenyum. "Maaf lah. Dah tak dapat nak fikir perlu buat apa tadi. Jadi macam tu je."

***

Miezza berjalan keluar dari biliknya sambil mengeliat panjang. Terasa seperti itu adalah hari cutinya kerana duduk di rumah tidak keluar. Pada ketika itu juga, Hisham keluar dari bilik sambil membawa buku ditangan. Mereka berpandangan seketika sambil bertukar senyuman kemudian berjalan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Aieyn sedang duduk di sebuah kerusi seorang diri sambil membelek-belek rantai dari kotak keperakan itu seperti seorang tukang emas.

"Ada yang kurang lagi ke?" Tanya Miezza setelah melabuhkan punggung di atas sofa yang pertama dicapainya. Hisham juga duduk di sebuah kerusi tidak jauh dari situ mula membuka bukunya.

Aieyn hanya mengangguk-angguk sambil mendengus perlahan. "Huruf W dah musnah tadi."

Serentak Hisham dan Miezza mengeluh perlahan mendengar kenyataan itu. Kini, hanya mereka bertiga sahaja yang berada di rumah. Jyra, Rusdi, Farra dan Lily keluar membeli makanan.

"Er, Aieyn..."

Aieyn segera memandang Miezza. Gadis itu kelihatan teragak-agak tidak berani meneruskan kata-katanya.

"Ada apa?" Aieyn mengerutkan dahinya.

"Errr..."

Aieyn tersengih memandang gelagat Miezza kemudian kembali meneruskam kerjanya. Dia dapat menjangka apa yang bakal keluar. "Nak tanya pasal kes saya dengan Rusdi hari tu ke?"

Miezza terdiam kemudian memandang Hisham yang juga tidak mampu berbuat apa-apa. Lelaki itu hanya mengintai dari balik buku yang dibukanya. Dia turut mendengar apa sahaja yang akan dibualkan.

"Bukan." Miezza memandang Aieyn semula dengan wajah yang sukar untuk dibaca. "Saya cuma... Saya cuma nak beritahu awak yang kami tak masuk campur langsung pun pasal hal tu."

Aieyn mengerutkan dahinya. "Tak masuk campur?"

"Maksud saya..." Miezza masih memandang wajah Aieyn teragak-agak. "Kami tak pernah salahkan awak pun."

Aieyn tidak memberi sebarang reaksi. Dia sibuk menghabiskan kerjanya mengemas rantai-rantai itu kembali ke dalam kotak itu.

"Saya rasa awak mungkin fikir kami salahkan awak."

"Wajar pun." Aieyn menyimpan kotak itu di dalam beg kemudian memandang Miezza selamba. "Wajar kalau kamu salahkan saya."

"Kami tak salahkan awak." Miezza bersuara lembut penuh keikhlasan. "Kami faham apa sebabnya."

Aieyn tidak membalas. Mungkin mereka faham pada sebab yang nyata. Tetapi tidak pada sebab sebenar.

"Mungkin awak nampak kami macam jauhkan diri... Bercakap di belakang awak..." sambung Miezza. "Tapi sebenarnya kami cuma nak awak tenangkan diri dulu."

Aieyn tersenyum mendengar kata-kata gadis itu. "Saya tak tahu bila saya dapat kawal kemarahan saya."

"Pernah ada kes sebelum ni ke sampai buat awak jadi marah sangat kalau bertemu dengan air?" Hisham yang dari tadi berdiam diri akhirnya bersuara tidak mampu menahan lagi.

Aieyn terdiam seketika. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu.

"Oh, tak apa." Hisham bersuara setelah sedar yang soalannya itu kelihatan sensitif pada Aieyn. "Tak payah jawab."

Aieyn segera tersenyum memandang gelagat Hisham. "Belum masanya untuk awak tahu."

Hisham hanya mengangguk-angguk faham. Pada ketika itu juga, Lily, Jyra, Rusdi dan Farra muncul di muka pintu. Mereka agak tercengang memandang Aieyn, Miezza dan Hisham yang berada di ruang tamu.

"Ada apa ni?" Tanya Farra kelihatan risau memandang situasi yang kelihatan agak kekok itu.

Miezza hanya mengukir senyuman manis. "Tak ada apa-apa. Kami bersembang sekejap."

Farra memandang Aieyn yang turut melemparkan senyuman. "O... key."

Mereka semua masuk ke dalam sambil membawa barang-barang yang mereka beli. Lily dan Jyra terus menuju ke dapur untuk menyediakan makanan kerana ia sudah lewat tengahari. Rusdi pula duduk di sebelah Hisham sambil cuba mengelak dari bertentang mata dengan Aieyn.

"Oh, ya..." Farra melabuhkan punggung di sebelah Miezza. "Tadi Azim ada call saya."

"Azim??" Serentak Miezza dan Aieyn bersuara.

Farra hanya mengangguk-angguk. Hisham dan Rusdi hanya memandang mereka kebingungan.

"Azim mana??" Aieyn mengerutkan dahinya.

Farra mendengus perlahan. "Teruk betul ingatan awak ni."

"Azim kat kolej saya tu ke?" Tanya Miezza agak tercengang memandang Farra dengan mata yang dibesarkan sedikit.

"Ya." Farra mengangguk-angguk.

"Oh..." Aieyn tersentak baru teringat. "Budak tu... Ada apa dia call awak?"

"Dia minta kita balik ke kolej tu."

Miezza agak terkejut mendengar kenyataan itu.

"Dah buang tebiat ke apa budak tu?" Aieyn mengangkat keningnya. "Dia nak suruh kita jadi pelajar lagi ke? Menghadap muka si Jane tu??"

"Dia cakap ada seseorang yang dicurigai adalah dari kalangan Huruf kat sana sekarang ni."

Serentak semua orang terkejut mendengar kata-kata gadis berlesung pipit itu. Lily dan Jyra yang sedang mengemas di dapur turut masuk ke ruang tamu apabila terdengar kata-kata Farra.

"Dia cakap pelajar baru." Farra bersuara lagi. "Dia suruh kita datang ke sana untuk pastikan betul atau tak."


A/n : Well... Remember Azim?? Hehehe~ Budak curious kat kolej tu. yang berminat sangat dengan benda pelik. Korang rasa dia ada something tak? Hehehe. Saja nak tanya pendapat memandangkan setakat ni hanya dia orang biasa yang tahu pasal Huruf. Anyway, leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

  



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top