Moving II
BAB 5 : PINDAH (BAHAGIAN II)
Farra dan Miezza berjalan beriringan agak kepenatan pada hari yang sejuk dan berangin itu. Ke mana arah yang perlu di tuju juga sudah tidak dapat dipastikan lagi. Mereka memandang sekeliling sambil berharap ada sesuatu yang mereka jumpa dan boleh dijadikan petunjuk pada keadaan itu. Langit kini sudah menjelang senja. Satu benda pun mereka belum temui lagi.
"Macam tak ada apa-apa yang pelik pun kat bandar ni." Farra mengeluh panjang sambil memandang ke setiap tempat. Matanya hampir sahaja tertutup kerana sudah penat melihat kawasan itu.
Miezza tidak segera menjawab. Dia juga kebingungan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
"Apa kata kita tanya orang kat sini??" Cadang Farra mula bersemangat kembali.
"Bagus juga tu." balas Miezza yang juga sepertinya bertenaga lagi kemudian segera berhenti berjalan dan memandang sebuah kedai bunga yang kelihatan sunyi dan tiada orang betul-betul terletak di hadapan mereka. Dia memandang Farra yang hanya mengangguk tanda bersetuju untuk masuk ke situ.
Miezza segera melangkah masuk ke dalam kedai itu perlahan-lahan dengan lagak seperti orang yang sedang ingin menceroboh disusuli oleh Farra yang turut melakukan aksi yang sama.
"Hello?" Panggil Miezza sambil menjenguk memandang sekeliling untuk mencari jika ada sesiapa di situ. Manakala Farra pula lebih tertarik memandang bunga-bungaan yang memenuhi seluruh ruang kedai itu. Mulutnya kini ternganga dengan wajah yang berseri-seri dengan pemandangan itu.
"Hello, ladies."
Serentak kedua-dua gadis itu menoleh terkejut. Farra secara tidak sengaja telah terpukul salah satu pasu bunga di situ bagaimanapun berjaya disambut oleh Miezza yang terus sahaja meletakkan kembali pada kedudukan asalnya.
Seorang lelaki yang muncul entah dari mana dengan rambut putih nipis, memakai baju berwarna kelabu serta memakai apron berwarna merah jambu dengan corak bunga-bunga dan tersenyum ceria memandang mereka di situ.
"Boleh saya bantu?" Tanya lelaki tua itu agak ramah dengan gigi putihnya yang rata jelas kelihatan. "Nak beli bunga ke?? Bunga tulip, mawar..."
"Er..." Miezza kelihatan gagap tidak tahu hendak membalas apa sambil mengelipkan matanya.
"Encik... Pemilik kedai ni ke?" Tanya Farra acuh tak acuh dan merasakan itu adalah satu soalan yang bodoh untuk ditanya.
"Ya." lelaki tua itu mengangguk.
"Macam ni, encik..." Miezza cuba menyusun ayat untuk meneruskan tujuan sebenar mereka. "Umm... Kami cuma nak tahu. Dengar cerita... Pernah ada sesuatu yang pelik berlaku di Bandar ni."
"Pelik??" Air muka lelaki itu segera berubah secara mendadak. Senyuman ceria pada wajahnya tadi kini lenyap.
"Err, maksud kami..." Farra mencelah sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal kerana tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan perkara itu. "Pernah berlaku kejadian-kejadian aneh di sini seperti ada orang mati secara tragis..."
"Maaf kami tak bincangkannya!" pintas lelaki itu agak kasar.
Kedua-dua gadis itu terdiam agak kebingungan seketika dengan balasan yang langsung tidak disangka itu.
"Saya minta kamu keluar sekarang!!" lelaki itu pantas menyambar lengan Farra dan Miezza kemudian menolak mereka keluar dari situ.
Kedua-dua gadis itu hanya terpinga-pinga kerana terkejut dengan apa yang baru saja berlaku. Pintu kedai itu kedengaran dihentak kuat di belakang mereka.
"Apa hal orang tua tu??" Farra mendengus sambil membetulkan jaketnya.
"Mesti ada sesuatu yang pelik berlaku kat sini." ujar Miezza sambil bercekak pinggang dan cuba berfikir. "Tapi terlalu sukar untuk mereka bincangkan."
"Hoi!!"
Serentak mereka menoleh apabila mendengar jeritan itu. Kelihatan Aieyn berlari-lari anak untuk mendapatkan mereka.
"Dapat apa-apa?" tanya Aieyn agak tercungap-cungap kepenatan.
"Tak ada." jawab Miezza dengan nada keluhan.
"Nampaknya orang-orang kat sini tak nak membahaskan tentang perkara tu tak tahu sebab apa." ujar Farra sambil melihat sekeliling tanpa tujuan.
"Awak ada dapat apa-apa?" Miezza mengangkat keningnya memandang Aieyn.
"Tak ada. Tapi saya ada idea." Aieyn yang masih cuba membetulkan pernafasannya mula membuka langkah lagi. "Jom ikut saya!!"
Kedua-dua gadis itu langsung tidak membantah. Mereka terus sahaja menyusul gadis berambut perang itu menyeberang jalan tanpa banyak bertanya. Mereka melintasi setiap bangunan yang ada di situ sambil cuba memerhati setiap sudut seperti kumpulan anggota polis yang menyiasat kes bunuh dan cuba mencari penjenayah.
Tidak berapa lama kemudian, mereka tiba di hadapan sebuah restoran yang agak kecil dan terletak jauh di hujung jalan. Aieyn mengisyaratkan kepada kedua-dua gadis itu supaya menyusulnya. Mereka sekali lagi menurut tidak membantah.
Mereka segera melangkah masuk ke dalam tanpa sepatah kata. Restoran itu langsung tiada pelanggan pada saat ini. Hanya ada seorang pekerja yang berada di kaunter seperti tidak senang duduk, seorang lelaki sedang membersihkan lantai dan seorang perempuan sedang berdiri memandang mereka dengan wajah yang bosan.
Mereka memilih tempat duduk di sebuah meja bulat berdekatan tingkap di tempat paling belakang. Perempuan yang dari tadi memerhatikan mereka itu segera berjalan menuju ke meja tempat mereka duduk dengan wajah yang masih bosan.
"Nak pesan apa?" Tanya pelayan perempuan berambut pendek itu sambil mengeluarkan buku nota kecil dan pen serta bersedia untuk mencatat.
"Bagi jus oren tiga." Aieyn segera menjawab pantas tanpa bertanya apa yang Miezza dan Farra mahukan. Kedua-dua gadis itu hanya merenung Aieyn kegeraman. Mereka baru saja hendak memesan menu yang lain.
"Makan??" tanya pelayan itu lagi.
"Tak payah." Aieyn menggelengkan kepalanya. "Minum je."
"Baiklah! Tunggu sebentar." Pelayan perempuan itu menarik nafas panjang setelah melakukan sesuatu pada buku nota itu sebelum berlalu pergi.
"Okey, baiklah..." Farra memandang Aieyn sambil meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja dengan mata yang dikecilkan. "Apa awak nak buat datang ke restoran ni pula? Jelas sekali bukan nak makan."
Aieyn memandang sekeliling lalu mendekatkan sedikit kepalanya. "Saya nak tanya pekerja di sini dulu tentang kejadian-kejadian yang berlaku."
"Awak rasa mereka akan beritahu ke?" Miezza bersuara dengan nada berbisik. "Kami dah cuba tahu tak?"
"Mungkin kamu tanya orang yang salah." selamba Aieyn membalas kemudian bersandar semula.
Farra dan Miezza tidak menjawab.
"Menurut budak-budak kat sini... Kejadian tu biasanya berlaku di sekitar kawasan ni..." beritahu Aieyn dalam keadaan masih separuh berbisik sambil memandang sekeliling. "Saya pilih orang dalam restoran ni sebab sekurang-kurangnya mereka tak boleh halau kita kalau kita belum bayar."
Farra dan Miezza hanya mengangguk faham dengan rancangan gadis itu. Pada saat itu juga, pelayan perempuan berambut pendek tadi datang sambil membawa tiga gelas jus oren yang mereka pesan. Dia meletakkan satu-persatu di hadapan mereka yang mana ketiga-tiga gadis itu kini sedang melemparkan isyarat mata untuk berdebat mengenai siapa yang akan menahan pelayan itu.
"Selamat minum." Ucap pelayan itu kemudian berlalu pergi.
"Er... Cik!"
Langkah pelayan perempuan itu segera terhenti apabila terdengar panggilan Farra. Dia segera berpaling memandang gadis itu. "Ada apa?"
"Cik sekarang ni sibuk ke?" Tanya Farra teragak-agak.
Pelayan itu kelihatan sedikit bingung kemudian memandang sekeliling dan menarik nafas panjang. "Tak."
"Kalau macam tu... Boleh awak sertai kami sekejap?" celah Miezza sopan dengan wajah penuh harapan.
Pelayan itu segera mencapai kerusi berdekatan kemudian duduk di sebelah Aieyn dan berhadapan dengan Miezza. "Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
"Apa-apa pun, saya Aieyn." Aieyn memperkenalkan dirinya. "Ini Miezza... Dan Farra."
"Lily." selamba pelayan perempuan itu bersuara dengan lagak sedikit kelelakian sesuai dengan rambutnya yang pendek dan kelihatan seperti seorang 'tomboy'. Dia memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket apron yang dipakainya dengan wajah yang bosan.
"Er, begini..." Aieyn cuba menyusun ayat. "Kami sebenarnya nak tahu tentang perkara-perkara aneh yang berlaku di sini."
Serta-merta wajah gadis yang bernama Lily itu berkerut. Matanya dikecilkan jelas mula curiga. "Kenapa??"
"Cuma rasa ingin tahu." Miezza pantas membalas cuba untuk berhelah.
Lily berfikir seketika sambil memandang ketiga-ketiga gadis itu silih berganti kemudian menarik nafas panjang. "Baiklah. Saya akan beritahu."
Farra, Aieyn dan Miezza tersenyum gembira.
"Kat sini dah banyak kematian yang pelik berlaku..." Lily memulakan ceritanya. "Menurut orang ramai, setiap orang yang mati tu... Mayatnya mesti mengeras dalam keadaan yang tidak biasanya dengan mata yang terbeliak."
"Tidak biasa yang macam mana?" Aieyn mengecilkan matanya memandang gadis itu dengan dahi yang berkerut.
"Macam..." Lily berusaha untuk menerangkan apa yang tergambar di mindanya. "Tangan ke atas dengan kaki yang bersilang dan macam-macam lagi lah."
Ketiga-tiga gadis itu berpandangan agak kebingungan.
"Ada yang berpendapat ia adalah satu sumpahan." sambung Lily dengan lagaknya sambil mengangkat bahu. "Ada pula yang berpendapat ia perbuatan makhluk asing sebab cara kematiannya bukan seperti pembunuhan biasa. Tiada kesan darah ataupun senjata yang dijumpai."
Kenyataan gadis itu membuatkan mereka berpandangan sekali lagi. Bukan kerana takut, tetapi itu adalah yang perkara biasa bagi mereka.
"Adakah awak pernah diserang atau terlibat dengan kejadian-kejadian aneh kat sini?" tanya Farra ingin tahu.
Lily menggelengkan kepalanya. "Setakat ni belum pernah."
"Habis tu macam mana awak tahu semua tu?" Aieyn mengangkat keningnya.
Gadis berambut pendek itu menggolekkan bebola matanya. "Macam lah saya ni tak reti membaca. Mesti lah dari berita atau akhbar."
Aieyn hanya mengangkat bahunya selamba.
"Apa yang membunuh orang-orang tu sebenarnya?" tanya Miezza pula yang kini semakin berminat.
Lily hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Setakat ni... Ada yang terselamat tak?" Farra mengangkat keningnya. Mereka kini seperti sudah menjadi wartawan majalah.
"Ada!!"
Serentak mereka semua menoleh apabila mendengar suara jeritan yang entah dari mana itu. Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai dengan kulit putih gebu dan berkacamata agak meleret memandang mereka sambil tersenyum dengan gigi yang tersusun rapi. Lelaki itu juga memakai pakaian yang sama seperti Lily.
"Hai! Saya Alex!" ujar lelaki itu kelihatan agak teruja tanpa ditanya ketika mendekati mereka.
Aieyn, Farra dan Miezza hanya mampu memandangnya agak bingung.
"Apa awak buat kat sini, Alex?" Tanya Lily kelihatan sedikit jengkel.
"Tak banyak kerja sangat." beritahu Alex ketika menarik sebuah kerusi lalu duduk menyertai mereka. "Saya keluar lah."
"Jadi, Alex..." Aieyn mencelah sambil menarik nafas dan merenung lelaki itu. "Siapa yang terselamat??"
"Saya lah orangnya!"
Serentak Aieyn, Farra dan Miezza terkejut memandang lelaki itu. Lily pula hanya memandang tidak bersuara.
"Saya pernah dikejar oleh mereka. Dan saya rasa... Mereka adalah hantu." beritahu Alex dengan wajah yang penuh reaksi dan bersemangat.
Serentak Aieyn dan Farra mengangkat kening apabila mendengar cerita lelaki itu. Miezza pula hampir tergelak tetapi berjaya ditahan. Lily hanya menggelengkan kepalanya jelas tidak percaya.
"Hantu???" ulang Miezza ingin meneruskan perbualan.
Alex mengangguk-angguk. "Mereka menyerupai manusia biasa pada mulanya. Tapi tiba-tiba bertukar jadi makhluk yang menakutkan."
"Tapi, Alex..." Farra mencelah agak pelik sambil merenung lelaki itu. "Bagaimana awak boleh terselamat?"
"Ada hantu lain yang baik telah menolong saya."
Ketia-tiga gadis itu tidak bersuara kehilangan kata-kata. Mereka ingin ketawa tetapi berusaha ditahan. Gelaran 'hantu' itu benar-benar janggal buat mereka. Lily pula hanya menahan malu cuba memandang ke tempat lain.
"Saya tak nampak muka hantu tu tapi... Saya nampak kelibat dia." tambah Alex masih dengan semangatnya.
"Apa yang dia buat?" tanya Aieyn tanpa membidas sama ada itu benar-benar hantu atau tidak.
"Dia mendepakan tangannya macam ni..." Alex memberi tunjuk cara dengan mendepakan kedua-dua tangannya ke hadapan. "Lepas tu dia ada sebut sesuatu yang saya tak dapat nak pastikan apa. Tiba-tiba je satu cahaya yang terang muncul dan hantu-hantu tadi hilang."
"Bagaimana dengan hantu yang membantu awak tu?" Miezza menelan air liurnya ketika menggunakan gelaran 'hantu' itu. "Dapat jumpa dia?"
"Dia turut hilang."
Jawapan Alex membuatkan Miezza, Farra dan Aieyn hampa.
"Awak kata dia ada sebut sesuatu... Mesti awak dengar suaranya." Farra memandang Alex sekali lagi.
Lelaki itu mengangguk-angguk.
"Suara perempuan atau lelaki?" Farra mengangkat keningnya.
"Tak silap saya macam..." Alex cuba berfikir untuk mengingati dengan jelas peristiwa itu. "Perempuan."
"Baiklah, Alex." Lily yang dari tadi hanya duduk berdiam diri mula mencelah. "Saya dah terhidu bau sesuatu yang hangit ni."
Alex tersentak seperti dihempap dengan batu yang besar lalu berdiri. "Oh, telur goreng saya!!"
Lelaki itu terus sahaja berlalu pergi dari situ dalam keadaan tergesa-gesa menyebabkan dia terlanggar kerusi dan meja berdekatan tetapi tidak mempunyai masa untuk mengerang kesakitan. Ketiga-tiga gadis itu kembali memandang Lily semula.
"Betul ke apa yang dia cakapkan tu?" Miezza mengerutkan dahinya.
Lily segera tersengih. "Saya pun tak tahu. Dia tu memang macam tu. Macam banyak sangat mengarutnya."
"Awak percaya dengan apa yang dia cakap?" Aieyn menunggu reaksi gadis itu.
Lily merenung wajah Aieyn dengan serius kemudian ketawa tiba-tiba. "Mestilah tak. Mana ada hantu dalam dunia ni. Mengarut betul lah!!"
"Bagaimana kalau itu manusia?" Miezza menyampuk.
Sekali lagi Lily ketawa. "Lagi lah mengarut!! Mana ada manusia macam tu. Maksud saya... Yang mengeluarkan kuasa seperti itu dengan hanya menggunakan tangan... Mengarut je."
Ketiga-tiga gadis itu hanya berdiam diri sahaja. Kalau lah gadis itu tahu mereka benar-benar ada kebolehan seperti itu. Ingin sahaja mereka tunjukkan tetapi tiada kepentingannya.
"Baiklah." Lily segera bangun dari kerusinya kemudian mengembalikan kerusi tersebut ke tempat asalnya. "Saya mesti sambung kerja saya. Selamat maju jaya dengan kajian kamu."
Gadis berambut pendek itu terus berlalu pergi untuk menyambung kerjanya semula meninggalkan mereka.
A/n: Well, lama sangat tak update. Wattys2017 pun dah nak start. Join lah korang. Saya tak tahu dapat join ke tak sebab jarang update ni. Btw, guys... Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top