Mission II
BAB 2 : MISI (BAHAGIAN II)
Farra duduk sendirian di sebuah kerusi di kafeteria itu sambil menikmati makan tengaharinya. Dia makan sambil membaca buku tanpa mempedulikan orang disekelilingnya. Ada juga yang tengah berbisik-bisik mengenainya kerana bergaduh dengan Jane, gadis paling berpengaruh di kolej itu yang dia sendiri tidak tahu apa sebabnya gadis itu boleh jadi seperti itu.
Semua itu tidak menjadi masalah baginya. Dia tahu bahawa dia tidak akan kekal lama di situ. Jika mereka sudah menjumpai apa yang mereka cari, mereka tetap akan pergi. Jadi, adalah lebih baik jika keadaan itu dibiarkan. Aieyn pula menghilang entah ke mana. Ketika diajak makan tengahari, dia hendak bersendirian katanya. Farra hanya mampu berharap gadis itu tidak berbuat sesuatu yang tidak baik.
"Hai."
Farra menurunkan buku yang menutup mukanya untuk melihat siapa yang datang menyapa. Seorang lelaki dengan rambut belah tepi dan berkulit putih gebu tersenyum ceria memandangnya.
"Hai." Farra membalas agak kekok kerana dia langsung tidak kenal siapa lelaki yang tiba-tiba menyapanya itu.
"Kenal saya tak?" Tanya lelaki itu memandang Farra.
Farra merenung wajah lelaki itu sedalam-dalamnya. Cuba mengingati jika dia pernah bertemu dengan lelaki itu di mana-mana. Lelaki itu pula memandangnya penuh harapan agar dirinya akan diingati. Tiba-tiba sahaja Farra tersentak apabila teringat sesuatu. Dia kini sudah mengecam wajah lelaki itu dan di mana mereka berjumpa.
"Awak..." Farra mengecilkan matanya merenung lelaki itu.
Lelaki itu hanya mengangguk-angguk kerana yakin bahawa Farra sudah mengingat di mana mereka berjumpa.
"Awak lelaki yang ada dengan Jane waktu kawan saya bergaduh dengan dia tempoh hari kan?" Farra segera menghabiskan ayatnya.
"Ya. Betul tu." Selamba lelaki itu menjawab tanpa berselindung.
Lelaki itu adalah orang yang bertanya pada Jane siapa Aieyn pada ketika itu. Lelaki yang paling hampir dengan Aieyn dan asyik tersenyum melihat gelagat mereka. Tapi apa pula lelaki ini mahu?
"By the way, saya Azim." lelaki itu memperkenalkan dirinya.
Farra tidak membalas sebaliknya hanya merenung lelaki itu curiga. Dia tidak mahu dipermainkan lagi.
"Siapa nama awak?" Tanya Azim setelah tiada balasan yang dia terima daripada gadis berlesung pipit itu.
"Farra." ringkas jawapan Farra yang kelihatan terpaksa.
"Okey..." Azim mengangguk-angguk kekok. Dia dapat merasakan bahawa gadis itu tidak berapa suka bercakap dengannya.
"Apa awak nak sebenarnya?" Farra terus sahaja bertanya tanpa berselindung kerana kecurigaannya terhadap lelaki itu sudah cukup. Selera makannya kini sudah hilang. Dia tidak mahu meneruskan makan. "Awak nak tanya kenapa saya bergaduh dengan girlfriend awak tu ke? Atau ada niat lain."
"Ops! Pembetulan. She's not my girlfriend."
"Apa-apa lah." balas Farra sambil menggolekkan bebola matanya.
"Tak ada lah." Azim memandang wajah gadis itu masih dengan senyuman yang tidak dapat dipastikan apa maknanya itu. "Saja nak kenal dengan awak. Tak boleh ke?"
"Bukan awak nak tahu cerita kenapa kami bergaduh ke?" Tanya Farra masih lagi dengan kecurigaannya. "Atau awak ada muslihat lain."
"Tak perlu tanya apa sebabnya pun saya boleh tahu." Azim bersuara tenang. "Bukannya kali pertama pun dia bergaduh dengan orang. Lebih-lebih lagi budak baru. Itu memang aktiviti tetapnya."
"Habis tu??" Farra mengangkat keningnya.
"Dan saya tak ada muslihat lain pun." ujar Azim setelah melihat kecurigaan pada wajah gadis itu semakin ketara. "Saya tak terlibat dengan kerja kebudak-budakannya tu okey."
Farra hanya mendengus perlahan. Berputus asa untuk terus curiga. Dia tahu lelaki itu tidak akan mengaku.
"Cuma saya kagum lah dengan kawan awak tu." luah Azim. "Memang berani betul dia."
Farra hanya tersenyum langsung tidak ikhlas. Bukannya dia tidak tahu bagaimana perangai Aieyn.
"Tapi mungkin kamu akan menghadapi masalah lah lepas ni." beritahu Azim dengan nada terpaksa.
"Masalah??" Ulang Farra.
Azim mengangguk-angguk. "Kamu dah lawan dia. Dia tak akan lepaskan kamu sampai bila-bila."
Farra ketawa mendengar kata-kata lelaki itu. "Dia patut bersyukur kawan saya tu tak bakar dia hidup-hidup."
"Wah! Kalau kawan awak tu ada magik bagus juga."
Farra hanya memandang lelaki itu tidak menjawab. Kalau lah lelaki itu tahu mereka benar-benar ada kebolehan. Pasti dia akan menarik balik semua cakapnya. Tapi percaya kah dia pada perkara itu? Pada zaman moden seperti ini, mustahil untuk dia percaya. Ini sesuatu yang mengarut.
"Baiklah, Encik Azim." Farra segera mencapai buku yang dibacanya tadi kemudian memasukkannya ke dalam beg. Dia sudah tidak tahan hendak melayan lelaki itu. "Saya pergi dulu."
Azim hanya mengangguk-angguk tidak berkata apa dan hanya melihat Farra berkemas dan berdiri.
"Bye."
Farra terus sahaja berlalu pergi dari situ. Dia terlalu malas hendak berbual lama dengan lelaki itu. Terlalu malas menjawab soalan-soalan di awal perkenalan di antara dua orang.
Dengan selamba dia berjalan melintasi setiap koridor yang tidak pernah lengang daripada manusia-manusia yang sedang bersembang dan sebagainya. Ada juga yang berbisik-bisik sambil memandang ke arahnya yang memang dia sudah tahu apa sebabnya. Tapi perkara itu hanya diabaikan. Tiada keperluan untuk dibetulkan atau dihapuskan.
Mereka ada kerja yang lebih penting. Kerja yang membawa mereka ke situ. Iaitu misi mencari. Mencari seseorang yang mempunyai kebolehan seperti mereka. Tapi bagaimana hendak mengenalpasti orang itu? Hanya parut dilengan yang boleh dijadikan rujukan. Akan tetapi, terlalu ramai orang di situ. Terlalu ramai untuk mereka periksa lengan mereka satu-persatu. Apa yang harus dilakukan?
Farra berhenti di hadapan lokernya diiringi dengan dengusan lembut. Tempat loker itu sebenarnya dekat sahaja dan hanya berada di sekitar tempat itu. Akan tetapi, mereka perlu naik tangga setinggi lima tingkat semata-mata hendak mencari tempat itu pada hari pertama mereka.
Ketika Farra membuka pintu lokernya, tidak semena-mena satu cecair berwarna coklat tersembur keluar dari loker itu dan memercik ke arahnya. Dia tercengang tidak bergerak. Cecair itu kini sudah mewarnai bajunya. Mukanya juga terkena dan hampir termasuk ke dalam mulut dan matanya. Dia tercengang seketika cuba memastikan apakah cecair yang agak pekat itu. Dia berasa lega kerana tiada apa-apa bau yang menjijikkan dapat dihidu. Kedengaran pelajar-pelajar lain yang ternampak kejadian itu mentertawakannya. Farra hanya mampu mengibar-ngibarkan bajunya.
"Alamak..."
Farra mendengus kuat apabila terdengar suara yang benar-benar menyakitkan hati itu. Suara yang cukup dikenalinya. Cukup membuatkan dia meluat dan menyampah.
"Kasihannya budak baru ni." Jane bersuara dengan lagak gediknya. Dua orang pengawal setianya itu turut berada bersamanya. "Dah kotor."
"Harap dia ada baju lebih." Ujar salah seorang dari pengawal setianya itu.
Hilai tawa mereka meletus. Farra hanya mampu menahan kemarahannya tidak menoleh. Dia segera menyimpan barang-barangnya ke dalam loker itu kemudian segera menguncinya semula. Tidak peduli dengan kotoran yang berada di dalamnya. Dia sudah leti dengan semua itu.
Farra terus sahaja beredar dari situ tanpa mempedulikan orang-orang yang sedang mentertawakannya. Ada juga yang mengambil gambar dan merakamkan kejadian itu. Dia terlalu malas hendak melayan semua itu. Kini baru dia faham apa yang Azim katakan padanya sewaktu di kafeteria tadi. Jane tidak akan membiarkan dia dan Aieyn hidup tenang sehingga hatinya puas. Dia berjalan sambil memegang parut berbentuk huruf 'F' yang berada dilengannya agak tertutup dengan lengan baju. Parut itu terasa berdenyut-denyut entah kenapa.
Ketika Farra melangkah masuk ke kawasan padang kolej itu, dia mencari kelibat seseorang. Kelihatan Aieyn dengan rambut perang semulajadinya sedang duduk sambil mendengar muzik dari pemain mp3 yang pernah dihadiahkan oleh kawan 'sementara' mereka sebelum berpindah. Mereka tidak pernah mempunyai kawan yang tetap kerana hidup berpindah-randah seperti itu menjadi penghalang. Farra segera mendekati kawan baiknya itu sambil menyapu-nyapu mukanya yang masih ada kesan cecair tadi.
Aieyn kelihatan terkejut melihat Farra ketika gadis itu melabuhkan punggung di sebelahnya. "Wuoh! Keadaan awak nampak amat teruk."
Farra tidak bersuara sebaliknya masih cuba mengesat cecair yang berada dimukanya itu dengan sehelai saputangan yang dikeluarkan dari dalam begnya semasa dalam perjalanan menuju ke tempat itu.
"Siapa yang buat awak macam ni?" tanya Aieyn yang hampir ketawa melihat Farra dalam keadaan seperti itu.
"Siapa lagi..." Farra mendengus kuat. "Kalau bukan si Jane tu."
Aieyn segera ketawa ketika Farra menyebut nama gadis itu. Gadis yang ingin dibunuhnya tempoh hari.
"Apa??" Farra hanya merenung Aieyn pelik kerana menyebut nama Jane bukan lah sesuatu yang lucu baginya.
"Tu lah..." Aieyn cuba menahan ketawanya. "Sepatutnya awak biarkan saya bakar dia hidup-hidup hari tu."
Farra tidak membalas kata-kata gadis itu. Dia masih lagi dengan kerja membersihkan mukanya yang kotor. Buat seketika, dia rasa menyesal kerana menghalang Aieyn berbuat demikian.
"Awak ada buat apa-apa pada dia?" tanya Aieyn lagi dengan harapan jawapan Farra akan menggembirakan.
Farra hanya menggelengkan kepalanya.
"Kenapa awak tak tembak je dia tu dengan kuasa petir awak??" Aieyn memandang Farra sambil mengeluh.
Farra tidak menjawab. Dia tahu Aieyn sudah tahu apa yang dia akan jawab. Jadi lebih baik dia diam.
"Awak ni penyabar betul lah." rungut Aieyn. "Kalau saya, tinggal kacamata hitam dia tu je yang tak akan hangus."
"Argghhh!!" Farra kegeraman. Dia sudah terlalu penat membersihkan mukanya. Jika dia mengesat cecair itu, ia akan menjadi semakin teruk. Mukanya kini seperti sedang disapu dengan coklat yang penuh dengan kacang. "Kan bagus kalau saya ada kuasa menyedut segala kotoran yang ada ni!"
Aieyn tesengih mendengar kata-kata Farra. "Pergi lah cuci dengan air. Awak fikir kalau macam tu akan bersih ke?"
"Awak ada air ke?" Tanya Farra selamba.
"Awak fikir saya akan bawa air ke?" Aieyn merenung Farra jengkel. "Pergi lah tandas."
Belum sempat Farra bersuara, tiba-tiba sahaja angin bertiup kencang tanpa sebarang tanda. Agak pelik jika angin bertiup sekuat itu dalam cuaca yang baik. Matahari juga sedang memancar naik. Farra dan Aieyn berpandangan sesama sendiri sambil menahan rambut mereka dari ditiup angin.
"Aieyn!"
Aieyn memandang Farra yang kini tercengang memandang sesuatu.
"Tengok tu!"
Aieyn segera berpaling memandang ke tempat yang Farra tunjukkan. Kelihatan satu pusaran angin seakan-akan puting beliung di situ. Akan tetapi, pusaran itu agak kecil dan hanya kelihatan sedikit dari balik bangunan itu. Aieyn memandang Farra sambil membesarkan matanya.
"Jom!!"
Serentak Aieyn dan Farra mencapai beg sandang masing-masing kemudian berlari menuju ke belakang bangunan itu. Farra kini sudah tidak peduli dengan cecair yang cuba dibersihkannya tadi. Angin itu semakin kuat terasa. Terasa seperti mereka akan turut terbang dibawa angin.
"Nanti!" Aieyn menahan Farra daripada terus melangkah ketika sampai dihujung bangunan itu.
"Kenapa?" Farra memandang Aieyn agak pelik.
"Kalau kita terus ke sana..." Aieyn menjawab sambil terjenguk-jenguk ke belakang bangunan itu. "Dia pasti akan takut dan akan melarikan diri."
Farra bersetuju dengan apa yang Aieyn katakan. Dia turut menjenguk dari celah-celah bangunan itu.
"Ada seseorang kat sana." ujar Aieyn.
"Ya." Farra mengangguk kerana dia juga dapat melihat kelibat seseorang di situ. "Awak rasa dia seorang mangsa ke??"
"Tak." jawab Aieyn selamba. "Kalau dia diserang, dia mesti akan menjerit."
"Jadi dia adalah orang yang kita cari??" Farra membesarkan matanya memandang Aieyn.
"Saya rasa ya." Aieyn tidak membalas pandangan Farra. Dia masih lagi cuba mengecam siapa kelibat itu.
"Susah nak nampak." ujar Farra dengan keadaan matanya dikecilkan. "Dia terlindung oleh pusaran angin ni."
"Ya." sokong Aieyn.
Tidak lama kemudian, pusaran angin itu mengecil perlahan-lahan dan hilang dari pandangan secara tiba-tiba. Farra dan Aieyn berpandangan seketika kemudian menuju ke tempat di mana pusaran itu terbentuk tadi. Tiada sesiapa berada di situ. Kelibat yang mereka nampak tadi juga turut hilang.
"Saya yakin ada seseorang di sini." ujar Aieyn penuh keyakinan.
"Saya tahu." Farra bersuara lemah kerana dia juga yakin ada seseorang di situ sebentar tadi.
Mereka terdiam seketika cuba mencari jika ada sebarang petanda atau apa-apa. Ke mana pula orang itu pergi? Apa yang dia lakukan di situ?
"Sekurang-kurangnya kita tahu ada seseorang di sini yang sama seperti kita." Aieyn menarik nafas panjang.
"Ya." Farra mengangguk bersetuju.
"Tak lah sia-sia kita tinggal lama-lama kat tempat yang macam neraka ni." Aieyn menggerutu.
Farra memandang Aieyn lalu menjeling. "Awak ni..."
"Apa??" Aieyn membalas pandangan gadis itu tanpa rasa bersalah. "Betul kan apa yang saya cakap?
"Sabar je lah, Yien." Farra mendengus perlahan. "Tak lama lagi kita akan pergi dari sini juga."
"Harap-harap lah."
A/n: Dah ada tanda tu. Rasanya korang boleh jangka kot apa kuasa dia. Hahaha. Tapi siapa dia tu kamu tak boleh teka la. Hahaha. Dapat teka tak?? hahaha. Btw, leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top