Mission I

BAB 2 : MISI


Jika disebut mengenai kuasa atau sebarang kebolehan istimewa, amat mustahil bagi manusia biasa untuk memilikinya. Ia ditafsirkan sebagai satu fantasi atau mitos semata-mata. Ianya adalah kuasa Tuhan. Tapi siapa sangka ada insan-insan yang terpilih untuk memilikinya? Jika disimpulkan melalui logik akal, ia adalah dongeng dan hanya satu imaginasi yang sangat mengarut. Tapi inilah kebenaran yang berlaku saat ini. Kuasa luar biasa mula memilih tuannya sendiri.


"Aieyn!" panggil anak kecil itu apabila terpandang seorang kanak-kanak perempuan sebaya dengannya dan mempunyai rambut perang semula jadi yang diikat satu sedang berdiri tercengang memandang ke arah sesuatu.

"Aieyn..." budak bertocang itu keluar dari semak dan merangkul kanak-kanak perempuan itu tadi.

Budak berambut perang itu tidak memberi sebarang balasan sebaliknya masih memandang ke arah sesuatu dengan mulut ternganga. Matanya sudah tidak dapat dikelipkan lagi.

"Aieyn, kita mesti pergi dari sini." pekik budak bersanggul itu dari dalam semak dalam keadaan hampir separuh berbisik.

"A... A... Ay... Ayah."

Mereka memandang ke arah seorang lelaki tua yang kini sudah terbaring di tanah dengan mata terbeliak dan tidak sedarkan diri. Badannya kelihatan basah kuyup seolah-olah ditimpa hujan. Seorang wanita berumur lebih kurang tiga puluh tahun ke atas berdiri di sebelah lelaki itu sambil merenung mereka tajam dengan pandangan yang mengerikan tidak ubah seperti nenek kebayan yang ternampak mangsanya.

"Aieyn..." budak bertocang itu kembali memandang kanak-kanak itu. "Kita mesti pergi!"

Kedua-dua kanak-kanak yang sedang menyorok di dalam semak samun itu berlari keluar menuju ke arah mereka lalu menarik budak berambut perang itu. Budak itu hanya menurut sambil mengesat airmatanya dengan tenang. Memandang jasad ayahnya buat kali terakhir dengan satu perasaan yang akan difahaminya suatu hari nanti.


"Aieyn!! Aieyn!!"

Aieyn membuka matanya dengan pantas dalam keadaan yang tercungap-cungap seperti baru habis berlari tanpa henti. Jantungnya berdegup terlalu pantas saat itu. Dia memandang sekeliling dengan keadaan masih bingung kemudian menyapu mukanya tanpa sebab. Dia kini agak berpeluh. Bajunya agak basah dan lembap. Badannya terasa agak panas entah kenapa. Farra yang duduk di sebelahnya hanya memandang gadis itu risau. Mereka kini masih berada di dalam kereta.

"Kita kat mana sekarang ni?" Tanya Aieyn acuh tak acuh sambil cuba memandang ke luar.

"Kat kolej lah."

Aieyn kelihatan agak terkejut kemudian memandang sekeliling sekali lagi. Ramai pelajar sedang berlegar-legar di kawasan itu yang mana dia sendiri tidak perasan mengenai perkara itu tadi. Semuanya ingin menghadiri kuliah seperti biasa. Dia sudah tidak tahu bila dia mula tertidur.

"Awak ni kenapa? Mimpi lagi?" Tanya Farra sambil mengerutkan dahinya memandang Aieyn masih risau. Wajah gadis berambut perang itu kelihatan pucat seperti orang sakit. Keadaannya juga seperti tidak terurus.

Aieyn menarik nafas panjang kemudian memejamkan matanya seketika cuba untuk membetulkan minda dan juga pernafasannya. Baru sebentar sahaja dia terlelap. Mimpi buruk mula datang menyapa. Dan itu bukan kali pertama dia mengalami mimpi buruk seperti itu. Sudah berkali-kali. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak membuang mimpi itu jauh dari hidupnya.

"Dahlah. Jom turun." Farra mencapai beg sandangnya lalu segera turun sambil berharap Aieyn akan menyusulnya. Dia tidak mahu gadis itu terlalu memikirkan mimpi yang sering mengganggunya itu. Dia tahu bagaimana perit rasanya.

Kedua-dua gadis itu berjalan masuk ke dalam kolej seperti biasa. Sudah dua hari mereka belajar di tempat itu. Belum ada apa-apa yang mereka temui setakat ini. Dan ini menyebabkan mereka terpaksa menyamar sebagai pelajar di situ sehingga mereka menjumpai apa yang mereka cari.

"Farra..." Aieyn menarik lengan gadis itu secara tiba-tiba menyebabkan langkah mereka terhenti.

"Kenapa?" Farra segera memandang Aieyn.

Aieyn menuding ke arah sesuatu dengan mulutnya menyebabkan Farra segera menoleh ke arah berkenaan. Kelihatan seorang gadis dengan rambut ikal yang diwarna dengan warna perang gelap dan memakai kacamata hitam serta berkasut tumit tinggi sedang berbual bersama sekumpulan lelaki.

"Perempuan tu..." gumam Farra masih mengingati dengan jelas wajah gadis yang telah mengenakan mereka saat pertama kali mereka datang ke situ menyebabkan Aieyn hampir meletupkan tempat itu.

"Ya, orang yang menipu kita hari tu." Aieyn kini sudah mengetap giginya. Wajahnya mula merah padam menahan geram. Kemarahannya pada gadis itu mengenai hal tempoh hari belum lagi hilang.

"Apa awak nak buat?" Farra merenung Aieyn risau. Dia dapat merasakan gadis itu mempunyai rancangan jahat yang merbahaya.

"Awak tengok je."

Dengan selamba Aieyn berjalan pantas menuju ke arah gadis yang amat menyakitkan hatinya itu. Farra hanya mampu mendengus perlahan sambil memerhati tangan Aieyn yang saat ini masih digenggam erat. Dia benar-benar takut jika gadis itu mengeluarkan api dari tangannya menyebabkan identiti mereka diketahui.

"Hai, perempuan."

Hilai tawa gadis itu bersama sekumpulan lelaki tadi tiba-tiba hilang apabila Aieyn datang menyapa.

"Ingat saya lagi?" Selamba Aieyn bersuara dengan senyuman yang amat menakutkan jika dipandang.

Gadis itu membuka sedikit kacamata hitamnya lalu memandang Aieyn dari atas ke bawah. Semua orang turut memandang gadis berambut perang itu agak bingung dan hairan. Farra hanya mampu mendengus perlahan dari tempat dia berdiri. Tidak mahu datang dekat dan menjadi perhatian.

"Siapa ni, Jane?" Tanya seorang lelaki yang paling dekat dengan posisi Aieyn berdiri ketika ini.

"Hah..." Aieyn tersenyum sinis tiba-tiba. "Jane nama awak? Sama hodoh dengan perangai awak tu."

Perempuan menjengkelkan yang bernama Jane itu hanya mengangkat bahunya kemudian kembali membetulkan kacamatanya. "Saya kenal awak ke?"

Aieyn ketawa menyampah hampir meludah tanpa sebab. "Jangan buat-buat tak tahu lah, perempuan."

"Ah..." Jane tiba-tiba bersuara dengan gaya gediknya sambil meletakkan jari telunjuknya di mulut. "Awak budak baru tu kan? Budak baru yang bodoh kerana senang ditipu."

"Ingat juga awak ya.." Aieyn bersuara kegeraman. Buku limanya semakin digenggam erat. Giginya sudah diketap kuat.

"Takkan saya tak ingat." Jane bersuara lagi. Dia merenung Aieyn tajam seolah-olah cuba mengingati setiap inci wajah gadis itu. "Budak baru yang malang."

Dengan pantas Aieyn menyambar lengan gadis itu menyebabkan semua orang bergerak hendak membantu bagaimanapun terhenti apabila Jane mengisyaratkan dengan lagak ketua supaya mereka tidak masuk campur.

"Dengar ni, perempuan..." Aieyn merenung tajam mata Jane yang kini gadis itu sedang memakai kanta lekap berwarna biru terang. "Sekali lagi awak cari pasal... Saya akan pastikan awak menyesal seumur hidup awak kerana pernah berjumpa saya."

Jane tersengih menjengkelkan. "Awak tak tahu dengan siapa awak cari pasal sekarang ni, budak."

Aieyn membalas dengan sengihan. Terasa seperti ada tanduk tumbuh di atas kepalanya saat ini. "Awak pun tak tahu dengan siapa awak cari pasal juga. Awak tak tahu apa yang saya boleh buat."

"Aieyn!"

Belum sempat Jane menjawab, Farra muncul tiba-tiba dan meleraikan pergaduhan itu. Gadis berlesung pipit itu segera menarik tangan Aieyn yang mana matanya masih merenung Jane. Semua mata kini beralih pula memandangnya.

"Dahlah tu." Farra merenung Aieyn sambil berharap kemarahan Aieyn akan reda dan beredar dari situ.

"Ah..." Jane tiba-tiba bersuara apabila terpandang Farra. "Kawan awak yang malang bersama-sama awak tu."

Farra hanya menjeling tajam ke arah Jane langsung tidak berang kemudian memandang Aieyn semula. Berbeza dengan gadis itu, dia boleh mengawal sedikit kemarahannya.

"Dahlah tu, Yien." pujuk Farra. "Biarkan."

Aieyn memandang Farra kegeraman. Farra hanya membalas pandangannya sayu penuh harapan. Dengan pantas gadis berambut perang itu beredar dari situ disusuli olehnya. Kedengaran orang-orang di situ ketawa terbahak-bahak.

"Kenapa awak halang saya tadi?!" Marah Aieyn ketika mereka melangkah masuk ke dalam bangunan kolej itu.

"Awak akan bunuh perempuan tu kalau saya tak halang awak." balas Farra sedikit geram kerana dia dimarahi atas perkara yang tidak menjadi kesalahan padanya.

"Kan lagi bagus kalau macam tu." ujar Aieyn selamba. "Biar dia rasa. Supaya dia sedar diri yang dia tu bukannya hebat."

"Awak ni nak jadi pembunuh ke?" Farra merenung gadis itu tajam. "Apa beza awak dengan musuh kita kalau awak nak membunuh?"

"Saya bukannya nak bunuh dia." beritahu Aieyn dengan wajah tiada rasa bersalah. "Saya nak takutkan dia je. Ajar dia tu sikit."

"Takutkan??" Ulang Farra hampir tergelak. "Awak fikir saya tak kenal awak ke? Perempuan tu pandai sangat memancing kemarahan awak. Awak tu kalau dah marah seluruh tempat ni awak akan bakar."

Aieyn mendengus kuat. "Diamlah!"

"Jangan awak nak dekat dengan dia tu lagi awak faham tak.?" Farra cuba memberi amaran.

"Baik, puan!" sindir Aieyn kemudian berjalan ke hadapan dengan pantas kerana tidak tahan mendengar leteran Farra.


A/n: Typical kan?? Mesti ada pompuan gedik kat mana-mana kampus. Hahaha. Ini sebagai penambah je. Rasa ah sikit macam mana kehidupan kat kolej. So, how is it?? Masih panjang lagi ek. Hahaha. Leave me your feedback.:)

> VOTE & COMMENT <


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top