Light Power II
BAB 6 : KUASA CAHAYA (BAHAGIAN II)
Farra dan Aieyn tersentak dan mengeras pada posisi mereka. Satu suara muncul dari belakang mereka menyebabkan mereka kaku tidak bergerak. Tanpa disedari, mereka telah mengangkat kedua-dua tangan mereka seolah-olah mereka telah berjaya ditangkap oleh pegawai polis yang mencari penjenayah.
"Jangan bergerak!" ujar suara itu semakin keras dan kedengaran berlegar-legar di belakang mereka. Kedua-dua mereka tidak membantah dan hanya menurut arahan itu. Masing-masing berdiam diri masih mengangkat tangan. Hanya mampu berpandangan sambil memberi isyarat yang hanya difahami oleh mereka.
"Kalau kamu bergerak... Saya akan bunuh kamu."
Farra dan Aieyn mengangkat kening mereka sebelum seorang perempuan berambut pendek yang seperti pernah dilihat oleh mereka sebelum ini berjalan ke hadapan sambil menghalakan tangan kanannya yang kosong bagaimanapun tiada apa-apa senjata yang merbahaya dipegang.
"Lily?!!" serentak Aieyn dan Farra bersuara sambil tercengang melihat gadis itu berdiri di hadapan mereka saat ini.
"Ya..." Lily kelihatan agak terketar-ketar dengan wajah yang serius. "Jangan kamu berani buat apa-apa!!"
Kedua-dua gadis itu masih lagi tercengang tidak percaya memandang gadis berambut pendek yang kelihatan tidak senang dengan pandangan mereka itu.
"Adakah..." Aieyn mengerutkan dahinya memandang Lily. "Awak yang keluarkan cahaya tu tadi?"
Lily menelan air liurnya. "Kalau ya kenapa??"
Aieyn segera ketawa sambil menurunkan tangannya, manakala Farra pula hanya mengangkat kening juga menurunkan tangannya. Lily kelihatan semakin takut. Dia mula berundur sedikit demi sedikit.
"Kalau macam tu awak mesti Huruf L." Aieyn menarik nafas panjang sambil bercekak pinggang.
Lily kelihatan terkejut mendengar kenyataan itu. Dia merenung kedua-dua gadis itu tajam dengan mata yang terbuka luas tidak berkelip. Perlahan-lahan dia menurunkan tangannya. "Apa awak cakap??"
"Mesti ada parut berbentuk huruf L kat lengan kanan awak tu kan?" Farra menuding ke arah lengan Lily yang tertutup dengan pakaian seragam kerjanya sambil mengangkat kening.
Lily memegang tangannya seolah-olah dia telah diserang satu virus melalui lengannya itu dengan mata yang semakin dibesarkan.
"Jangan takut lah, Lily." pujuk Aieyn selamba dengan senyuman sinis yang mula terukir. "Kita sama."
"Sama??" Ulang Lily. "Maksudnya??"
"Sama macam awak." ujar gadis berambut perang itu lagi. "Sedikit ganjil dari manusia biasa."
Farra memandang Aieyn kerana berasa janggal apabila terdengar perkataan 'ganjil' itu kemudian memandang Lily semula. "Macam ni lah. Apa kata awak ikut kami dulu? Ada banyak benda yang awak perlu tahu."
***
Aieyn merentap daun pintu depan rumah sewa mereka itu dengan kuat. Miezza yang duduk di ruang tamu sendirian memandang mereka agak cemas. Dia menanti langsung tidak tahu apa-apa membuatkan dia bertambah risau. Farra turut muncul di muka pintu betul-betul di belakang Aieyn.
"Macam mana??" Tanya Miezza dengan nada masih sedikit risau. "Ada jumpa apa-apa tak?"
Aieyn dan Farra tidak menjawab sebaliknya mengisyaratkan supaya gadis berambut pendek yang berada di belakang mereka itu masuk.
"Lily?!!" Pekik Miezza apabila Lily melangkah masuk dalam keadaan teragak-agak memandang sekeliling.
"Masuk, Lily." arah Aieyn kemudian menutup pintu rumah itu.
Gadis berambut pendek itu hanya menurut sambil memandang sekeliling teragak-agak sebelum Farra mengisyaratkan supaya mereka semua duduk di ruang tamu.
"Alex macam mana?" Aieyn memandang Miezza.
"Dia okey." ujar Miezza sambil mengangkat bahunya. "Mungkin terkejut sebab tu dia pengsan. Saya hantar dia ke klinik yang dekat je."
"Ada dia tanya apa-apa?" Tanya Farra pula.
Miezza menggelengkan kepalanya selamba. "Nampak macam dia rasa dia macam bermimpi je."
Serentak Aieyn dan Farra mengangguk-angguk. Bersyukur kerana tiada apa-apa masalah yang timbul untuk perkara itu.
"Apa dia buat kat sini?" Miezza menuding menggunakan mulutnya ke arah Lily yang kini sedang duduk kebingungan. Aieyn dan Farra hanya memandang gadis berambut pendek itu.
"Dia lah orang yang kita cari." Farra mendengus selamba.
Miezza membesarkan matanya apabila mendengar kata-kata gadis itu. Dia pantas menoleh memandang Lily lalu merenung gadis itu seolah-olah dia sedang memakai satu kostum haiwan yang pelik.
"Okey, baiklah..." Lily bersuara kerana sudah tidak senang duduk. "Apa dah berlaku sekarang ni sebenarnya??"
Ketiga-tiga gadis itu tidak segera menjawab. Mereka juga tidak tahu bagaimana hendak mula.
"Apa yang kamu nak??" Tanya Lily sedikit kasar.
"Okey, Lily..." Aieyn memandang gadis itu selamba. "Apa yang awak tahu?"
"Tahu apa pula??" Lily mengerutkan dahinya.
"Pasal kebolehan awak tu." ujar Aieyn dengan kening yang dinaikkan.
Lily berdiam diri seketika. Dia tidak berani menjawab kerana itu adalah rahsia dirinya. Dia juga tidak tahu bagaimana untuk menyembunyikannya lagi.
"Beritahu je." Miezza bersuara lembut.
Lily menelan air liur sambil mengerutkan dahinya lalu cuba memikirkan sesuatu dalam keadaan yang gugup dan penuh berhati-hati. "Yang saya tahu... Saya boleh keluarkan cahaya dari tangan saya."
"Sejak bila awak tahu yang awak ada keupayaan untuk buat macam tu?" tanya Aieyn lagi.
Lily berfikir lagi sambil mengelipkan matanya. "Saya tak berapa pasti. Saya dah tak ingat."
Ketiga-tiga gadis itu hanya mengangguk-angguk.
"Okey, baiklah!" Lily kelihatan naik angin. "Kenapa kamu bawa saya ke sini?? Kamu nak hantar saya ke balai polis ke?? Atau nak hantar saya ke rumah sakit jiwa?! Nak cakap saya gila ke??"
Farra mengangkat sebelah keningnya memandang gadis itu. Aieyn hanya memandang Lily serius sambil berpeluk tubuh, manakala Miezza hanya berdiam diri sambil menunggu tindakan kedua-dua gadis itu yang boleh dikatakannya lebih pakar dalam menguruskan hal itu kerana dia masih belum biasa.
Aieyn mendengus perlahan kemudian berpeluk tubuh dan bersandar di sofa. "Waktu di restoran hari tu..." Aieyn memandang Lily. "Kenapa awak cakap yang awak tak percaya semua tu?"
"Sebab saya mesti jaga identiti supaya tak diketahui orang!" ujar Lily semakin kasar. "Semua orang mesti akan cakap saya gila atau tangkap saya dan hantar ke makmal untuk dibuat bahan ujikaji. Saya bukannya makhluk asing!!"
"Boleh tak perlahankan suara awak tu??" Aieyn bersuara agak keras. "Kami bukannya pekak."
"Okey..." Lily cuba menenangkan dirinya kemudian memandang ketiga-tiga gadis itu dengan wajah yang sayu. "Beginilah... Tolonglah lepaskan saya. Jangan beritahu perkara ni pada orang lain. Saya merayu ni!"
Aieyn, Farra dan Miezza langsung tidak membalas.
"Saya tahu benda ni sangat-sangat pelik tapi..." Lily bersuara merayu. Dia agak tercungap-cungap tanpa sebarang sebab. "Saya benar-benar bukan makhluk asing atau apa. Saya tetap manusia."
"Boleh tak awak bawa bertenang??" Aieyn bersuara. Terlalu penat mendengar Lily bercakap.
"Lily..."
Lily memandang Farra yang kini memandangnya selamba.
"Tak ada siapa pun nak hantar awak ke mana-mana." ujar gadis berlesung pipit itu. "Kalau kami buat macam tu... Maknanya kami dah gila."
Lily hanya memandang gadis itu sambil mengerutkan dahinya. "Apa pula maksud awak ni?"
"Macam ni, Lily..." Miezza mencelah sambil mendengus panjang. "Kita sebenarnya adalah sama."
Lily agak terkejut lalu membesarkan matanya memandang Miezza. "A... Apa??"
Miezza hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum. "Kami juga ada kuasa sama macam awak."
Lily agak tercengang kemudian merenung Aieyn, Farra dan Miezza satu-persatu. Tiba-tiba saja dia ketawa. "Jangan nak tipu saya lah."
"Lily..." Miezza mendengus perlahan. "Apa yang kami cakapkan ni memang benar. Saya juga dulu sama macam awak."
Lily terdiam memandang Miezza.
"Saya tiba-tiba je ada kebolehan macam ni..." sambung Miezza. "Dulu mereka berdua menyamar sebagai pelajar di kolej saya untuk mencari saya."
"Kenapa pula mereka mencari awak?" tanya Lily masih dengan kecurigaannya yang tidak habis-habis.
Miezza mendengus kuat. Dia tidak tahu macam mana lagi hendak membuat gadis itu percaya.
"Kita kena berkumpul, Lily." Aieyn mencelah dengan dengusan kuat kemudian berdiri dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah meja berdekatannya. "Sebelum kamu dibunuh oleh musuh."
"Musuh??" Ulang Lily.
Aieyn mengangguk-angguk sambil membuka beg sandangnya. "Kita kena bersembunyi sebab kita diburu."
"Siapa yang buru kita??" tanya Lily lagi.
"Kami tak boleh beritahu sekarang." jawab Aieyn sambil membuka kotak keperakan yang kini sudah berada ditangannya. Dia mengeluarkan seutas rantai dengan buah huruf 'L' kemudian menghulurkannya kepada Lily.
"Apa ni?" Tanya Lily yang masih kurang yakin. Dia tidak segera mencapai rantai itu dari tangan gadis berambut perang itu.
"Ambil je." gesa Aieyn yang tangannya kini keletihan.
Lily masih ragu-ragu bagaimanapun mencapai rantai itu. Dia mengecilkan matanya merenung gadis itu.
"Pakai rantai tu." arah Aieyn jengkel.
"Kenapa pula?" Tanya Lily.
"Sebab itu milik awak!!" jawab Aieyn hampir hilang sabar bagaimanapun cuba menenangkan dirinya semula.
"Milik saya??" Lily kelihatan agak terkejut. Aieyn pula hanya mampu mengangguk-angguk.
"Pakai je, Lily." Miezza bersuara perlahan sambil menunjukkan rantai yang kini sudah tergantung dilehernya bagi meyakinkan gadis itu. "Ia memang untuk awak. Percayalah."
A/n: Settle satu lagi!!! Hehehe. Saya pula yang excited. Harap korang pun excited macam saya. Hehehe. Memang tak ada harapan lah nak join wattys2017 ni. Tak ada masa sangat. Btw, Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top