Intruder

BAB 33 : DICEROBOH


Sheronica berdiri tegak sambil tekun memerhati setiap pergerakan Zulfiqar, Lily, Danish, Jyra dan Izzudin. Kesemua mereka itu kini sedang bermain permainan di tempat latihan itu. Permainan yang sama dengan permainan yang sering dimain oleh keempat-empat penaung puak Huruf itu. Permainan tradisi yang mereka sendiri cipta.

Semua orang ingin mencuba bermain. Mereka kini semakin suka dan seronok bermain permainan itu di mana Sheronica tetap akan menjadi pengadil. Farra dan Aieyn seperti biasa akan meneruskan tugas mereka untuk berjaga-jaga di sekitar markas itu. Kedua-dua gadis itu sudah memberitahu apa sebab mereka sering menghilang dan seperti biasa akan mendapat tentangan daripada yang lain.

Mereka percaya Rusdi tidak akan mengkhianat dan perkara itu tidak akan berlaku. Noorizan dan Miezza akan menyertai permainan itu sekali-sekala. Kadangkala mereka akan berjaga di ruang rehat markas itu. Hisham pula sering menemani Farra sejak dia tahu apa tujuan gadis itu.

"Perlawanan tamat!!" pekik Sheronica dengan penuh bersemangat girang. "Danish menang!!"

"Yeah!!!" Danish menjerit bangga sambil melompat-lompat seolah-olah memenangi pertandingan dunia.

Jyra hanya mendengus tidak puas hati dengan keputusan itu. Lily hanya duduk tercungap-cungap bersama Zulfiqar menahan penat. Izzudin hanya memandang mereka sambil tersenyum.

"Tahniah, Danish." ucap Izzudin.

Danish hanya melemparkan senyuman bangga.

"Inilah permainan yang kamu selalu main?" Lily memandang Izzudin turut mengukir senyuman.

Izzudin hanya tersenyum kemudian mengangguk. "Ini je permainan yang kami tahu main."

"Permainan lain tak ada?" Jyra mencelah.

Izzudin berfikir sedikit kemudian tersenyum seketika. "Dulu kami selalu bermain pedang... Memanah... Dan macam-macam lagi permainan baru. Tapi sejak mula dapat kuasa, kami dapat permainan baru."

Semua orang tidak bersuara sebaliknya hanya memandang Izzudin sambil mengangguk perlahan-lahan.

"Boleh dikatakan ini satu-satunya cara untuk kami uji kuasa kami." sambung Izzudin lagi. "Lebih tepat lagi ini satu-satunya cara yang mudah untuk dijadikan permainan bagi kami."

"Dah berapa lama Farra dan Aieyn cuba menjejaki kami?" Tanya Jyra.

Izzudin berfikir panjang sambil mengerutkan dahinya. "Saya tak pasti sangat. Entah dah berapa tahun. Waktu dah mula dapat kuasa lah."

Serentak mereka semua membesarkan mata.

"Berapa tahun??" Ulang Zulfiqar. "Maksudnya dah terlalu lama lah tu. Kenapa sampai macam tu lama?"

Izzudin menarik nafas panjang sambil memandang pasir yang kini naik ke atas kasutnya akibat ditiup angin. "Dalam masa tu juga baru mereka belajar macam mana nak guna alat-alat canggih."

"Kamu kena tahu kami tak dibesarkan di bandar." sampuk Sheronica yang berdiam diri setelah sekian lama. "Mereka tak ada cara untuk cari kamu dan ini satu-satunya cara. Mereka kena belajar dulu."

Serentak semua orang mengangguk-angguk.

"Kamu berdua memang tak pernah keluar dari sini ke?" Lily merenung Izzudin dan Sheronica silih-berganti.

Serentak kedua-dua mereka berpandangan kemudian tersenyum.

"Saya tak dibenarkan keluar oleh mereka." Sheronica bersuara lembut. "Sebab saya tak boleh berlawan. Kami pun baru je dapat kuasa tu. Macam-macam boleh berlaku kalau saya keluar."

"Jadi Izzudin yang menjadi pengawal awak?" Zulfiqar merenung gadis kecil molek itu.

Sheronica hanya tersenyum kemudian mengangguk.

"Kamu tak bosan ke?" Jyra memandang sekeliling. "Nak main pun bukannya boleh. Tak ada tv pula tu."

"Banyak benda juga kami boleh buat sebenarnya." ujar Sheronica. "Lagipun kami memang membesar dalam kehidupan seperti ini. Saya rasa tak ada benda yang boleh buat saya bosan kat sini."

"Ada banyak benda yang saya boleh baca." sampuk Izzudin. "Banyak buku sejarah puak Huruf saya kena kaji."

"Itu sebab hanya awak je yang boleh baca." Sheronica menjeling manja ke arah lelaki itu.

"Saya tak mengeluh pun kan?" Izzudin membalas jelingan gadis itu.

Sheronica hanya tersengih-sengih.

"Izzudin..."

Izzudin segera memandang Jyra.

"Macam mana awak boleh belajar bahasa pelik-pelik tu semua?" Tanya Jyra sambil mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. Dia amat hairan juga bercampur kagum dengan kebolehan itu.

"Dari ibu dan ayah saya." selamba Izzudin menjawab. "Dan mereka pun belajar dari nenek dan seterusnya."

"Maksudnya semua dari keturunan?" Danish memintas dengan ayat yang lebih mudah difahami.

"Ya." Izzudin mengangguk. "Tapi sebenarnya sesiapa pun boleh. Asalkan ada keinginan untuk belajar."

Tiada seorang pun yang bersuara.

"Mereka semua ni malas nak belajar..." Izzudin memandang Sheronica sekali imbas yang sudah merenungnya tajam. "Tu je."

"Pelik juga awak nak belajar ya." gumam Lily sambil menarik nafas panjang. "Jarang lelaki ada minat macam tu."

"Mungkin itu yang saya warisi dari keluarga saya." selamba Izzudin bersuara. "Saya tak tahu kenapa saya minat."

Lily hanya tersengih mendengar kata-kata lelaki itu.

"Mungkin saya..."

Kata-kata Izzudin terhenti di situ. Dia kini tertarik melihat sesuatu. Sesuatu yang berlaku di kolam besar yang berada berdekatan mereka. Air kolam itu kini naik tinggi entah kenapa dan bagaimana.

"Apa tu?" Sheronica bersuara sambil berkerut kerana dia juga turut melihat benda yang sama.

Lily, Jyra, Danish dan Zulfiqar turut menoleh kemudian membesarkan mata memandang air kolam yang kini sedang bergelora itu. Mereka mula berdiri agak kebingungan dengan kejadian itu.

"Semua orang..." gumam Izzudin sambil berundur sedikit ke belakang dengan wajah yang lain dari biasa. "Lari!!"

Belum sesiapapun bertindak, air kolam itu memukul mereka pantas. Izzudin menarik Sheronica serta-merta. Semua orang kini tenggelam di pukul ombak yang kuat itu. Air kolam itu sepertinya terlalu banyak untuk menenggelamkan mereka.

"Apa dah jadi?" Jyra muncul di dasar air yang kini sudah seperti laut sambil terbatuk-batuk kerana tertelan air.

Zulfiqar dan Danish turut muncul dalam keadaan tercungap-cungap. Izzudin kini sedang berfikir sambil memegang Sheronica yang kelihatan risau. Lelaki itu memandang sekeliling dengan mata biru bersinarnya. Perlahan-lahan air itu reda dan kembali kepada keadaan asal. Semua orang hanya tercengang melihat keadaan itu.

"Apa yang dah jadi?" Lily memandang Izzudin dan Sheronica.

Sheronica mengangkat bahunya sambil memandang ke arah Izzudin. Semua orang kini turut memandangnya kebingungan.

Izzudin hanya merenung kolam itu kemudian meneliti kawasan sekeliling. "Kita balik dulu."

Semua orang hanya berpandangan kebingungan kemudian menyusul Izzudin yang sudah mula membuka langkahnya.

Kelihatan Farra kini sedang duduk di meja makan itu bersama Hisham dan Miezza. Noorizan sedang duduk di sebuah kerusi tidak jauh dari mereka, manakala Aieyn pula berdiri berdekatan meja makan itu. Mereka masing-masing diam membisu memikirkan sesuatu. Sesuatu yang baru sahaja mereka bahaskan sebentar tadi.

"Aieyn..."

Serentak semua orang menoleh walaupun hakikatnya hanya Aieyn seorang saja yang dipanggil. Izzudin melangkah masuk keruangan itu bersama Sheronica, Lily, Jyra, Danish dan Zulfiqar dalam keadaan basah kuyup.

"Apa dah jadi dengan kamu?" Tanya Miezza serta-merta agak pelik melihat keadaan mereka.

Zulfiqar dan Danish hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Lily dan Jyra pula sibuk memerah baju yang masih mereka pakai. Sheronica memandang Izzudin yang hanya mendengus perlahan.

"Sesuatu yang pelik berlaku." gumam lelaki itu.

Hisham, Miezza dan Noorizan memandang lelaki itu sambil mengerutkan dahinya. Kawan-kawan mereka yang lain hanya berpandangan kebingungan.

"Apa dah jadi?" Tanya Farra sekali lagi mengulangi soalan Miezza yang tidak terjawab sambil memandang keadaan mereka.

"Tiba-tiba tadi ada ombak datang tadi." Lily melibas-libas rambutnya.

"Ombak??" Ulang Miezza. "Kamu kat mana tadi?"

"Kat tempat latihan je pun." jawab Lily.

"Bukan ke cuma ada kolam je kat sana?" Miezza mengerutkan dahinya. "Dari mana pula ombak datang??"

"Kita dah diceroboh."

Serentak semua orang berpaling memandang Izzudin. Lelaki itu hanya merenung wajah Aieyn yang langsung tidak terkejut.

"Apa maksud awak, Izzudin?" Sheronica merenung lelaki itu.

"Air tu tak datang dengan sendiri." Izzudin bersuara dengan nada yang serius. "Ia dipanggil."

Semua orang kini berpandangan sambil membesarkan mata..

"Maksudnya...." Jyra merenung Izzudin dengan mata bulatnya.

Izzudin hanya mengangguk-angguk seolah-olah tahu apa yang gadis itu akan katakan. "Ia dipanggil oleh seseorang."

"Maksudnya ada orang yang mengawalnya." pintas Farra. "Dan saya rasa awak semua dah sedia maklum siapa yang boleh buat macam tu."

Tiada sesiapa pun bersuara.

"Saya berada di sini sejak balik dari meronda dengan Hisham." Farra memandang lelaki berkulit putih melepak itu sekali imbas. "Dan kalau bukan saya yang buat... Hanya seorang je yang boleh buat benda tu selain saya."

"Rusdi??" Lily merenung Farra.

Farra hanya mengangguk-angguk sambil menarik nafas panjang.

"Jadi maksudnya dia ada di markas sekarang?" Jyra kini semakin membesarkan matanya.

"Kemungkinan." Aieyn mencelah. "Tiada sesiapa pun ada kebolehan nak panggil air laut naik ke sini. Tempat ni pun mustahil akan ditimpa bencana.. Jadi cuma dia seorang je yang boleh buat kalau Farra tak ada buat apa-apa."

"Tapi kenapa kita tak dapat cari dia kalau dia ada di sini sekarang?" Tanya Zulfiqar sambil berkerut.

"Boleh jadi dia cuma datang nak ucap salam.." selamba Izzudin bersuara.. "Saja nak bagi amaran.."

Semua orang kini tercengang tidak percaya apa yang mereka katakan.

"Lagipun..." Aieyn menarik nafas panjang. "Kawasan sekeliling hutan tadi agak berair. Tanah basah dan pokok-pokok di situ pun basah. Tak ada hujan turun di sini sejak sekian lama. Rasanya kamu tahu apa maksudnya."

"Sekarang kita kena berjaga-jaga." ucap Izzudin. "Itu je."

***

Zulfiqar melangkah keluar dari bilik tidurnya sambil memandang sekeliling. Keadaan agak sunyi sepi di ruang rehat markas itu. Sheronica seperti biasa sedang bekerja di dapur seorang diri. Riak wajah gadis itu kelihatan lain dari biasa. Wajahnya kelihatan muram dan terlalu banya berfikir.

"Hai, Sheron!" sapa Zulfiqar mendekati gadis itu.

"Eh, Zul..." Sheronica segera tersenyum ceria yang mana Zulfiqar tahu gadis itu berusaha membuatnya.

"Mana yang lain?" Tanya Zulfiqar memandang sekeliling.

"Yang lain pergi berlatih." jawab Sheronica. "Farra, Izzudin dengan Aieyn pergi meronda macam biasa."

Zulfiqar mengangguk-angguk masih lagi tersenyum. "Ada apa-apa tanda lagi ke pasal pencerobohan tu?

Sheronica hanya mengangkat bahunya. "Setakat ni masih belum ada."

"Awak rasa betul ke Rusdi yang menceroboh?" Zulfiqar merenung gadis itu.

Sheronica menarik nafas panjang sambil berfikir seketika. "Saya pun tak tahu. Tapi yang saya yakin... Kalau lah betul ibu Aieyn masih hidup... Mesti dia dalang disebalik semua ni."

"Jadi..." Zulfiqar berfikir seketika. "Maksudnya boleh jadi Rusdi tak bersalah."

"Rasanya macam tu lah." Sheronica mengangkat bahunya sekali lagi. "Tapi tak tahu lagi."

Zulfiqar hanya mengangguk-angguk sambil mendengus perlahan. "Harap-harap orang tu bukan Rusdi."

"Ya." sokong Sheronica dengan wajah yang sugul. "Saya dah penat tengok puak ni berpecah-belah."

Zulfiqar hanya mampu tersenyum.

"Zul..."

Zulfiqar segera memandang gadis itu. "Ada apa?"

"Kalau awak selamat..." Sheronica membalas pandangan lelaki itu. "Apa awak nak buat?"

Zulfiqar tidak segera menjawab. Dia hanya memandang Sheronica kemudian tunduk seketika. "Saya tak pasti."

Sheronica hanya tersenyum kemudian memandang lelaki itu semula. "Oh, ya. Awak memang berkawan dengan Danish ke?"

"Ya." jawab lelaki itu. "Kami rakan sekolej. Kami dijadikan bahan ujikaji pun bersama. Tapi dia berjaya lari."

Sheronica hanya tersengih.

"Bagaimana dengan awak?" Zulfiqar memandang gadis itu sambil mengangkat keningnya.

"Kenapa dengan saya?"soal Sheronica semula.

"Apa awak nak buat kalau kita selamat?"

Sheronica segera tersenyum mendengar pertanyaan lelaki itu. "Awak lupa ke saya salah seorang penaung? Mesti lah saya akan terus tinggal di sini."

"Ah..." Zulfiqar seperti baru teringat kemudian memandang gadis itu. "Awak tak terfikir ke nak cuba hidup di luar?"

Sheronica berfikir seketika. "Saya dah ada Farra, Aieyn dan Izzudin pun saya dah bahagia."

Zulfiqar hanya tersenyum. "Nampaknya awak memang tak boleh berpisah dengan Izzudin."

Serta-merta Sheronica ketawa. "Macam mana saya nak berpisah dengan orang yang sentiasa menjaga saya??"

Zulfiqar tidak membalas.

"Mereka satu-satunya keluarga yang saya ada."

Zulfiqar hanya mengangguk-angguk kemudian tersenyum. Dia tidak mahu bertanya lagi.

"Amboi... Rancak berbual."

Serentak kedua-dua mereka menoleh. Izzudin segera duduk di tempat dia selalu mengusik Sheronica ketika gadis itu sedang bekerja.

"Izzudin..." Sheronica tersenyum. "Mana Aieyn dan Farra?"

"Masih meronda." jawab Izzudin. "Awak dah masak ke?"

Sheronica mengangguk-angguk. "Dah. Awak nak makan ke?"

"Nanti lah." ujar Izzudin sambil memandang gadis itu. "Sekali dengan mereka yang lain."

Sheronica hanya tersenyum kemudian mengangguk. Dia segera berjalan pergi dari situ.

"Awak nak pergi mana pula tu?" Tanya Izzudin.

"Ambil baju!" pekik Sheronica masih meneruskan langkahnya.

"Jangan pergi jauh!" pekik Izzudin dengan nada sedikit kuat. "Budak ni... Suka merayau sendiri."

Zulfiqar hanya tersengih mendengar keluhan lelaki bermata biru itu.

"Awak ketawa pula." Izzudin menjeling ke arah Zulfiqar.

"Saya gembira tengok kamu dah berbaik semula."

Izzudin tersenyum kemudian merenung lelaki itu. "Awak tak nak luahkan perasaan awak tu pada dia ke?"

Kata-kata Izzudin membuatkan Zulfiqar tersentak. Dia segera merenung lelaki bermata biru itu sambil membesarkan matanya. "Apa maksud awak pula?"

Izzudin tersengih mendengar pertanyaan Zulfiqar. "Awak ingat saya tak tahu ke awak ada perasaan pada Sheron?"

Muka Zulfiqar kini mula merah padam. "Jangan nak mengarut lah."

"Saya tahu lah, Zul." Izzudin tersenyum memandang lelaki itu. "Tak payah nak tipu saya."

Zulfiqar tidak membalas. Dia kini sedang berusaha mengawal dirinya agar tidak menimbulkan apa-apa kecurigaan.

"Kenapa tak cakap dengan dia?"

"Izzudin, awak jangan nak..."

"Tak payah nak bohong." pintas Izzudin membuatkan lelaki itu terdiam. "Saya boleh tahu lah.."

Zulfiqar segera terdiam.

"Nampak sangat." ujar Izzudin.

"Tapi dia suka awak kan?"

Kata-kata Zulfiqar membuatkan Izzudin tergelak. Zulfiqar hanya mampu mengangkat keningnya memandang lelaki itu.

"Dia suka saya??" Ulang Izzudin. "Awak buat lawak ke?"

"Saya boleh tahu lah." Zulfiqar bersuara. "Macam mana dia ambil berat sangat tentang awak."

"Zul, dengar ni..."

Zulfiqar hanya memandang lelaki itu.

"Saya kenal Sheron tu dah lama." Izzudin membalas pandangan Zulfiqar. "Saya tahu macam mana perasaan dia. Dia sayang saya sebagai seorang abang dan saya pun sayang dia sebagai seorang adik. Tak ada perkara yang lebih dari itu."

Zulfiqar masih tidak bersuara.

"Kami berempat ni dah macam adik-beradik." sambung Izzudin. "Mustahil ada timbul perasaan macam tu."


A/n: Nampaknya dah ada tanda-tanda. Rasa-rasanya itu Rusdi atau bukan?? Apa yang akan jadi lepas ni korang rasa?? Rasa macam dah banyak pulak drama yang terkeluar ni kan. Hahahaha. Tak pe lah. Drama jugak yang akan memainkan emosi pembaca kan? Boleh lah tu. Anyway... SHERONICA X ZULFIQAR?? Hehehe. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top