Blue Crystal
BAB 25 : KRISTAL BIRU
Tanpa disedari, sudah menjelang hari kedua mereka semua berada dalam misi mencari. Setiap kumpulan masih lagi dalam usaha cuba menjejaki bebola kristal mengikut laluan tugas masing-masing yang diberikan. Setakat ini, masih belum ada apa-apa yang bahaya menimpa mereka.
Sheronica kini sedang menghidangkan sarapan pada pagi itu untuk dia dan Zulfiqar kerana hanya mereka berdua sahaja yang berada di markas pada ketika itu. Sejak semua orang bertolak kelmarin, rasa kekok mereka langsung tidak berkurang. Selalunya Izzudin yang akan menemankannya di situ. Kali ini, Izzudin melepaskan tugasnya pada lelaki itu yang baru sahaja dikenali. Kelihatan Zulfiqar yang baru selesai mandi mengeliat sambil meregang-regangkan badannya sebelum duduk di meja makan.
"Selamat pagi!!" sapa Sheronica sambil tersenyum manis seperti biasa lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Zulfiqar.
"Selamat pagi." Zulfiqar turut tersenyum sambil mengusap-usap tengkuknya bagi mengelakkan dia kelihatan kekok.
"Sarapan dulu."
Zulfiqar hanya mengangguk-angguk dan mula makan makanan yang dihidangkan oleh gadis comel itu. Semua makanan itu cukup menyelerakan buatnya. "Pandai betul awak masak."
"Saya belajar dari Izzudin."
Zulfiqar membesarkan matanya memandang gadis itu menyebabkan kunyahannya terhenti. "Iz... Zudin??"
Sheronica mengangguk-angguk. Senyumannya langsung tidak pernah pudar. "Izzudin memang pandai masak dari kecil."
"Wow..." Zulfiqar kelihatan teruja sambil memandang makanan yang tersedia di hadapannya itu.
"Tu yang saya belajar dari dia." ujar Sheronica. "Dia pula belajar dari ibunya. Memang rajin belajar budak tu."
Zulfiqar hanya mengangguk-angguk kemudian mula memandang gadis itu teragak-agak. "Er... Sheron..."
"Ya??" Sheronica turut membalas pandangan lelaki itu.
Zulfiqar mencapai roti bakar yang ada di hadapannya kemudian menggigit roti itu. "Kenapa awak selalu tinggal?"
"Hah??" Sheronica mengerutkan dahinya kurang faham. "Selalu tinggal?? Maksud awak?"
"Erm... Maksud saya..." Zulfiqar cuba menyusun ayat. "Aieyn, Farra dan Izzudin selalu keluar untuk satu misi. Sedangkan kamu berempat adalah penaung." Zulfiqar memandang gadis itu. "Kenapa awak tak ikut? Adakah tugas awak memang menjaga markas ni?"
Sheronica segera tersenyum lebar memandang lelaki itu. "Bukan macam tu tapi... Saya tak boleh keluar."
Zulfiqar mengerutkan dahi sambil mengelipkan matanya. "Tak boleh keluar?? Kenapa pula?"
"Saya tiada kuasa yang boleh melawan macam kamu, Zul..."
Zulfiqar hanya memandang gadis itu tidak membalas.
"Awak boleh membekukan kuasa orang..." Sheronica bersuara lembut. "Jyra boleh guna pasir... Danish boleh tembak orang dengan matanya... Lily boleh keluarkan cahaya... Noorizan boleh guna akar..." Sheronica memandang ke meja hanyut dalam khayalannya. "Miezza boleh keluarkan angin... Hisham boleh keluarkan panah..."
Zulfiqar hanya mendengar sambil cuba mencari apa yang sedang dipandang oleh gadis itu.
"Rusdi boleh guna air... Izzudin boleh berubah menjadi banyak." sambung Sheronica. "Aieyn boleh membakar orang... Dan Farra ada kesemuanya..." sekali lagi gadis itu tersenyum. "Tapi kuasa saya langsung tak boleh melawan."
Zulfiqar hanya mengangguk.
"Saya hanya boleh menyembuhkan orang." tambah Sheronica. "Sebab tu Aieyn dan Farra selalu suruh saya tinggal di sini. Sekurang-kurangnya tempat ini dilindungi. Dan Izzudin pula orang yang selalu menjaga saya. Kalau saya ikut juga, keadaan akan menjadi rumit kerana mereka perlu lindung saya lagi. Jadi untuk tidak merumitkan keadaan, saya akan tinggal."
Zulfiqar segera tersenyum sambil melirik ke arah gadis itu. "Nampaknya Izzudin bersungguh-sungguh menjaga awak ya."
Sheronica turut tersenyum. "Dia pelindung saya. Mungkin sebab Aieyn dan Farra lebih arif dalam misi lain."
"Tapi saya dapat rasakan yang dia bukan setakat pelindung bagi awak. Rasanya dah lebih dari itu kan??" Zulfiqar masih lagi memandang Sheronica cuba memancing sesuatu darinya.
"Kami semua dah macam keluarga." ujar Sheronica. "Tak hairan lah kalau mereka bersungguh-sungguh jaga saya."
***
Lily, Miezza dan Izzudin masih lagi meneruskan perjalanan mereka. Ketiga-tiga mereka kini sudah berjalan agak jauh daripada tempat mereka berhenti bermalam. Kerjasama mereka amat baik dalam misi itu membuatkan tidak banyak masalah yang dihadapi. Tenaga mereka juga cukup mengagumkan kerana mereka jarang berhenti berehat.
Semangat mereka untuk balik cepat ke markas lebih diutamakan dari segalanya. Pelbagai perkara bahaya sedang berada di sekeliling mereka dan berkemungkinan ia akan datang pada bila-bila masa sahaja kepada mereka. Oleh itu, mereka lebih suka jika misi itu selesai dengan cepat tanpa tertangguh.
"Boleh tak kita berehat dulu?" Miezza bersuara memecah kesunyian yang mana dia kini sudah bersandar pada sebatang pokok sambil bernafas dengan kuat kerana kepenatan. "Saya penat sangat lah."
Izzudin dan Lily tidak menjawab sebaliknya turut duduk di bawah pokok berhampiran mereka. Mereka juga kepenatan. Tenaga mereka ada batasnya. Keperluan untuk berehat tidak boleh dielakkan.
"Jauh lagi ke kita nak jalan?" tanya Lily agak tercungap-cungap memandang Izzudin kerana lelaki itu yang memegang peta dari tadi. Mereka langsung tidak tahu-menahu mengenai jalan yang dilalui itu.
Izzudin memandang peta yang dipegangnya. "Mungkin. Kita kena lalu satu sungai lagi untuk sampai."
Serentak kedua-dua gadis itu mengangguk-angguk. Mereka juga berharap dapat jumpa sungai kerana tekak mereka memerlukan air. Ia kini terasa seperti terlalu kering dan akan terbakar pada bila-bila masa sahaja.
"Err... Izzudin."
Izzudin pantas memandang Lily sambil mengangkat keningnya tanpa menjawab apa-apa.
"Boleh saya tanya sesuatu?"
"Apa dia?" tanya lelaki itu yang kini membetulkan kedudukannya dengan dahi yang berkerut.
"Dah lama ke awak jadi seorang Huruf?"
Izzudin terdiam mendengar soalan itu semakin mengerutkan dahinya. Miezza turut berpaling memandang gadis berambut pendek itu.
"Soalan jenis apa awak tanya ni??" gadis bermabut ikal itu mengerutkan dahinya. "Dia kan waris."
Lily menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Bukan itu sebenarnya yang saya nak tanya."
"Habis tu apa?" Tanya Miezza yang lebih berminat.
Lily berusaha memikirkan soalan yang ingin ditanya sambil memejamkan matanya. "Hah!! Dah ingat."
Izzudin dan Miezza kembali memandang gadis itu.
"Awak..." Lily memandang Izzudin teruja sambil menuding ke arah sesuatu yang ada pada lelaki itu. "Mata awak tu."
Miezza turut memandang mata biru bersinar lelaki itu. Tidak begitu perasan sepanjang perjalanan mengenai keunikan pada fizikal lelaki itu. Matanya sangat cantik bila dipandang. Jarang untuk dijumpa.
"Macam mana boleh jadi warna biru macam tu?" Lily mula mengerutkan dahinya. "Awak bukannya orang barat kan?"
Izzudin segera tersenyum kemudian kembali tunduk memandang kasutnya. "Ia semulajadi macam ni."
"Wah..." Miezza dan Lily bersuara serentak kerana teruja bagaimanapun bercampur cemburu. Kebanyakan orang menginginkan perkara seperti itu. Perkara unik yang cantik. Akan tetapi hanya insan terpilih yang berjaya memilikinya.
"Cantik lah, Izzudin." puji Lily masih lagi merenung mata lelaki itu. "Kalau lah mata saya pun macam tu kan bagus."
Izzudin hanya ketawa mendengar kata-kata gadis itu.
"Awak je ke?" Tanya Miezza sambil mengecilkan matanya memandang lelaki itu. "Tak ada orang lain lagi?"
Izzudin hanya mengangguk. "Ayah saya orang barat sebenarnya. Dia berbangsa Bristish. Mata saya je yang ikut dia. Muka tak lah. Masih nampak tempatan. Ikut mak lah katakan."
"Wah..." sekali lagi kedua-dua gadis itu tercengang. Tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan mengenai itu.
Mereka semua berdiam diri seketika. Masing-masing cuba memanfaatkan masa berehat itu dengan sebaiknya.
"Hei..."
Serentak Lily dan Izzudin memandang Miezza. Gadis berambut ikal itu kini sedang mengamati sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti.
"Kenapa??" Lily merenung gadis itu.
"Cuba dengar."
Kedua-dua mereka mula berkerut untuk mengesan sebarang bunyi yang dimaksudkan oleh Miezza.
"Tak ada apa-apa pun." Lily memandang Miezza sekali lagi dengan dahi yang sudah semakin berkerut.
"Dengar betul-betul." gesa Miezza.
Sekali lagi Lily dan Izzudin cuba mengesan jika ada sebarang bunyi yang mampu menarik telinga mereka. Tidak sampai beberapa saat, serentak kedua-dua mereka membesarkan mata.
"Bunyi aliran air."
Serentak ketiga-tiga mereka bangun dari tempat duduk masing-masing sambil melibas-libaskan seluar mereka sebelum mula berjalan untuk mencari dari mana datangnya bunyi air itu. Wajah mereka mula bersemangat kerana ini adalah petanda semuanya semakin hampir.
Tiba dihujung jalan, terdapat sebatang sungai penuh dengan batu-batu besar. Airnya mengalir deras menuju ke lurah.
"Ini ke sungainya?" Tanya Miezza sambil memerhati seluruh kawasan sungai yang amat panjang itu.
Izzudin memandang peta yang berada ditangannya dengan lidahnya diarahkan pada pipinya. "Saya rasa ini."
Mereka memerhati kawasan sekeliling tempat itu. Tiada apa-apa yang boleh dijadikan petunjuk.
"Tak ada jambatan." ujar Lily sambil mengeluh perlahan. "Macam mana kita nak ke seberang?"
"Berenang pun tak boleh." Miezza memandang air deras itu juga turut mengeluh. "Hanyut kita nanti."
"Kita kan boleh..."
"Wuoh!!!!!!!!"
Serentak mereka memandang Lily yang terkapai-kapai cuba mengimbangkan badannya, bagaimanapun terlalu lambat untuk dia bertindak. Dia tergelincir lalu jatuh dari situ.
"Lily!!" pekik Miezza kemudian menghalakan tangannya pada gadis itu secara automatik. Pusaran angin terbentuk dan menyelamatkan Lily daripada jatuh. Gadis itu ditarik semula ke tebing sungai.
"Hati-hati lah." gumam Miezza.
Lily tidak membalas sebaliknya terpinga-pinga kerana hampir saja jatuh ke dalam sungai. Dia mengusap-usap dadanya.
"Sekarang ni macam mana kita nak lalu?" Miezza memandang Izzudin sambil mengangkat keningnya. Begitu juga dengan Lily yang sepertinya sudah kembali kepada keadaan asal.
"Kamu kan boleh terbang... Apa susah." dengan selamba, Izzudin melompat ke seberang.
Serentak Lily dan Miezza berpandangan seketika. Buat seketika, mereka terlupa mengenai kebolehan itu. Mereka terus sahaja menyusul Izzudin sebelum meneruskan perjalanan.
"Tak ada apa-apa pun kat sini." Miezza memandang sekeliling.
Izzudin memandang peta yang dipegangnya itu sambil cuba meneliti sesuatu. "Ia sepatutnya selepas sungai tu."
"Kamu tak rasa kita dah sesat ke?" tanya Lily kerana mereka sudah jauh meninggalkan sungai itu tadi.
Miezza hanya mengangkat bahunya. "Saya pun tak tahu."
"Sepatutnya kita dah sampai." Izzudin memandang sekeliling yang hanya dipenuhi dengan hutan belukar.
"Awak yakin??" Miezza memandang lelaki itu.
Izzudin mengangguk-angguk sambil mengerutkan dahinya. "Tak mungkin saya salah tengok atau salah baca arah kat buku tu."
BOOMM!!!!!
Tidak semena-mena, satu letupan berlaku di kawasan itu menyebabkan bumi bergegar sedikit. Serentak Lily dan Miezza menoleh sambil membesarkan mata. Izzudin turut menoleh terkejut.
"Bunyi apa tu?" Miezza memandang sekeliling cuba mencari apa punca letupan itu berlaku.
"Tak tahu." Lily kini kelihatan teragak-agak berdiri di tempatnya.
Izzudin hanya memandang sekeliling dengan tenang. Dia cuba mengamati dengan jelas bunyi itu. "Alamak..."
"Kenapa?" Tanya Miezza dan Lily serentak.
"Tunduk!!!!" pekik Izzudin sebelum sempat menjawab.
Miezza dan Lily segera tunduk tanpa berfikir panjang. Arahan itu membuatkan mereka bertindak pantas. Lebih kurang enam lembaga berkelubung menembak ke arah mereka. Tembakan itu ditembak bertubi-tubi menyebabkan mereka berpecah untuk mencari tempat tertutup untuk berlindung.
"Tak guna!" gumam Izzudin yang kini berdiri di sebalik batang pokok yang besar kemudian menurunkan beg galasnya perlahan-lahan. Dia mula mengintai dari celah-celah pokok untuk bertindak.
Lily kini tunduk berselindung di sebalik semak sambil memandang ke arah Miezza yang berdiri di sebalik pokok tidak jauh daripadanya dalam keadaan yang cemas. "Kenapa lah mereka muncul? Macam mana nak lawan pula ni?"
Miezza mendengus perlahan lalu keluar dari tempat persembunyiannya. Dia mendepakan kedua-dua tangannya ke arah tempat lembaga itu berkumpul. Pusaran puting beliung mula terbentuk kecil di tangannya. Dia melontarkan pusaran itu ke arah salah satu lembaga berkelubung di situ. Lily pula masih lagi dalam keadaan kalut. Selama ini, jika ada lembaga berkelubung menyerang mereka, Farra dan Aieyn akan bertindak.
"Manfaatkan apa yang kamu dah belajar!" pekik Izzudin yang kini memecahkan dirinya kepada lima orang termasuk dirinya yang asal. Lily dan Miezza hanya memandang sambil tercengang.
"Jom!!" ujar Miezza yang seperti bersemangat mendengar arahan itu kemudian berlari untuk menyerang.
Lily tidak membantah. Dia kini menghidupkan cahaya di kedua-dua belah tangannya. Perlahan-lahan dia menghantar cahaya itu ke arah salah satu lembaga berkelubung yang ada di situ. Cahaya itu menyelaputi lembaga tersebut sebelum ia menyeringai kemudian meledak kuat menjadi cecair berwarna biru.
"Bagus, Lily." ucap Izzudin yang asal sambil tersenyum puas melihat perkembangan mereka. Keempat-empat klonnya kini sedang menyerang dua lembaga yang akhirnya meledak kuat.
Miezza menarik lembaga berkelubung itu lalu menghentakkannya ke pokok secara bertubi-tubi sehingga ia meledak. Dia melakukan hal yang sama ke arah satu lagi lembaga yang berada di situ dan ia turut meledak. Sekali lagi Lily menghantar cahayanya ke arah lembaga yang terakhir itu. Ia turut meledak kuat.
Izzudin, Miezza dan Lily tercungap-cungap kepenatan. Izzudin mengembalikan dirinya kepada asal. "Nampaknya kamu manfaatkan semuanya."
Miezza dan Lily hanya mampu tersenyum puas. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja mereka lakukan. Tiba-tiba sahaja satu gegaran jelas terasa menyebabkan mereka memandang sekeliling.
"Gempa bumi ke?" Gumam Miezza masih memandang sekeliling. Lily kini sudah memegang tangan gadis itu ketakutan. Izzudin pula memandang sekeliling sambil mengerutkan dahinya.
"Oh..." Izzudin mula berundur sambil melihat ke arah sebuah bukit belukar yang tinggi. "Berundur!!"
Miezza dan Lily segera berlari ke belakang. Batu-batu dari bukit itu mula bergelincirian. Tanahnya turut jatuh satu-persatu. Gegaran itu semakin kuat. Timbunan batu-batu besar terbentuk betul-betul dari bukit itu. Apabila gegaran berhenti, satu gua yang amat besar kini berada di hadapan mata mereka.
Izzudin segera tersenyum. "Nampaknya kita dah sampai."
Lily dan Miezza masih lagi ternganga melihat apa yang baru sahaja berlaku dalam keadaan yang bingung.
"Jom!!" Izzudin mula melangkah masuk ke dalam gua itu.
Lily dan Miezza berpandangan seketika kemudian segera menyusul Izzudin masih dengan wajah tercengang. Kedengaran bunyi-bunyi yang membingitkan telinga dari dalam gua itu.
"Kelawar ke??" Teka Miezza.
"Gelapnya." gumam Izzudin kerana dia langsung tidak nampak apa-apa. Berusaha meraba-raba begnya untuk mencari lampu suluh.
Tidak semena-mena gua itu menjadi terang menyebabkan Miezza dan Izzudin menoleh pantas.
"Apa??" Tanya Lily yang kini tangan kanannya sedang bercahaya tidak terlalu terang seperti sebelumnya. "Kan gelap??"
Serentak Izzudin dan Miezza tersenyum kemudian meneruskan perjalanan mereka. Masing-masing memandang sekeliling.
"Ni gua apa?" Tanya Lily.
"Ada nama ke?" Miezza memandang gadis itu.
"Mana lah tahu." ujar Lily. "Semua gua mesti ada nama tahu tak. Kalau tak... Tak boleh lah masuk buku seja..."
"Hei!!"
Jeritan Izzudin membuatkan Lily dan Miezza berpaling. Lelaki itu kini sedang berdiri di satu selekoh. Serta-merta kedua-dua gadis itu berlari mendekatinya. Ketiga-tiga mulut mereka ternganga. Satu bebola kristal berwarna biru berkilauan sambil terapung di atas satu batu yang amat tinggi di hujung selekoh itu.
"Jom!!"
Miezza dan Lily terus berlari masuk dalam keadaan teruja. Seolah-olah mereka sudah menjumpai harta karun.
"Jom naik." ajak Miezza yang bersemangat untuk mendekati bebola kristal itu dengan muka teruja.
"Nanti!" Izzudin menghentikan mereka.
Serentak Miezza dan Lily memandangnya.
"Kenapa lagi?" tanya Miezza yang sudah tidak sabar.
Izzudin menarik nafas panjang sambil berjalan mendekati mereka perlahan-lahan. "Biar Lily yang ambil."
Serentak Miezza dan Lily berpandangan sambil mengerutkan dahi.
"Kenapa?" Tanya Lily curiga sambil mengecilkan matanya.
Izzudin mendongak memandang bebola kristal itu. "Ia diselaputi cahaya. Kalau saya atau Miezza yang ambil. Pasti akan ada sesuatu yang terjadi dengan kami."
"Habis tu?? Saya??" Lily merenung lelaki itu sambil berharap yang keputusan itu akan berubah.
"Dah memang awak je yang berkuasa cahaya kat sini." Izzudin menjeling ke arah gadis itu.
"Okey." Lily menarik nafas panjang. Dia cuba melompat untuk terbang ke arah bebola itu bagaimanapun gagal. "Kenapa saya tak boleh terbang?"
"Bebola kristal kan penahan kuasa." jawab Izzudin selamba. "Awak tak boleh guna kuasa ke atasnya."
"Habis tu??"
"Panjat lah." selamba lelaki itu memberi arahan.
Lily mendengus kuat. Dia mula memanjat batu itu perlahan-lahan. Mujur saja ia terbentuk dan mudah untuk dipijak. Lily memandang Izzudin dan Miezza sekali imbas apabila sampai di puncak. Dia segera mencapai bebola kristal berwarna biru itu menyebabkan cahaya yang mengelilinginya segera hilang.
"Bagus." Miezza tersenyum puas. Izzudin turut berasa lega. Sekarang ini mereka sudah boleh kembali ke markas.
A/n: Huh!~ Finally, manage to update this story today. Hehehe~ So, here's another chapter. Kadang tu rasa macam mengarut sangat tu pun ada jugak. Tapi biasalah. Dunia penulisan mana ada yang betul. Hahaha~ Enjoy!! Kristal biru dah jumpa. Tak mencabar sangat lah untuk dapatkan. Nantikan yang lain plak k. hehehe. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top