Black Crystal

BAB 28 : KRISTAL HITAM


Aieyn dan Noorizan masih lagi meneruskan perjalanan yang mereka sendiri tidak pasti di manakah penghujungnya. Entah kenapa, terasa seperti markas kediaman mereka semakin jauh dari kedudukan mereka saat ini. Sepertinya mereka akan sesat dan tidak akan menemui jalan pulang dan akan terus hidup seperti itu. Mereka hampir sahaja berputus asa untuk meneruskan segalanya.

"Perjalanan ni lebih jauh dari yang kita sangka." gumam Noorizan yang kini sudah hampir kehabisan tenaga.

Aieyn tersengih mendengar kata-kata lelaki itu bagaimanapun mengangguk bersetuju. Dia dapat merasakan pernafasannya semakin laju.

"Harap-harap jalan pulang nanti berjalan lancar." Noorizan memandang ke belakang seketika untuk melihat jalan yang mereka telah lalui dengan harapan jalan pulang akan terbuka luas ataupun senang untuk diingati. Jalan yang dia tidak pasti dapat ingat lagi atau tidak.

"Nampaknya kita kena AAAAA!!!!!" belum sempat Aieyn menghabiskan kata-katanya, tidak semena-mena sahaja dia tergelincir jatuh akibat tanah yang pijaknya itu amat licin.

Tanpa di sedari, jalan sudah mencuram jatuh di hadapan mereka betul-betul menuju ke arah sungai di bawah mereka yang mengalir deras seperti air laut. Dengan pantas Noorizan menyambut tangan gadis itu.

"Tak guna!!" gumam Aieyn sambil memandang sekali imbas air sungai deras di bawah kakinya.

"Dapat panjat tak??" Tanya Noorizan dalam keadaan wajah yang kini pelat dan merah padam kerana cuba menampung berat Aieyn dengan hanya menggunakan tangan kanannya sahaja.

Aieyn cuba memegang segala apa yang boleh di badan Noorizan untuk naik semula ke atas.

"Argh!! Aieyn, awak tarik rambut saya!"

"Maaf!" pekik Aieyn melepaskan semula pegangannya membuatkan dia kembali tergantung hanya pada tangan kanan lelaki itu.

"Nanti." Noorizan cuba membetulkan kedudukannya dengan tangan kanannya kini berurat kerana mengeluarkan banyak tenaga yang mampu untuk menahan gadis itu. Ia mula terasa lenguh bagaimanapun tetap digagahkan agar Aieyn tidak terlepas dari genggamannya. Tidak semena-mena, akar-akar pokok keluar dari tanah di tempat Noorizan kini sedang bertiarap. Dia sudah tidak peduli dengan bajunya yang akan kotor. Akar-akar itu mengeras betul-betul dekat dengan badan gadis berambut perang itu.

"Panjat!"

Aieyn tidak membantah. Dia memanjat akar-akar itu dengan tangan kanannya masih memegang tangan Noorizan. Dia benar-benar tidak mahu jatuh ke dalam sungai yang berada di bawahnya itu.

"Wuoh." Noorizan mengurut-urut tangan kanannya yang kini terasa lenguh apabila Aieyn sudah berada di sebelahnya.

Aieyn tersengih memandang gelagat lelaki itu yang kini kelihatan merah padam dan jelas kelihatan kerana kulitnya yang putih. "Kenapa awak tak lepaskan je saya? Sungai pun kat bawah tu. Bukannya batu."

"Saya masih ingat lagi bagaimana awak hampir lemas dalam laut dulu tu. Takkan saya nak lepaskan."

Aieyn tersentak mendengar kata-kata lelaki itu. Dia memandang Noorizan yang sememangnya sudah memandang gadis itu.

"Saya tak ada kuasa api untuk sembuhkan awak." ujar lelaki itu lagi dengan wajah yang selamba.

Aieyn hanya tersenyum tawar kemudian bingkas bangun lalu melibas-libas seluarnya. "Terima kasih, Noorizan."

Noorizan hanya tersenyum turut bangun dari tempat duduknya. Aieyn terus membuka langkah untuk meneruskan perjalanan disusuli oleh Noorizan tanpa berkata apa-apa lagi selepas itu.

"Bagus betul tempat yang Izzudin tetapkan untuk kita ni." Aieyn menggerutu. "Sukar dijumpai."

Noorizan hanya ketawa mendengar kata-kata gadis itu kemudian baru teringat mengenai sesuatu. "Aieyn..."

"Apa?" Sahut Aieyn tanpa menoleh memandang lelaki itu. Dia hanya memandang jalan di hadapannya kerana takut akan jatuh lagi.

"Boleh saya tanya satu soalan??"

"Apa dia?" Soal gadis itu semula.

"Awak memang macam ni ke dari dulu?" Tanya Noorizan serta-merta.

"Macam ni?? Macam mana tu?" Aieyn berkerut memandang lelaki itu tanpa berhenti melangkah.

"Macam ni lah... Pemarah, merungut, kasar..."

Aieyn berhenti berjalan kemudian memandang lelaki itu menyebabkan Noorizan turut memberhentikan langkahnya.

"Saya cuma nak tahu." Noorizan mengelipkan matanya dengan wajah yang suci sambil memandang tangan gadis itu berharap api tidak akan keluar.

Aieyn mendengus kuat kemudian kembali meneruskan langkahnya. "Kalau awak nak tahu awak boleh tanya pada Farra, Izzudin atau Sheron."

Noorizan tidak membalas sebaliknya menyusul gadis itu. Dia dapat merasakan Aieyn terasa dengan soalannya.

"Tapi saya tak mengubah apa-apa daripada sifat saya sejak kecil lagi." ujar Aieyn. "Itu yang saya pasti. Kecuali sifat pemarah saya ni. Ia mula menjadi teruk sejak kebelakangan ni."

"Sejak awak jumpa Rusdi ke?" Noorizan memandang gadis itu walaupun hakikatnya gadis itu hanya memandang ke hadapan.

"Rasanya." selamba Aieyn menjawab. "Sebab benda tu."

Tiba-tiba sahaja langkah Aieyn terhenti apabila tiba di sebuah kawasan lapang. Noorizan turut berhenti kemudian memandang sekeliling. Dia terpandang satu pintu masuk gua yang berada jauh sedikit di hadapan mereka.

"Dah sampai!" Noorizan bersuara teruja dengan senyuman bahagia.

"Shhhhh!!!"

Noorizan segera memandang gadis berambut perang itu yang kini sedang memandang sekeliling. "Awak ni kenapa? Dah sampai kan?"

"Cuba dengar betul-betul."

Noorizan berdiam diri cuba memasang telinga. Kedengaran sayup-sayup suara seperti seekor binatang buas menjerit kelaparan. Noorizan membesarkan matanya memandang Aieyn. Hatinya kini sudah mula tidak senang. Dia dapat merasakan bahaya bakal muncul sebentar lagi. "Bunyi apa tu?"

"Tak tahu." Aieyn kelihatan masih fokus. Suara yang sayup-sayup itu semakin lama semakin jelas seolah-olah ia semakin dekat.

"ROARRRR!!!"

Perkara yang langsung tidak diduga, seekor naga besar berwarna hijau lumut dengan tompok hitam pada seluruh badannya mendarat di tengah-tengah kawasan lapang itu betul-betul di hadapan Aieyn dan Noorizan. Pintu gua itu kini dihalang. Naga dengan sayap besar, wajah yang sangat menakutkan dengan telinganya tajam ke belakang itu menghembuskan api dari mulutnya disertai dengan ngauman yang mengerikan menyebabkan Noorizan berlari pantas bersembunyi di sebalik pokok. Aieyn pula tidak berganjak sebaliknya hanya memejamkan mata seketika ketika api itu melintasinya. Api kini bertempiaran di merata-rata tempat.

"Naga??!!" Pekik Noorizan memandang Aieyn.

Aieyn menarik nafas panjang kemudian menurunkan beg sandangnya. "Ini lah penjaganya."

Noorizan mendengus kuat. Dia kini faham kenapa Izzudin mengatakan perjalanan kumpulannya dan Farra lebih merbahaya berbanding yang lain. Kerana mereka perlu melintasi penjaga bebola kristal itu. Ingin benar dia tahu apa penjaga yang menjaga bebola Kristal di kumpulan yang satu lagi.

"Apa kita nak buat sekarang?!" Pekik Noorizan lagi dari tempat dia berlindung. "Nak lawan ke?!"

"Ya." Aieyn memejamkan matanya sekali lagi apabila naga itu meniup api ke arahnya.

Noorizan hanya membesarkan matanya memandang gadis itu. Buat seketika, dia cemburu dengan Aieyn yang berkuasa api sehingga menyebabkan gadis itu tidak perlu berselindung dari bahaya sepertinya. Aieyn langsung tidak apa-apa apabila terkena api naga itu sebaliknya hanya seperti dipukul angin kuat. Bunyi bising naga itu menyeringai benar-benar membingitkan telinga.

"Saya cuma berfikir." Aieyn memandang Noorizan dengan wajah yang kini kelihatan seperti menyampah. "Saya tak tahu macam mana nak guna kuasa saya pada naga ni sebab dia pun mengeluarkan api."

Noorizan menurunkan beg sandangnya sambil berfikir seketika. Dia memandang naga itu sambil cuba mencari idea. "Tapi badan naga sama macam kulit binatang yang lain. Ia tetap boleh terbakar."

Aieyn memandang naga besar yang sedang merosakkan pokok-pokok dan batu-batu di situ. "Saya perlukan bantuan awak, Noorizan."

Noorizan segera memandang gadis itu.

"Gunakan kuasa awak untuk cuba sekat dia daripada terus bergerak. Saya cuba apa yang boleh."

Belum sempat Noorizan berkata apa-apa, Aieyn terus melompat naik ke atas dengan terbang ke udara dan meninggalkan lelaki itu di situ. Noorizan hanya menarik nafas panjang kemudian mula menggunakan kuasanya untuk menarik keluar akar-akar yang berada di sekelilingnya.

"Wuoh!!!" pekik Aieyn. Dia kini sedang melompat dari satu tempat ke satu tempat yang lain kerana naga itu kini sedang mengejarnya. "Tak guna punya Izzudin!! Dia bagi kita lawan binatang ni!"

Setiap pokok-pokok yang berada di situ bergerak perlahan-lahan keluar dari tanah seolah-olah mempunyai nyawa seperti manusia. Noorizan turut menarik keluar akar-akar panjang yang berada di bawah tanah yang paling dalam dan mengikat kaki naga itu. Naga itu menyeringai tidak dapat bergerak.

"Bagus, Noorizan!" Aieyn tersenyum kemudian melompat lagi apabila naga itu cuba memukulnya menggunakan sayap.

Noorizan mengeluarkan lebih banyak akar lagi dan mengikat sayap binatang itu. Naga itu menjerit marah dan menghembuskan apinya merata tempat. Noorizan menggerakkan dua batang pokok besar yang kini kelihatan seperti sedang hidup dan berlari untuk memukul naga itu. Aieyn mengambil kesempatan untuk memainkan peranannya. Dia memutarkan kedua-dua tangannya lalu mengeluarkan seekor naga berapi yang amat besar menggunakan kuasanya.

"Wuoh!!" Noorizan terundur ke belakang sambil tercengang memandang naga berapi itu.

"Noorizan!! Lepaskan naga tu!!"

Noorizan tidak membantah. Dia melepaskan akar-akar yang melilit naga hijau berlumut itu bagi memudahkan ia bergerak kembali. Naga hijau itu menjerit kuat apabila terpandang naga berapi hasil daripada kuasa Aieyn. Dia segera terbang untuk menyerang naga berapi itu bagaimanapun hangus terbakar serta-merta. Suara naga itu menyeringai amat kuat dan membingitkan telinga.

"Saya akan bunuh Izzudin kalau kita dah sampai di markas." Aieyn menggerutu kegeraman.

Noorizan hanya tersenyum memandang gadis itu sambil bercekak pinggang. "Awak memang hebat, Aieyn."

Aieyn mencapai beg sandangnya kemudian memandang Noorizan. "Saya rasa awak lebih hebat berbanding apa yang saya sangka."

Aieyn segera berjalan menuju ke pintu masuk gua itu. Noorizan hanya tersenyum kemudian mencapai beg sandangnya lalu menyusul gadis itu. Gua itu tidak sedalam yang mereka sangka. Mereka hanya perlu berjalan lurus dan melalui dua pintu. Kelihatan sebuah ukiran batu berbentuk naga berada di tengah-tengah kawasan lapang itu. Bebola Kristal berwarna hitam berkilauan pada mulutnya yang terbuka luas.

"Nanti!" pekik Aieyn apabila Noorizan menghulurkan tangannya untuk mencapai bebola itu.

"Kenapa??"

Aieyn tidak menjawab sebaliknya mendekati Noorizan lalu mengambil bebola Kristal berwarna hitam itu menggunakan tangannya. "Awak akan terbakar kalau awak sentuh dengan tangan awak sendiri."

"Habis tu awak tak..." Bagaimanapun kata-kata lelaki itu segera terhenti apabila teringat bahawa gadis itu berkuasa api.

"Dah. Jom balik!"

***

Suasana di markas itu agak suram dari biasa. Ia tidak terlalu riuh walaupun sudah beberapa orang yang balik seolah-olah langsung tiada penghuni di situ. Berita kehilangan Rusdi itu menyebabkan Izzudin menjadi pendiam dan perungut berbeza dengan dirinya sebelum ini. Lelaki itu kini sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil merenung kotak keperakan yang kini diisi dengan dua biji bebola kristal yang berwarna ungu dan biru. Sheronica pula masih meneruskan kerjanya di dapur dibantu oleh Zulfiqar sebelum menyertai Miezza, Lily, Jyra dan Danish yang berada di meja makan.

"Izzudin masih marah kami ke tu?" Jyra memandang Sheronica yang duduk betul-betul di hadapannya.

Sheronica memandang Izzudin sekali imbas. "Saya pun tak tahu. Ini kali pertama juga dia macam tu."

"Mesti dia masih marah." keluh Jyra sambil curi-curi memandang Izzudin dengan mata kuyunya.

"Awak kena bersedia lepas ni..." Danish memandang gadis itu. "Kalau Aieyn dapat tahu dia mesti bakar kita hidup-hidup."

Jyra kini mula tidak senang duduk apabila terdengar nama gadis berambut perang itu. Dia mula membayangkan wajah Aieyn bertukar menjadi seekor singa berapi dan menelan dia hidup-hidup.

"Mereka belum sampai lagi." Miezza menunjukkan kerisauan pada wajahnya. "Tak ada apa-apa yang jadi pada mereka ke?"

Lily hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. "Boleh jadi mereka dah diserang. Itu tak apa juga. Tapi kristal yang mereka akan ambil tu kan ada penjaganya. Memang payah lah."

"Jangan risau." Sheronica segera mengukir senyuman manis. "Saya rasa mereka akan okey. Mereka tak akan kalah macam tu je. Lebih-lebih lagi pasangan mereka tu tak kurang hebatnya."

Kedengaran bunyi geseran pintu batu itu terbuka. Serentak semua orang menoleh memandang ke arah pintu itu. Farra dan Hisham melangkah masuk dalam keadaan yang tercungap-cungap kepenatan.

"Farra!!!"

"Hisham!!"

Sheronica segera merangkul gadis berlesung pipit itu. Farra hanya mampu menarik nafas lega memandang sekeliling tempat itu. Hisham hanya tersenyum puas melihat markas itu. Mereka kini gembira dapat kembali semula.

"Semua okey?" Izzudin berjalan perlahan-lahan mendekati kedua-dua mereka dengan wajah yang cuba dibuat-buat.

Farra hanya mengangguk. "Siapa lagi belum pulang?"

"Aieyn dan Noorizan." jawab Izzudin agak lemah dengan suara mendatar. "Awak rehat dulu lah."

Farra hanya memandang setiap gelagat lelaki bermata biru itu yang dirasakan ada sesuatu yang aneh padanya. Lelaki itu kini sudah kembali ke tempat duduknya sebelum sempat dia menjawab.

"Ada apa-apa yang jadi ke?" Farra memandang setiap orang yang ada di situ dengan penuh tanda tanya.

Hisham turut memandang mereka. Miezza tidak menjawab sebaliknya hanya menarik nafas panjang. Lily pula hanya berpandangan dengan Sheronica dan Zulfiqar. Jyra hanya tunduk agak takut.

"Rusdi..." gumam Danish.

Farra tersentak mendengar nama itu. Dia segera memandang sekeliling mencari kelibat lelaki itu. "Mana dia?"

Semua orang berdiam diri lagi.

"Dia dah..."

Belum sempat Danish menjawab sepenuhnya pertanyaan itu, geseran pintu batu itu kedengaran lagi menyebabkan semua orang menoleh. Aieyn dan Noorizan melangkah masuk dalam keadaan yang tercungap-cungap. Semua orang tidak begitu teruja sebaliknya mula berpandangan sesama sendiri dan risau dengan apa yang bakal terjadi selepas ini. Izzudin kini mendengus perlahan kemudian tunduk memandang ke bawah. Hisham merangkul bahu Noorizan sambil tersenyum.

"Okey ke?" Farra memandang Aieyn.

"Okey lah." Aieyn menjawab ringkas. Dia kini lebih berminat untuk tahu apa yang sedang berlaku. Situasi di situ terlalu pelik dirasai. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik. "Ada apa-apa yang berlaku ke?"

Semua orang kini mula berpandangan sesame sendiri. Masing-masing tidak tahu apa yang hendak dikatakan saat ini. Farra dan Hisham turut kebingungan kerana mereka masih belum dapat apa-apa jawapan sejak mereka sampai. Noorizan turut berkerut memandang semua orang.

"Ada apa ni?" Aieyn kini sudah mula curiga. Entah kenapa hatinya kini mula tidak sedap.

Tiada seorang pun yang menjawab. Aieyn memandang Farra yang hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Melihat pada keadaan gadis itu, jelas menunjukkan bahawa gadis itu juga baru sampai. Aieyn mengalihkan pandangannya pada Izzudin yang kini duduk tidak bersuara.

"Izz..." Aieyn berjalan perlahan-lahan mendekati lelaki itu.

Keadaan kini menjadi semakin tegang. Izzudin langsung tidak menjawab. Mendongak juga tidak. Dia hanya tunduk sambil memejamkan matanya seolah-olah bersedia dengan apa sahaja yang bakal berlaku.

"Apa yang dah jadi ni??" Aieyn memandang ke arah semua orang satu-persatu mula meninggikan suara.

"Aieyn..." gumam Sheronica dengan suara yang terketar-ketar seperti hendak menangis. "Rusdi..."

Aieyn tersentak mendengar nama lelaki itu. Dia segera memandang sekeliling untuk mencari kelibat Rusdi. Noorizan turut melakukan hal yang sama. Farra dan Hisham hanya berkerut. Apa yang sudah terjadi pada lelaki itu?

"Mana dia??" Aieyn merenung Sheronica tajam. Gadis itu tidak menjawab. Esakannya mula kedengaran.

"Mana dia?!!!"

"Dia dah ditangkap." dengan selamba Danish menghentikan segala tanda tanya itu sambil menarik nafas panjang.

Keadaan menjadi sunyi serta-merta. Serentak Hisham dan Noorizan membesarkan mata. Farra pula terkedu mendengar kenyataan itu.

Aieyn berpaling memandang Izzudin yang masih lagi tunduk membisu tidak bergerak. "Izzudin..."

Izzudin masih tidak menjawab.

"Izz, jawab!!" suara Aieyn kini semakin keras. "Izzudin!!!"

Esakan Sheronica kini semakin kedengaran. Zulfiqar mendekati gadis itu cuba menenangkannya. Miezza dan Lily hanya mampu berdiri tidak berani hendak masuk campur. Jyra pula mula berundur ke belakang mula ketakutan. Danish hanya mampu memandang Izzudin.

Izzudin bangun dari tempat duduknya perlahan-lahan. Dia segera memandang Aieyn yang sememangnya sudah memandangnya. Dia menarik nafas panjang kemudian mengangguk-angguk. "Ya."

Farra mendengus kuat sambil memegang dahinya. Noorizan dan Hisham hanya mampu tunduk ke lantai.

Aieyn memandang Danish semula dengan mata yang tajam. "Macam mana itu boleh berlaku?!"

"Kami diserang." beritahu Danish agak terketar-ketar. "Mereka terlalu ramai. Kami tak dapat gunakan kuasa kami."

"Takkan tu pun kamu tak mampu nak pertahankan?!!" Aieyn kini sudah mula menjerit. Wajahnya mula menjadi bengis. Urat-urat di lehernya mula kelihatan. Kulitnya yang putih kelihatan merah padam.

Danish menelan air liurnya. Jyra kini sedang berselindung di sebalik Lily dan Miezza yang hanya berdiri kaku. Tangisan Sheronica pula semakin kuat. Zulfiqar tidak mampu berbuat apa-apa dalam situasi yang kalut itu.

"Aieyn..."

"Tak!" tempik Aieyn kuat.

"Aieyn... Rusdi kan kuat." Lily bersuara cuba menyenangkan hati gadis itu. "Mesti dia dapat bertahan."

"BUKAN ITU MASALAHNYA!!!!!"

Jeritan Aieyn yang kuat bergema itu membuatkan semua orang terkedu memandangnya. Mereka belum pernah nampak gadis itu marah seperti itu. Dia seolah-olah akan bertukar menjadi singa ganas yang kelaparan sebentar lagi. Perlahan-lahan api mula menyelubungi badan gadis itu.

"Wuoh..." Lily terundur ke belakang bersama Miezza.

Jyra kini hampir menangis ketakutan. Dia dapat rasakan bahawa dia akan diserang dahulu oleh Aieyn. Danish turut berundur. Sheronica memandang Aieyn risau sambil menangis. Dia juga berundur sedikit bersama Zulfiqar yang menariknya. Hisham hanya terkedu memandang gadis itu sambil tercengang. Noorizan mula berjalan perlahan-lahan ke sebelah Farra untuk melihat Aieyn dengan lebih dekat lagi. Izzudin turut berjalan untuk mendekati Aieyn.

"Aieyn..." panggil Farra sambil merenung gadis itu risau.

"Kita sekarang dalam keadaan bahaya!!" pekik Aieyn seperti orang gila dengan api menyelubungi badannya. Dia kini sedang terbakar. "Kamu sedar tak tu?!!!"

Semua orang tidak berani bersuara. Masing-masing kini bersedia untuk menyelamatkan diri jika gadis itu menyerang.

"Aieyn... Ouch!" Noorizan cuba menenangkan gadis itu bagaimanapun terkena api yang panas menyebabkan dia berundur.

Aieyn kini tercungap-cungap menahan marah. Farra pula mengisyaratkan supaya rakan-rakan yang lain berundur sedikit. Dia memandang Noorizan yang kepanasan meniup tangannya kemudian berjalan mendekati Aieyn.

"Aieyn..."

Aieyn tidak menjawab. Api di badannya semakin marak.

"Aieyn!!" dengan selamba Farra memegang bahu gadis itu.

Semua orang mula risau memandang Farra. Mereka takut gadis itu akan terbakar bagaimanapun segera teringat gadis itu juga ada kuasa api.

"Pergi!!"

Semua orang terkejut mendengar arahan dari gadis berlesung pipit itu yang langsung tidak disangka.

"Pergi, Aieyn..."

Izzudin kini tunduk sambil memejamkan matanya.

"Pergi dari sini..." Farra bersuara terpaksa.

Aieyn merenung Farra tajam kemudian segera beredar dalam keadaan api masih menyelubunginya. Dia berjalan menuju ke tempat latihan. Semua orang kini memandang Farra. Gadis itu sedang berdiri sambil tunduk ke bawah.

Dentuman kuat jelas kedengaran. Tembakan demi tembakan dapat didengar. Farra memejamkan matanya lalu duduk di lantai. Semua orang tidak berani bersuara. Pekikan suara Aieyn juga jelas didengar.

"Noorizan!!"

Noorizan kini sedang berlari menuju ke tempat Aieyn pergi menyebabkan semua orang memandangnya risau bagaimanapun tiada siapa yang berani mengejarnya. Semua orang tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

"Aieyn..." Noorizan terkedu melihat Aieyn yang kini sedang melepaskan tembakannya ke sana sini.

"Pergi, Noorizan..." arah Aieyn apabila terpandang lelaki itu.

"Tak." Noorizan menggelengkan kepalanya.

"Saya akan bunuh awak kalau awak tak pergi dari sini!!" pekik Aieyn.

"Awak kena belajar kawal kemarahan awak tu!" Noorizan menjerit dengan berani tanpa disangka.

"Awak nak saya kawal kemarahan saya dalam keadaan begini?!!!" Aieyn semakin marah kemudian melepaskan tembakannya ke sana sini.

Noorizan hanya mampu memandang gadis itu sayu.


A/n: Finally, all group has coming back to the headquarters. Semua kristal dah dapat. Tapi majoriti antara semua group saya paling suka cabaran group ne. Teamwork mereka sangat best. Tambahan lagi perangai Aieyn yang ganas tapi lucu dalam masa yang sama digabungkan pul dengan perangai Noorizan yang cool.

Cerita ne boleh dikatakan hampir tamat lah. Sebab Rusdi pun dah hilang. Semua akan nampak lah lepas ne apa yang akan jadi. Jangan marah ya! Hehehe

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top