Beginning I

BAB 1 : PERMULAAN



Dentuman bunyi guruh jelas kedengaran seolah-olah satu letupan telah berlaku di sekitar kawasan itu. Ia bergema di setiap sudut ruang rumah kayu yang agak rapuh itu. Kilat sabung-menyabung tidak berhenti sejak menjelang senja tadi. Hujan lebat juga tidak berhenti membasahi bumi sejak petang lagi. Kedinginan amat terasa seolah-olah salji telah turun di negara yang tidak bermusim itu.

Farra membuka matanya perlahan-lahan. Mengelipkannya beberapa kali dengan agak lemah dan malas kemudian memandang sekeliling. Rumah itu sememangnya sunyi dan kosong tanpa ada apa-apa yang boleh diperhatikan. Gadis itu kini sedang bersandar di sebuah sofa berdekatan yang terletak berdekatan dengan unggun api yang tersedia di satu ruang betul-betul bertentangan dengannya. Dia menggosok mukanya dengan kedua-dua tapak tangan yang agak berpeluh walaupun suhu di tempat itu amat sejuk. Terasa seperti baru beberapa minit sahaja dia melelapkan matanya sebentar tadi.

Tragedi lima belas tahun dulu masih lagi berlegar difikirannya. Tragedi yang sering menghantuinya. Tragedi yang benar-benar mengubah hidupnya. Percaya atau tidak, itulah kenyataan yang harus dihadapi. Dia merenung seketika parut yang berada di lengan kanannya yang seolah-olah dirasakan terbakar sebentar tadi. Parut yang berbentuk ukiran satu huruf iaitu huruf 'F'.

Gadis berlesung pipit itu menarik nafas panjang kemudian mencapai secawan kopi yang terletak di atas meja sejak tadi dan kini sudah hilang kehangatannya. Kopi itu dibuat dengan air yang baru sahaja dimasak dengan panas menggelegak sengaja dibuat untuk menghilangkan rasa mengantuknya yang sukar ditahan.

Akan tetapi, dia langsung tidak dapat menahan dirinya daripada terlelap dan kopi itu langsung tidak membantunya walau sedikit pun. Dia terus sahaja meneguk kopi itu sehingga habis. Tidak mahu meninggalkan walau setitik pun. Baginya, kopi itu tidak berfungsi dengan baik kerana dia tetap tertidur walau sebentar.

Rumah yang terpencil itu terasa sunyi sekali kerana ia agak jauh dari kawasan bandar dan terletak di kawasan pedalaman. Di kiri dan kanannya langsung tiada rumah. Yang ada hanyalah hutan belukar. Rumah yang paling dekat pun terletak lebih kurang lima kilometer dari situ.

Rumah yang sudah agak usang itu diperbuat daripada papan yang kukuh bagaimanapun agak nipis untuk menghalang bunyi guruh yang kuat untuk masuk bergema. Di sekelilingnya pula hutan gelap menyelubungi. Terasa seperti rumah itu hendak roboh akibat angin kencang yang amat kuat.

Farra kini sedang mengelamun sendirian sambil merenung unggun api yang tidak dihidupkan apinya. Terlalu banyak perkara yang bermain difikirannya saat ini. Perkara yang bakal berlaku pada masa akan datang, begitu juga dengan perkara yang berlaku pada masa lalu. Perkara yang dia langsung tidak mahu fikirkan walau tidak dapat dielakkan. Dia masih lagi hanyut dalam dunianya sendiri sebelum pintu depan rumah itu direntap dengan kuat oleh seseorang seolah-olah ada serbuan sedang dilakukan.

Gadis itu segera menoleh untuk melihat siapa yang datang dengan tangan kanannya dibuka secara automatik dan dihalakan ke arah pintu itu. Seorang gadis berambut perang yang diikat satu agak tinggi sedang berdiri dengan baju hujan hanya merenungnya sambil mengangkat kening.

"Awak rupanya, Aieyn." Farra menarik nafas lega kemudian menurunkan semula tangannya.

Gadis yang bernama Aieyn itu tidak membalas sebaliknya hanya melangkah masuk ke ruang tamu setelah menutup pintu. Dia bernafas agak berat bagaimanapun berjaya disembunyikan oleh riak wajahnya yang serius. Dia meletakkan beg sandang yang agak basah akibat terkena hujan di atas meja berdekatan.

"Ada apa-apa berita?" tanya Farra yang dari tadi hanya menyoroti setiap pergerakan gadis berambut perang itu tanpa sebarang tujuan.

"Tiada." jawab Aieyn tanpa melihat wajah si penyoal. Dia sedang sibuk membuka jaketnya lalu terus menyangkut di sebatang paku yang terlekat di dinding. Wajahnya kelihatan berkerut tanpa emosi. "Awak?"

"Berita baik." selamba Farra menjawab lalu memandang ke arah cawan kopi yang diletakkan di atas meja sebentar tadi.

Aieyn menoleh pantas memandang gadis itu apabila mendengar kenyataannya. Perkara yang paling dia suka dengari saat ini. Seolah-olah dia menanti ayat itu dilontarkan.

Farra hanya mengangkat keningnya sambil mengangguk malas. "Saya jumpa seorang," beritahu Farra sambil cuba berfikir tanpa mengubah posisinya. "Saya masih tak pasti, tapi," dia menarik nafas panjang. Menurut apa yang saya kaji, ada seorang di suatu tempat."

"Di mana?" tanya Aieyn yang kini semakin berminat. Dia sudah mula lupa dengan apa yang hendak dilakukannya.

"Berdekatan sini."

"Berdekatan sini?" Aieyn berkerut. "Maksud awak kat kawasan kampung ni juga ke atau betul-betul dekat?"

Farra menggelengkan kepalanya. "Di kawasan bandar."

"Bandar pula." Aieyn mendengus perlahan dan teringat semula apa yang hendak dia lakukan.

"Apa kata awak bersyukur yang saya ada jumpa seseorang." Farra menjeling tajam ke arah gadis berambut perang itu.

"Belum pasti kan?" Aieyn mengangkat keningnya ketika berjalan duduk di atas sofa bersebelahan dengan gadis itu.

"Sekurang-kurangnya ada harapan." Farra mengetap giginya kegeraman.

"Yalah, yalah."

Tiba-tiba sahaja satu bunyi seperti satu letupan kecil telah berlaku kedengaran dengan jelas sebelum keadaan rumah itu menjadi gelap serta-merta. Bekalan elektrik terputus disusuli dengan bunyi guruh yang amat kuat. Aieyn dan Farra berpandangan sesama sendiri di dalam gelap. Kehilangan kata-kata buat seketika. Tidak hairan dengan perkara itu kerana ia sering sahaja berlaku.

Tidak semena-mena Aieyn menghalakan tangan kanannya ke arah unggun api yang terletak di hadapan meja tempat dia dan Farra sedang duduk. Satu pancaran cahaya kemerahan keluar dari tangannya lalu membentuk api yang kecil di unggun itu. Satu parut yang berada di lengan kanannya yang berbentuk huruf 'A' kelihatan seperti sedang bercahaya bagaimanapun tiada apa-apa yang berlaku padanya.

"Kenapa balik-balik bekalan elektrik terputus?" rungut Aieyn. "Nak saya call jabatan elektrik ke apa ni?! Menyampah betul!"

Farra hanya mengangkat bahunya tidak berkata apa-apa. Bukan kerana tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan, tetapi malas hendak membalas. Jika dia menjawab soalan Aieyn, gadis itu pasti akan membidas lagi dan ia akan berlanjutan selama sejam dan boleh jadi juga selama berjam-jam.

Aieyn memegang parut berbentuk huruf 'A' yang kelihatan seperti terbakar itu tadi. Dia mengusap lembut parut itu bukan kerana kesakitan. Tetapi berfikir bagaimana dia boleh mendapat parut itu. Ketika parut itu terbentuk dilengannya, pada waktu itu jugalah dia mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan api dari tangannya. Sesuatu yang amat mustahil. Mustahil bagi seorang manusia biasa. Perkara yang susah untuk dibayangkan melalui logik akal. Tetapi itulah kenyataannya.

"Jadi..." Aieyn kembali memandang Farra cuba menghilangkan kerutan di dahinya. "Bila kita nak bertolak ni?"

"Sabarlah." balas Farra diiringi dengan dengusan. "Jangan nak kelam-kabut sangat."

"Sabar awak cakap?" Aieyn merenung gadis itu dengan wajah seolah tidak percaya. "Kita gunakan banyak masa nak cari dia awak tahu tak? Bukannya senang."

"Awak nak bertolak bila?" Tanya Farra setelah memutarkan bebola matanya.

"Kalau saya sekarang juga saya nak bertolak." selamba Aieyn menjawab.

"Sekarang?" Ulang Farra sambil mengangkat keningnya. "Tapi kan dah malam ni. Hujan pula kat luar tu. Saya tak nak memandu."

"Tak payah lah memandu." balas Aieyn. "Awak duduk sebelah je."

"Awak pasti?" Farra mengecilkan matanya meminta kepastian.

"Mestilah!"

"Suka hati awaklah." Farra mendengus kuat sambil mengemas barang-barangnya yang terletak di atas meja kemudian bingkas bangun.

"Awak nak ke mana pula tu?" Tanya Aieyn dengan kerutan jelas di dahi.

Farra memandang gadis itu agak menyampah sambil menderam. "Kata nak bertolak sekarang. Saya nak berkemas lah ni!"

"Yalah." Aieyn turut bangun dan menyusul gadis itu.

Sepanjang berkemas, tidak seorang pun dari merekabersuara. Mereka memastikan tiada satu pun barang yang tercicir kerana tahubahawa mereka tidak akan kembali ke tempat itu lagi. Sudah hampir berapa lamamereka hidup seperti itu mereka pun tidak tahu. Berpindah-randah dan tidaktetap di suatu tempat. Itu adalah kehidupan normal bagi mereka. Mereka tidak kesekolah, belajar di institut pengajian tinggi atau bekerja di mana-mana firma.Mereka hanya ada satu tujuan. Iaitu mencari. Mencari dan terus mencari.





A/n : I already decide the cast. I think Aieyn will be cast by Claire Holt. I know Aieyn's picture in this story not same as Claire. But, I think you can better imagine Claire as Aieyn. Same goes to Emma Watson as Farra.

So, what do you think.? I know it just the first one.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top