Chapter 9
"Hyung. Boleh tolong?" soal Chanyeol. Dia duduk di sebelah Kris. Beberapa orang kawannya mula meluru masuk ke dalam istana megah itu. Dia buat tak endah. Dia ada hal yang perlu diperkatakan kepada Kris.
"Tolong apa?" soal Kris, mengangkat kening.
"Ehehe, meh sini. Dekat sikit" kata Chanyeol, tanganya dikipaskan kedepan dan kebelakang. Kris hanya menurut. Berkerut - kerut dahinya mendengar permintaan tak masuk akal Chanyeol. Dia menjauh. Duduk dalam posisi asalnya semula.
"Ah, tak nak aku. Idea kau tu tak masuk akal langsung! Rancangan kau tu, sama je macam relakan diri ke dalam sarang naga!" kata Kris. Dia menggelangkan kepalanya tanda tidak setuju.
Rakan - rakan mereka mula mengelilingi mereka. Sibuk memasang telinga.
"Well, hyung. Hyung lah naga tu. Lupa ke?" kata Chanyeol tersenyum sinis.
"Yah Yeol. Aku tak nak terjebak dengan plan kau ni. Aku malas nak masuk campur. Hubungan aku dengan dia baru je nak elok sikit. Nanti sebab plan bodoh kau ni, tak pasal - pasal hancur persahabatan kitorang." balas Kris.
"Ala, Hyung. Setakat muka macam nenek kebayan tu hyung boleh cari dekat mana - manalah. Petik jari je!" balas Chanyeol. Berlagak sungguh!
"Ahhh, no no no"
"Wowo, hold on. What are you guys talking about? Seriously, I'm curious as hell! Naga apa ni? Plan apa? Dia? Siapa dia? Plus. Nenek kebayan. Aoe bende ni?" Chen tiba - tiba menyampuk. Semua mata tertumpu padanya.
"Whatttt?! Just asking!" kata Chen yang rasa aneh dengan pandangan mereka yang semacam. Kalau lama - lama begitu, bisa sahaja dia mati kerana rasa pelik.
"But, you're sepaking! Really?" kata Sehun. Semua mereka mengangguk setuju. Chen menggosok belakang lehernya.
"Ehehe. Saje je. Dah alang - alang sampai rumah Kris hyung yang dah macam istana ni, nak jugak berlagak macam orang kaya" kata Chen. Alasan yang langsung tak dapat ditelan akal rakan - rakannya.
"Habis tu, selama ni kau orang apa? Orang hutan? Rumah kau tu pulak ape? Pondok telefon? Alasan tak munasabah!" balas Baekhyun yang sedari tadi hanya berdiam.
"Tu lah! Rumah dia besar bukan main boleh oulak cakap macan tu. Meh sini kau aku nak luku kepala kau" tambah Xiumin dengan kata persetujuannya. Tangannya sudah sedia mahu meluku Chen. Lelaki itu pantas menyorok di belakang Suho.
"Yah! Ape peluk - peluk ni?! Lepaslah!" kata Suho yang dirangkul kuat oleh Chen. Chen buat muka selamba. Dijelirnya lidah kepada Xiumin yang mendekat.
"Suho, kau pegang tangan Chen. Aku nak luku kepala dia!" arah Xiumin ala - ala komander peperangan.
Suho mengangguk faham. Tangan Chen yang merangkul pinggangnya pantas dipegang erat. Chen meronta. Cuba melepaskan oegangan Suho namun gagal.
Akhirnya dia mengalah. Biarlah diluku atau apa sekali pun.
"Tak pa. Chen The King of Troll takkan mengalah! Ada ubi ada batas, ada hari aku balas!" kata Chen. Lagaknya bagaikan laksamana Hang Tuah. Rakannya yang lain terus terhambur tawa mereka.
Xiumin tetap melangkah dalam tawanya.
Satu..
Dua..
Ti..
BOOOM!
________________________
Hae Rin berjalan sendiri. Kakinya sudah sembuh. Sengaja dia bersiar - siar di kawasan perumahannya bagi menghilangkan rasa bosan yang bersarang sejak dari pagi tadi.
Sambil berjalan, bibirnya mengalunlan lagu kegemarannya. Dia memerhati kawasan perumahan yang sunyi sepi itu.
Kebanyakan rumah besar - besar belaka namun tampak sunyi. Mana tidaknya, seawal pukul 5 pagi bunyi hingar - bingar enjin kereta membelahi kegelapan subuh sudah kedengaran.
"Dah berjalan - jalan pun still bosan lagi. Apa aku nak buat ni? Aish, kalau nak pergi shopping terasa malas lah pulak!" omel Hae Rin sendiri. Muncungnya makin memanjang.
Tiba - tiba dia rasakan satu cecair higgap pada pipi putihnya. Dia mendongak. Langit kain gelap. Mungkin hujan akan turun. Langkahnya terhenti.
"Alamak, nak hujan"
Hae Rin memasukkan tangannya kedalam kocek seluar, mencari telefon bimbit. Fikirnya, lebih baik dia telefon lemandu mereka untuk datang mengambilnya. Jauh juga dia telah berjalan. Kalau mahu berlatah balik mengambil masa kira - kira 30 minit.
Hae Rin meraba poket sweaternya. Pelik. Tangannya menyelup kocek seluarnya lagi. Hae Rin mulai cemas. Kemana oula oerginya telefon kesayanganyya?
Hae Rin menepuk dahi. Baru dia teringat! Dia letakkan diatas meja makan. Sebelum pergi tadi dia menjamah beberapa keping sandwich sebagai makan tengah hari.
Sudah! Macam mana ini?! Otaknya ligat bekerja, tapi sayang. Langsung tiada idea yang dapat dia fikirkan.
Hae Rin mengeluh. Terpaksalah dia meredah hujan. Nasib badan. Terima saja lah. Hae Rin mula melangkah.
___________________
Langit semakin ganas mencurahkan rintikan hujan. Kilat sambar menyambar. Bunyi guruh dari tadi tak henti - henti.
Kris merenung keluar tingkap. Dia berpaling kepada ahli EXO yang lain.
"Hujan. Aish, terpaksalah kita tangguh dulu plan kita" kata Kris kesal. Dia melihat keluar tingkap semula.
Matanya terus membulat. Berkelip - kelip dia melihat satu susuk tubuh gadis sedang melawan rintangan hujan. Kris mebgecilkan matanya. Dia mengamati wajah gadis itu sesaat dua. Makin membesar biji matanya. Bagaikan hendak terkeluar dari soket.
Kris berlari ke pintu rumahnya.
"Hyung, nak pergi mana tu? Kan hujan dekat luar?!" jerit D.o, suaranya berlawan dengan bunyi hujan yang makin kuat.
BOOM!
"ARHHHHH!" kedengaran suara perempuan menjerit. Tanpa membuang masa, Kris dengan berkaki ayam berlari mendapatlan gadis yang dia nampak sebentar tadi.
"K-kris" lemah suara itu menyapa deria. Kris mengangkat tubuh kecil itu. Dia lantas berlari semula kedalam rumahnya. Cemas kelihatan wajahnya saat menatap wajah nan lesu itu. Sayu hatinya.
"Hyung, asal ni?" soal Baekhyun lantas menerpa ke arah Kris. Yang lain turut berbuat sedemikian, kecuali Chanyeol. Dia kaku pada tempat dudukknya. Hatinya masih bengkak tatkala mengingatkan Hae Rin tega meninggalakn dia sendiri, menbersihkan kantin.
Kris meletakkan tubuh lesu Hae Run di atas sofa. Dia mundar - mandir, memikirkan apakah langkah berikutnya yang perlua dia lakukan.
"Luhan, tolong ambil selimut." Mendengarkan arah itu, Luhan terus berlari ke tingkat atas, dicapai saha apa yang ada di drpan mata. Dia kemudiannya berlari semula ketingjat bawah.
Kris menyambut huluran Luhan. Pantas selimut itu dibalut menutupi tubuh Hae Rin. Dia menggaru kepalanya.
Bingung.
"Baju dia basah. Tak nak tukar ke? Nanti demam pulak dia." kata Kai. Semua mata memandang tajam ke arahnya. Chanyeol yang duduk jauh ikut memandangnya.
"Whut?! Maid ada kan? Apa susah? Suruhlah dorang tolong!" balas Kai sambil mengangkat tangannya bagaikan seorang pesalah. Mereka memandang ke arah Hae Rin semula. Kepala dianggukkan tanda persetujuan.
"Mama!" jerit Kris. Pembantu rumah yang dipanggil 'mama' pantas berlari terkedek - kedek ke arahnya. Bulat mata wanita itu melihat susuk Hana yang terbaring sambil dibaluti selimut nipis Kris.
"Eh, siapa budak ni Kris?" soal mak cik Jang. Wajah Hae Rin diamatinya seketika. Cantik juga orangnya.
"Girlfriend ke?"
Terhambur tawa Kris. Rakan - rakannya serta mak cik Jang memandang pelik. Dah kenapa si budak Kris ni? Sawan ke? Orang bertanya, dia boleh gelak. Nak kata ada unsur lawak dalam pertanyaan mak cik Jang, tak jugak. Soalannya berbaur serius. Ditambah lagi dengan nada suara dan riak muka mak cik Jang serius kemain. Mereka menggaru kepala.
"Kawan. Ah, mak cik, tolong salinkan baju dia. Dia kene hujan tadi. Takut demam pulak." kata Kris. Wanita tua itu terangguk - angguk.
"Kris, tolong bawak dia kat bilik sementara mak cik. Mak cik tak larat nak angkat" kata Mak Cik Jang. Soal girlfriend tadi ditolaknya ketepi. Biar sahajalah. Kalau memang gadis cantik ini girlfriend Kris pun apa salahnya. Kata orang, sama cantik sama padan.
Tanpa banyak soal, tubuh sasa Kris menghampiri Hae Rin. Badan kecil itu lantas dicempungnya. Kakinya melangkah ke bilik sementara Mak Cik Jang, seiring dengan langkah wanita tua itu.
______________________
"Hyung, sejak bila hyung baik hati nak tolong minah tu? Bukan hyung dengan dia tu.. apa orang kata emeny? Haa. Ni tiba - tiba terbuka hati nak tolong dia pulak. Apa kejadahnya? Ada apa - apa ke?" soal Tao seraya mencapai secawan kopi panas di atas meja.
"Eh, kau ni. Dah tak tahu sepeking tu tak payah nak bajet. Emeny hotak kau. Enemy!" sampuk Chen, nemperbetulkan sebutan bahasa inggeris Tao.
Tao mencebik. Matanya menjeling Chen tidak puas hati. Ada ke patut menyampuk perbualannya dengan Kris semata - mata sebab tu? Hampeh punya kawan!
"Eh, kau ni Chen. Aku siku jap lagi kang. Boleh diam sekejap tak? Bising je dari tadi. Dok pot pet pot pet. Naik bengkak telinga aku tahu tak?" getus Kai tidak puas hati. Matanya sengaja dijengilkan. Bagi menambahkan effect.
"Hyung pedulikanlah si Chen ni. Cepat lah jawab" gesa Tao ingin tahu. Chen yang dilihat mahu membuka mulut dia jeling sahaja, isyarat supaya si itik jadian itu diam.
"Sebenarnya..-"
____________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top