Chapter 8
"Ye saya" Encik Lee pantas menyahut panggilan Hae Rin. Matanya ditenyehnya. Dia menguap. Memang dihadapan Hae Rin sahaja diri sebenarnya ditonjolkan. Di hadapan pelajar lain, topeng pengetua yang tegas lagi peramah lagi handsome lagi macho dan lagi - lagi yang seterusnya tak pernah dia tanggalkan. Dia tidak mahu murid - muridnya hilang hormat ke atasnya.
"Em, saya sebenarnya tak boleh jalankan hukuman Encik Lee tu" kata Hae Rin. Bibirnya digigit. Dia mengintai dari celah rambutnya, menanti riak Encik Lee.
"Kenapa pulak?" soal Encik Lee hairan. Keningnya diangkat.
"Tengoklah kaki saya ni!" kata Hae Rin. Kakinya diangkat sedikit manakala tongkatnya dijulang ke udara.
Encik Lee menggelengkan kepala. Lucu dia lihat telatah Hae Rin. Nampak saja macam kepala angin, tapi sebenarnya dia berkelakuan comel. Persis anak kecil!
"Banyaklah songeh kamu" seloroh Encik Lee. Dia lantas ketawa. Hae Rin menggaru kepala. Apa yang kelakarnya?
"Ala.. boleh la. Serious ni. Saya tak larat. Tengok kaki saya ni. Macam mana nak bersihkan kantin tu. Dah la besar! Mahu tak pengasan saya kat situ!" kata Hae Rin lagi. Bertambah galak Encik Lee ketawa.
"Ye lah, Hae Rin. Saya bagi kamu jelonggaran hari ini. Kamu baliklah dulu. Tapi esok, ingat. No compromise" kata Encik Lee. Hae Rin sekadar tersengih lantas mengundur diri. Kakinya diatur pergi dengan perasaan gembira bukan kepalang.
___________________
Chanyeol mengesat rintik - rintik peluh yang timbul pada dahinya. Jam pada tangan dipandang sekilas entah buat kali keberapa. Dia berdiri sambil bercekak pinggang. Tangan kanannya masih memegang batang mop.
Dia mengeluh.
'Mana pulak budak tu pergi?'
Chanyeol melihat sekeliling. Batang hidung Hae Rin langsung tudak kelihatan. Apatah lagi batang tubuhnya.
"Minah ni, tadi kata nak ambil barang!" Chanyeol mula hilang sabar. Berkerut - kerut mukanya menahan marah.
Dia mundar mandir. Otaknya bekerja keeasa memproses apa yang sedang berlaku. Tiba - tiba dia memancakkan batang mop. Tegak. Otaknya terjumpa satu kemungkinan yang terselit dicelah - celah kata - kata Hae Rin tadi.
Sah! Sah dia dah dipedajalkan si nenek kebayan kepala botak nan seorang itu! Kurang asam nenek kebayan! Patutlah semasa hendak pergi tadi beria dia mencipta alasan. Palsu! Siap tersengeh - sengeh lagi si nenek kebayan itu.
"HAE RIN!"
_______________________
Hae Rin ketawa sepuas hatinya. Rasakan! Biarkan si monyet itu cuci kantin seorang diri! Puas hatinya dapat kenakan Chanyeol semula.
Dia melangkah penuh gembira. Dengan megahnya, tongkatnya dihayun ke kanan dan ke kiri. Walaupun langkahnya kelihatan cacat, senyuman pada bibirnya tak pernah mati.
Tiba - tiba sebuah kereta mewah bewarna hitam berhenti dihadapannya. Senyumannya pudar. Pintu yang dibuka, membuatkan wajahnya menjadi bertambah kelat.
"Cik, Tuan nak jumpa. Tuan dah tunggu di rumah" kata seorang lelaki kemas bersut hitam. Hae Rin tidak membantah. Muncungnya memanjang, lantas dia masuk ke dalam kereta serba mewah itu.
Pintu ditutup. Kereta itu meluncur pergi.
Dengan langlah yang lemah bercampur malas, dia melangkah ke dalam mahligai indah itu. Memang luarannya tampak indah, namun bagi penghuninya, mahligai itu ibarat neraka. Segala kenangan pahit tersimpan dalam mahligai itu.
Langkahnya diatur mendaki anak tangga. Belum sempat sampai ke tingkat atas, namanya dipanggil. Dia lantas berpaling.
"Lepas bersiap, jumpa appa dekat bawah" tegas suara itu memberi arahan. Hae Rin sekadar mengangguk. Dia mendaki anak tangga semula. Dalam diam, dia mengeluh.
Hae Rin memulas tombol pintu biliknya. Dia melangkah masuk. Lantas tubuhnya dihenyakkan di atas katil yang empuk itu.
Hae Rin meraup wajahnya. Apa lagi yang dimahukan ayahnya? Jujur. Dia malas mahu berjumpa dengan ayahnya. Pasti ada arahan yang perlu diturutnya.
Dia penat. Lelah. Cukup - cukuplah dia terpaksa mengikut telunjuk ayahnya, semata - mata untuk memuaskan hati seorang insan bergelar ayah.
Dia bangun. Kain tuala yang tersidai dicapainya. Longlai dia ke bilik air. Usai membersihlan diri, pajamanya disarungkan ke tubuh rampingnya.
Hala tujunya dibawa ke pejabat mini ayahnya. Dia mengetuk pintu kayu berluakan bunga sebelum terdengar arahan masuk.
"Appa ada hal nak bincang dengan kamu" kata ayahnya. Nadanya masih tegas.
Hae Rin mendekati meja ayahnya.
"Hal apa?" soalnya.
"Kamu duduk dulu" kata Encik Kim kepada anak perempuannya. Gadis itu akur. Arahannya diturutkan sahaja.
"Appa dah plan untuk masa depan kamu" kata Encik Kim mengundang kerutan pada wajah Hae Rin.
Plan? Masa depan? Dia tidak faham. Dia mahu bertanya namun takut dikata kurang ajar kerana menyampuk.
"Nanti. Appa akan hantar kamu ke luar negara untuk sambung belajar"
Wajah Hae Rin mula berseri. Belajar ke luar negara? Itu memang sudah menjadi cita - citanya dari dulu lagi. Dia ingin meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
"Tapi,"
Mati senyuman Hae Rin.
'Ada pulak main tapi tapi'
Hae Rin mula menarik muncung.
"Tapi apa pulak?" soal Hae Rin.
"Itu lah. Orang belum habis cakap, jangan menyampuk" sindir Encik Kim. Hae Rin tersengih mengalahkan kerang busuk.
"Ehehe. Teruskan, teruskan" kata Hae Rin.
Encik Kim menggeleng. "Tapi appa tak pasti bila" kata Encik Kim. Hae Rin menghembuskan nafas lega.
Hae Rin tersenyum gembira.
"Thanks appa. Thanks! Erm, Hae Rin keluar dulu. Erm. Bye" kata Hae Rin lantas tunduk hormat. Dia berlari keluar dengan senyuman meleret. Encik Lee hanya menggeleng.
Hae Rin melompat gembira. Senyannya melebar. Tak sabar dia mahu keluar dari neraka ciptaan ayahnya ini. Dia bosan. Muak. Dia tak mahu lagi tinggal di sini.
Sudah lama dia merencana untuk keluar dari sini namun usianya yang masih muda sering menjadi batu penghalang. Tambahan lagi dia masih perlu meneruskan pelajarannya.
Dia menari keriangan. Gembira sungguh hatinya.
________________________
Chanyeol menghentak kakinya, geram. Disebablan Hae Rin yang langsung tidak bertanggungkawab, dia terpaksa menanggung denda itu seorang diri.
Siap menyapu lantas kantin. Dimopnya pula. Kain buruk turut menjadi penemannya, semua meja disitu dilapnya sendiri.
Dia mengelap keringat di dahi. Berpeluh sakan dia. Mana tidaknya, kerja - kerja begini selalunya dia suruh maid sahaja yang uruskan. Ini lain, dia pulak yang berpenat lelah membersihkan kantin hasil punahan murid - murid sekolah itu.
Dia melapaskan keluhan. Lantas dia duduk diatas sebuah kerusi panjang. Dia memejamkan matanya. Penat sungguh rasanya. Rasa mahu latang pinggangnya. Asyik tertunduk - tunduk memegang batang mop, mana tidaknya.
Tiba - tiba dia terhidu satu bau yang enak. Pantas matanya dicelik. Secawan hot chocolate dihadapan mata disambar dalam hanya kiraan saat. Dia meneguk air itu dengan gelojonya. Hampir sahaja dia tersedak.
Encik Lee tertawa melihat telatah Chanyeol.
"Kalau ye pon, berpada - pada lah sama. Minum pelan - pelan sikit. Kang tak pasal - pasal masuk berita, pelajar sekolah jeguk didapati mata kerana tercekik hot chocolate" seloroh Encik Lee. Chanyeol menayang barisan giginya yang tersusun kemas. Lucu juga Encik Lee ni.
"Ehehe. Sorry sorry. Dahaga" kata Chanyeol. Diteguknya lagi minuman itu.
"Sedap?" soal Encik Lee. Chanyeol menganggukkan kepalanya.
"Hot chocolate. Favourite Hae Rin" kata Encik Lee.
Chanyeol sekadar mengangguk. Panas hatinya mendengarkan nama nenek kebayan itu.
Chanyeol melihat isi di dalam cawan yang dipegangnya. 'Boleh tahan jugak binatang ni. Em, not bad la'
Encik Lee bangun. Berkira - kira hendak melangkah pergi. Dia membetulkan bajunya yang sedikit berkedut. Lantas dia bersuara, "Chanyeol, saya pergi dulu. Banyak lagi kerja dalam ofis tu. Saja saya datang jenguk awak. Rajin benar awak buat kerja saya tengok. Hae Rin katanya tak boleh tolong. Kaki dia sakit. So, dia kata dia tak larat. Kesian pulak saya twngok awak buat kerja sorang - sorang" kata Encik Lee.
Chanyeol tersenyum hambar. Hatinya kian membakar. Baru sahaja api kemarahan hendak surut, namun mendengarkan alasan Hae Rin yang langsung tidak munasabah, api yang tadinya sudah bertukar menjadi bara terbakar kembali. Makin marak api kemarahannya kini.
Chanyeol melihat langkah Encik Lee yang semakin jauh. Minda jahatnya mula bekerja. Tahulah dia macam mana nak membalas perbuatan Hae Rin. Tangannya digenggam kemas. Dia bangun lantas melangkah pulang.
________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top