Chapter 5
Hae Rin bertongkat ke kelas. Hatinya tak tenteram. Sah. Jadi bahan ketawalah dia hari ni.
Sebaik sahaja dia masuk ke kelas. Dia kaget. Sunyi. Dia melihat ke tempat duduk Monyet. Kosong. Mana pulak dia si Monyet seekor ni pergi? Aku yang sakit dia pula yang cuti. Amboi. Melampau.
Hae Rin terus ke tempat duduknya. Di tepi Jimin, rakan semejanya sejak tahun lalu. Dia pun tidak tahu kenapa, ramah semacam si Jimin ni. Kekadang malas juga dia hendak melayan.
"Eh, Rin! Kenapa kaki ku tu?" soal Jimin terlebih prihatin. Hae Rin tidak senyum atau membalas kata - katanya.
Dia malas. Biarlah si Jimin ni cakap sorang - sorang. Dia tak ada mood.
"Uhm, Hae Rin. Jawablah" pujuk Jimin. Terus saja bibirnya dimuncungkan panjang. Haih la Jimin. Kalau bukan sebab kau ni comel, haram aku nak layan.
"Tak de apa - apa. Jatuh sikit je ni" balas Hae Rin. Langsung tidak senyum. Tidak faham bahasa kah Jimin? Terang - terang mukanya mencuka tatkala melangkah masuk ke dalam kelas tadi.
Dia mengeluh. Pandangannya menangkap Puan Song yang sedang melangkah masuk ke dalam kelas. Fuh. Nasib baik. Dia malas hendak bersoal jawab dengan Jimin. Mengalahkan wartawan, pening dia dibuatnya.
Buku teks dikeluarkan, tumpuannya 100% pada Puan Song.
_______________________
Chanyeol meregangkan badannya. Menegangkan urat - urat yang kain kendur. Leganya dapat tidur. Syok wo! Matanya meliar ke segenap bilik. Jam pada dinding menarik perhatiannya.
Terbelalak bijik matanya. Entah betul ke tidak matanya. Di tenyeh matanya berkali - kali. Biar betul ni? Ke jam cantik itu yang rosak?
Chanyeol mencapai telefon pada birai katil. Makin besar bijik matanya terbuntang. Biar betik!
Dia berlari mencapai kain tuala. Bilik mandi diterkahnya terus. Cepat - cepat dia menyeiaplakn diri. Mulutnya terkunat kami menyebut kalimah hikmat. Matilah aku.
Usai mandi terus saja dia berlari keluar. Uniform sekolah di sarungkan pada tubuh. Barang keperluan dicapai mana yang sempat sahaja.
Kakinya pantas menuruni anak tangga. Kasut yang elok disusun di rak dicapainya kasar, disarungkan sahaja kasut itu. Tali kasutnya dibiar terurai. Lantaklah. Yang dia tahu sekarang dia sudah lambat.
Langkahnya dihayun laju ke sekolah. Dia melihat jam. Ah, dia sudah lambat. Makin pantas langkahnya diatur. Tak boleh jadi ni. Dia memecut laju. Dia buat tak nampak apa mata - mata yang memandang ke arahnya. Dia hanya ingin sampai dipintu pagar sekarang.
Chanyeol melepaskan nafas lega. Pintu pagar sekolah sudah berada depan matanya. Dia tersenyum puas.
"Woi nak masuk ke tak nak? Aku nak tutup pagar ni!" jerit seorang pengawas lelaki. Chanyeol tersedar . Pintu pagar sekolah dikewatinya sambil menjeling tajam je arah pengawas itu. Ceh, sombong!
Kakinya masih dihayun pantas. Belum sampi di kelas, tiba - tiba langkahnya dihentikan mengejut. Dia menepuk dahi. Ha, sudah! Mampus! Dia baru teringat, sekarang waktu Puan Song. Kalau dia ke kelas sekarang, habis dia dilahap singa betina itu.
Chanyeol berfikir sejenak. Ha! Dia tahu hendak ke mana. Bumbung sekolah. Dapat juga dia lari dari Puan Song. Terbayang wajah bengis Puan Song bersama rotan ditangannya. Menggerunkan! Dia lebih rela ponteng kelas daripada terpaksa berdiri diluar kelas selama sejam. Kalau dia bumbung atas, paling kurang pun dia dapat hidup udara segar. Tenang pun tenang. Ada peluang lah dia nak tidur sekejap. 15 minit pun jadilah. Chanyeol menguap.
Kakinya terus melangkah. Rentaknya kini lebih lerlahan. Riak selamba mula bermain pada wajahnya. Tangan diselup ke dalam kocek. Sia - sia saja dia memecut ke sekolah tadi. Buang tenaga. Last, last, ponteng juga. Haih Chanyeol, memang kau otak geliga. Potenglah selalu. Amalkan lah!
______________________
Hae Rin teebeliak. Biar betul! Apa si Monyet ni buat kat sini? Bukankah dia tak datang tadi.
"Sah ponteng. Monyet.. monyet. Padanlah pun tempat last kau sorang je yang pulun! Kerjanya ponteng!" omel Hae Rin separa berbisik. Dia menggelengkan kepala.
Perlahan - lahan dia mengundur ke belakang. Dia mahu beredar. Kalau si Monyet ni terjaga, haru jadinya. Sah peperangan dunia ke 24 akan bermula. Dia tak nak bertengkar lagi dengan Monyet tak faham bahasa. Setiap kali mereka bertengkar, pasti akan ada hal buruk yang akan menyusul. Dia tak nak! Cukup - cukuplah dia di denda membersihalan kantin selama dua minggu. Sehari pun dia sudah tidak tahan, inikan lagi dua 9 hari yang mendatang.
Dia memalingkan badan. Entah bagaimana, dia tersilap langkah dan tersepak satu tin kosong.
Ting!
Cepat - cepat kepalanya berpaling ke arah Chanyeol. Fiuh. Masih lena si Monyet tu. Macam orang mati! Kaku saja disitu. Hae Rin melangkah lagi. Kali ini lebih berhati - hati.
"Aku tahu kau ade dekat situ, nenek kebayan"
Langkah Hae Rin terhenti.
Badannya dipusingkan, perlahan.
"Em em. Ehem! Kau buat apa kat sini? Ponteng ye?" duga Hae Rin.
Chanyeol tersenyum sinis.
"Apa kau kesah? Masalah aku, yang kau sebok ambil tahu kenapa?" soal Chanyeol. Kening kirinya dijongketkan ke atas seolah - olah turut sama bertanya soalan itu kepada Hae Rin.
"Kau ingat aku nak ambil tahu sangat ke? Eh, tengok muka kau pon aku tak hingin, ini kan lagi ambil tahu pasal kau! Masalahnya sekarang ni, apa cita kau sibuk tidur dekat spot favourite aku ni?!" Hae Rin memulangkan paku keras. Ada hati nak bertebgkar dengan dia. Amik kau!
"Kalau kau tak hingin, aku seribu kali tak ingin! Lah, ni tempat kegemaran kau? Kau dengarkan tadi, aku cakap tak ingin? Tak ingin aku ambil tahu hal kau! Buang masa! Buang duit! Buang karen!" balas Chanyeol.
Hae Rin mendengus geram.
'Kau tak tahu pulak masa aku yang terbuang sebab melayan otak sengat kau tu? Lebih baik aku oergi beli hot chocolate, sejuk sikit hti aku nanti' desis hati kecil Hae Rin.
Badannya dipusingkan semula. Langkah selamba diaturnya kemas, Chanyeol terpinga - pinga sendiri.
"Pengecut!"
Dia memekakkan telinga. Biarlah si Monyet itu. Jerit lah lagi, dah macam orang gila gayanya. Dia ketawa kecil.
_____________________
"Hae Rin, Chanyeol, Encik Lee panggil korang" kata seorang pelajar lelaki.
Hae Rin berpaling. Terkejut dia melihat Chanyeol yang sedang berdiri di belakangnya dengan tangan didalam kocek seluar. Sejak bila pulak si monyet itu berdiri dibelakangnya?
Hae Rin membiarkan soalan itu tanpa jawapan. Matanya kembali pada pelajar lelaki yang masih berdiri di hadapannya.
"Kenapa?"
Pelajar lelaki itu hanya mecebikkan bibirnya dan mengangkat bahu.
Chanyeol terus melintasi Hae Rin dan pelajar lelaki tadi. Hae Rin buat tidak tahu. Dia pandang pelajar lelaki tadi, kakinya terus dihalakan ke bilik pengetua, bilik Encik Lee, lelaki yang hampir separuh abad itu.
Pintu bilik dikuak. Encik Lee mempelawa Hae Rin masuk. Chanyeol sudah sedia duduk di hadapan Encik Lee. Tanganbya di dalam kocek. Hae Rin mencebik. Menyampah pula dia melihat gaya Chanyeol. Poyo!
Hae Rin mengambil tempat disebelah Chanyeol. Kerusinya dijarakkan. Ikutkan hati, memang dia tak nak duduk tetapi sebab Encik Lee yang menyuruh dia berbuat sedemikan, dia akur. Dia fidak mahu menjadi murid yang kurang ajar.
"Kenapa Encik Lee panggil kami ni?" soal Chanyeol. Tangannya kini berada di atas meja.
Hae Rin memandang ke arah Encik Lee yang berdehem, hendak memulakan bicaranya mungkin.
"Saya sebenarnya..-" kata - kata Encik Lee terhenti. Iphone6 plusnya berdering nyaring meminta di angkat.
"Saya jawab panggilan ni sekejap" kata Encik Lee penuh budi bahasa. Dia menjarakkan diri.
"Ye saya"
"Ouh ya! Saya ingat! Saya ingat!"
"Ye, kenapa ya?"
"Ouh"
"Ah, arasseo"
"Nae, dalam minggu depan?"
"Nae. Bye"
Talian dimatikan. Telefonnya menyembah ke meja semula. Pandangannya ditunpukan ke arah dua orang pelajar di hadapannya ini. Direnung mata mereka sedalam - dalamnya.
Hae Rin jadi tak keruan. Apa sebab mereka dipanggi ke sini? Dia mula tertanya - tanya. Nak dibuang dari sekolah ke? Tak mungkin!
Hae Rin menggigit bibir. Titisan peluh mula merintik di dahi. Pendingin hawa yang dipasang terasa bagai membakar dirinya. Jantungnya berdegup pantas. Masih tiada sebarang kata yang keluar dari mulut lelaki ini. Dia jadi resah.
"Saya..-"
Tok! Tok!
Mereka bertiga mengeluh. Senada. Mereka saling berpandangan. Encik Lee sekadar tersenyum.
"Masuk"
Membutang biji mata Hae Rin.
'Apa dia buat dekat sini?'
____________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top