Chapter 22
Empat bulan kemudian,
"KRIS, kita nak pergi mana ni?" soal Hae Rin. Kris yang sedang memandu dipandangnya tak berkelip.
"Adalah" balas Kris lantas ketawa pahit.
Hae Rin mengerutkan dahinya. Kening kirinya juga dijongketkan. Kenapa lelaki ini seolah - olah berubah? Seri di wajahnya seperti telah hilang sejak sebulan yang lepas. Kemana pergi Kris yang dahulu?
"Kenapa kau macam dah berubah hah?" soal Hae Rin tiba - tiba.
Terkejut Kris jadinya . Apa maksud di sebalik soalan gadis itu? Berubah?
"Berubah? Maksud kau?" soal Kris semula. Dia menoleh sekilas. Mahu melihat riak gadis itu. Wajahnya tampak kosong walaupun soalan yang diajurkannya berbaur serius. Kris jadi bertambah bingung.
"Ye lah. Berubah. Kau macam dah berubah sejak bulan lepas. Sejak kau dapat call dari mak kau beberapa hari sebelum kita keluar berkhemah hari tu. Kenapa Kris? Waktu camping masa tu pun aku tengok kau macam muram je. Bila orang tanya, sepatah kau jawab. Bila orang lain gelak over bukan main, aku nampak kau just senyum je. Kau pun dah kurang bercakap? Kau ada masalah ke? Cerita je dekat aku. Apa guna ada girlfriend kalau kau ada masalah semua pendam sendiri. Tak apa. Aku sudi dengar. Jangan risau. Kau cerita je" balas Hae Rin panjang lebar. Bahu Kris disentuh lembut. Dia tersenyum ikhlas.
Kris mengeluh. Baru dia faham. Memang benar kata gadis itu. Memang dia sudah berubah sejak bulan yang lepas.
"Sebab tu lah aku nak bawak kau pergi satu tempat ni. Nanti, aku cerita semua dekat kau. Dari A sampailah Z" balas Kris. Dia tersenyum hambar.
Berat. Berat hatinya ingin berterus terang. Permintaan mamanya memang agak menyakitkan. Namun apa kan daya. Dia sebagai seorang anak tiada hak untuk membantah kata - kata ibunya. Lagi pun dia tidak sanggup.
"Okay aku tunggu. Kalau kau tak cerita nanti siap kau!" balas Hae Rin. Dia tersenyum lagi. Tapi entah kenapa semuanya nampak plastik. Hatinya diserang rasa gelisah. Mindanya mula mencipta onar yang bukan - bukan. Persoalan demi persoalan datang bertandang di kotak minda. Akhirnya dia biarkan semuanya pergi. Pandangannya dihalakan keluar tingkap.
_______________________
"Kris!" Hae Rin memandang ke hadapan. Sebuah kafe tempat temu janji nereka dia lihat penuh kegembiraan. Dia tersenyum lebar.
"Macam mana? Ingat lagi tak? First date kita. Hehe. Kan aku dah kata. Aku ni, orangnya romantik!" kata Kris bangga. Kembang kempis hidungnya memuji diri sendiri. Heh. Tak malu! Perah santan punya budak!
"Romantik sangat uolls~" kata Hae Rin lantas ketawa. Kris turut ketawa. Mereka berdua kemudiannya mengorak langkah ke dalam kafe tersebut.
Tempat duduk yang pernah mereka duduki menjadi pilihan. Usai melabuh duduk, seorang pelayang datang menghulurkan buku menu. Pesanan mereka dicatatnya di dalam sebuah buku kecil. Dia kemudiannya beredar ke dapur. Beberapa ketika selepas itu, dia kembali bersama sedulang makanan yang tampak enak.
"Ha, ceritalah. Tadi kta nak cerita dari A sampai Z. Kalau tertinggal satu huruf pun, siap eh!" kata Hae Rin. Dia lantas ketawa. Hot Chocolate dihadapannya disisip.
"Okay okay. Macam ni. Sebenarnya.."
Hae Rin terus mengangkt wajahnya. Wajah lelaki itu tampak kusut. Dia menanti dengan penuh sabar.
"Haih. Susahlah. Rasa serba salah pulak nak cakap" satu kuluhan berat dilepaskan. Kepalanya tertunduk kesal.
"Yah. Wu Yi Fan. Are you going to tell me or not? I'm deserve to know, ya know? At least, I can try to help you. Hm? Yah~" Hae Rin bersuara lagi.
"Actually, I-I'm going b-back to Canada. Next w-week. With my mom and dad " kata Kris. Dia melepaskan nafas lega. Akhirnya berjaya juga dia menceritakan perkara yang sudah lama menganggu fikirannya itu.
"What?!" suara Hae Rin makin meninggi. Dia bagai tidak percaya. Matanya terbuntang luas.
"You gotta be kidding me!" kata Hae Rin lagi. Matanya sudah berkaca. Tak mungkin. Dia sayangkan lelaki ini. Dia tak mahu ditinggalakan. Cukup. Cukuplah selama ini dia ditinggalkan. Dia tak sanggup.
"No no. Don't cry. Please Hae Rin. Jangan menangis. Jangan buat aku macam ni. Aku rasa bersalah sangat. Aku terpaksa ikut mama aku. Ikutkan hati, aku pun tak nak semua ni berlaku. Aku tak sanggup sebenarnya nak tinggalkan aku. But.. I can't do anything. Kau faham, kan?" kata Kris, panjang.
"Tapi Kris.." Air matanya sudah gugur. Sebak di dadanya sudah tidak mampu ditahan.
"Hae Rin. Aku just nak cakap satu je. Cintai lelaki yang kau cinta sepenuh hati" kata Kris.
Bulat mata Hae Rin memandang lelaki itu.
"K-Kris."
"Hae Rin. Aku tahu. Aku dapat rasakan, kau cintakan orang lain, bukan aku. Hubungan kau dan aku persis hubungan adik dengan abang. Kawan lelaki dengan kawan perempuan. Tak lebih dan tak akan pernah. Aku tahu tu. Cara kau layan aku. Tak pernah berubah. Memang betul kau sayangkan aku. Tapi kau tak cintakan aku. Sayang dan cinta. Perkara yang saling berkait tapi banyak beza dia, Hae Rin. I love you and will always do, Kim Hae Rin. Forever loving you" kata Kris lagi.
"Dan lagi. Kau boleh tunggu aku, seoanjang setahu aku pergi. Tapi, kalau kau dah sedar yang kau cintakan irang lain, aku tak kesah kalau kau nak bersama dengan dia. Itu yang terbaik. Ingat. Aku bahagia tengok kau bahagia. Bila dah bahagia nanti jangan lupakan aku pulak!" sambung Kris. Air mata yang hampir gugur dikesat dengan jari.
"Kris.."
Habis makan, mereka membuat bayaran. Selepas itu, mereka terus pulang. Sepanjang kerjalanan pulang, masing - masing hanya membisu. Melayan perasaan masing - masing.
______________________
"KAI!"
Sehun berlari ke arah Kai. Hampir sahaja dia jatuh, mujur dia sempat mengimbangkan badannya.
"Apahal kau ni? Nampak hantu ke apa?" soal Kai. Dia tunduk membetulkan tali kasutnya.
"Kau ada dapat surat?" soal Sehun.
"Surat? Surat apa? Surat cuti? Semalam tak ada pulak cikgu bagi surat apa - apa. Eh, bukan selalunya kalau cuti cikgu bagi tahu dekat perhimpunan je ke?" balas Kai. Dia bangun semula.
"Bukan surat cutilah, surat ni. Surat dari noona!" kata Sehun. Sehelai surat putih ditayangkan tepat pada wajah Kai.
"Surat?" mereka berdua sama - sama berpaling ke arah Chanyeol.
"Yup. Waktu aku bukak locker tadi, surat ni jatuh. Dekat sampul dia ada tulis nama Hae Rin. Mesti dia yang bagi. Dalam surat ni, dia kata..-" kata - kata Sehun dek kerana terdengar suara teriakan seseorang.
"Korang! Hae Rin!" jerit Tao. Terkocoh - kocoh di berlari ke arah tiga orang manusia itu.
"Kenapa dengan Hae Rin?" soal Lay yang muncul entah dari mana.
Tao berhenti. Tangannya memegang lutut, bagi menampung diri yang hampir tumbang. Dadanya bergerak pantas, mencari nafas.
Setelah nafasnya kembali berentak normal, Tao kembali bersuara.
"Dia dah pergi"
"PERGI?!" soal Kai, Chanyeol dan Lay serentak. Mata masing - masing bulat memandang Tao, meminta penjelasan daripada lelaki itu.
"Dia sambung belajar.." Sehun menundukkan kepalanya. Dadanya tiba - tiba sebak.
"Kat luar negara. England." sampuk Luhan. Kertas di tangannya digenggam kemas.
"E-England?" soal Chanyeol.
Perlahan - lahan, dia mengundurkan diri. Dia kemudiannya berpaling, berlari menuju ke lokernya.
Pintu lokar dibukanya. Sehelai sampul surat kelabu jatuh. Dia tunduk, surat itu dicapainya.
Perlahan - lahan sampul itu dibuka. Jantungnya berdegup kencang. Anak matanya jatuh pada sehelai kertas yang dilipat. Tangannya pantas embuka lipatan itu.
Dia mula mebaca bait - bait ayat yang tetulis padanya. Hae Rin. Hatinya merintih sedih.
'Dear Monyet,
Hai . Dah lama kita tak bertegur,kan? Bukan aku tak nak tapi entah macam mana tetiba rasa awkward dengan kau. Hoho. So. Erm. Aku ada banyak perkara yang nak disampaikan. Tapi aku tak tahu nak start dengan yang mana. Haha. Tak pe lah. Aku start dengan perpindahan aku.
Aku sambung belajar dekat England. Jauh kan? Mesti kau rindu nak gaduh dengan aku cem dedulu. Wah~ Cepatnya masa berjalan. Bila ingat balik, rasa kelakar pun ada. Kau, aku, hot chocolate.
Bercakap pasal hot chocolate, tetibe rasa lapar pulak lol. Teringat time kita kena panggil dengan Encik Lee. Tak fasal - fasal kena cuci kantin. Semuanya salah kau! Tak fasal - fasal aku pun kena sekali! HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAH.
Okay aku stop gelak. Penat jari aku tulis benda ni. So, perkara kedua. Sorry. Sorry tau selama ni aku kasar gila dengan kau. Eh, tak. Aku kasar dengan semua orang. HAHA.
Sorry jugak. Sebab... aku tahu kau suka aku. Aku pun.. sebenarnya.. suka.. argh! Tak nak lah cakap! Buat malu je! Haha.
Wei, sorry ah. Serious aku cakap. Pasal semua benda. Segala 'ter' yang pernah aku buat. Serious tak sengaja doh! Maafkanlah aku, ye? Aceh.. haha.
Sorry jugak. Aku tahu. Betul - betul tahu. Tahu yang tahu setahunya. Kau suka kau. Tak. Entah - entah kau cinta aku kut? Rasanya cinta.
Sebenarnya aku pun suka kau>< tapi sayangnya. Aku baru sedar. Aku baru tersedar dari dunia bahagia yang aku cipta sendiri bersama Kris tanpa perasaan yang dipanggil cinta.
Kris kata, hubungan aku dengan dia macam hubungan adik dengan abang. Betul ke? Aku tak tahu weyh. Aku tak pernah tahu cinta tu apa. Mak aku dah lama pergi. Ayah aku pulak. Kerja 24/7. Mana ada masa untuk aku. Aku tak pernah rasa yang namanya cinta.
Entahlah. Mungkin aku just gembira sebab rasa dihargai, disayangi, dilindungi. Sebab selama ni, mana aku pernah rasa. Kasih sayang seorang lelaki.
Dah lah Capang. Flight aku esok. Kau bertuah, kau lah satu - satunya orang yang aku tulis surat panjang macam ni. Sekarang ni dah pukul dua. Jari aku dah lenguh. Dah, aku chow dulu.
Pesan aku satu. Jaga kesihatan kau. Hargai keluarga kau selagi dorang ada. Jaga members elok - elok. Kalau nak jadi orang yang berjaya, jangan asyik ponteng je. Usaha tu penting. Hidup tu jangan kerjanya makan dan tidur je. Kalau gemok gedempol aku dah tak suka. Kalau aku sorang tak suka tak apa. Kalau perempuan kat luar sana pon dah tak suka? Membujang lah kau sampai ke tua. Hahaa.
Eh, tak sangka. Semenjak dua menjak ni, aku dah pandai buat lawak! Terima kasih atas lawak - lawak bengong yang selalu kau buat dulu. Dapat aku timba ilmu. Sikit lagi adalah kau nampak aku dalam tv. Rancangan Maharaja Lawak! Hahaha. Jangan lupa, setiap jumaat, pukul 10
Okaylah. Bye. Jumpa lagi, dalam masa empat tahun. Mesti kau bertambah tinggi nanti kan? Macam tiang elektrik! Lenguh tengkok aku nak menjenguk bila cakap dengan kau. Haha. Gonna miss ya dude.
Pecah kaca pecah gelas,
sudah caba harap balas.
Eh silap pantun! Time kau baca surat ni mesti aku dah ada kat Eropah kan? Macam mana aku nak balas. Lol.Malas pulak aku nak padam. Srjak suka dekat kau ni, oerangan malas kau srmacam dah berjangkit. Haha. Okay okay. Till we meet again. Bye, Galah
Yang Benar,
Gadis comel kecil molek lagi bergaya a.k.a Ice Princess (Hae Rin lah takkan tu pon tak tahu!)'
Chanyeol tersandar layu pada lokarnya.
Satu pesanan konon. Cis.
Chanyeol tersenyum hambar. Matanya sudah berkaca. Kau tak pernah berubah.
'Bodoh punya Hae Rin. Kau dah buat aku macam ni, lepas tu selamba je pergi luar negara? Bangang. Dah tahu kau suka aku, yang kau pegi couple Kris tu kenapa? Tu lah, kerjanya belajar je, hati sendiri tak nak ambil tahu. Kalau kau seorang je yang sakit tak apa. Ini tak, dengan aku sekali terkena. Tak apa. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi dalam masa empat tahun. Bye, nenek kebayan'
Desis hati kecil Chanyeol. Air matanya diseka. Dia perlu kuat. Setakat empat tahun tanpa gadis itu, apalah sangat. Dia sudah hidup lebih daripada 18 tahun tanpa gadis itu. Dan tiada pula dia terlentang di hospital kerana kehilangan udara.
Chanyeol berdiri semula. Kertas pada tangannya di genggam kuat.
'Till we meet again, Hae Rin. Till we meet again.'
- TAMAT -
_________________________________
! PLEASE READ KIDDOS !
WHAT DO YA THINK? BOSAN? TAU DAHH. ACT DAH TAK ADA IDEA NAK SAMBUNG CITE NI SORRY AH. SRS BOSAN GILE ENDING DIA . SAYA SENDIRI RASA MENYAMPAH TIME BACA
ANDDDD. ONE MORE. RASANYA NAK BUKU KEDUA TAK? DROP YOUR COMMENTS PLISSS. NEED YOUR OPINION. BUT KALAU SAYA BUAT BUKU KEDUA MAYBE I WILL MAKE IT LAMBAT SIKIT KOT I MEAN SAYA TAKKAN BUAT SEKARANG. MAYBE SOON OR LATER. KALAU KORANG NAK LAH.
KALAU KORANG NAK. BUKU KEDUA TU AKAN CERITA PASAL 4 TAHUN AKAN DATANG. WHEN HAE RIN DAH BALIK KOREA. AND THE TWO WILL MEET AGAIN AS THEY PROMISED. SO NAK KE? KALAU TAK ADA APA - APA COMMENTS SAYA TAKKAN BUAT. SEBAB BEKARANG NI PON SAYA DALAM PROSES PUNULISAN BUKU SETERUSNYA. CEWAHH. HAHA.
AND AHA! THANKS KEPADA SEMUA YANG TELAH SUPPORT CERITA NI (HURT) WALAUPUN SAYA RASA CERITA NI ADALAH CERITA TERHAMBAR DAN TERTERUK DALAM SEANTERO DUNIA. UHUK. HAHA. TAK SALAH KUTUK DIRI SENDIRI. ONCE AGAIN. TERIMA KASIH BENYAK - BANYAK YANG DAH BACA, VOTE AND COMMENT. REALLY APPRECIATE IT! BYEEE.
AND KALAU KORANG WONDER MACAM MANALAH MUKA SI PENULIS CERITA NI. JANGAN MALU DAN SEGAN UNTUK FOLLOW SAYA KAT INSTAGRAM; @NRSHADA . HIKS. MUKA TAK MALAU PROMOTE IG SENDIRI. HAHAHAHA.
SINCERELY,
YOUR BELOVED AUTHOR,
SUHADA.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top