Chapter 20

HARI ini sudah masuk hari ke- 8 dia di tempatkan di wad V.I.P ini. Hari ini juga merupakan hari ke-5 sejak pengakuannya tempoh hari. Pengakuan tentang isi hatinya terhadap Hae Rin. Sejak dari hari itu, kelibat Hae Rin langsung tidak dilihatnya. Panggilannya juga tidak berjawab.

Adakah gadis itu sudah membenci dirinya? Sehinggakan mesej yang sudah bergunung juga langsung tidak dia balas.

Kris mengeluh lagi. Keluhan yang penuh dengan penyesalan. Sampai disini sahajakah persahabatan mereka yang baru sahaja bermula?

Kata kawan - kawannya, dua hari selepas dia datang melawat, dia demam. Teruk sangatkah demam gadis itu?

Tiba - tiba hatinya diusuk rasa risau. Terus telefon di tepi katil dicapainya. Nama Hae Rin pada skrin telefon disentuh. Lantas panggilan disambungkan.

Lama dia menunggu. Orang di hujung talian masih tidak mengangkat. Akhirnya dia berputus asa. Akur dengan keputusan gadis itu. Telefonnua diletakkan di tepi katil semula.

Fikirannya mula melayang entah ke mana. Wajah Hae Rin tak henti - henti bermain dalam mindanya. Senyumannya. Wajah cemberut gadis itu. Muncung itik yang panjangnya mencecah sedepa. Wajah marah gadis itu, dengan kening yang hampir bercantum. Kris tertawa sendiri. Oh, ya! Tak lupa saat Hae Rin meniru gelagat si Mary. Hatinya mulai cair.

Tiba - tiba pintu wad ditolak dari luar. Lamunannya terus mati. Dia berpaling ke arah pintu.

"Chanyeol!"

Chanyeol tersenyum lebar. Kakinya dihayun menghampiri Kris lantas dia duduk di sebuah kerusi.

"Apa hal kau datang?" soal Kris.

"Saja je nak melawat. Bosan aku terperap kat rumah. Ni, hyung macam mana? Bila boleh keluar?" soal Chanyeol.

"Aku? Aku okay je. Doktor kata dua tiga hari lagi aku boleh keluar. Tapi part kene pakai tongkat yang aku tak suka tu. Leceh. Menyusahkan" kata Kris lantas mengeluh.

"Ha, tu lah. Berbuih mulut kitorang nasihat kau, kau buat don't know je. Sekarang ni? Padanlah dengan muka kau. Tanggunglah sendiri!" kata Chanyeol.

Kris menjeling tajam si capang. Banyak pula cakap mamat ni. Orang dah sakit macam ini, bukan nak bagi kata - kata semangat, ini dibelelnya lagi adalah! Tak patut langsung!

"Ye lah. Ish, koramg ni kerje membebel je! Memgalahkan nenek kebayan. Setiap kali datang jumpa aku, bende yang sama jugak korang cakap. Kalau mulut koramg berbuih, telinga aku ni ha, naik bernanah dengar korang dok pot pet pot pet. Tak penat eh?" balas Kris panjang lebar.

"Penat tu memanglah penat, tapi tu lah. Otak kau ni kena cuci. Kalau tak, silap hari bulan, bukan setakat kaki kau je yang patah, dengan kaki kitorang pon sama!" balas Chanyeol. Memang kuat menyindir betul si capang ni.

"Hae Rin macam mana?" soal Kris sengaja mengubah topik perbualan. Bosan pula dia mendengar omelan Chanyeol yang panjang lebar.

"Ouh.. Hae Rin?"

________________________

"Sekarang ni macam mana?" kata Hae Rin sendiri. Dia bangun dari pembaringannya.

Telefonnya ditatap sayu. Kris. Semua panggilan yang masuk, semuanya daripada lelaki itu. Satu pun tidak diangkat. Mesej juga tidak dia balas.

Bukan dia tak mahu. Cuma..

"Aku takut. Apa yang aku nak buat sekarang ni? Kalau aku angkat call dia, mesti dia akan tanya soalan tu. Haih. Siut betul mamat ni. Tak fasal - fasal aku jadi macam ni. Arghhhhhh!"

Hae Rin bangun. Tuala yang tersangkut dicapainya. Kakinya dihayunkan ke bilik mandi. Dia mahu membersihkan diri. Biar semua masalah ini hilang seketika.

______________________

"Hae Rin. Dia.."

"Dia apa? Chanyeol, kau cakap betul - betul. Kenapa dengan Hae Rin. Chanyeol.

Tiba - tiba pintu wad ditolak dari luar dengan kasar. Muncul Hae Rin disebalik pintu sedang tercungap - cungap mencari nafas.

"Aku suka kau."

Hae Rin mengangkat wajahnya. Dia berjalan mendekati Kris.

"Apa dia?" soal Kris.

"Aku suka kau" kata Hae Rin lagi.

Wajah Kris sudah dipenuhi dengan kegembiraan. Manakala Chanyeol, terdiam seribu bahasa. Dia melihat ke arah Hae Rin yang sedang tersenyum ke arah Kris.

Benarkah? Hae Rin sukakan Kris? Tapi.. kenapa hatinya seperti menafikan kata - kata gadis itu tadi? Adakah gadis itu menipu? Demi kebaikan Kris? Demi kesihatan lelaki itu. Ah, sudahlah Chanyeol. Kalau dia tidak sukakan Kris, tak mungkin dia sukakan kau. Tak mungkin.

"Congrats hyung! Tak sia - sia usaha hyung selama ni!" kata Chanyeol dengan wajah gembira yang dibuat - buat.

"Thanks Yeol! Thanks Hae Rin. Saranghae! Jeongmal saranghae!" kata Kris lantas membawa Hae Rin ke dalam dakapannya.

Chanyeol tersenyum tawar. Dia bangun lantas beredar dari wad itu. Lebih baik dia biarkan dua merpsti itu bersendirian. Tak sanggup dia mahu lihat kemesraan dua orang insan yang disayanginya itu. Kelak dia juga yang terluka. Menahan pedih di hati seorang diri.

'Maafkan aku Chanyeol, aku terpaksa.'

Selang beberapa hari selepas itu, sekolah menengah Jeguk High School kecoh dengan kehadiran dua merpati itu sambil berpegangan tangan.

"Y-yah! Korang! Hae Rin dengan Kris hyung couple ke?" Sehun yang baru tiba terkocoh - kocoh menghampiri rakan - rakannya. Chanyeol yang mendengar soalan itu hanya mampu memejamkan matanya.

"Haah. Kenapa?" balas Luhan tenang dan cermat.

"Mwo?!" membulat mata Sehun. Biar betik! Melepas peluangnya nak ngorat gadis itu! Potong line lah hyung ni!

"Apa mwo mwo. Dah dah. Duduk makan. Kejap lagi kelas dah nak start" kata Xiumin pula. Tangan Sehun ditarik untuk duduk di sebelahnya.

"Korang dah tahu?" soal Sehun.

"Dah lama tahu" balas Baekhyun.

"Kenapa tak bagi tahu?! Hyung!" rungut Sehun. Kakinya dihentakkan seperti anak kecil.

"Sebab tak tanya?" balas Baekhyun. Jawapannya kedengaran lebih seperti satu soalan.

"Hyung!"

"Yah maknae! Just shadap and eat! Will ya?" kata Kai dalam nada bergurau.

"Diamlah! Bajet tua je. Beza kita beberapa bulan je, tau?! Tak yah kecoh sangat!" balas Sehun.

"Whatever~" balas Kai lantas menyambung suapannya.

"Alah, melepaslah peluang!" rengek Sehun.

Mereka semua tertawa mendengar rungutan yang paling muda. Sehun.. Sehun.. Macam - macam telatahnya. Ada - ada sahaja.

"Morning!" sapa seseorang. Mereka semua berpaling.

"Ahh. Pasangan bercinta dah sampai!"

Kantin pagi itu riuh dengan siulan serta usikan dari 11 orang lelaki itu. Chanyeol juga sibuk menyakat pasangan itu. Walaupun hatinya sakit, pedih, namun terpaksa juga dia sorokkan. Dia tak mahu rakan - rakannya mengesyaki sesuatu. Sesuatu atau lebih tepat lagi hatinya. Hatinya yang menyimpan seribu rasa yang satu pun tidak mampu diluahkannya dengan kata - kata.

Tamat waktu sekolah. Kris dan Hae Rin pulang bersama. Chanyeol melihat oemergian mereka dwngan hati yang sarat demgan rasa. Sabarlah hati, aku tahu kau kuat.


"Bye korang!" kata Hae Rin ceria.

Dia sudah banyak berubah. Sejak pertemuannya dengan Chanyeol. Bukan Kris. Dia yang dulu dengan dia yang sekarang bagai langit dengan bumi. Dingin, suka menyendiri, kepala batu dan kuat marah, itu lah dia yang dulu. Sekarang sikapnya sudah berubah 360° dari dirinya yang dahulu. Semuanya kerana Chanyeol. Ya. Chanyeol.

Kenapa dia buat keputusan bodoh ini dia sendiri pun tidak tahu. Kenapa harus jadikan Kris sebagai alasan? Kenapa harus dia menyeksa jiwa sendiri? Entahlah. Dia sendiri tiada jawapannya.

"Jauh termenung? Fikirkan sapa? Aku eh?" kata Kris mengusik.

Hae Rin tersenyum. Inilah yang dia suka pada Kris. Dia bukan jenis yang memaksa. Walaupun mereka sudah secara rasminya menjadi pasangan kekasih, panggilan 'kau dan aku' langsung tidak dicampak jauh. Hae Rin mengeluh di dalam hati. Andai sahaja hatinya ada pada Kris. Andai sahaja.

"Buat apa nak fikirkan kau? Buang masa je!" kata Hae Rin lantas mencebik.

"Eleh. Buang masa konon. Entah - entah time belajar pon fikir pasal aku. Ingat aku tak nampak? Kena denda sebab berangan dalam kelas?"

"Hehehe" Hae Rin hanya terdengih.

Kalaulah kau tahu Kris. Kalaulah.

"Eh, kita nak oergi mana ni?" soal Hae Rin. Dia lihat ke luar tingkap. Ini bukan jalan ke rumahnya.

"Rahsia" kata Kris lantas ketawa mengekek. Hae Rin memukul bahunya perlahan.

"Sakai!" kata Hae Rin.

"Ara" balas Kris.

Kenging Hae Rin sudah bercantum. Gila ke apa? Orang kata dia sakai. Dia boleh kata dia tahu? Entah - entah sebab kemalangan tu tak? Hae Rin terus menyentuh dahi Kris.

"Kau sihat ke tak ni?" soalnya.

"Sihat. Apasal?"

"Ye lah. Aku kata kau sakai. Yang kau happy semacam tu kenapa? Gila eh?"

"Eh, silap! Sepatutnya aku kena jawab nado, kan?"

"Hah?" soal Hae Rin tidak mengerti. Sah. Pasti sda mana mana wayar yang terputus!

"Kau yang cakap, takkan kau tak faham kot!"

"Kris! Berhentikan kereta ni sekarang! Biar aku bawak kau pergi hospital!" kata Hae Rin. Entah serius atau tak. Dia sendiri tak tahu.

"Sayang Awak Kerana Awak Istimewa. S A K A I" kata Kris.

Hae Rin terdiam. Wajahnya sudah berubah rona. Merah habis pipi gebunya yang putih lagi mulus itu! Malu! Dia terus memalingkan badannya ke arah tingkap. Tak mau Kris perasaan akan pipinya yang semakin terbakar.

"Elele. Blusinglah tu~" kata Kris lantas tertawa.

"Mana ada!" kata Hae Rin. Dia sudah memalingkan menghadap Kris. Riaknya sudah ditukar menjadi riak yang menggerunkan. Bibirnya dimuncung sedepa.

"Siapa kata aku blushing?!" soal Hae Rin, bercekak pinggang.

"Aku. Tengok muka dah tahu. Twngok pipi kau tu. Merah kemain!" kata Kris lantas ketawa lagi.

Hae Rin cepat - cepat melihat pipinya di cermin landang sisi. Benar. Pipinya merah semerah tomato. Terus tangannya dibawa ke pipi. Menutup pipinya yang kain memerah.

"Mana adalah!"

Dalam tawanya Kris menggeleng. Tak sangka ini perangai sebenar Hae Rin. Sungguh keanak - anakan. Comel benar saat dia melihat pipi gebu itu berubah warna. Hatinya ketawa lucu.

"Dah sampai!" kata Kris sebaik sahaja keretanya berhenti di di hadapan sebuah cafe merah putih.

Kepalanya ditoleh ke tempat duduk penumpang.

"La.. tidur budak ni?" katanya sendiri.

Wajah tenang tenang itu ditatapnya. Dia tersenyum sendiri. Dia ingat lagi saat pertama kali bertemu dengan Hae Rin. Tak akan oernah dia lupa. Terutama helingan maut yang diberi kepadanya. Hampis saja dia mati dijeling disitu. Mujur pengawa cepat bertindak. Peristiwa beberapa bulan lepas mula belayar dalam kotak fikiran.

"Semua beratur di dalam barisan kelas masing - masing. Sebentar lagi perhimpunan rasmi akan dimulakan. Murid - murid diminta diam."

Pengumuman dari pengawas dari tapak perhimpunan membuatkan dia cemas. Kelam kabut dia berlari ke tapak perhinpunan. Entah bagaimana dia boleh tersilap langkah. Badannya terhayun ke hadapan lantas tubuh kayu seorang gadis dilanggarnya.

Habis bertaburan buku - buku gadis itu. Gadis itu berpaling. Cantik. Cantik benar wajah gadis itu. Namun riaknya teramat menggerunkan. Jelingan tajam gadis itu buat dia jadi tak tentu arah.

"S-sorry" kata Kris lantas tunduk.

"Jalan tak reri tengok depan ke? Harap kening je lebat, buta rupanya" kata gadis itu dingin. Dia tunduk mengambil bukunya.

"Mak aih. Garang gila! Main perli - oerli pulak. Harap kening je lebat, bla bla bla" Kris meniru gaya gadis itu.

Gadis itu menjeling Kris dari celahan rambutnya. Kris tersenyum sinis.

"Apa masalah kau ha?!"

Dalam sekepil mata, kolar baju Kris berada dalam genggaman gadis itu. Dia menelan air liur. Ingatkan garang je. Rupanya ganas jugak!

"Apa? Kau ingat aku takut? Pukullah!" dalam ketakutannya dia beranikan jua diri untuk bersuara. Para pelajar mula berkerumun, menyaksikan pergaduhannya dengan gadis itu. Takkan dia nak tunjuk lemah depan semua orang? Lagi - lagi pada gadis kecil seperti ini. Malu dia nanti!

Gadis itu sudah menggenggam penumbuk. Bersedia untuk melayangkannya bila - bila masa sahaja.

"Dah! Dah! Semu bersurai. Hae Rin! Cukup!"

Kris melepaskan nafas lega. Nasib baik pengawas itu cepat sampai. Kalau tak, mahu lembab biji matanya. Rosak lah imej Cold City Guy-nya nanti!

"Sekali lagi kau buat hal dengan aku. Tangan aku dengan secara relanya akan melayang dekat muka kau yang acah handsome ni? Faham?!" kata gadis itu. Matanya dijengilkan bagi efek seram. Memang menjadi! Kering darah Kris rasanya. Sebaik sahaja kolar uniformnya dilepaskan, dia terus beredar dari situ.

"KRIS!"

Dia rasa bahunya pipinya ditampar. Terus dia sedar dari lamunan. Pipinya yang tidak bersalah disentuh.

"Wei! Apasal main tampar - tampar ni?" kata Kris.

"Kau tu lah. Dah banyak aku panggil tak sedar - sedar pon. Oadahal dekat sebelah je. Tu yang aku tanpar tu. Kot kot dah mati ke."balas Hae Rin selamba.

"Amboi kau! Celuparnya mulut. Kalau betul - betul jadi macam mana? Kau jugak yang menangis air mata darah nanti kan? Dah dah. Jom masuk" kata Kris lantas membuka pintu kereta dan keluar.


"Peerah! Dia yang tenung muka aku semacam tadi! Puih!" kata Hae Rin sendiri.

_______________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top