Chapter 19

MATANYA masih celik. Dia tidak boleh tidur. Kejap dia pusing ke kiri. Kejap ke kanan. Kejap dia menonggeng, kejap terlentang. Segala kuak telah dia lakukan namun matanya masih terbuka luas. Entah kenapa tilam empuk itu terasa bagai batu keras pada malam ini.

Tak boleh jadi ni. Kalau terus - terusan begini, bagaimana dia mahu ke sekolah esok? Pastinya dia akan bangun dengan mata Tao.

Ini dah kes berat. Dia kena tidur. Dia perlu. Harus. Wajib! Tidurlah wahai yoda. Esok kau sekolah. Kau tak nak kena denda, kan? Ha, lebih baik tutup mata sekarang. Wahai mataku sayang, beta titahkan dikau berhenti bekerja. Tidur. Rehatlah kau sampai esok pagi.

'Aku..'

Membutang mata Chanyeol. Kenapa suara Kris berada dalam mindanya. Hatinya jadi berat. Sketsa di hospital sebentar tadi mula berputar dalam kotak fikiran.

"Hae Rin? Kenapa dengan Hae Rin?" soal Chanyeol bingung. Kenapa pula Kris mahu membicarakan soal Hae Rin dengannya? Bukankah Kris sudah sedia maklum bahawa dia dah Hae Rin adalah musuh ketat yang tak akan pernah berbaik meski perang dunia ketiga berulang? Chanyeol menggaru kepalanya.

"Aku.."

"Aku?" soal Chanyeol tidak sabar. Mendengarkan nama gadis itu disebut membuatkan hatinya bergoncang hebat.

"A-aku su.."

Pulak? Sejak bila Kris diserang penyakit gagap? Kesan kerana kemalangan itu tak?

"Aku suka dia"

Air muka Chanyeol terus berubah. Kenapa hatinya rasa bagai dipanah petir yang kian menyambar? Sakit. Sakit saat mendengar kata - kata itu keluar dari bibir lelaki dihadapannya ini.

Perasaan apakah ini?

Chanyeol ukirkan jua sebuah senyuman paksa.

"Oh, ye ke?" soal Chanyeol.

"Kenapa? Kau macam tak gembira je"

"Eh mana ada! Sejak bila hyung suka dia?" soal Chanyeol bagi menyembunyikan rasa hatinya. Dia tak mahu Kris sedar akan perubahannya.

"Dah lama. Sejak first day aku kat sekolah tu" kata Kris. Dia tersenyum sendiri mengenangkan kali pertama dia terserempak dengan Hae Rin.

"Lamanya!" balas Chanyeol.

"Kau tahu, mula - mula cara aku dekati dia dengan hantar surat. Secret admirer kononnya!" kata Kris sambil ketawa.

Chanyeol paksa dirinya untuk ketawa. Takut pula dia kalau Kris terasa hati.

"Lepas tu?" soal Chanyeol.

"Lepas tu? Kau tahu kan, satu sekolah kecoh pasal perang dia dan aku. Tu lah jalan kedua aku. Aku buat dia sakit hati dengan aku. Benci aku. Kata orang, lagi benci, lagi kita sayang. Kau tengokkan macam mana dia menangis waktu hari kemalangan aku tu? Itu lah tandanya di sayang aku!"

BOOOM!

Chanyeol sedar dari alam ciptaannya. Dia melihat ke arah tingkap bilik. Rintikan hujan mula merembes pada tingkap biliknya. Kilat saling sambar menyambar. Bunyi guruh saling bersahutan.

Chanyeol memandang siling bilik.

"Betul ke dia sayang Kris?"

Sakit. Sakit hatinya dikala ini. Tapi kenapa? Kenapa perlu wujud rasa yang tak menyenangkan ni? Hatinya rasa bagai dihiris dengan bilahan pisau.

Chanyeol mengurut dada. Tabahlah hati. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba - tiba perasaan pelik mengetuk pintu hati. Biarlah. Lama - lama nanti, dia pergilah. Sekejap je perasaan ni. Tersalah pintu gamaknya.

Chanyeol menutup mata. Tanpa dia sedari dia kian ditenggelami mimpi indah. Mimpi bersama si dia.

_______________________

"Kris!"

Hae Rin terus berlari ke arah Kris. Tubuh sasa lelaki itu dirangkulnya. Dia sendiri tak tahu apa sebabnya dia berbuat sedemikian.

"Ehem!" saja Sehun kuatkan suaranya. Biar dua orang makhluk tu dengan. Panas matanya melihat dua orang manusia itu.

Hae Rin meleraikan pelukan. Dia tertunduk malu.

"Sorry"

"Ehh? Sorry buat apa? Aku lagi suka" kata Kris dalam nada bergurau.

"Yah!" jerit Hae Rin. Makin memerah wajah gadis itu jadinya.

Kris tertawa. Yang lain sibuk ambil bahagian. Ketawa bukan main. Boleh pecah cermin wad ni. Kacau je sweet moment dia dan Hae Rin. Penyibuk!

"Yah! Smurf - smurf sekalian. Beta titahkan korang keluar. Beta nak cakap dengan puteri beta sekejap. Dah keluar keluar! Cis, sibuk je!" kata Kris sambil melayangkan tangannya ke arah pintu wad.

"Hekeleh. Main halau halau pulak. Dasar hyung tak kenang budi" seloroh Chanyeol. Dia lantas ketawa.

Ah, budi tak budi. Aku ada benda penting nak cakap dengan Hae Rin ni. Dah keluar" kata Kris.

"Kejamlah hyung ni! Cakap je lah. Bukannya kitorang kacau pun" kata Tao pula. Bibirnya memuncung panjang.

"Banyaklah kejam kau. Keluar sekarang sebelum aku halau.. -" Kris sudah sedia untuk bangun. Kaki kanannya sudah diturunkan dari katil.

"NOOOOO!!!"

Bergema wad V.I.P itu dengan suara mereka. Mahu seluruh bangunan digegarkan dengan suara jeritan mereka. Sudah la semuanya 12 orang. Ditambah lagi dengan high note Chen. Pecah gegendang telinga jadinya.

Sudahnya mereka dihalau keluar dari wad oleh nurse yang bertugas. Hanya Hae Rin seorang yang masih disitu.

Hae Rin ketawa. Lucu benar perangai 'kawan - kawan' barunya itu. Sempat dia melambaikan tangan kepada 11 orang lelaki itu dari cermin kecik pada pintu wad. Dia tersenyum.

"Hae Rin" panggil Kris kembut.

Hae Rin berpaling.

"Meh sini" kata Kris bersama senyuman nan melebar.

Hae Rin mengangguk faham. Kakinya dihayun menghampiri Kris. Kerusi di sebelah katil Kris dia duduki. Pandangannya ditumpukan kepada Kris.

"Aku ada benda nak cakap"

"Apa dia? Cakap je. Jangan risau. Aku tak makan orang" kata Hae Rin.

Kris tertawa. Amboi, sudah pandia melawak ye. Dulu diam saja Ice Princess seorang ni. Kalau irang melawak, dijelingnya. Sekarang, dia pula yang jadi pak lawak.

'Mesti sebab aku' bisik hati kecil Kris. Hatinya berbunga gembira.

"Eh, pandai pulak kau melawak" kata Kris.

"Tak baik perli!"

"Hahahahhahaha. Ye lah. Tapi yang peliknya menjadi pulak"

"Kris!"

"Okay okay. Aku stop" kata Kris bersama sisa tawa yang masih berbaki.

"Kau nak cakap tak ni? Kalau tak aku keluar" kata Hae Rin, sudah sedia mahu bangin daei kerusi.

"Nanti!"

"Ha, tahu pon! Baik cakap cepat" kata Hae Rin sambil berpeluk tubuh.

"Huh? Am.. aku.. a-aku. Aku" kata Kris gagap. Gayanya mengalahkan radio rosak.

"A-aku aku apa?" sengaja Hae Rin mengajuk gaya Kris. Dia ketawa sendiri.

"Aku.."

"Kau tahukan aku ni jenis yang tak suka menunggu? Baik kau cepat. A-aku aku" Hae Rin ketawa lagi.

"Aku suka kau!"

Sunyi.

Tawanya mati. Hae Rin tergamam. Lidahnya membeku. Benarkah apa yang dia dengar tadi. Kenapa sejak kebelakangan ini telinganya jadi semakin tak betul? Alang - alang sudah berada di hospital, lebih baik dia buat pemeriksaan.

"Kau apa?" soal Hae Rin. Berkerut dahinya memandang Kris.

"Aku suka kau"

"Hah?"

"Aku cakap. Aku. Suka. Kau"

"Apa dia?"

"Aku suka kau"

"Siapa 'kau'?"

"Kim Hae Rin. Catherine Melissa. Ice Princess. Aku suka kau"

"A-aku?" soal Hae Rin sambil menundingkan jadi telunjuknya pada dirinya.

"Ada Kim Hae Rin yang lain ke dalam bilik ni?" soal Kris mulai hilang sabar. Kenapa lembab sangat otak dia ni bekerja? Macam manalah dia ni boleh dapat gelaran pelajar cemerlang?

Kris mencapai tangan mulus Hae Rin. Mata gadis itu ditatapnya dalam.

"Aku suka kau, Kim Hae Rin"

Hae Rin cuba menelan liurnya. Kering. Liurnya terasa kering. Renungan mata Kris membuatkan dia tak keruan. Jantungannya bergoncang hebat.

Dia menarik tangannya dari pegangan Kris. Matanya dilarikan dari direnung lelaki itu. Dia bangun lantas menuju ke pintu. Belum sempat pintu ditolak, lelaki itu bersuara lagi.

"Aku tunggu jawapan kau. Kau boleh fikir berapa lama yang kau nak. Aku boleh tunggu. Aku akan tunggu. Buatlah keputusan yang terbaik kau rasa. Lagi satu, aku tak kesah kalau kita jadi kawan. Aku tak kesah" kata Kris lantas senyum.

Bulat mata Hae Rin mendengar kata - kata Kris. Bibirnya digigit.

"A-aku balik dulu" kata Hae Rin lantas meluru keluar dari wad. Kakinya terus dihayunkan ke pintu lif tanpa menghiraukan panggilan Sehun dan ahli EXO yang lain.

_______________________

Dia terus berjalan. Rintikan hujan yang kian membasahi diri langsung tidak dihiraukannya. Orang sekeliling mula memberi perhatian kepadanya. Pandangan aneh mereka dia biarkan saja.

Kata - kata Kris dua hari yang lepas masih bermain dalam mindanya. Keliru. Dia keliru. Benarkah perasaannya sama dengan perasaan lelaki itu? Wujudkah perasaan itu?

"Hae Rin!"

Dia terus berpaling. Dalam sekelip mata air hujan yang turun berhenti menimpa diri. Dia mendongak ke atas. Ada sepasang jaket yang menghalang rintikan hujan. Bukan itu sahaja..

"C-chanyeol?"

Matanya tak berhenti berkelip memandang lelaki itu. Entah kenapa Hae Rin dapat lihat keprihatinan dalam sepasang anak mata lelaki itu. Hae Rin tertunduk.

"Kau buat apa kat sini?"

"Hah?" soal Hae Rin sambil mengangkat wajahnya. Niatnya mahu melihat wajah lelaki itu namun lain pula jadinya.

Masing - masing membeku. Pandangan mereka saling bertaut. Tiada sebarang kata yang terluah. Hati masing - masing berombak hebat.

Hae Rin terkedu. Perasaan apakah ini? Kenapa jantungnya berdegup kencang. Kenapa dia tak mampu bergerak? Seolah - olah tubuhnya sudah membeku. Lidahnya juga kelu. Anak matanya seakan menderhaka. Mata lelaki dihadapannya itu diratah sedalam - dalamnya, diteroka semahu - mahunya.

Tiba - tiba mindanya melayang ke hospital. Bayangan Kris bermain dlam mindanya. Terus dia menjarakkan diri dari lelaki itu. Bahunya dibasahi hujan semula. Dia menundukkan wajah. Pipinya sudah berona merah. Malu. Sungguh dia malu!

"A-aku, saja jalan - jalan" gagap. Terketar - ketar suaranya saat menuturkan ayat ringkas itu.

Chanyeol seakan sedar dari alam mimpi. Dia tunduk melihat gadis itu. Dia lerasan bahu gadis itu makin basah. Terus dia merapatkan dirinya dengan gadis itu.

"Hujan - hujan macam ni?" soal Chanyeol.

"Yup?" balas Hae Rin tidak pasti.

"Ish kau ni. Kalau demam nanti macam mana?" soal Chanyeol lagi.

"Macam tu lah" balas Hae Rin.

"Dah. Jom aku hantar kau balik. Rumah kau kat mana?" soal Chanyeol.

"H-huh? Eh, tak payah. Aku balik sendiri. Bye!" balas Hae Rin. Hujan turun semakin lebat. Ah, lantaklah. Dia lebih rela meredah hujan daripada terpaksa bersama dengan Chanyeol sepanjang perjalanan pulangnya. Hatinya bagai mahu pecah.

Hae Rin mula menapak pergi. Meredah hujan yang makin lebat. Sebelum dia melangkah jaih, dia berpaling semula.

"Thanks!" katanya. Entah kenapa senyuman dibibirnya makin lebar. Dia lantas menyambung perjalanannya semula.

"Welcome" balas Chanyeol perlahan. Dia turut tersenyum.

_______________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top